Sunday, 1 October 2017

Jangan Sensitif Seorang Diri

PengakuanKu

Hi Assalamuaikum.Aku 21 tahun & anak satu.Entah kenapaaa kebelakangan ni aku jumpa jenis orang-orang yang menghentam orang lain demi menyedapkan hati sendiri.Lagi-lagi bila ada jenis orang yang kawin awal (macam aku) nak suruh orang faham situasi dia (kawan-kawan yang bujang) tapi pada masa yang sama dia rotate balik menyindir atau menyakitkan orang tersebut.Geram pulak.Aku sendiri,dikelilingi dengan kawan-kawan yang masih bujang & sedang aktif bina life masing-masing.Dah kata rezeki masing-masing buat cara rezeki kau rezeki kau la,rezeki dia rezeki dia la.

Kalau bagi kita yang dah berumah tangga isu-isu anak,isu suami/isteri,isu kewangan merupakan isu sensetif macam tu jugak bagi mereka-mereka yang tak kahwin lagi pun ada hal sensetif yang jangannn kita bandingkan.Isu dah ada calon ke tak,isu bila nak kahwin,isu umur yang makin meningkat & banyak lagi.Kita sendiri tak tahu situasi mereka atau halangan yang mereka hadapi.Sudah-sudah lah nak kata “eh kau faham tak feeling feeling orang yang dah kahwin ni/ada anak ni camtu camni….Bukan macam kau tak kahwin camtu camni….”.

Bila kau scroll media tiba elok je lalu pasal aktiviti kawan-kawan kau terbang serata dunia kau jangan lah butthurt.Dah sape suruh kau tengok.Sekarang ni diorang update fb/ig diorang je pasal life diorang.Janganlah tak pasal-pasal sensetif sendiri “kau boleh lah kau bujang aku ni kena dengan laki itu ini itu ini..Baik simpan duit..”.Gaya macam kau ni terpaksa hidup berlaki je kak.Biarlah mereka meneroka dunia itu rezeki dia untuk mengisi masa sementara kau mengisi masa dengan keluarga kau.Do some activities yang menarik dengan family kau sendiri atas kemampuan kau.

Ya,aku tak nafikan dengan usia sebegini sememangnya ada keinginan untuk bebas walaupun hakikatnya kau dah pegang title isteri title ibu.Masa perlu diurus sebaik mungkin & banyak dilebihkan untuk keluarga berbanding diri sendiri.Semua tu atas pilihan kau.Keputusan berkahwin pun atas pilihan kau.Janganlah berperangai macam orang yang menyesal kawin.Kata kawin awal ikut sunnah tapi kalau kau asyik ada je benda yang tak kena macam mana tu?

Pengalaman aku sendiri yang hampir masuk 4 tahun sebagai isteri,biasalah macam-macam rasa ada.Tapi janganlah kau nak cover rasa gundah gulana kau tu pegi kondem kawan-kawan kau yang kau kata mereka tak faham tu.Memang la mereka tak faham dah nama pun life kau dengan dia tak sama.Tips aku sendiri,bila aku alami rasa yang tak best (jeles) jangan layan.Hasutan semua tu.Kita dengan hasutan syaitan kan berpisah tiada.Huhu..

Cerita dia,kalau kau rasa kau ada masalah dengan pandangan kawan-kawan kau,fikir side baik dia.Jangan sebab tak puas hati,terus kau pegi hujah acah kau power sebab status kau lebih sikit dari diorang.Dah jadi bini/ibu hati kena kuat fikiran kena matang.Jangan cepat melatah dengan kata orang padahal orang tu tak berniat pun nak mengguriskan hati keibuan mu yang suci itu.Percayalah.

Hidup ni perlu berpijak pada kenyataan.Ada masa cerah ada masanya kelam.Jangan sentiasa harapkan cahaya sedangkan hari yang cerah pun taufan boleh melanda.Selagi kau hidup,perlu jugak kau hormat orang lain walau dia bukan sekapal dengan kau.Macam kau kata, rezeki kan lain-lain?

– ibu muda

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.