Wednesday, 25 January 2017

Gamers’ Little Sister

PengakuanKu

Assalamualaikum admin and readers.

Confession ni, kalau admin sudi siar kesuma ucap tq. Unless kalau admin bkn gamer atau anti-gamer *takkan lahhh. Perempuan laki pun, sama ramai jd gamer skarang* huhu.

Lets start. Aku Dewi Kesuma(bukan nama sebenar. Muka ala2 nama ni pun tak. Kahkah!). Umur awal 20-an. Aku 8 beradik. Seorang kakak, 5 abang n satu adik perempuan.
Dan kami hidup harmoni bersama.
Takdelah harmoni sgt. Ada la jugak kami wrestling sampai pecah dinding bilik(plywood) pasai terkena siku abang. Haha.
Ok. Abang-abang aku semua kaki game . Dahsyat penangan diorg, sampai kakak aku, aku n adik pun boleh terkena virus diorg.

aku ingat, mse aku kecik2 abang2 dah masuk alam sekolah menengah, form 1 form 2 camtu.. Masing2 umur rapat2. Balik dari hostel, weekend pegi cc kalau ayah tak pegi cari dengan wayar paip getah tu, mmg tak blik. Ye laa, masa tu masing2 tak berduit lagi. Collect duit , hujung minggu pergi cc sbb nak main game tu, dah bahagia sangat 5 beradik tu. Dulu, ayah bukan tak mampu nak beli segala jenis permainan tu. Tapi, ayah nak diorg belajar tentang dapatkan kehendak atas usaha sendiri. Sebab benda tu bukan satu keperluan tapi kehendak. Bab pergi cc, mmg ayah marah. Haha. Bimbang betul dekat anak2 lelaki dia tu.

Apa yang aku nak cerita , bukan tentang diorg main game macam mana ke apa..
Point dia kat sini, gamers ni bukanlah seperti yang gadis2, atau lelaki2 acah maskular kat luar sana fikirkan. Diorg tak lah seteruk yg korg fikir..

“taksub game sampai abai anak bini”

“taksub game sampai bercerai laki bini”

“gila sangat dekat game sampai bergaduh berbunuh sesama kawan”

Itu semua sebab masing2 yang tak pandai nak balance life mereka. Perangai macam tu yang men-celakakan gamers yang lain.

Abang2 aku gamers. Tapi still jaga solat, taat mak ayah, look after their sisters , eating and sleep. Still ada life. Meh nak cerita sikit..

Bila masing2 naik upper form.. Diorg dah makin matang. Nak pergi cc, mintak izin mak ayah. Ayah ok saja asal kerja sekolah siap, rumah tolong kemaskan, pinggan dh tolong basuh, dah buat dhuha. Pergi lah nak main sampai orang azan zohor pun..(biasa diorg spend time pegi cc, pagi2. Petang duk rumah)
Bila ada yg dah masuk uni, dah reti buat saving, mula pandai collect duit nak beli PS lah, komputer lah. Ayah cakap, never mind. Duit awak, suka hati awak. Tapi, kalau sampai lalai, ayah buang. Simple.
Bila semua dah besar, semua dh msuk uni and ada laptop sendiri..
Lagi seronok diorg ber-gaming. Ayah ok lagi.
Ada satu hari, abang aku yg no.5 stay up main warcraft . Bila subuh gajah, fuh! Ayah mula menyinga. Nasib baik dia tak hentak laptop tu. Ayah mula bg warning. Lepas tu , still stay up main warcraft. Cuma dh tak subuh gajah. Hahaha.
Ayah bukan apa. Dia taknak anak2 dia lagha. Kalau tak jd hulk mse tu, tak serik..

Abang2 aku gamers. Tapi, bab house chores tak pernah mengelak. Ringan je tangan. Ye lah.. Nak harap mak seorg, lembik lahh mak. Kakak study jauh. Aku tak mumayiz pun lagi mse tu. Kalau bukan abang2, siapa nak tolong mak kan?
Tapi dulu, aku dan akak pun menyampah dengan abang2. Klau mintak tolong apa2 mesti dia punya tunggu kejap tu, berjam jam. Naik angin dibuatnye. Tp, abang2 rileks je kalau kakak melenting. Diorg senyum dan ajak kakak bertenang. Diorg explain satu satu. Diorg main game online, ada pasukan lah apa lah. Nak kena bagi kerjasama lah. Nanti orang marah, org ban lah. Setiap pertempuran bukan sekejap. Kalau diorg tinggal ‘medan peperangan’, kalau tewas, teruk dipersalahkan.
Mase tu, kakak diam je. Sekadar ‘hmm’ ‘hmm’. Tp, muka dia still mcm “pe bende lahh semua tu”.
Lepas kejadian akak jadi hulk, dh ok balik dh. Bila kakak mntak tolong abang2 buat itu ini, tp bila nmpak diorg sedang ‘menjalankan misi’, hmm tak payah lah nak tunggu misi diorg selesai. Biasanya, diorg ‘berperang’ malam2. Ada jugak siang. Jarang. So, kalau siang tu diorg byk bantu buat kerja2 rumah. Diorg lelaki, tapi bab memasak, aku pun kalah.. Diorg lelaki, tapi bab lipat baju memang perfect. Sebab? Mak ajar macam tu dari kecik.
Tapi kalau malam, tak payah buang masa nk terpekik panggil diorg buat itu ini. Memang takkan muncul,kecuali emergency aku tercekik kerusi ke kann.

Satu je lah yg aku suka kalau abang2 stay up sbb main game. Diorg boleh jadi guard dlm rumah. *hewhew

Abang2 aku gamers , tapi tak pernah abaikan adik perempuan dia ni. Aku jd bongsu agak lama. Umur 10thn baru dpt adik. So, mcm kamcen gitu dgn abang2. Kalau mak tinggal keluar dgn ayah, mak biasa pesan suruh tgk tgkkan adik diorg ni la. Diorg punya akal takut tak sedar adik dia hilang mse diorg tgh main game tu, dia ajak aku skali main. Mase tu counter strike. La ni ada lg ke? Huhu. Diorg punya lah nk suruh aku mahir, gigih nau jd sifu. Ajar aku strategi itu ini. Pastu, bila kemahiran bdk drjah 4 ni cukup2 makan, ajak jd geng dia pulakk. Bila kalah, pandang semacam dgn ayat
“takpa lah, kita cuba lagi”.
Kahkah!
Mak ayah balik, mengucap panjang.
“dengan adik skali kau orang heret ye. Ikut suka lah. Asal anak2 mak tak merapu buat tah ape ape kat luar sana. Duk dalam rumah lah bagus. Hah, main main. Adik, jgn kau buli!”

Masa baya baya ni jugaklah abang2 ajar aku jd gangster dalam GTA, wrestling. Ajar mcm mana nak drift dlm Need for Speed. Abang2 pun ada ajar main PES tp tak pernah nak mahir. Bila dia ajak jd pasukan dia n slalu kalah, at last dia ckp “kau takyah main ni la dik. Kalah ajee”. Tukar pulak ajar mnde lain. Yg pasti, bila dh besar aku bukan lah gamer mcm diorg. Setakat game2 hp, laptop.. Even main game hp pun, aku still guna strategi yg abang2 ajar bila main game n once kwn aku ckp
“kau, main apa pun hebat. Klau game ‘hardest game’ tu, klau tgn kau tak parkinson sbb tekan skrin laju sgt, tak sah. Boring bet dgn kau. Asyik kalah”.. Ehh, dia taktau ke abang2 aku yg ajar semua tu. Nmpak kecik je bnde dia ajar.

Abang2 aku pun gamers, tapi belajar tak tinggal.. Selalu je dekan. Dekat uni pun main game, balik cuti sem pun main game.. As long as pelajaran cun, mak ok saja. Tp, ada sekali, pointer abg aku yg sorg tu jatuh dri sem lepas. Mak terus bertukar hulk tp still tenang.
Mak warning
“kalau sebab game atau bercinta, siap kau! Tolong improve sem depan. Last warning”.
(mak tak suka anak2 main cinta sampai belajar ke laut. Nak cintan cintun, tunggu hbis belajar.)
Alhamdulillah.. Takut mak sebut “haram kau main game lepasni” punya pasal, struggle jugaklah nak naikkan pointer sem tu..

Abang2 aku pun gamers. Tapi ada je hasrat nak berpunya. Well, diorg pun nak ada life diorg sendiri. Dalam diorg duk cari jodoh, masing2 terjumpa lah gadis gadis yg diorg ingatkan sesuai buat isteri. Aku mulanya tak berkenan dgn gadis2 yg jd gelpren abang2 aku ni (ecehhhh mcm ibu ibu pulak dah). Ye laa. Tahu nak bodekkk je. Beli itu ini. Paling aku tak tahan 24/7 call msj tnye
Kat mana tu
Buat apa
Dengan siapa tu
Pukul brape keluar
Pukul brape balik
Semua kau tnye. Ehh, mcm laki engkau. Geram pulak aku. Pastu malam2 ajak borak sembang. Ingat elok sgt ke perempuan perangai mcm tu. Dah lah malam2 selalunya time abang2 aku punya ‘mission impossible’. Bila call tak angkat, msj tak balas mula nak menuduh nuduh. Tarik muka, merajuk. Eh, tak kuasa abang2 aku nak melayan. Dah explain tp, tak reti reti, tuduh macam2, aku pun angin. Last2, semua clash dgn gelpren masing2 atas alasan yang sama..
Kak kak, diorg tak layan bukan sbb tak syg. Fhm lah sikit hobi diorg. Malam je pun tak layan. Siang, tgh2 keje time lunch break pun diorg msj je kann. Even diorg dh cuba explain psl hobi diorg tp awak yg buat2 taknak memahami, masalah awak lah. Org dh tinggal bru nk terhegeh.

Abang2 aku pun gamers. La ni dh kawin. Ada anak.
So, jadual main game diorg berbeza lah dh ada tanggungjawab ni. Diorg tahu mana nak spend time dgn hobi, mana nak spend time dgn anak bini.
Ada abang aku yg dh msuk 30series. Tp, bila dh namanya hobi.. Tetap tak boleh tinggal. Cuma, diorg kena pandai bahagi waktu. Dan Alhamdulillah, setakat yg aku siasat psl abg aku dekat kak ipar, kal ipar ckp , dgn dia dia skali abang ajar main game. Anak2 pun terikut. Nasib lah kakkk. Mcm sy dulu..
Abang2 still tolong kak kak ipar buat house chorse, still jagakan anak malam2. Simple. Kau syg hobi kau, at the same time kau tak lupa kau ada tanggungjawab.

Bila semua dh kerja, masing2 collect duit buka kedai game ala ala CC. Aku pun taktau nk sebut apa. Diorg beli PS dlm 4 5 set, beli xbox n so on , letak kat kedai. Rasanye ramai dh yg buat gtu kan. Katanya nak memperluaskan lagi minat diorg. Cehh.. Dan kedai tu, abang aku yg tak nikah lg sorg tu yg uruskan. La ni,, duk collect duit lg. Katanya nak beli pe bnde tah yg mcm simulator game kete tu. Tah lah tak reti aku bab bab ni..

Point dia kat sini,
Gamers bukanlah teruk sgt. Diorg baik aje.. Ramai je yg soleh. Kau nak kecam yg teruk, kecam dia sorg dh lah. Takyah gi viral ckp gamers ni rupa syaiton belaka.. Tak semua syaiton.

Dear gamers, kau kena lah pandai balance-kan life kau.. hubungan dengan keluarga jaga, hubungan dengan Allah lg kau kena jaga.. Solat jgn lengah. Jgn ambik mudah. Anak bini jgn abaikan. Mak ayah jgn dibuat derhaka. Ini tak.. Konon sbb hobi kau acah introvert, tak reti bersosial. Pasal perangai celaka lah, habis semua gamers kena taik.. Pasal taik ayam sesudu, habis bubur seperiuk.

Panjang pulak kesuma merapu.

– Dewi Kesuma

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.