Saya amat tertarik hati membaca nukilan saudara kita tentang perlukah kita menyambung program Master. Jawapan saya, perlu kerana walaupun kita sudah punya Degree, pembelajaran peringkat Master akan mendewasakan kita & meletakkan kita pada satu tahap yg istimewa dari segi pengetahuan dan penghormatan yang diberikan oleh kawan-kawan tanpa kita minta. Namun begitu, dalam apa usaha kita ,walau apa saja yang kita ingin lakukan atau laksanakan, ianya memerlukan disiplin. Jika ingin sambung Master, kita juga perlukan ketahanan mental yang hebat. Peringkat PhD, ianya lagi hebat ketahanan mental yang diperlukan.
Sebenarnya, saya telah mula bekerja semasa berumur 19 tahun lagi (Air Traffic Controller). Ianya satu kerjaya yang bagi saya, amat hebat dan hanya insan-insan yang mencapai satu tahap kelulusan,tahap kesihatan yang baik , IQ yang baik , dapat menjalankan kerja-kerja mengawal beratus pesawat setiap shif semasa bertugas. Bayangkan jika satu pesawat membawa 200 orang, 10 pesawat dah ada 2000 nyawa yang berada dalam kawalan seseorang ATC. Bagi memulakan cerita, saya sebenarnya, terpaksa bekerja semasa berumur 19 tahun lagi kerana saya datangnya dari keluarga susah, ramai adik-beradik dan saya anak yang sulung dari 8 adik beradik. Peluang untuk saya menyambung pelajaran pada masa itu (1978-1980) terpaksa saya lupakan dahulu. Setelah bekerja sebagai ATC selama 13 tahun, saya telah menyertai Malaysia Aisrports kerana Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah diperbadankan pada Nov 1992. Kemudian, saya menjadi Pengurus Lapangan Terbang selama 20 tahun. Pada masa saya menjadi Pengurus Lapangan Terbang, saya mula mengimbau kembali masa silam saya yang seakan tidak lengkap kerana faktor keluarga menyebabkan saya gagal belajar ke universiti, walau pun ramai kawan-kawan sepermainan yang berjaya menyambung pelajaran di dalam dan luar negara. Saya mula dengan PJJ di kampus sementara UiTM di Kem Kijang Kota Bharu dan menyambung ke kampus baru di UiTM Machang. Saya merupakan di antara kumpulan pelajar PJJ pertama di kampus baru ini. Kemudian, belum sempat tamat pengajian Diploma In Business Studies, saya diarahkan berpindah pula ke LTAB Langkawi. Oleh kerana sibuk dengan tugas (maklumlah, sebagai Pengurus LTAB Langkawi,tuan rumah, PM TS Mahathir masa tu selalu turun padang ke Langkawi) saya terpaksa menumpukan masa yang banyak pada kerjaya saya tidak kira siang atau malam. TS Mahathir akan tanya saya keadaan tandas di LTAB Langkawi, data penumpang dll secara terus bila beliau tiba dengan pesawat khas beliau. Ini menyebabkan usaha saya terbantut kerana tekanan kerja, dahla kena naik feri ke kelas di Arau, taraf pelajar saya digugurkan apabila cuti kedua yang saya pohon telah tidak diluluskan oleh pengurusan UiTM.
Saya teruskan tugas sebagai Pengurus LT selepas itu ke Kota Bharu utk kali keduanya atas arahan pengurusan. Kemudian selepas 4 bulan (2003),saya ditukarkan ke Miri, Sarawak dan akhir sekali ke LTAB Pulau Pinang pada 2006. Semasa di Miri, terlintas difikiran saya untuk menyambung pengajian tetapi, saya tidak mendaftar walaupun niat untuk belajar di Open University Malaysia (OUM) itu ada. Pada 2008, selepas ditukarkan ke LTAB Pulau Pinang, saya mengambil tindakan nekad utk mendaftar sebagai pelajar OUM yang pada masa itu saya berumur 47 tahun. Pada 2010, saya ditukarkan ke Projek Klia2 bahagian Operations Readiness & Airport Transfer (ORAT). Saya bertungkus lumus sebagai pelajar,bapa, ketua di tempat kerja sehinggalah saya menamatkan program ijazah di OUM pada tahun 2013 di OUM Seremban. Kemudian, saya melangkah lagi ke peringkat Master (MBA) di UiTM pada 2014 atas usaha Malaysia Airports yang igin melahirkan 16 pemegang MBA dan 8 orang DBA. Pengajian Master saya tamat pada September 2015 pada umur 54 tahun ( kalau dahulu, dah nak pencen pun) Jejak saya dikuti oleh seorang anak perempuan kedua saya yang baru sahaja tamat MBA di UiTM (junior saya, ambil buku saya & tak payah beli buku). Lagi 2 orang anak saya masih belajar di OUM sambil bekerja. Seorang akan tamat tahun ini 2017…Alhamdulillah, jika abah yang tua ni boleh belajar lagi, kenapa anak-anak yang masih muda,kuat tenaga, masih cergas, tidak boleh sambung belajar. Jangan berikan alasan kerana alasan itu senang dicari.
Berbalik kepada program Master yang mana lebih baik, terpulang pada disiplin kita, bidang yang kita mahu & apakah pekerjaan kita sekarang. Tetapi, berdasarkan pengalaman saya sendiri ,Master by research, seseorang itu perlukan disiplin yang tinggi, dapat mentadbir masa dgn baik dan sempurna. Master yang separuh coursework juga baik, Tetapi, bagi saya , Master by full coursework adalah yang terbaik kerana kita akan belajar ilmu secara mendalam, belajar ilmu baru dan pengetahuan yang perlu untuk kita bergelar Master. Full coursework juga ada Applied Business Research (ABR) yang hampir sama dengan full research. Membaca Literature Review untuk buat ABR saja menyebabkan kita mendapatkan berbagai pengetahuan baru. Juga kena guna tools untuk analisa data termasuk ANOVA selepas membuat pengumpulan data.
Pendek kata, tiada ilmu yang tidak berguna. Master itu lebih baik dari Degree walau pun bila kita memohon pekerjaan, cuma Degree yang dimahukan sebagai kelayakan asas.
– Abdul Wahab Bin Mohd Yusof
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment