Sunday, 1 October 2017

Berpantang di Rumah Mak

PengakuanKu

Salam kepada semua pembaca. Terima kasih kepada IIUMC kerana sudi menyiarkan artikel aku kali ni.

Kisahnya begini. Anda sebagai seorang anak, adakah sanggup membebankan emak anda setelah anda berkeluarga & mempunya suami yang BEKERJA? Ya, itulah realitinya hari ni. Ramai kaum wanita yang sudah berkahwin dan pregnant sudah pasti ingin berpantang di rumah emak sendiri. Itu tidak salah. Yang salah, anda telah membiarkan emak anda di lewat usia 60-an mengasuh cucunya yang lain yang masih kecil, memasak untukmu, melayan tetamu. Anda tidak fikir ke semua tu sebelum membiarkan emak anda menanggung beban itu.

Sekiranya suami anda tidak bekerja makan gaji,reti memasak,mengasuh anak, nahhh itu baru la meringankan beban emak anda. Tapi sebaliknya berlaku. Sudahlah tidak memberi wang saku secukupnya kepada emak masa kamu berpantang, keperluan anak seperti pampers, susu dan baju pun tak terjaga & tak cukup. Itu pun nak emak tanggung ke? Emak ikhlas jaga kamu, kesian tengok cucunya tak cukup keperluan, sanggup keluarkan duit sendiri utk sara kamu yang berSUAMI. Kesiankah kamu kepada emak sendiri?

Yang si SUAMI, tak reti ke bagi wang & beli keperluan secukupnya kepada ibu mertua kamu? Takkan la ‘blur’ sampai kan isteri sendiri perlu beritahu itu ini kepada kamu. Dah la ibu mertua kau tu dah berusia, sering jatuh sakit, kena jaga 2-3 anak kau tapi kau & isteri langsung tak fikir semua tu kan. Kira nak mudahkan diri je.

Aku harap korang yang mcm ni tolong la berubah. Dah reti pregnant,reti la jugak sedia bajet keperluan kau & family. Dah tau mak tak larat nak jaga kau, kau degil juga nak berpantang kat rumah dia, better kau upah la orang jaga kau separuh hari. Kan banyak service sekarang ni yang sediakan makanan untuk orang berpantang & mengasuh anak. 9 bulan tu la peluang kau & suami kumpul duit. Jangan bagi alasan tak cukup duit pulak..

Terbang duit sebab tu tak pe. Asalkan emak kau tak sakit & terbeban lagi sebab jaga orang berpantang dan anak² kecik kau tu.. Tak faham la aku, kalau ni anak first kau, ye la kau tak berpengalaman lagi. Ni dah tau condition mak kau & kau pun dah ada experience, bawak bawak la muhasahabah diri.

JANGAN SURUH MAK JAGA CUCU PULAK KALAU KEPERLUAN & DUIT DIBERI PUN TAK CUKUP YE.

Reader sekalian, anda bersetuju tak dengan pendapat saya ni..? Bukan apa, saya tak suka tengok emak kita diperlakukan macam orang gaji. Menantu ada pun tak boleh diharap.

Sekian luahan hati saya.

– Saksi kejadian

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.