Aku taknak intro panjang.. since aku iium student, ramai might familiar dengan story aku so, i’ll straight to the point..
Aku dah setahun kerja.. starting dengan gaji RM 3.5k kat kl sebulan lepas grad.. alhamdulillah.. tapi yang menjadi isu is mama..
My parents ada hutang keliling pinggang lepas papa kena vss.. it was 5-6 years ago.. then, papa start business dia.. tapi kelaut.. dia spent more time kat kedai kopi.. buang masa mengalahkan budak2 muda dengan whatsapp group.. business dia punca hutang keliling pinggang tu..
Since aku kerja, mama pujuk aku buat personal loan untuk business dia.. to be honest, i shouldnt proceed and i regret to this day.. loan aku lepas sebanyak 25k.. tapi business masih kelaut.. aku dari dulu tak suka bisnes dia sebab aku tak nampak future bisnes tu.. tambah dengan perangai papa.. so aku tak sepatutnya support and menambah hutang.. lagi better aku tolong bayar yang sedia ada..
Sebulan lepas aku pinjamkan, aku balik rumah and tengok aircond baru.. rumah ada 2 aircond tapi aku and husband berpanas dalam bilik bila balik.. aku jadi segan dengan husband.. aku tanya dengan santai, “bisnes macam mana ma?” Mama aku jawab, “oh, tak jadi.. mama salah kira tax import barang dari india so, tak jadi proceed.. ” tapi, duit tu tak dapat balik kat aku.. dia guna untuk macam2 benda tapi bukan untuk bayar hutang..
Sebulan aku bayar rm 750 loan tu.. mula2 aku kira itu sebagai amal jariah kepada parents.. tak apa.. tapi isu bila aku carikan kerja untuk adik2 aku.. rezeki dorang pun murah.. semua tak lupa bagi duit pada mama papa..
Tapi, baru2 ni permintaan makin melampau.. katanya papa dapat kerja sebagai consultant.. aku lega.. papa belum 50 pun lagi.. inshaAllah masih larat.. aku hulur 500 untuk satu emergency.. minggu kedua, adik2 dah gaji.. dorang bagi total 800 untuk mama papa.. minggu ketiga aku bagi 1000.. untuk starting nak kerja.. mama pun mintak aku sponsor handphone baru untuk papa bila tahu aku jual saham aku..
Konflik jadi bila aku tegur mama untuk berjimat.. mama ada satu habit yang mana, bila dia marahkan seorang, semua dihamburnya.. sepanjang hidup, aku dihalau 2 kali dari rumah.. asal bergaduh, dia halau.. boleh agak tak kemana hala tuju cerita aku?
Aku berkahwin awal kerana ini.. sebab merasakan mama papa tak sudi menjaga aku, dihalau dan diungkit segala pemberian bila tak sependapat..
Aku bukan tak nak sponsor handphone atau bagi duit.. yang jelas, papa membazir masa dan dah sebulan belum start kerja baru.. obviously, ‘kawan’ dia yang offer kerja tu menipu.. nak handphone baru untuk apa?
Yang mama, aku cuma tegur untuk berjimat.. terus dia layout semua benda dia kena bayar termasok 2 loan yang dia buat.. yang tak masok akalnya, satu loan tu dia buat sebab awal2 bajet kawen dari gaji aku, tak ada peruntukan untuk bunga telur.. fyi, husband dengan aku share duit untuk majlis kami.. tade istilah duit hantaran.. semata sebab takut orang cakap takde bunga telur, dia buat loan.. siap beli kain matching2 and gelang emas.. end up, ada makcik sponsor bunga telur.. kalau awal2 bertenang kan bagus?
Aku tegur, pakai satu je aircond.. tak perlu dua.. satu loan dia dengan TEKUN berjumlah 5k je tapi sebulan kena bayar 1k.. aku cakap nak selesaikan terus tapi, dia terus marah2, cakap aku berlagak and hina dia..
So now, dia marahkan aku, dia halau dua adik perempuan aku yang baru mula nak hidup tu.. aku ada suami.. aku tak apa.. aku kesiankan dorang.. memang kami semua sepakat nak tegur tapi aku yg bukak mulut.. tak perlu la nak marahkan semua.. mama block aku kat semua talian, husband pon kena skali..
And sekarang aku tak tawu nak buat apa..
– Melati
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment