Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca iium confession. Saya kenit bukan nama sebenar berumur 24 tahun. Tajuk pun dah boleh agak ini mesti kes bermasalah dengan bakal mertua.
Sebenarnya bukan masalah dengan bakal mertua tapi dengan adik beradik si Mamat (bukan nama sebenar) ni sekali. Bukanlah ramai mana adik beradiknya cuma seorang kakak dan seorang adik perempuan.
Ceritanya perkenalan kami sejak 2010 sudah masuk hampir 7 tahun. Kenal sewaktu belajar dari diploma sampai ijazah, bidang khusus yang sama cuma kelas berbeza.
Nak dijadikan cerita, kami bukanlah jenis berkepit macam belangkas berdua di universiti atau kolej, cuma kalau bosan selalu keluar tengok wayang, makan makan, bercuti pun dekat dekat saja nak cipta kenangan.
Mamat ni kalau mengikut cerita kawan kawan aku lah, beruntung betul aku dapat dia. Mana tak nya. Kalau aku sakit, dia bawak ke klinik, beli makanan dalam hujan naik motor semata mata nak suruh aku makan, aku merajuk ke marah sikit, dia datang bawak keluar nak tengok aku senyum balik.
Pada aku pulak, memang baik pun. Asal keluar je tak tinggal solat, balik kampung bila call rumah kampung, adik atau mak nya cakap dia ke surau. Kadang kadang aku call, mak nya cakap tengah tolong masak. Kadang kadang ke kebun tolong ayah dia menyawit.
Tahun 2016 kami janji nak ikat lepas habis ijazah. Kerja punya la lambat nak dapat. Kerja dulu apa yang ada sebab rezeki takat tu dulu. Aku pun bisnes kecil kecil sementara tunggu kerja lain.
Ada satu hari tu, hubungan kami bermasalah. Puncanya aku lah. Aku ni jenis kalau nak whatsapp, aku tak suka orang lain ganggu. Si Mamat ni pulak bila balik kampung je mesti busy dengan family dia.
Aku naik angin satu kepala, aku call ayah dia dengan lagak berani aku cakap “pakcik, anak pakcik ni dah selalu dengan saya, jadi saya tak nak dia main mainkan saya and raya ni saya nak tunang”
Tak lama lepastu, call dan whatsapp dari ayah dia bertalu talu masuk. Tapi aku tak layan sebab aku jadi takut. Si Mamat ni call aku kata parent dia tak restu aku dengan dia sebab aku berani ugut macam tu.
Aku pun terus call ayah dia tanya kenapa tak restu sedangkan Mamat dah janji nak tunang dengan aku. Ayah dia dengan tenang kata “iye kita ni merancang tapi Allah yang tentukan. Dah takde jodoh nak buat macam mana”
Keesokan harinya, si Mamat dah cool down and dia rasa dia tak boleh hilang aku, dia melutut dekat family dia suruh terima aku. Ayah dia macam biasa tenang tapi mak dia yang memang benci aku habis habisan.
Mak dia siap cakap “Tak ingin buat menantu macam tu. Berani ugut. Putus jela cari lain. Yang dekat dekat ramai lagi bagus”.. Semua yang mak dia cakap semua dia record bagi aku sendiri dengar.
Start dari hari tu, family dia dah start risik risik dia untuk perempuan lain. Family dia kalau boleh nak orang sekampung atau satu negeri senang katanya tak payah jauh jauh. Maklumlah tu sorang je anak lelaki dia.
Macam mana risik sekalipun, Mamat tetap bahagia dengan aku. Masih lagi jumpa walaupun dua negeri berbeza, masih boleh datang spend time dengan family aku. Oh ye, family dia still tahu yang dia selalu keluar n jumpa aku sebulan sekali. Peliknya, family dia tak halang pun.
At last, bulan 10 aritu, Mamat dapat kerja yang dia nak. Walaupun terpaksa start daripada bawah, dia janji lagi nak tunang dengan aku. Aku pun beriye la itu ini beli macam macam untuk hantaran.
Dalam masa yang sama, Mamat dapat panggilan kerja jawatan yang dia nak sangat dan gaji boleh tahan masyuk. Dia pun berhenti kerja sebulan lepas tu. Katanya dia dah dapat offer masuk kerja baru walaupun offer letter belum dapat officially.
Bulan 12 nak bertunang, kerja tak ada sebab kerja baru yang dia dapat tu kena tunda masuk tahun depan. Cincin dah beli semua. Mamat minta restu family untuk bertunang dengan aku.
Seperti biasa. Family dia tak restu and cakap “kau nak tunang apa. Kerja tak ada. Memanglah barang semua dah beli. Habis tu kerja tetap tak ada. Macam mana nak bertunang” (Mamat call aku senyap senyap and bagi aku dengar sendiri perbualan dua beranak tu)
Aku tak tahu kenapa susah sangat kami nak bertunang. Ada sahaja halangan dari keluarga dia. Semua dah ada tinggal hantar sarung cincin merisik je. Itupun ayah dia tetap tak nak datang. Katanya muktamad tak akan datang hantar.
Awal bulan 1 baru-baru ni, Mamat dapat kerja lain yang gaji lebih tinggi daripada panggilan kerja yang lepas. Kitorang berdua happy tak terkata sebab setahun lebih tunggu dia ada kerjaya sendiri akhirnya rezeki dia sampai juga.
Kali ni dia nekad, aku nekad. Tahun 2017 ni tahun untuk kami jadi yang halal. Raya kali ni kami nak juga bertunang. Aku nak juga semua benda yang dah rancang dari awal, tetap diteruskan.
Mamat balik kampung, minta restu dari family. Masih lagi seperti dulu, Mamat record segala perbualan dia dan parent. Kali ni, parent dia berbolak balik nak setuju untuk kami bertunang atas alasan baru mula kerja belum cukup setahun pun.
Mamat nekad cakap dia nak juga bertunang sebab dia dah ada kerja tetap dah bole cari duit and parent dia cuma tinggal hantar rombongan je. Parent dia masih lagi bergelak sakan anggap Mamat tak serious dan tak fikir masak masak.
Kata mereka lagi, kalau Mamat buktikan ada duit semua, baru mereka datang hantar rombongan. Aku masih lagi belum cukup lega dengan jawapan sedemikian. Aku yakin sangat mesti takkan jadi rancangan kami.
Sedar tak sedar, aku dah mula cari barang kahwin sikit demi sikit. Bukan apa, aku tak suka beli barang sekaligus sebab nanti duit bukan ada banyak sangat. Beli apa yang penting dulu macam barang hantaran.
Baru je nak bergembira, aku dapat call dari si Mamat. Kali ni kes lagi teruk. Siap main air mata lagi mak ayah dia. Okay macam ni cerita dia..
Adik si Mamat ni terbaca mesej aku maki maki Mamat ni bahasa kesat masa kami gaduh dulu. Adik tu terus mengadu dekat mak ayah dia. Mak ayah dia kata anak sendiri yang dijaga dari kecik senang senang dimaki hamun aku dengan bahasa kesat.
Ayah dia kata lagi, macam mana kahwin nanti kalau ada masalah, takkan nak dimaki-maki suami. Menangis mak ayah dia masa adik dia bagitahu. Kata mak dia, Allah tunjuk macam mana hubungan kami sebelum semua jadi terlambat. Parent Mamat betul betul tak boleh terima aku lagi.
Si Mamat minta maaf dekat aku sebab simpan mesej maki hamun aku sampai adik dia boleh baca and family dia makin tak boleh terima aku. Dia ajak aku datang rumah dia minta maaf and minta restu dekat family dia supaya raya ni kami bole bertunang macam yang dah dirancang.
Sampai sekarang aku masih diam and cuma cakap yang kalau family dia memang dah tak boleh nak terima aku lagi, aku tak cari dia dah. Buat apa aku nak melutut minta restu macam dalam drama. Instinct parent kan selalunya betul perihal anak anak. Aku putus asa.
Bila mak atau ayah kata dia tak elok, dengar lah cakap mereka mungkin betul dia tak sesuai jadi menantu. Tapi, kalau mak ayah tak boleh tengok kebaikan dia dari sisi besar, cuba tengok dari sisi kecil mungkin ada baik yang tersimpan.
Aku sedar salah aku sebab panas baran and mudah maki hamun bukan macam perempuan melayu terakhir. Tapi kalau betul lah memang bukan jodoh, maknanya masuk 7 tahun ni aku jaga jodoh orang lain lah ye?
Mulai saat ni, aku serahkan jodoh aku sepenuhnya atas izinNya. Aku tak tunggu jodoh tu datang sendiri, tak juga pergi mencari. Semoga semuanya baik-baik sahaja. InshaAllah.
Buat kawan kawan yang sedang bercinta, nak dapat anak, tawan hati ibu bapa dia dulu. Kalau hati dah mula tertawan, baru senang dua-dua pihak. Walau apapun yang berlaku, jadilah diri sendiri. Jangan kerana terlalu menagih restu, orang yang ditagih cuma beri simpati.
P/s : restu dan simpati merupakan dua perkara yang berbeza
– Kenit
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment