Sunday, 22 October 2017

Takdir Seorang Bekas Pelatih SL1M

PengakuanKu

Salam. Nama aku nur (bukan nama sebenar), berasal dr selatan tanah air. Berusia pertengahan 20an dan telah bekerja. Alhamdulillah, aku antara insan terpilih diserap kerja selepas habis program Skim Latihan 1Malaysia di sebuah syarikat terkemuka di negara ini. Masa kat universiti, aku bukan tergolong dlm dak dak pandai. hihihi. Dekan sekali pun tak pernah. Sebab aku mengaku even aku perempuan, aku tak rajin utk study. Aku tergolong dlm golongan “last survivor”. Memang muka aku ni muka terhegeh hegeh khatam berbelas chapter dlm masa 1 mlm before final. Kalau ada group assignment pun sama, mmg last minit habis. Walaupun last minit, alhamdulillah aku tak pernah repeat paper sepanjang zaman study and grade on time. 3 pointer ke atas. Tapi atas pagar lah. hahahaha.

Okay berbalik pada tajuk, aku join SL1M selepas aku dapat hidayah bila dah 6 bln tanam anggur tak berbuah kt rumah. Kenapa tak kerja sementara? Bukan taknak kerja, cuma aku lebih ke arah nk buat something dari rumah. Ayah aku pesan duduk je rumah sbb masa tu kat rumah tinggal mak ayah aku je. Sementara dekat, nnt kalau dapat kerja jauh, rindu rumah nanti. Pap!!!!memang kerja ni aku tercampak jauh guyssss. Sobs sobs sobs. Kakak aku kerja di KL, dan masa tu lagi 2 org adik aku tengah study lagi. Lagipun ayah aku seorang pengawal keselamatan, kerja shift. Sementara aku ada, aku boleh teman mak aku kalau ayah shift malam. Aku duduk rumah bukan goyang kaki ye, aku tolong jugak mak aku buat kuih kdg2 ada orang order. Tolong buat kerja rumah, tolong ayah aku berkebun, tolong habiskan lauk mak aku masak, tolong penuhkan ‘korum’ jiran2 aku gosip petang2 dan jugak time ni lah aku ambil kesempatan belajar masak dari mak. Dan hasilnya sekarang aku boleh lah masak sikit2, siapa jadi laki aku confirm tak lapar. hahaha.

Dlm bln januari 2016, aku dapat offer mengikuti latihan SL1M. Memandangkan aku pun dok ternak lemak kt rumah, aku decide utk pergi sbb still ada elaun dia bagi. Boleh lah buat duit poket. Aku training SL1M sebulan di HQ company tersebut di KL dan lepas tu dorang akan hantar korang dekat mana2 anak syarikat dorang seluruh malaysia. Nasib aku baik sbb aku dapat still area lembah klang. Nk diikutkan placement aku ni lagi dekat dengan rumah. Kira ulang alik lg dekat. Tapi sebab aku takde transport dan dari rumah aku nk ke kwsn tmpt on job training aku ni pun tiada public transport, aku mmg takde pilihan lah. Berulang hari2 dr KL ke tempat tu. Oh ye kt KL tu aku tumpang bilik kakak aku, rumah company dia sediakan. Setiap pagi bangun pukul 5 pagi, siap2 semua jalan kaki 10 min tunggu train, dan aku kena tukar train utk ke tempat on job training aku ni.

Kat stesen pertukaran tu, mmg ramai sangat org kat tepi laluan pejalan kaki tu duduk hulur tangan minta simpati dari orang yg lalu lalang. Hampir setiap hari aku akan sedekah kat orang situ. Tapi aku memilih gak. hihihi. Aku akan sedekah dekat orang yang aku tgk yang betul2 takde daya nk kerja. Yang aku igt lagi sepasang suami isteri buta. Kalau aku tgk org tu muda belia tangan je balut minta sedekah, tak buta tak bisu tak pekak, aku tak bagi. Sebab bagi aku dorang mampu. Memandangkan aku pun takde gaji, hanya dapat elaun RM 1500 sebulan, tak banyak pun aku sedekah. Cuma aku pasang niat, tiap kali aku dapat elaun, aku akan sedekah lebih sikit. Dan aku mmg buat tu selama 4 bulan aku ulang alik kt situ.

Aku bersyukur sgt sebab aku dapat staf dan boss yang sgt baik. Sangat prihatin ambil berat semua. Ada dlm kalangan staf tu duduk dekat area rumah aku, so hari jumaat mmg aku akan balik rumah parents aku. Instead of aku kena patah balik ke KL( sbb kat tempat aku on job tu takde transport ke arah rumah aku melainkan kena ke KL balik), staf tu tumpangkan aku sampai rumah. Aku takkan lupa jasa orang2 yg sgt baik bagi aku.

So tamat 4 bulan aku on job, aku kembali tanam anggur. Tapi kejap je sebab aku mula pikir nk baking dan jadi kan tu income sementara tunggu tawaran kerja. Dan aku pun mula lah buat bisness kecil kecilan jual brownies. Delivery brownies pun merempit je sbb takde kereta. Makin hari makin ramai customer, aku jadi seronok. Baru plan nk pergi kelas belajar decoration kek (foundant deco sbb aku suka betul tgk benda cantik2 ni), aku dapat call dari HR tempat aku SL1M tempoh hari. Panggilan interview untuk kerja. Aku stop kejap bisness aku tu, tumpu preparation utk interview sbb interview dia agak susah okay. Siap ada presentation dan ada panel dlm kalangan ketua jabatan. Aku igt masa final sem study tu je last present VIVA, rupanya bersiri pulak VIVA ni. Ada kesinambungan dia.

Hari aku interview, aku gerak sehari awal ke rumah kakak aku. Tumpang tidur semalam. Lepas tu pagi2 aku gerak pergi HQ. Aku mmg tak kan lupa detik ni, hari aku nk interview tu aku demam . Demam panas okay. Hari aku gerak pergi rumah akk aku tu, badan mmg dah rasa lain macam. Aku jarang sgt demam. Setahun sekali agaknya aku demam. Sampai kakak aku siap nk EL, offer nk hantar aku. Sebab tgk aku mcm dah tak rupa orang dah. Tapi aku tak sampai hati, aku gerak jgk gigih naik train tukar naik LRT jln kaki pergi HQ tempat interview. Seperti yang aku cerita awal tadi , aku ni “last survivor”, so mmg cerita dia aku tak study awal awal lah apa aku nk present. Gelabah mlm tu dah demam, sampai ke sudah aku mmg tak revise balik pun slide presentation yang aku buat. Deman katakau. Mana nye kau gagah nk pergi bukak laptop, buat research, buat point nk present. Memang mlm before nk interview tu aku 3 serangkai, MENYERAH + REDHA+ TAWAKAL je. Sebab slide tu aku buat sendiri dan berbekal kan pengalaman aku on job training tu, aku main present je. Walaupun macam kelaut dan hilang fokus bila time present panel mencelah tanya soalan dengan kena present English nya, alhamdulillah aku berjaya hurai point-point aku sampai ke conclusion. Betul ke tak tu wallahuallam. Walaupun ada sorang panel tu siap cakap aku present sengau. Hahahaha. Siap bawakkan panadol sbb dia tau aku mmg demam terok. Demam demam aku tu pun kawan2 yang interview sekali ngn aku cakap suara aku present sampai luar bilik dengar. Hmmm aku ni mmg terkenal dgn ckp suara kuat. Mcm ada speaker kt kerongkong. Tapi sis bukan jenis lantang okay. Cakap je tak leh nak control volume.

Lepas interview, lepak lunch dgn yang lain sbb aku tak sampai hati nk tolak pelawaan dorang walaupun masa tu aku mmg tak larat dan dah nampak bantal je, aku gigih kan jugak. Selesai lunch, terus balik rumah parents aku. Aku siap cakap lagi kat mak ayah aku , macam tak lepas je interview sbb aku tak confident, dgn tak sihat nya. Sbb ada jgk soalan dari panel aku tak dapat jawab. Plus ramai lagi calon yang aku tgk lagi power dan berwibawa dari aku. I is redha. Lepas interview tu, aku mmg tak letak harapan, aku mmg tak pikir. Sebab takut kalau kita terlalu berharap, kita akan kecewa. So aku pun wat lek wat peace je. Sambung balik bisness aku. Lepas sebulan,still tak dapat result, sedangkan kawan yang sama SL1M ngn aku dah dapat keputusan, dan dorang berjaya. Aku lagi lah putus harap terus. Sedih memang sedih, tapi sedih aku tak berpanjangan.

Lebih kurang 2 minggu lepas tu, HR call aku. Ada dua berita Puan HR tu nk bgtau aku. 1 berita gembira, satu sedih sikit katanya. Yang gembira nya ialah aku berjaya dalam interview aku tempoh hari. Memang dorang umumkan result dua kali, dan aku batch yang kedua. Masa tu mmg tak expect langsung aku dapat. Hanya Allah yang tahu rasa hati aku bila dah dapat kerja. Tapi berita sedihnya ialah aku akan ditempatkan di negeri orang. Maksud nya aku akan jadi perantau. Takde lah jauh nk diikutkan, tapi still akan kena pindah lah. Tetiba aku teringat kata2 mak aku, kadang2 rezeki kita bukan kat tempat sendiri. Aku mula terbayang nasib aku kat tempat baru nnt. Kat negeri tu dah lah aku takde saudara mara, kenalan ada tapi jauh dr tempat aku tu. Mulalah aku sedih nk tinggal kan rumah aku, family, kawan2, makcik pakcik aku yang majoriti mmg duduk area2 rumah aku, senang cerita segalanya lah aku akan tinggalkan. Tapi aku kena kuat lah. Taknak tunjuk aku lemah sbb taknak mak ayah aku risau bila aku kat tempat orang nanti.

Hari ni, 22 Oktober 2017 dah hampir setahun perkara tu berlalu. Bila aku ingat balik macam mana aku boleh survive sampai hari ni kat tempat orang, berulang alik jln kaki naik public transport masa training (semua public transport aku dah rasmikan), aku rasa macam tak percaya aku boleh lalui ni semua. Yang paling aku tak percaya ialah aku dah kerja. Kerja dengan gaji yang boleh dikatakan agak tinggi dlm kalangan kawan2 aku yang lain, kerja dlm sebuah organisasi yang gah kat malaysia, yang boleh dikatakan stabil even pointer aku memang atas pagar. 3.1 pun tak sampai. Bukan first class, jauh lagi lah ANC. hahahaha. Aku macam tak percaya lah aku boleh pergi sejauh ni. Mungkin ni takdir yang dah tertulis utk aku.
Dengan aku demam panas masa interview, aku memang tak letak langsung pengharapan utk lulus interview ni.

Kadang2 aku terpikir, mcm mana Allah SWT boleh bagi rezeki aku seluas ni. Aku mula teringat, mungkin ini hikmah aku bersedekah hari2 dulu masa aku on job training. Kalau aku rajin dan ada duit sikit, aku akan bawak lah kuih ke kat office jamu orang makan. Masa aku buat bisness pun, kdg2aku bg diskaun kat customer. Harga kawan2 tak yah cakap lah. Kalau tak bg diskaun pun, aku akan letak lah lebih ke dlm order tu. Sbb aku rasa tu je cara aku nk sedekah kat org. Nak sedekah byk2, aku pun bkn kategori orang senang. Biasa2 je. Yelah ayah aku guard kat kilang, mak aku suri rumah. So bayangkan lah mcm mana kehidupan sederhana kami. Even ayah aku kerja sebagai guard, aku sangat respect kat ayah sebab dia berjaya besarkan 4 orang anak2 dia dan alhamdullillah semuanya graduan IPTA.

Aku cerita ni bukan aku nk bermegah aku selalu sedekah, bukan nk cakap even pointer cukup2 makan dapat kerja bagus, bukan nk bgtau “last survivor” pun still boleh survive. Bukan bukan bukan. Aku cuma nk share je pengalaman aku. Pengalaman yang aku rasa sangat bermakna yang boleh aku share dengan orang dan juga boleh aku ceritakan kat anak cucu aku nanti.

Okay pesan utk adik2 especially yang akan dan sedang mengikuti latihan SL1M ni. Sepanjang akak (ttbe akak) jadi pelatih SL1M, no 1. akak mmg sangat jaga akak punya punctuality dan disiplin, means akak mmg jaga betul punch card sampai tak nak dia merah. Tapi kita merancang, Allah yang tentukan. wakakakaka. 3 kali gak akak terlambat. Tapi bkn lambat sangat pun, lambat 5-10minit je. Boss pun paham sbb bila naik public , paham2 lah kadang2 delay lah itu lah ini lah. Haa, salahkan public transport pulak, bukan nk salahkan diri sendiri kan. no 2. respect semua orang dlm office tu, temasuk lah pak guard dan pakcik bancuh air. Pak guard ngn akak mmg kamcing, dan walaupun dia pak guard, akak still respect sbb akk bayangkan tu ayah akak. Pakcik bancuh air pun selalu bercerita itu ini kat akk mgkn sbb dia selasa agaknya. Respect boss, officer, staff dan jugak paling penting customer ye. Akak pernah kena marah dgn customer sbb no lambat panggil, tapi tahan je rileks dan senyum. Pergi belakang baru kutuk kaw2. hehehehe. no 3, sedekah lah walaupun tak banyak. Sebab akk percaya, dlm rezeki yang kita dapat, ada rezeki orang lain kt dlm tu. Sampai sekarang akk dah kerja pun kadang2 akk bawak kek, cookies dan masak utk org2 office akk. Jangan kedekut ye. no 4, jaga hubungan baik dengan Allah SWT, ibu bapa, kawan2. pendek kata semua orang lah. no 5, jangan mengalah. even akk penat berulang sbb xde transport, pergi interview sendri naik public sbb ayah akk takde kereta, ada motor je. tak boleh nk hantar jauh2, dong givap. Masa memula akk bodoh gak nak naik lrt kt KL tu sbb aku mcm rusa masuk kampung, nk beli tiket pun tak tahu. Caranya ialah kau duduk dekat2 org bli tiket, tgk cara sambil acah2 main fon. hehehehe. learn something. no 6, jangan berat mulut tanya apa yang x paham. mase training, akk tanye semua benda yang akk tak tahu. kdg2 berkali tanya. jgn berat mulut. malu biar bertempat okay. no 7, berpijak di bumi yang nyata. akk sedar akk bkn dr keluarga yg senang, so akk takdelah berbelanja benda bukan2. duit elaun mmg kdg2 cukup utk tambang dan makan je. kadang2je beli kasut dan baju baru. no 8, fokus. memula akk mmg nk kerja, so bila dah dapat kerja, fokus je buat kerja tu. pikir balik perit macam mana nk dapat kan kerja tu. no 9, hati kena sado. memula akak kerja kat tempat orang ni, nak nangis jugakk oooo. dah lah takde sape, semua sendiri. jangan nmpk lemah kat mak ayah, nnt dorang risau. no 10, jangan berkira dari segala segi. buat kerja ke, tolong orang ke, jangan pernah berkira. sbb kau akan rasa seronok sebenarnya bila dapat tolong orang. serious talk.

Hmm okay lah dah panjang lebar dah. Kerja dah ada, cuma jodoh je takde lagi. hehehehe. Didoakan semoga semua orang yang baca confession ni dimurahkan rezeki ye.

Indah tersusun jambangan dahlia
Terima kasih sebab sudi luangkan masa anda.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.