Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
Aku seorang budak lepasan stpm, tengah tunggu result ni.. hehe. Sila doakan aku dan kawan2 akan kejayaan yang cemerlang didalam stpm kami ye. Apa yang aku nak luahkan ni bukan nak bukan kutuk sesiapa apatah lagi nak bukak aib orang lain. Mungkin pada segelintir pembaca, confession aku ni berbaur perkauman tapi percayalah, jauh dari niat aku untuk main2 dengan sentimen macam tu.
Nak dijadikan cerita, sementara nak tunggu result stpm aku keluar, aku decide untuk cari kerja dan kumpul duit sebagai backup bila aku dapat masuk ipt nanti insyaallah. cari punya cari, aku dapat kerja kat sebuah kedai sushi kat sebuah pasaraya di kulim nama zushi sushi (bukan nama sebenar). Minggu pertama aku kerja kat situ, aku mmg seronok sebab senior sporting, gaji banyak, dsbg walaupun kedai kecik je.
Masuk minggu kedua, ada seorang kakak ni datang tanya kat aku, “pernah makan ke sushi kat sini dik?” Aku pun jawab “pernah”. Lepas tu akk tu terus ckp, “sushi tu halal! Cina buat! dia buboh wain/sake nak bagi nasi bentuk elok ja!” Aku dalam hati mase tu macam”uih, dy ni racist gile, ape x reti pikir positif ke? Sbb manusia otak sempit mcm dy ni la org kte melayu kolot, islam ni racist!”. Walaupun cara akk tu kasar, tapi sedikit sebanyak, kata2 dy masuk dalam hati + kepala + otak aku. Sejak tu aku banyak terfikir betul ke kedai ni x halal? (soklan yg x pernah aku tanya sblm ni sbb expect kedai tu halal je sebab pekerja dy sume melayu, maka miggu pertama mmg aku main harung je sushi leftover kat situ). lepas tu next, ada sorang pelanggan, seorang brader dengan anak2 dan bini dy dtg tanya,”dik, sini halal ke?”bamm!!! Aku jadi kaku dan tak tau nk jwb apa aku pun teragak2 jawab “err..halal bang.. “mungkin abg tu perasan aku punya awkwardness tu, dan dy kte “dik, bukan ape abang tanya ni sbb sumber makanan kita jadi darah daging kita, jadi keturunan kita”
Sejak dari tu, timbul rse was2 dalam hati aku mengenai status halal tempat aku kerja ni.jd esoknya aku tanya senior aku “kak,kedai ni ada sijil halal tak?” “Tak tau la,mungkin boss(boss adalah cina, non muslim) ada simpan kot kat rumah dy, dy tu sume bende nk simpan kat rumh dy” aku pun cerita pasal customer yg tanya pasal halal tu, senior aku balas, “dik, klu akak kan, bile customer tanya, akak jawab je halal, tapi klu cik rse was2 jgn beli.” Simple enough jawaban tu aku pun terima tampa banyak tanya. Tapi lepas tu, ada pulak sorang tok lebai bersama isterinya dan jugak ank2 datang nk beli sushi, sambil senyum, tok lebai tu tanya soklan yang sme brader yg fist tu tanya, halal atau tak?? Perasaan bersalah dlm hati aku tu jangan cakap la, aku berdoa gile2 supaya diorang tak jadi beli. Alhamdulillah diorang tak beli. lepastu rse was2 tu datang balik, aku dok pikir mne dy dapat supply dy? Halal ke? Nasi, jagung dan telur(mak boss masak) dy masak periuk asing ke atau periuk yg dy pakai hari2 utk masak makanan kat rumah dy?(for goodness sake, kite tak tau kalau dy guna periuk yang sama dy pakai utk masak bahan yg haram seperti daging, minyak, mahupun mana2 bahagian babi dan arak dalam masakkan dy), aku nak jelaskan kat sini, boss akan beli bahan mentah @topping untuk sushi secara bundle besar, dan dy akan repacket topping2 tersebut dalam bekas kecik untuk memudahkan storage kat kedai nnt jadi,aku tak tau sme ada bende2 tu semua mempunyai logo halal atau tak, dia boleh je tipu aku kate bende2 tu halal. Semua bahan dy beli siap dah, kecuali nasi, jagung dan telur yang direbus kat rumah parents dy. Tapi sbb semua sushi ada nasi,jadi semua bende kat situ menibulkan was2 pada aku.
Aku decide nak tanya sendiri kat bos, tapi, mse tu aku x blh nak tanya sebab dy ada kat hatnyai jumpa bini dy dua minggu. Jadi aku tunggu sampai dy balik. Jadi hari dy balik tu, 4/1/17 aku bismillah, confront dy. “boss, kite ckp luar kejab” boss ikut sambil muka tersengih2,kitorang duduk, dua2 tersengih mcm kerang busuk. “Bos, saya nak tanya ni, jangan marah dan jangan terasa(still tersengih mcm kerang busuk). Kedai ni ada sijil halal tak??” Perghh,mase tu gerus muka dy pissed off+cuak gile. aku pulak still duk tersengih sbb taknak bagi keadaan jadi tegang. “kedai saya tak dak sijil halal, tapi sya beli barang semua halal maa, saya ni barang tak halal tak berani jual ma” aku tanya lagi,”ah, oklah klu macm tu, saya bukan ape sebab yg dtg mkn kedai u banyak org islam, kalau tak halal, saya tak boleh biar. Ok ni saya nak tanya lagi, boss..nasi2 sume tu boss msk guna periuk ape ye?(emphasizing sme ade dy pki periuk asing atau periuk yg dy masak hari2 kat rumah)” time ni nada dy lain,dy jawab “saya pakai periuk sushi la!” Aku pun nk trick dy sikit, aku reka cite kte ade sorang pelanggan tu, kerja kpdnkk datang tanya ada kenapa kedai tu x de logo halal dan kalau x de logo halal, boleh kena saman. Sekali lagi, dy jawab dengan nada yang kurang senang dgn soklan aku,”kenapa nak saman saya?, kalau mereka x percaya saya boleh tunjuk ingredient list maa.”dari sini saya dpt tau dy x betul2 paham halal tu ape sbb dy assume sesuatu itu halal berdasarkan ingredient list SAHAJA, sedangkan kite kena juga lihat proses pembuatan, bekas yang digunakan dan sebagainya yang dijelaskan confessor yang buat confession ni, http://ift.tt/2jXiva9 (bukan buruk sangka, tapi berhati2)kalau kat luar negara yang bukan negara islam, paham gak lah aku nak tengok ingredient list je sebab kat sne wallahualam tau ade ke tak jabatan yg bagi pengiktirafan halal macam jakim , tapi ni kat malaysia kot, negara islam, ada jakim, yang bagi pengiktirafan halal. Aku jadi risau, kadang2 aku jumpa rambut dalam nasi,kadang2 kerinting, kadang2 hitam pekat, kadang2 warna perang.
Dipendekkancerita, sejak tu boss tak suka kat aku, aku boleh rse yang dy tak selesa dengan kehadiran aku. Akhirnya, sebab ada salah faham,dan aku dapat tau boss memang nak pecat aku,aku berhenti kerja dekat situ. Japgi mesti kat komen ade yg kate, “halal tu Allah yg tetapkan, kenapa nak follow halal yg manusia tetapkan?”sebab ada manusia kurang cerdik yang jawab mcm ni bila aku cerita hal ni kat diorang. Aku cakap awal2 ye, aku x nak baca komen yang macam ni. Cik kak oii!!!! dah kalau proses pembuatan tu ko x nampak, ko nak pegi check sendiri ke?, aku bagi contoh ye, “kalau kilang biskut A tak ade logo halal, tapi ko nak makan jugak biskut A tu, ko boleh tau ke biskut A tu halal ke tak klu jakim tak bagi pengiktirafan halal? Jadi dekat sini, sedikit sebanyak kita bergantung pada jakim untuk pastikan biskut A halal. Inikan pula kalau pemilik kilang biskut A bukan seorang yang beragama islam. Jelas?? Tak kurang juga yang kate “yg hang pergi jauh2 smpi tanya pasal periuk yang dia pakai tu pasai pa bukan benda besaq pun.” Sekali lagi, cik kak oii!!! Kalau dy pakai periuk tu masak babi macam mna?(ni jawaban aku kat dy, sebab tu kasar bunyi huhu…)
Aku berani cakap 75 peratus pelannggan di kedai sushi tu adalah melayu dan islam. Setiap hari pelanggan dy memang ramai, TAPI!! Yang tanya pasal status halal cuma dua orang sahaje sepanjang 1 +1/2 bulan aku kerja kat situ. Banyangkan drpd beribu pelanggan, cuma 2 orang yang menitikberatkan isu halal. Mne kesedaran kita semua???!!!(termasuk aku) Sedangkan halal tu adalah kewajiban.aku tengok makin hari makin banyak orang melayu yang main masuk je restoran tak kira la ada logo halal ke tak? Kalau time dulu, korang ingat tak isu no pork no lard? Lebih kurang la situasi ni, cuma bezanya, zaman skrg main redah aje, apatah lagi kalau kedai tu rare sikit. contohnya, baru2 ni aku tengok dalam tv, fenomena baru kat malaysia, korean style fried chicken restourant yang masuk tv tuhari, dalam tukang masak sume cina, logo halal pun x nampak, tambah2 rancangan tu memang rancangan berbahasa cina, elok je pompuan melayu tu dok tibai ayam kat situ. TOLONGLAH, TOLONG SANGAT2 pastikan kedai tu milik islam(kalau bukan melayu pun tak ape, asalkan pemiliknya islam), tukang masak islam,dah kedai tu halal baru pergi makan kat situ. Jangan main redah je ye . Sebab kalau ko nak check sendiri pun, takkan ko nk kedapur restoran tu tanya “sini halal ke tak??~~” mau kena hambut dek tukang masak dgn owner kang. Kadang2 ada restorant yg ada policy pelanngan tak boleh masuk dapur , klu ko langgar polisi ko boleh kena saman. Sebab tu aku cakap, kita bergantung pada jakim untuk tau status halal kedai tu. Kat sini aku nak empahsize beberapa point:-
1) tolong pastikan pemilik, tukang masak dan pekerja kedai makan/ reataurant tu adalah beragama islam(bukan melayu pun tak pe, asalkan beragama islam) sebab org bukan islam takkan faham maksud sebenar halal tu.
2) kalau tak tau, tanya.
3)sila ambil berat soal halal dan haram ni.
4) jangan main redah je,sebab aku tengok sekarang ni semua nak main redah je,terutama sekali kalau bende tu ada kaitan denga korea.
5)last, kalau kita pun tak perduli halal haram bende yang nak masuk perut kita, yang nak jadi darah daging kita, korang rse diorang nak peduli?
Akhir kata, tepuk dada tanya iman, jangan tanya selera, kalau tanya selera semua benda kite bedal.
P/s: ada kawan cina aku pernah kate, “ko, aku berani jamin paling kurang ,mesti ada punya dna babi dalam badan ko ” lepas dengar ni korang rse macam mne?
– Munirah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment