Tuesday, 31 January 2017

Taman Syurga di Bumi Amerika

PengakuanKu

Assalamualaikum W.B.T.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak admin jika surat ini disiarkan. Ya, surat ini khas dari seorang pelajar yang mengikuti pengajian di Amerika. Alhamdullilah.

Sudah menjadi ketetapan Ilahi bahawa rezeki saya berada di sini demi memikul tanggungjawab dan amanah yang diberi. Selalu saja disiarkan di global media massa tentang Islamophobia dan terrorism di sana-sini. Isu yang sudah lama diutarakan sejak kejadian 9/11. Hinggakan suatu masa dulu (zaman Presidensi Obama) bila saya diterima surat tawaran untuk belajar disini, dibimbangi apakah reaksi yang saya bakal diterima kerana nama ‘Muhammad’ saya yang tertera pada pasport dan visa. Malah, masa untuk mendapatkan visa pun sangat payah kerana adanya temuduga di U.S. Embassy Jalan Tun Razak. Ironinya, kedutaan yang sama saya pernah menyertai tunjuk perasaan dihadapannya kerana isu USA menyokong Israel. Saya mencukur janggut saya selicin-licinnya demi sepucuk gambar putih di visa walaupun berat hati melakukannya kerana sayang sunnah Nabi S.A.W. Demi amanah dan tanggungjawab yang dipikul, saya pergi jua, berhijrah ke negara majoriti penduduknya penganut agama kristian.

Selama 14 jam penerbangan, akhirnya saya tiba di lapangan terbang L.A.X. Setelah diberi taklimat orientasi pengajian di International Center, California University. Saya disambut dengan baik oleh pihak pengurusan mereka. Setelah itu saya bertemu pula dengan pelajar sekulit dan sebahasa dengan saya. Dia memperkenalkan saya pula dengan para pelajar Muslim yang lain yang kebanyakannya adalah warganegara yakni lahir dan menetap disini. Mereka adalah golongan minoriti Islam disini. Kebanyakan mereka berketurunan Timur tengah. Mereka menyambut baik kedatangan saya.

Persatuan Islam mereka adalah sah berdaftar di bawah universiti. Segala acara di dewan Student Center mendapat kelulusan pihak pengurusan pelajar. Acara diadakan seperti tazkirah, solat hari raya, solat jumaat dan sebagainya. Solat berjemaah juga ada dilakukan di padang rumput yang terbentang luas hijaunya. Amat tenang sekali bersama dengan mereka. Perpaduan mereka sebagai golongan minoriti sangatlah kuat. Kasih sayang antara mereka meresap ke dalam jiwa saya. Ibarat berada di taman syurga.

Jadi bagaimana reaksi orang putih beragama kristian bila melihat kami? Sebenarnya inilah persepsi yang kita sama-sama betulkan. Mereka tidak benci atau hina kami. Malah mereka HORMAT pada kami. Terkejutnya saya bila melihat ibubapa membimbing anak-anak melintasi kami ketika solat berjemaah di padang. Ibubapa menyuruh anak-anak mereka melintasi belakang kami. Belakang kami. Sedang kita tidak boleh melintasi tempat sujud orang solat, bagaimana mereka tahu?

Kadangkala kami solat di hallway kelas kerana kelas mahu mula seketika kemudian. Ada seorang lelaki putih menghampiri kami. Ingatkan nak tegur kami negatif apa-apalah. Tapi dia tanya RUKUN ISLAM, guys. RUKUN ISLAM ! Terkejut kami. Bagaimana dia tahu?

Pensyarah universiti menjemput kami makan di rumahnya pada hari Thanksgiving. Kami tak sambut thanksgiving tu. Kami cuma jadi tetamu saja. Dia hidangkan kami makanan. Di antaranya adalah ayam halal dibelinya dari kedai runcit Muslim. Bagaimana dia tahu?

Kadang kala kami melakukan acara islamik, sebaik saja akhir acara. Ada orang ingin memeluk Islam. Orang putih oi. Masa itu jugalah dia mengucapkan syahadah. Menangis kami. Mengenangkan mulianya dia mendapat hidayah bebas dari dosa-dosanya terdahulu. Kami pula bersusah payah menghapuskan dosa.

Jadi golongan minoriti Islam ini sangat kuat. Hingga masjid pun hidup dipenuhi ahli ibadah sampai ke subuh. Urusan di masjid mereka sangat kaya dan sibuk mengalahkan urusan bisnes mereka sendiri. Mereka juga ada kawan-kawan bukan islam yang turut menyokong mereka. Masjid pun buat open house, bila mereka buat open house, kawan-kawan bukan islam pun datang. Masjid dan gereja pun dekat. Hujung minggu orang Islam di masjid datang ke gereja masak makanan bagi makanan pada orang geladangan !

Jadi di mana diskriminasi yang digemparkan oleh media massa? Ya, kita ditipu sebenarnya. Ini semua agenda kerajaan mereka sendiri. Jadi jangan salahkan rakyatnya. Salahkan kerajaan dan media mereka. Kerajaan mereka sendiri yang mencipta keganasan yang berlaku di dunia ni dan mereka cuba menutup kembali demi sokongan rakyat mereka sendiri. Sedangkan rakyat mereka yang celik ilmu menentang kerajaan mereka sendiri. Kerajaan mereka tidak mewakilkan keseluruhan keputusan rakyat semua.

Jadi selaku saudara seIslam, marilah kita menunjukkan akhlak yang baik kepada rakyat mereka supaya menafikan kenyataan kerajaan mereka. Usahlah kita bergaduh kerana perbezaan pendapat hingga putus hubungan dan fitnah sesama kita. Mereka golongon minoriti boleh sebarkan salam walau berbeza kefahaman, bagaimana kita tidak boleh? Sayang antara mereka tersebar ke rakyat bukan islam, jadi orang bukan islam pun ingin tahu tentang islam. Inilah peluang kita,teguhkan perpaduan sesama kita dan sebarkan dakwah kepada orang bukan islam. Elakkan kebencian sesama kita. Jika kita bergaduh, orang bukan islam yang tidak faham islam akan mencampuri urusan kita seperti memberi kita senjata. Memburukkan lagi keadaan. Lalu digelarnya kita teroris. Akhirnya tanah negara hasil bumi tergadai di jajah oleh mereka, alasannya untuk memerangi terorisma . Itulah yang berlaku di Timur tengah sekarang.

Setiap hari pasti ada orang memeluk Islam. Suatu hari tidak mustahil presiden Amerika itu adalah orang Islam seperti Obama merupakan presiden kulit hitam yang pertama. Teruskan berdoa dan berdakwah demi kesejahteraan umat Islam dan semoga Islam kembali agung dan terbilang di dunia kelak.

Wabillahi taufiq wal hidayah
Assalamualaikum w.b.t

– Matt K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.