Assalamualaikum. Saya sudah bekerja di sebuah syarikat swasta hampir 2 tahun. Syarikat ini adalah dimiliki oleh orang Belanda. Boleh kata saya suka dengan persekitaran kerja yang fleksibel dan positif. Tak payah nak pakai pakaian formal, cuma pakai kasual. Boleh kerja dari rumah kalau tak dapat ke pejabat. Pejabat cantik, bekerja pun dengan santai.
Saya mula bekerja di sini betul-betul lepas habis pantang anak sulung sebab memang perlukan sangat duit. Saya pernah bekerja sebelum bersalin tetapi dah banyak bulan syarikat tidak bayar gaji. Hutang pon banyak, nak tolong suami beli barang keperluan baby, jadi saya pun cepat-cepat cari kerja lain. Berapa banyak temuduga saya pergi, hanya ini sahaja yang saya dapat tawaran. Jadi, terus terima sahaja tawaran.
Kelemahan syarikat saya tidak peduli. Janji ada gaji. Tiap-tiap bulan akan ada parti. Arak dihidangkan. Tapi saya memilih soft drink. Sama juga dengan kawan saya yang lain, Melayu dan Muslim. Ketika itu saya tidak memikirkan apa-apa kerana bukan saya minum arak tu pon! Parti tiap bulan tu menjadi kebiasaan syarikat yang pekerjanya terdiri daripada 50% bukan warganegara.
Silih bulan berganti, beban kerja dan perbezaan budaya membuatkan saya disahkan pesakit depresi dan kemurungan. Tiap-tiap bulan berjumpa pakar psikiatri. Masa itulah saya mula kembali ke ajaran Islam yang sebenar. Saya fikir saya sebagai ciptaan Tuhan, perlulah bergantung pada penciptanya, Allah S.W.T. Saya menjaga setiap langkah saya-solat 5 waktu, tidak bersalam selain mahram saya dan menjaga aurat saya. Saya mula mencari kerja di syarikat lain sebab saya tak sanggup hadir dan uruskan parti tiap-tiap bulan tu. Semuanya lagha bak kata seorang doktor yang pernah say jumpa. Pernah saya mengelak untuk elak menghadiri parti tersebut, namun saya dimarahi oleh bos saya, yang bukan warganegara Malaysia. Dia cakap saya adalah orang yang perlu ada di dalam setiap majlis syarikat.
Masih lagi mencari peluang kerja baru. Agak mencabar juga. Tiada satu syarikat pun panggil temuduga. Sehinggalah pada satu hari ada pekerja baru masuk bekerja di syarikat kami. Daripada kad pengenalannya, namanya, saya merasakan dia seorang Muslim. Parti bulanan pon tiba lagi. Apa yang mengejutkan saya nampak staff baru itu minum arak. Tidak seperti Melayu dan muslim yang lain, dia sangat berani untuk minum depan kami. Kami yang Muslim ni agak terkejut dengan keberaniannya. Ada juga rakan sepejabat bukan Islam bertanya “Is she Muslim?” . Saya merasakan ini sesuatu yang amat memalukan dan berfikir tidakkah syarikat sepatutnya buat polisi yang menghalang pekerja Muslim daripada minum air terlarang tersebut?
Apa yang saya fikirkan sampai ke telinga bos besar. Dia panggil saya untuk bincangkan hal tersebut. Saya amat terkilan, terguris dengan sikapnya yang secara kesimpulannya mahu saya membiarkan jika ada pekerja muslim yang ingin minum arak. Mulanya, saya tegaskan bahawa ini adalah tanggungjawab seorang muslim untuk menjaga kelakuan rakan muslimnya. Allah akan mempersoalkan kami di hari penghakiman kenapa kami sebagai seorang Islam, membiarkan kawan kami meneguk air setan? Kata bos saya yang seorang atheist, “well, maybe she does not want to be a muslim! And why you never told us, the non muslim, not to drink beer and ask us to become a muslim? If I create a policy no beer for muslim, than I have to create no shaking hands with muslim and wahatsoever”. Jawapannya yang ini saya boleh terima lagi.
Tetapi ada lagi dalam syarahan bos saya yang menyentap hati saya. “You know, whatever interview with any Muslim candidate, I will test their Muslim level by offer shaking hands. If they dont mind about it, so I will take them to work with me. And then I found out that you will not shake hand with non Muslim. What I thought was, I suppose not to hire you at first!” Saya terangkan kepadanya sebelum ni saya salam tangan dia waktu mula masuk kerja.Tapi sekarang saya kembali ke ajaran Islam. Sebab waktu saya mula diserang kemurungan, saya menjaga semua apa yang diharamkan oleh agama saya. Kerana dia atheist, jawapannya “That is ridiculous. You know that you wont be better with your religion. You are better because you want it! Your thinking that force you to be better”. Huh. Pedih. Berani dia keluarkan kenyataan itu. Saya amat tersinggung. Ikutkan hati masa tu juga saya hendak hantar surat putih bertuliskan keinginan saya untuk berhenti.
Perkara itu betul-betul mengganggu fikiran saya. Saya tak boleh fokus dengan kerja saya. Saya banyak buat silap. Sehingga ada satu kesilapan yang sangat besar saya lakukan dan saya fikir mungkin saya akan dipecat kali ini. Tolonglah kepada siapa yang mempunyai pengalaman seperti saya, kongsilah apa yang saya perlu buat sekarang?
– Hayati
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment