“Kau tau tak yang perempuan macam kau ni cium bau syurga pun belum tentu layak”. Herdik manusia yang aku gelar kawan.
“Kalau macam tu kau dengan aku sah-sah akan cium bau neraka”. Mendatar suara aku membalas. Kecewa.
***
Nama aku Ammara. Umur tak payah kot nak mention. Aku dekat sini bukan nak cerita peristiwa pergaduhan aku dengan kawan aku tu atau apa. Aku cuma nak korang semua jangan ikut jejak langkah aku kalau taknak diherdik sebegitu rupa.
Aku ni dah acap kali kena hina maki macam tu. Biasa la perempuan rosak mana nak pernah kena puji kalau buat baik pun dikatakan ‘hipokrit’, masuk masjid pun orang pandang macam tengah telanjang inikan pula nak puji untuk saja-saja. Kirim salam.
Ni garis masa bermula dari mana dan berakhir dimana.
Tahun 2010, aku terlalu tertekan dengan manusia sekeliling yang terlalu mendesak aku untuk ikut cara mereka. Ini tak boleh, itu tak boleh sehinggakan jurusan apa aku nak ambik pun dibantah. Dari situ aku mula berjinak-jinak dengan rokok sebab member laki cakap rokok boleh hilang stress. Tak lama sebab masuk kolej aku stop smoking.
Tahun 2012, aku nak berubah jadi baik. Sayangnya, takde satu manusia yang sudi bimbing aku, nak belajar al-Quran pun takda dan yang paling menyedihkan mereka cakap aku nak tarik perhatian orang lelaki dalam kolej. Aku decide untuk balik ke gaya asal.
Ada macam2 lagi la yang mereka cakap dan buat yang kalau aku bukak, dua kali post confession belum tentu habis.
Tahun 2015, aku sekali lagi aku dituduh buat benda yang aku tak buat dan pada masa yang sama ada benda besar berlaku di rumah. Aku cuba selesaikan masalah dekat tempat kerja dulu. Waktu aku cuba defend diri aku, aku suruh bukak CCTV tengok aku dekat mana semua. Pihak atasan tepis malah percaya dekat pekerja yang kononnya senior tu.
Tekanan di rumah dan ditempat kerja buat aku fed up. Kepala aku serabut, habis kerja terus aku blah pergi Bintang Walk. Berapa tahun aku tak sentuh rokok, malam tu aku sentuh balik.
Aku jumpa member lama aku, dia ajak aku masuk night club katanya boleh released semua stress. Aku pun iyakan aje. Malam tu jugak aku belajar minum.
Ever since then, setiap malam minggu aku akan berjimba dekat sana. Dan macam-macam dah aku buat tak ubah macam pelacur cuma aku version okay sikit sebab aku tak tukar2 lelaki.
Tahun 2016, pertengahan tahun..
Aku dah bosan dengan gaya hidup aku jadi aku slow down semua. Aku ada niat nak berubah tapi tiap-tiap kali aku cuba mesti akan ada segelintir manusia cakap aku tak layak atau buat benda kat aku yang aku rasa..ya, aku memang tak layak.
Dan kalau korang baca confession ni dari atas sampai bawah pun mesti terdetik kan besar sangat ke masalah dia ni sampai nak buat benda bodoh macam ni. Betul tak?
Banyak lagi yang terjadi cuma aku cerita surface sahaja. Setiap tahun yang aku mention di atas, ada sisi yang lebih gelap jadi dekat aku tapi aku tak mampu nak type sebab kalau aku cerita…aku akan jadi makin tenggelam.
Tahun 2017,
Aku bergaduh besar dengan kawan baik aku atas satu salah faham. Batu api punya pasal. Ada orang buat cerita kononnya aku selalu jumpa dan flirt dengan boyfriend kawan baik aku ni.
Macam mana tak jumpa kalau dah nama pun officemate. Tang mana aku flirt aku pun tak tau setakat huha huha ada la tapi tu pun berhuha beramai-ramai bukannya berdua.
Time tu la terkeluar ayat dialog di atas sekali. Iyalah, dah nama pun perempuan rosak macam mana nak cium bau syurga kan?
Aku cuma nak pesan satu jangan ambik jalan aku. Cukuplah aku je yang ambik jalan ni. Korang jangan sesekali.
Sekali ambik jalan ni rasanya seumur hidup korang akan dihina. Aku langsung tak layak peluang kedua mungkin ni jugak bekas banduan rasa. Tiap kali nak berubah, ada je manusia extremist yang patahkan semangat.
Last sekali, aku nak cakap dengan pendakwah kat luar sana. Tak payah pakai style tarbiah sentap sebab ape..tarbiah yang konon kasi sentap tu la yang makin buat kami jauhkan diri. Dah la kuat menyentap pastu pandang kami macam ahli neraka.
Kalau macam tu cara korang berdakwah memang tak kemana la.
Okaylah, buhbye…adios
– …
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment