Friday, 27 January 2017

Ibrah Di Tanah Suci

PengakuanKu

Ayat yang ayah selalu pesan, setiap apa yg berlaku, jgn merungut, bersyukur dgn ape yg Allah dah tntukan untuk kita. Alhamdulillah, November tahun lpas aku dan keluarga dipermurahkan rezeki utk menunaikan ibadah umrah di kota suci Mekah . Setelah berdaftar dgn travel agency, maka kami pun buatlah persediaan sikit2 macam amek injection, amek gmbr & lain2. Sebulan setengah sblm ke sana, kena settlekan byrn dan sahkan pndftran umrah kami di travel agency. Masa mula2 daftar sblm ni, memang dah siap2 pilih tarikh & airline mane yg kami nk g. Time tu, ayah aku memang beria pilih flight MAS (25 Nov) sbb trus direct ke Madinah & sebab selesa sikit brbnding dgn flight lain.

Tup2 time nak settlekan byrn, agent tu minta maaf & beritahu yg diorg tersilap msukkan tarikh umrah ktorg lwat sbln berbanding tarikh asal (25Dis).Sebab nk cover balik, ktaorg didaftarkan utk berlepas hari keesokan (26 Nov). Flight pun tukar ke Saudi Airlines & mndrat di Jeddah (travel agency ni mmg ade pnrbgn hari2 utk umrah akhir thun). Mmg aku time tu bengang sgt. Marah. Company bsar tp boleh pulak tersilap. Ayah aku senyap je, lpastu dia ckap, sabar, Allah dah atur smua ni. Lpas ayah aku ckap macam tu aku trus senyap.

Hari bertolak, smua lancar. 5 jam pertama atas flight, aku ok..mknn pun sdap, stewardess pun lawa (ok yg ni x de kaitan pun haha). 3 jam sblm mendarat, aku dah rasa smcam, tekak rasa loya. Huhu mabuk rupanya. Maka 3 jam tu mmg terseksa, mknn x sntuh lgsung.. Time jejak kaki kat airport Jeddah tu, tak ada sangat dah rase excited ke apa ke, yg aku nmpk katil je time tu huhu (mkn ubat pun x jln dah). Time tu terfikir kat kepala aku, ya Allah aku baru jejak kaki di bumi Mekah, tp satu nikmat sudah ditarik, Maybe banyak sgt dosa aku ni. Tercongok kat imigresen pun dah 2 jam nk cop passport (tau la org arab ni buat krja macam mana).

Then, naik bas 6 jam ke Madinah & trus subuh di msjid nabawi. Pagi tu ada lwtn ke raudhah, aku walaupun bdn tak berapa nak sihat (mabuk flight tadi+ batuk+flu) gagahkan kaki jgak utk pergi ke sana dgn mak & kakak aku. Time tunggu turn nak msuk raudhah (sebelah tiang je lg sblm msuk raudhah), aku takleh tahan dah. Rase macam nk pitam, muntah smua ada, mmg tak larat sgt jadi aku balik smula ke hotel dgn kakak aku. Kang tak memasal muntah dalam raudhah sape yg susah pulak (sedih weh, dah nmpk raudhah tp tak ada rezeki nak msuk). Keesokan hari barulah ok sikit & blh join lwtn ke sekitar Madinah.

2 hari lpas tu alhamdulillah aku berpeluang juga utk msuk raudhah, rasa nak nangis time msuk tu sbb teringat dugaan yg aku kena hadapi sblm boleh msuk ke sana.. Otw nk kluar dari raudhah, kakak aku tercari2 specs dia kat skitar raudhah (apa lagi klau bukan hilang haha). Mmg takkan jumpa la. Otw nak kluar dari msjid tu kakak aku mmg kena bebel la dengan aku + mak aku. Mana tak bebel, subuh tadi baru je selipar dia hilang. Ni spec pulak. Tak prnah dibuat org hilang spec, dlm raudhah plak tu. Mmg rare la kan. Dahla mata dia rabun,mcm mana la nk buat umrah dengan mata rabun tu weh..

Time ni mmg takda ayat dah boleh keluar dari mulut aku sebab bengang sangat. Nak dijadikan cerita, ptg tu jgak, lpas asar, selipar aku pulak hilang (padan muka, balasan sapa suruh kau duk bebel sgt tadi kan dah mndapat). Maka, merasa la aku berjlan kaki ayam balik hotel. Dah dpt satu pgjrn kat situ- jaga mulut tu, kena batang hidung sndiri baru tahu. Hari ke-5, rombongan kami berpandu mutawif gerak ke mekah dgn pakaian ihram then brhenti niat kat miqat bir Ali. Smpai mekah (dlm tgh malam), check in hotel n trus gerak dlm rombongan menuju ke msjidilharam smbil berzikir beramai- ramai.

Huhu syahdu sgt. Time tengok kaabah, terfikir Ya Allah, betul ke depan mata aku ni Kaabah ?no words can even describe it. Terharu sbb aku yg bnyak berdosa ni masih diberi peluang utk ke sini.. Sebab umrah tengah malam, jadi kwsn kaabah agak lengang dan mudah utk tawaf. Lpas tawaf, kami solat sunat dpan hijir ismail dan trus menuju ke kwsn saie. Kami anak beranak dah berjanji nak jumpa di tpt sekian2 dalam msjid kalau terpisah lps abis umrah (kami berlima semuanya). Hbis saie n tahallul, ayah tak muncul2 di tempat saie. Lama tunggu tapi still tak ada. Pelik sebab ayah start saie tadi lebih kurang dengan kami je tapi takkan tak siap2 lagi.

Kami berempat decide nk tunggu di tempat yg dah plan awal2 td. Tapi ayah tetap x muncul2 kat situ. Ah. Sudah! Mana ayah ni? Lbih kurang 1 jam tunggu, aku, mak n kakak balik hotel sbb x larat sgt dah (time tu pkul 2 pg). Abang aku yg stay & cari ayah sekitar msjid.
Tak lama lps tu, abg aku pun give up & balik hotel tanpa ayah. Dlm pkul 3.30 pg, akhirnya ayah aku smpai bilik hotel. Nampak penat. Ayah aku cerita lpas habis umrah tadi, dia mmg x jmpa pun tpt checkpoint yg kitaorg janji nk jumpa, smua penjuru msjid nmpak sama je.

Lpas lama melilau dlm msjid, lastly ayah jmpa jalan kluar dan dapat balik hotel tp masalahnya ayah aku tak ingat bilik no berapa! (hotel ktaorg stay ada 6 unit bgunan yg brcntum yg setiap satunya berpuluh tingkat). Byangkan mcm mana ayah aku nak mencari bilik hotel kami. Lpas ayah aku g kaunter hotel, agak lama jgak baru receptionist jmpa bilik kami. Lpas ayah aku abis cerita, aku baru ingat time kat Madinah bbrapa hari lpas, aku terbaca berita yg ada jemaah umrah hilang di Mekah n ayah aku berseloroh time tu cakap maybe jemaah tu ada la duk kat ceruk mana2 dlm Masjidilharam.

Tapi aku x berani la plak nk relate kes ayah aku sesat ni dgn apa yg dia ckp haritu (lpas balik Malaysia baru aku tahu jemaah yg hilang kat Mekah tempohari rupanya sudah meninggal di sana, Innalillah..). Few days lepas tu, aku, mak & kakak terlambat tiba di masjid utk solat maghrib. Sana sini pintu tutup sebab crowded sangat. Pusing sana pusing sini di skitar dataran msjid, lastly ktaorang terperangkap dalam barisan jemaah yang dah buat saf sbb masa tu dah iqamat. Dlm hati tgh marah kat mak sbb mak tersalah lorong yg menyebabkan ktaorg stuck kat sini.

Bila takbir berbunyi, dah tak ada tempat untuk bergerak & terpaksa solat on the spot yg mana sblh kiri aku betul2 barisan org lelaki dan di depan aku pula makcik Pakistan yg tengah solat duduk. Bygkan solat berlaga bahu dgn org lelaki & sujud pula kat kaki makcik tu. Marah dlm hati mmg x boleh tahan sgt. Habis solat, dgn muka bengang aku bangun & berpaling ke belakang. Tiba2 sorg auntie arab berwheelchair yg solat kat blkg aku tadi tgur & berckp dgn bhsa yg aku tak faham. Tapi dari situ aku tahu dia minta aku sabar & hulur tangan bersalam dgn aku. Kuasa tuhan, lpas aku smbut huluran tangan dia, hati yg panas tadi tiba2 sejuk.

Jadi tenang bila lihat wajah dia. Thanks auntie, apa yg auntie buat tu mengajar aku tentang erti sabar, perkara yg paling susah aku nak buat selalunya. Overall dari first day di Madinah smpai la di Mekah, badan aku tak pernah sihat sebenarnya. Asyik rasa pening & lemah. Bila renung balik baru aku sedar yg spnjg perjlanan kami, mulut aku asyik membebel pada mak itu ini sebab membeli belah tak ingat dunia & perkara2 lain. Mungkin ini balasan kpd aku. Few days sblm balik, lepas aku beristighfar bnyk2, ingat balik macam mana susahnya dia lahirkan & besarkan aku, baru la badan aku rasa lebih bertenaga & sihat utk buat ibadah.

Kali terakhir aku pandang Masjidilharam dari bas, aku berdoa, ya Allah, Kau izinkanlah aku utk menjejak kaki lagi ke sini, tempat yg pling indah di dunia, tempat yg telah mengajar aku 1001 ibrah yg menginsafkan. Semoga aku dapat berubah ke arah yang lebih baik ya Allah. Aku takkan pernah serik untuk datang lagi dan lagi ke sini.. insyaAllah.

p/s: Tak lama lepas balik Malaysia baru aku tahu flight MAS yg sepatutnya kami sekeluarga naik pada 25Nov delayed hampir sehari disebabkan masalah pada sistem mereka & pada hari yg sepatutnya mereka balik M’sia iaitu hari yg sama dgn kami, flight mereka turut delay yg menyebabkan mereka smpai lewat di M’sia berbanding kami. Jika kami follow flight tu, penerbangan domestik kami juga akan terbatal & menyebabkan kerugian. Betul apa yg ayah cakap sblum ini, Allah sudah mengatur yang terbaik utk kami sebenarnya. Wallahualam.

– Nina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.