KAWAN AKU SI BATU
Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin kalau cerita aku ni disiarkan. Tulisan ni sebenarnya aku tujukan kepada “sahabat baik” aku. Hmm. Sahabat baik ke? Aku pun tak tahu nak anggap kami ni sahabat baik ke tak sebab perangai dia yang on off berkawan. Nanti aku cerita kat bawah kenapa aku cakap macam ni. Maaf kalau entri aku bosan sebab aku takdelah pandai menulis pun. Tapi aku rasa the best way untuk tegur dia melalui cara ni je. Harap dia baca lah dan pembaca lain boleh jadikan cerita ini sebagai pengajaran.
Aku mula kenal dia ni sebab kami classmate masa sama-sama belajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia untuk mendapatkan segulung ijazah. Masa mula-mula kenal, memang aku tahu dia seorang yang pendiam. Tapi aku perhatikan selama aku hidup ni, pendiam ni ada dua jenis. Satu, dia peramah sebenarnya tapi tak akan approach orang dulu. Dia diam mula-mula je. Kedua, memang pendiam dan memang tak berminat pun nak cakap dengan orang. Ok, kawan aku ni masuk golongan kedua. Boleh kata aku manusia yang bertuah lah jugak tetiba dapat berkawan dan bercakap dengan dia. Rapat pulak tu sebab memang dah saling berkongsi dan bersembang macam-macam topik dengan dia ni. Ok, dia jenis pendiam dan introvert tu aku boleh je terima. Biasa lah personality masing-masing kan. Dia memang tak suka bergaul dengan orang. Tak suka crowd and macam-macam lah. Tapi ada dua menda yang memang aku dah tak boleh sabar. Sifat EGO dan HEARTLESS dia. Mak aiii, tak pernah aku jumpa orang macam ni.
Sepanjang persahabatan aku dengan dia, boleh kata aku banyak jugaklah bersabar dengan dia ni. Sebab perangai ego dia yang tersangatlah tinggi tu. Kalah tembok besar China aku rasa. Dia ni jenis yang memang tak akan minta tolong pada sesiapa. Selagi dia boleh buat, dia akan buat sendiri. Aku respect perangai dia yang ni. Tak suka menyusahkan orang. Tapi yang menjadi masalah bila kau sebenarnya perlukan pertolongan tapi kau tak nak cakap. Ok, mula-mula aku ingat kau malu nak minta tolong tapi bila aku offer nak tolong kau terus kata ‘ok, boleh jugak’ dengan muka kau yang kononnya ‘ aku tak minta tolong pun, kau yang nak tolong ok’. Hek eleh. Dah aku nak tolong tu cakap je lah terima kasih. Nak main tarik tali pulak macam tak perlukan pertolongan, siap buat muka lagi. Pelik aku. Dari cara dia tu, macam perbuatan meminta tolong ni satu perkara memalukan pulak. Ok, sabar je lah.
Dia ni jenis tak akan pergi tempat yang dia tak biasa pergi. Dia takut sesat. Dan masalah jadi besar, bila dia memang tak akan bertanya. Ego kan. ‘Malu bertanya, sesat jalan’. Ha, dia lah spesies ni. Memang confirm sesat, tak balik balik. Takut kalau bertanya nanti nampak bodoh pulak. Takut ditertawakan. Memang aku rasa kau tak lepas lah nak pergi berjalan kat oversea. Haha. Jadi masa dia tak rapat lagi dgn aku, memang dia banyak terperap je dalam bilik. Habiskan masa dengan earphone dia tu, dia memang pakai earphone 24 jam dan suka tengok movie. Aku syak dia nak mengelak dari cakap dengan orang. Dia cakap dia paling seronok bila duduk dengan diri dia sorang je dan tak payah nak communicate dengan sesiapa. Itu lah saat yang paling dia suka. Biarlah seminggu pun tak bercakap dengan siapa-siapa pun.
Pernah sekali tu, dia pernah ada urusan penting di sebuah pejabat di bandar, tapi sebab dia tak nak minta tolong sesiapa tu, dia batalkan. Sebab dia kan tak berani pergi sorang-sorang. Tempat tak biasa pergi pulak tu. Dia hanya cakap, “takpe, nanti dia balik rumah kakak atau abang dia, dia buat”. Memang takde nya nak minta tolong sesiapa, sanggup dia batalkan walaupun benda tu penting dari minta tolong. Sampailah aku offer nak bawak dia, baru dia nak pergi. Itu pun dengan gaya cakap dia tu lah. “oh, Okay, jom”. Kita yang bersungguh nak tolong sebab kesian tengok dia. Ya Allah, cakap je lah. Cakap! Susah ke nak cakap nak minta tolong? dan cakap je la terima kasih. Pernah sekali pergi kedai buku, dia nak cari satu buku yang dia tengok kat blog siapa entah. Dia keliling satu kedai buku tu cari. Aku keluar sekejap pergi ke Watsons nak cari barang aku. Aku balik tengok dia tengah cari lagi buku tu. Aku tanya dia tak tanya ke kat pekerja sini, dia kata tak pe lah biar dia cari sendiri. Aku fed up, aku pergi tanya pekerja kedai buku tu. Dia kata buku tu dah habis stok. Cuba bayangkan kalau tak tanya sampai ke sudah. Cari sampai kiamat! Bukan ni je.
Pernah satu hari pergi pejabat pos, dia nak hantar surat guna pos laju. Dah amik nombor giliran dan masa tunggu giliran untuk dipanggil, kami tengok kat situ semua orang pos barang-barang besar. Tambah lagi di notis tu tulis pulak ‘sila sediakan sampul sendiri’. Dia ni takde pulak bawak sampul. Ye lah, nak pos laju kan. Mana ada pakai sampul. Dia terus gelabah dan ajak balik. Dia kata nak pos nanti je kat pejabat pos lain. Aku geram dan aku pergi tanya pekerja kat situ. Orang tu kata tak payah sampul pun. Kan rugi kalau terus balik dah tunggu lama-lama tadi. Tak salah pun kan kalau bertanya. Geram lagi. Pergi kedai makan pun. Dia akan pesan makanan yang dia nampak ada depan mata je atau yang ada dalam menu je. Padahal tadi sebelum datang, dia teringin makan makanan lain, tapi sebab tak nak bertanya, sanggup ambik makanan yang dia tak nak pun. Sebab apa? Sebab malu nak bertanya. Mula-mula aku kenal dia, aku ok je tapi dah lama-lama ni aku jadi geram. Sebab mula-mula tu aku ingat sebab dia malu je. Tak biasa ckp dengan orang. Tapi lama-lama aku mula nmpak dia tak nak bertanya tu sebab takut nampak bodoh. Takut salah. Nanti nampak bodoh sangat. Sebab bila dia tengok orang lain tanya dan soalan tu nampak bodoh, aku nampak mcm dia tertawa kecil. Paling kurang pun, orang lain tu berani untuk bertanya dari kau, BODOH SOMBONG.
Setakat ni aku baru cerita perangai dia yang ego, tak nak bertanya tu. Ni aku nak cerita perangai dia yg HEARTLESS pulak. Pernah aku temukan dia dengan mak aku. Dia salam lah tapi nampaklah senyuman dia kelat. Lepas salam tu, aku bawak adik aku pergi beli makanan. Dia ni tak nak ikut. Mak aku pulak pergi cari tempat duduk. Masa tengah cari tempat duduk tu, agaknya mak aku terserempak semula dengan dia, dia buat tak kenal je mak aku. Mak aku sampai cakap kat aku, “stranger nya kawan kau ni. Tadi baru je salam.” Pernah kami makan sekali, aku, dia, mak aku, dan adik-adik aku, dia tak pandang langsung mak aku. Dia tunduk main phone dia je. Aku pulak yang naik segan dengan mak aku. Awkward giler. Punyalah heartless budak ni, tak kisah pun orang kat situ.
Dia ni jenis yang sangat sayangkan diri sendiri. “I love myself” tuu. Myself first. Ha, gitu. Dia pun cakap dia suka diri dia dan dia takde rasa sikit pun nak ubah diri dia. Aku dan kawan aku yang lain saling berpandangan dan macam terkejut jugak lah dia nak biar jadi diri dia macam tu sampai bila-bila. Sebabnya, korang nak tahu, dia punya heartless memang tak boleh lawan lah. Jangan harap lah dia nak tanya kau dah makan ke belum atau jaga kau time kau sakit ke. Dia tak kisah. Bagi dia, itu tanggungjawab diri sendiri lah nak jaga diri masing-masing. Roommate ke tak ke, asalkan perut dia kenyang. Dahlah dia ni jenis ada mood. Turn on, turn off mood tu. Bila mood baik, dia layan lah. Time dia tengah bad mood, muka memang macam singa. Masuk bilik pun main rentap je langsir. Kadang-kadang aku nak tanya dia apa-apa, dia jawab pun tak pandang aku dan cepat-cepat pasang earphone dia. Suka hati dia lah nak buat apa pun. Memang takde fikir perasaan orang. Bila mood dia dah ok tu, aku tanya pernah rasa bersalah tak buat orang macam tu dalam nada gurau dan gelak-gelak (tak nak serius), dia dengan selamba kata TAK. Huh, heartless weh. Kalau pergi beli barang bersama, selagi kau boleh angkat semua barang kau, dia tak akan nya nak tolong angkat. Takde nya istilah nak tolong memudahkan orang lain. Pernah dia duduk kat seat belakang kereta, ada barang letak kat situ Barang aku lah. Aku dengan kawan aku dah penuh barang kat tangan nak angkat bawak masuk bilik, dia dengan heartless dan takde common sense nya kuar berlenggang kangkung masuk bilik. Aku pun berulanglah berapa kali ke kereta angkatkan barang-barang yang lain.
Kalau dalam sehari tu, aku tak start tegur dia dulu, jangan haraplah dia tegur dulu. Kalau terselisih depan pintu, kat tandas ke, dia buat tak kenal je. Padahal kawan baik kot. Baru semalam duduk gelak-gelak bersama. Hari ni kena buat sesi ‘ice breaking’ lagi. Split personality betul. Dan pernah aku perasan dia sanggup tukar laluan dia (jalan kaki) kalau dia nampak aku dulu tengah jalan tu. Mungkin malas nak bertegur. Gila kan. Padahal time ni kami dah rapat. Kira macam selalu je berkepit. Tapi ada waktu dia akan jadi lah makhluk pelik ni. Aku stress. Berapa kali aku nangis sebab sakit hati sangat. Kau ingat berkawan ikut mood kau ke.
Sepanjang aku berkawan dengan dia ni, tak pernah lagi aku dengar perkataan maaf keluar dari mulut dia. Pernah aku berjani nak keluar dengan dia, janji pukul 9 pagi. Dia kata nak temankan aku. Aku pun kejutkan dia pukul 8.30 tu, dan aku pergi mandi. Lepas aku siap mandi, aku tengok dia masih berselubung dalam selimut. Aku tanya jadi tak nak ikut. Dia just cakap taknak. Sakitnya lah hati time tu. Akhirnya, aku pergi seorang. Dan balik tu, dia buat muka macam takde apa-apa berlaku. Bukan ni je. Dia ni jenis yang agak mematuhi masa. So automatically, dia tak suka orang lambat kalau berjanji. Tapi pernah jugak dia terlambat. Kalau orang lain lambat, tahu lah jugak nak minta maaf, tapi dia memang tak kan lah. Aku pun tak faham kenapa susah sangat dia nak minta maaf. Dia rasa tak perlu ke atau malu untuk minta maaf ? Aku tak faham.
Aku rasa salah satu punca utama dia jadi macam ni mungkin cara dan suasana dia dibesarkan. Mak dia ibu tunggal jadi memang control gila-gila lah anak. Mak dia memang tak suka dia keluar sangat dan memang tak bagi pergi rumah orang. Dah umur 20++ (taknak reveal umur sebenar), tak bagi pergi trip mana-mana. Tak bagi macam-macam lah. Kira tak bergaul sangat dengan orang. Mungkin sebab tu dia memang takde social skill langsung. Aku tak salahkan mak dia besarkan anak-anak dengan cara macam tu. Ye lah, mak dia seorang nak jaga ramai anak. Memang kena tegas barulah anak terjaga. Aku tengok adik-beradik dia semua bagus-bagus. Kira terdidik lah jadi orang berguna. Tapi tu lah. Dia hidup dalam dunia dia dan family dia je. Dia tak suka dengan orang luar, tak amik tahu hal orang dan sangat heartless. Tak suka minta tolong, mungkin sebab dari kecik dia dah diajar supaya tak menyusahkan orang lain. Jangan sentuh barang orang, jangan tu, jangan ni. Tapi sebab perangai dia ni, takde seorang pun dari kami yang berani nak minta tolong apa-apa dari dia. Orang tak berani pun nak kacau dia sebab dia memang tak minat langsung nak amik tahu pasal orang lain. Memang takdelah perangai caring-caring tu. Jauh sekali.
Aku kesian sebenarnya kat dia. Dia dah hilang satu nikmat sebenarnya iaitu NIKMAT MEMBERI PERTOLONGAN. ‘Wahai sahabat, meminta tolong tu bukan satu kesalahan. Bukan satu kehinaan. Meminta lah dengan baik dan berterima kasihlah. Minta lah maaf kalau memang ternyata kau yang bersalah. Aku tahu hati kau baik sebenarnya. Aku harap satu hari nanti kau akan sedar dan cuba berubah. Cubalah menerima dan ambil berat tentang orang sekeliling. Kite ni hidup bermasyarakat. Bukan selamanya akan hidup seorang diri. Jagalah hati orang sekeliling. Mana tahu orang yang kau buat endah tak endah tu nanti yang akan balutkan kain kafan kau satu hari nanti, solatkan jenazah kau. Atau pun, jadi ipar, besan, mertua atau majikan kau. Sudah sudahlah jadi pencinta diri sendiri yang tak perlukan orang lain. Sebab hakikatnya kite memang perlukan each other. Aku harap kau sentiasa bahagia. Aku sayang kau walaupun kau EGO dan HEARTLESS.
Puan Sado
– Puan Sado
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment