Wednesday, 25 January 2017

Tolong Jangan Baik Sangat

PengakuanKu

Hai semua. Aku nak ucapkan terima kasih kepada admin yang sudi share luahan hati ini. Aku salah seorang student dekat ipta di Malaysia ni. Ini kisah tentang abah aku yang terlampau baik sangat dengan orang lain. Alhamdulillah,rezeki abah aku dapat kerja di sebuah pelantar minyak di Malaysia ni.. Jadi semua orang ingat abah aku ini orang yang banyak duit.. Gaji bersih 8k sebulan.. Sedangkan mereka tak tahu berapa ramai tanggungan di bawah abah yang perlu ditanggung.

Hidup kami sekeluarga tidaklah mewah seperti orang lain namun setiap apa yang kami mahu makan,abah pasti usahakan untuk penuhi kehendak kami adik beradik. Dan abah aku seorang yang sangat pemurah. kadang-kadang aku pun terikut perangai dia yang suka masukkan duit dalam tabung surau atau ada orang yang minta sedekah ketika kami makan di restoren,tidak pernah kami adik beradik melihat abah halau peminta sedekah itu.. Pasti dia akan beri walaupun seringgit. Katanya,”dalam beg duit abah ini ada hak orang lain yang kita perlu berkongsi”. Aku bersetuju dengan kata katanya kerana ada keberkatan dalam setiap sedekah yang kita beri dengan niat kerana Allah Taala..

Abah aku pernah ada seorang kawan baik daripada dia bujang lagi. Krisisnya bermula apabila kawan abah aku itu, aku panggil Pakcik Syafi (nama samaran) datang melawat rumah kami,tiba-tiba dia ajak abah aku keluar untuk berbincang urusan kerja..
Lima tahun selepas itu,masa itu aku tingkatan 3,aku baru dapat tahu daripada ibu aku yang pakcik Syafi tu rupanya jadikan abah sebagai penjamin dia untuk buat loan bank. Kononnya nak mulakan bisnes. Hampeh! Rupanya dia datang melawat hari tu ada udang di sebalik batu. Selepas itu,abah ada call pakcik tu suruh bayar hutang,sampai ke hari ini senyap sepi.. Masa nak meminjam hari tu bukan main manis mulut pujuk abah aku agar jadi penjamin dia. Kalau pinjam seratus dua boleh la abah aku nak halalkan,tapi dekat 10K pakcik Syafi tu buat loan dengan bank.. Jadi abah aku la yang terkulat-kulat,menahan sedu membayar hutang kawan baik sendiri. Aku pun rasa terkilan bila abah aku diperlakukan sedemikian rupa.. Sampai sekarang abah aku tidak sebut nama pakcik Syafi tu depan kami..

Alhamdulillah sekarang hutang pakcik tu dengan bank abah aku dah lunaskan sebelum aku dapat masuk ipta.. Jadi dapatlah abah tanggung yuran pengajian aku. Bukan aku taknak mohon ptptn,tapi dia bertegas untuk tanggung semua yuran aku kerana dia rasa dia mampu. Selepas itu,aku dengar ibu aku meluahkan perasaan geram pada aku bila ada lagi kawan -kawan abah semasa zaman sekolah,wasap abah nak berhutang dua tiga ratus.. Nampaknya abah tidak pernah serik untuk beri hutang kepada kawannya. Kalau bayar balik tak mengapalah! Dahlah berhutang lepas tu lesap dengan tuan-tuan dia sekali lesap! Dia ingat senang nak cari abah aku dekat padang mahsyar nanti?!! ada juga ayah saudara abah yang datang berhutang dengan abah tapi tak bayar! Abah senyap je sampai sekarang.. Mungkin sebab pertalian keluarga. Mak saudara dan bapak saudara aku bising sebab abah aku sanggup beri hutang pada bapak saudara yang suka pilih bulu.. dulu masa keluarga abah aku susah,duduk rumah kayu,bapak saudara abah tu tak pandang langsung bila emak abah (nenek aku) datang nak berhutang sebab takde duit nak makan. Sekarang bila tengok abah aku kerja bergaji besar,mula lah buat muka selamba datang berhutang dengan abah.

Aku faham bila kawan kawan abah tu terdesak nak berhutang bila anak sakit lah,tak cukup duit nak sekolahkan anaklah,atau tak cukup makan sekalipun.. Aku pun rasa simpati.. Tapi disebabkan beberapa individu yang berhutang dengan abah aku dengan sebab nak mulakan bisnes lah,atau kereta rosak and sampai sekrang tak bayar-bayar.. Membuatkan aku agak alergik dengan kawan-kawan abah yang wasap dia semata-mata nak pinjam duit.. Kadang-kadang sampai ke hari ini,bila aku terbaca wasap abah dengan ibu aku, abah suruh bank in kan duit pada acc kawan dia,kononnya anak sakit. Harapnya pakcik tu tak kencing abah aku la! Dah rm800 dia meminjam.. Aku tak pasti dia bayar ke tak.. Tapi aku husnudzon dengan pakcik tu,semoga dia bayar agar mudah perjalanan dia di padang mahsyar kelak.

Sampai ke hari ini,aku baca wasap abah aku dengan kawan-kawan dia. (abah aku jenis orang yang tak kisah kalau anak-anak nak main phone nak main game atau baca wasap dia) ada je yang dua tiga orang pada mulanya konon bertanya khabar dengan abah aku.. Akhir conversation.. Mula lah buat ayat sedih dan power untuk meminjam.. Aku ingatkan abah dah insaf bila banyak kali kena tipu.. Tapi mungkin sebab hati abah ni terlalu baik.. Aku pun kesian nak minta duit lebih bila nak survive dekat U akhir-akhir bulan.. Kadang tu,bila abah tengok aku senyap je bila dia tanya “duit ada lagi tak,along?” Dia akan hulur sekeping dua not rm50..

Apa yang aku cuba highligthkan kat sini,kalau berhutang tu tolonglah bayar balik! Aku bukan tak suka kalau abah aku tolong orang yang susah.. Tapi bila berhutang dengan sebab yang tak munasabah,atau lari daripada bayar hutang.. Tu yang menyebabkan aku sedikit geram! Sebab abah aku pun keperluan diri dia sendiri pun dia tak dapat nak beli,bila asyik nak uruskan nafkah anak-anak dan beri hutang pada orang lain.. Sampaikan baju seluar dia asyik yang sama tidak bertukar,kalau baju baru pun,baju yang dapat percuma,seluar dalam dia sendiri pun dah lusuh (Ibu aku cakap),pakaian kami adik beradik pun kadang-kadang bila raya je dapat yang baru.. Alhamdulillah aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya kami masih diberi peluang untuk pakai baju baru dikala orang lain tidak mampu.. Phone aku sendiri pun abah aku tidak beli,semuanya phone lama bapak saudara atau mak saudara aku.. Bukan tidak mampu tapi katanya duit boleh pakai untuk benda lain.. Sampai sekarang bila aku dapat gaji buat part time jadi guru ganti dekat sekolah rendah ,duit tu abah suruh simpan untuk kegunaan dekat U nanti. Walaupun dalam hati aku berharap sangat nak pakai phone baru,paling komang pun (paling cikai pun) phone samsung J ke.. sebab phone aku yang sekarang ni ibaratkan hidup segan mati tak mahu.. asyik hang je memanjang.. Mungkin sebab dah dua generasi pakai phone tu. Tapi bersyukurlah daripada takde phone langsung.

Tapi,abah selalu cakap, “buat solat hajat,mana tahu menang Iphone bila masuk lucky draw ke.. (sampai sekarang aku berharap aku berjaya menang lucky draw tu. Huhuhu)

Akhirulkalam,hati-hati bila berhutang,sebab Allah pun dah pesan panjang berjela tentang hutang dalam surah Al-Baqarah!..
And lastly,semoga para pembaca yang ada berhutang dengan seseorang tu,mohonlah lunaskan balik! Doakan abah aku dimurahkan rezeki guys..!

– Hafiz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.