Abah. Sepanjang berpuluh tahun mendirikan rumah tangga dengan umi. Langsung tiada bahagia ke dalam diri abah ? Dari abah kosong tanpa harta dan apa-apa. Umi setia disisi abah. Tanpa keluhan dari umi membesarkan anak-anak abah sehingga menjadi orang yang berguna. Abah, sakitnya umi sehingga semakin parah selama beberapa tahun ini berpunca dari abah. Tiada usaha untuk dibawa berubat hanya sekadar bergantung pada ubat hospital. Abah, kesabaran abah hanya sekadar beberapa tahun sahaja berbanding berpuluh tahun umi setia disisi abah. Abah, perkahwinan kedua abah mendapat tentangan dari anak-anak abah yang kian mengerti erti kehidupan. Pergilah abah, kalau itu pilihan abah. Tapi ingat, jangan dibawa lari anak- anak abah yang masih kecil. Izinkan umi melihat anak-anaknya yang dikandung selama 9 bulan membesar dihadapannya. Izinkan umi menghabiskan sisa hidupnya yang terakhir disekeliling anaknya walaupun tanpa abah disisi. Izinkan umi tersenyum melihat telatah anak kecilnya saban hari. Izinkan anak-anak umi bermain dengan umi. Abah, bercakaplah dengan umi setiap kali abah pulang ke rumah ini. Jangan dibiarkan umi berseorangan. Ciumlah dahinya setiap kali abah pulang ke rumah. Abah, tahukah abah umi hanya tidur-tidur ayam setiap hari. Tahukah abah umi akan terjaga pada jam 3 4 pagi. Tidur umi tidak pernah lena. Menanti bunyi kereta abah dari dalam rumah. Tersenyum setiap kali mendengar ucapan salam daripada abah ketika abah membuka pintu. Tahukah abah umi sentiasa bertanyakan keberadaan abah setiap saat ? Abah, hanya ini pintaku sebagai seorang anak. Bahagiakan umi disaat-saat terakhir umi. Bawalah umi berjalan ke mana-mana sepanjang umi masih hidup. Berikan senyuman diwajah umi. Mungkin anak abah yang menulis surat ini akan pergi dulu. Untuk yang terakhir, Abah tolong jangan ambil anak-anak umi yang masih kecil dari umi walaupun sekejap dan bahagiakan umi untuk sedikit waktu ini lagi. Tolong berada disisi umi di saat umi menghabiskan nyawanya yang terakhir. Tolong berikan peluang untuk anak-anak kecil ini menatap wajah ibunya disaat ibunya ingin pergi dari dunia ini. Tolong wahai abahku.
Perempuan itu. Untuk perempuan kedua itu. Ambilla abahku itu. Bahagiakan dia sebagaimana dia mahu. Mungkin perkahwinan pertamanya hanya membawa penderitaan kepadanya. Mungkin perkahwinan pertamanya tidak pernah memberikannya bahagia. Mungkin kami anak-anaknya tidak pandai mengambil hatinya sebagaimana engkau berjaya memikatnya. Namun aku tahu. Umiku tidak pernah silap dalam membesarkan anaknya hingga menjadi orang berguna kepada masyarakat. Umiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Ini soalanku kepadamu. Bahagiakah engkau bila menghancurkan hati insan yang sama kaum denganmu ? Bahagiakah kau bila menjauhkan seorang anak dari ibunya ? Bahagiakah kau melihat seorang anak yang tidak pernah melawan ayahnya tetapi melawan hanya kerana kau perempuan ? Bahagiakah kau menjauhkan hubungan anak dan bapa ? Bahagiakah kau apabila memilih seorang suami yang berpangkat besar ?
Jodoh ? Jangan kau katakan kalau dah jodoh. Tetap akan bersama. Mengetahui orang yang kau sedang kenal adalah seorang suami dan ayah. Mungkin benar si lelaki yang memulakan langkah dulu. Namun kau punya pilihan untuk menolak. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi wahai perempuan. Di manakah calon-calon yang kau katakan ingin meminang kau itu ? Katanya bukan ayahku seorang calonnya. Katanya masih ramai yang ingin memilih engkau sebagai isteri. Namun, mengapa seorang suami yang berpangkat besar kau pilih ? Kerana pangkatnya semestinya. Yang hanya mempunyai beberapa tahun sahaja untuk pencen. Duit pencennya sahaja mencecah ratusan ribu. Rugilah untuk dilepaskan kan ? Kalau ayahku pergi dahulu. Duit pencennya tetap dibahagi 2. Engkau hidup seorang diri. Kami keluarga pertama masih mempunyai banyak mulut untuk disuap. Adilkah begitu ? Lastly, jangan kau berani tunjukkan muka kau dihadapan aku wahai perempuan. Kerana aku tidak janji kesabaran aku tinggi apabila melihat engkau. Dan untuk engkau, you never deserved my dad in the first place. Perempuan yang baik tidak akan mengambil hak orang lain walaupun beribu pujukan atau sokongan kau ada. Allah itu adil. Untuk manusia spesies macam engkau. Biar masa menentukan.
Si Pengantara. Untuk mereka yang kenalkan ayahku dan perempuan itu. Ini soalanku. Berbanggakah kalian melihat anak beranak bergaduh semata sebab niat yang kau sangkakan murni itu ? Berbanggakah kalian menipu saat aku bertanyakan soalan ? Berbanggakah kalian melihat ayahku dan perempuan itu ? Berbanggakah kalian memberi nasihat yang kalian rasakan bernas itu kepada ayahku ? Kalian mungkin hidup tidak lama di dunia ini. Almaklumla. Sudah melepasi separuh abad (namun masih bodoh dalam berfikir ). Ingatla, anak cucu kalian masih ada. Jika perkara begini berlaku pada mereka akan datang. Rasakan. Lihat penderitaan yang sedang aku dan adik beradikku hadapi akibat cadangan bernas kalian.
Mereka yang dibelakangku. Terima kasih untuk segalanya. Dan maafkan aku tika dahulu. Aku hanya seorang anak muda yang berdarah panas dan sedang menerima hakikat akan kehilangan seorang ayah yang disayangi. Jangan bimbang akan diriku. Tolong jagakan adik-beradikku dan umiku andai aku tiada lagi. Terima kasih.
Surat ini untuk mereka yang bergelar dewasa. Insan yang merasakan kalian sentiasa betul. Insan yang merasakan kalian layak kerana kalian mampu. Fikirkan natijah daripada perbuatan kalian terhadap anak-anak kecil yang sedang belajar mengenal kehidupan. Juga untuk mereka yang mengalami nasib sepertiku. Bersabarlah. Ujian Allah itu hanya untuk mereka yang kuat. Bahagia itu ada andai kau tabah.
– fatimah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment