Friday, 16 February 2018

Kepada Akak Iparku

PengakuanKu

Pertama sekali, aku nak ucap terima kasih sudi publish dan baca cerita aku. Maaf juga, bahasa untuk cerita aku agak rojak dengan campuran Bahasa Melayu, English dan mungkin ada bahasa pasar. Cerita aku tak segah cerita-cerita dalam iiumc sebelum ini. Cuma dekat sini aku nak share kisah tak seberapa ini. Assalamualaikum, yes aku orang islam, Alhamdulillah. Aku mulakan cerita kisah abang aku bukan untuk mengaibkan tapi nak bagi peluang dekat perempuan-perempuan luar sana yang sangat percayakan buah hati (bukan suami) masing-masing untuk bukak mata korang luas-luas. Aku mempunyai dua orang abang, tetapi untuk kali ni, aku nak ceritakan kisah abang aku yang no. 2. Abang yang pertama so far okay sahaja kehidupannya, cumanya, dia ni umur 27 tahun baru pertama kali bercinta, itu aku tak kisah sangat sebab, dia pandai jaga diri dan aku nampak hubungan first time dia ni ada penghujung yang cerah. Mana tau tahun depan aku dapat kakak ipar. okay, itu abang no 1.
Untuk abang no. 2 ni aku gelarkan dia Ali bukan nama sebenar. Dia ni pula dah banyak kali bercinta, tukar-tukar pasangan dari zaman dia sekolah, umur nak cecah, 25 tahun. tapi pasangan dia yang paling latest ni, paling lama la dorang ni ‘couple’. Dalam 4 tahun macam tu. Ya, family aku kenal perempuan tu, yang tak best, perempuan tu sebaya aku. Jadi, aku nak panggil akak ipar jugak ke nanti. haha. Tapi kalau dah jodoh, suka dorang lah.
Ali ni orangnya panas baran, tapi baik hati. Dia tak kedekut bab-bab makanan dalam family kami, tapi dia akan marah yang suka hentak-hentak barang, even kalau dia lambat bangun pergi kerja pagi pun, dia akan marah satu rumah dan tanya kenapa tak kejutkan dia la. adahal, subuh dah kejut tak bangun, jam loceng dering banyak kali still tak bangun. Kerja pun satu hal, seorang yang suka tukar-tukar tempat kerja dengan passion yang sama. Ali ni minat masak. Solat? lagilah. banyak kali kami adik beradik mak ayah, pesan buat tak endah je. Manusia biasa la, dengan keluarga dia lain, tapi bila dengan pasangan dia, sweet boleh potong kaki boh. Ade beberapa adik beradik aku ni follower ‘girlfriend’ Ali ni, belambak jugak post gambar dengan Ali, dengan kata-kata sweet. Dia tak tau ke Ali macam mana. Ali dalam family tak boleh bawak berbincang, hampir 6 tahun juga Ali tak pernah ikut kami sekeluarga raya sekali balik kampung, dan setiap tahun tu jugak kami terpaksa cakap pada saudara-mara yang Ali ni kerja sedangkan dia ada ja cuti dekat rumah. Even, pergi jalan-jalan satu family, mesti ada je alasan dia tak nak ikut. Pentingkan sangat kerja dan kawan.
Ya, macam kebanyakan lelaki, suka melepak dengan kawan-kawan. Aku tak kisah sangat bab-bab melepak ni, masing-masing ada kehidupan sendiri, tapi Ali dengan kawan jenis lepak sampai takda hari esok nak jumpa dah. Boleh kata, Ali ni buat rumah macam hotel, balik untuk tidur ja. Kalau kami berkumpul ramai-ramai depan televisyen, dia akan keluar. Takpun duduk dalam bilik. Baru-baru ni kami pergi bercuti di salah sebuah pulau dalam Malaysia, kami semua dah plan nak pergi bila dari awal tahun lepas, sampaila awal tahun ni baru dapat pergi, bila lihat jadual semua free, maklumlah adik beradik ramai, ada yang belajar, ada yang kerja. Bila tanya je Ali, dia akan jawab, takda cuti. Sedangkan dia kerja pun mana ada cuti sangat. pelik aku. tapi Ali ni bila plan dengan kawan-kawan pergi pulau ke Singapore ke, berjalan saja. Dengan keluarga tak pernah nak ikut. Ikutkan mak ayah, layan kami adik beradik sama ja. Mak selalu doa, pintu hati Ali terbukak. Iyala siapa tak risau. Ali ni perangai paling nakal dia sampai pernah masuk lokap la. ayah mak juga datang, bagi duit jaminan. Itupun tak sedar-sedar lagi. Dulu, waktu awal-awal Ali mula kerja, setiap bulan dia akan bagi mak duit. tapi mak tak belanja pun, mak simpan terus dalam tabung haji dia. tapi sejak beberapa tahun ni dah takda simpanan dari dia. Mungkin dia ada simpan sendiri, lelaki, penuh dengan rahsia. Macam abang aku yang first, tak pernah bagi duit kat mak langsung dari awal dia mula kerja, tapi kalau ada kenduri kat rumah dia akan hulur, setiap bulan akan belanja kami adik beradik pizza ke kfc ke. Setiap bulan jugak tu la mak minta duit, dia tak bagi. Ni lagi satu hal, aku nak pesan, bulan-bulan tu hulur la kat mak ayah. Mak bukan nak sangat duit kita pun, tapi ada nilai keberkatan dekat situ. Macam mak aku, bukan guna kalau kakak bagi duit kat mak, mak simpan dalam tabung haji kakak adalah. Sekurangnya ada bahagian untuk mak ayah kat kampung kita dah asing siap-siap, walaupun tak pernah setimpal dengan apa yang mak ayah bagi dekat kita. Ali ni pulak, tak tau la mana simpanan dia. Mungkin ada, dan mungkin tidak. Maaf terlalu negatif fikiran aku tentang abang aku, mak aku selalu pesan duk angkat anak dara orang kesana kesini naik motor, belum nikah, mak perempuan tu tak cakap apa-apa ka? Aku jadi pelik dengan makcik-makcik zaman sekarang yang biar saja anak mereka membonceng lelaki yang bukan mahram. Kalau percayakan sangat lelaki tu atas alasan background keluarga baik-baik, ayah lelaki tu kaki masjid tak menjamin apa-apa pun makcik. Iman tak dapat diwarisi. Ingat tu.
Satu lagi perangai Ali ni, suka buat sepah, macam aku cerita before ni, dia suka masak dan kebanyakan hari, lepas dia masak untuk kawan yang upah dia makanan sihat, dia takkan kemas balik kecah yang dia buat, sampah pun biar saja dekat dapur. Taulah adik beradik perempuan ramai. Tapi kalau hari-hari perangai macam tu, siapa je tak geram. Tak mustahil aku cakap, kau kawin dengan abang aku nanti rumah kau bersepah teruk dengan sikap panas baran dia dan tak reti nak mengemas langsung. Ali ni mungkin dia ingat kami adik beradik buat tak endah apa yang dia buat, sedangkan aku sebagai adik dia, sentiasa memerhatikan perangai dia. Sampai aku boleh story dekat sini. Maksudnya aku pendam selama ni. Aku hormat kau sebagai abang, tapi perangai kau tak macam keabangan. Satu lagi hal, bukan setakat solat 5 waktu, Solat Jumaat yang sekali seminggu tu pun dia boleh terlepas. Sebab sebelum ni, dia kerja shift, jadi kadang-kadang hari jumaat tu dia ada kat rumah sampai tengahari, dalam jam 12, matahari dah terpacak tak bangun lagi, aku dah kejut suruh pergi masjid, dah macam-macam cara aku guna, pakai jam loceng la, kejut gerakkan badan dia. masih taknak bangun. Sampai lah masa berlalu begitu saja, dia tak solat Jumaat. dah pukul 2 baru siap-siap pergi kerja. siapa tak geram. kiranya kalau dah jam 2 tu kira lambat, dan dia akan hentak-hentak barang, bersepahkan baju untuk cari baju kerja dia. Aku diam je la kat rumah tu malas nak layan dah. Nanti aku naik suara lagi banyak dia pecahkan barang rumah tu. Satu lagi Ali ni seorang yang merokok dan bervape. Dua-dua dia sedut, tak sayang nyawa betul. Pengaruh rakan sebaya. Ayah dan abang aku no. 1 tak merokok pun. Jadi, memang pengaruh rakan la ni. Ali ni, kalau nak tahu dia keluar dating tu minyak wangi macam dah tumpah kat badan dia, pakaian smart walaupun tshirt dan seluar jeans. Ya, aku tak nafikan Ali ni ada rupa. Tapi sayang bilik Ali ni macam kapal karam, baju berlonggok tak berlipat, baju nak basuh tak terbasuh, seluar gantung dah berapa abad. Hahaha. Okay itu ja aku mampu nak describe. Kelakar sebenarnya, bila penampilan tak seiring dengan tingkah laku. Ali ni bukan semuanya jahat pada diri dia, ada juga side baik dalam diri Ali yang aku tak cerita. Contohnya, dia sukakan haiwan. Dia pernah belikan makanan kucing paling mahal untuk kucing yang selalu singgah kat rumah kami. Doakan aku untuk terus sabar. Sebab kita tak tahu masa depan macam mana. Allah kalau nak gerakkan hati seseorang, 360 darjah pun takda hal kan.
Jadi, kepada bakal kakak ipar aku, aku nak pesan, kau rasa abang aku yang kau sayang bagai nak mati ni boleh berubah sekelip mata ke lepas kahwin dengan kau nanti, kalau dah 25 tahun perangai dia macam tu, kau rasa dia boleh berubah demi kau? Aku harap begitu la. semoga masih lagi ada sisa hidayah untuk abang aku yang sorang ni, tipula kalau tak sayang abang kan. Dan takziah dapat adik ipar macam aku yang sepatutnya kau perlu berterima kasih sebab kau tahu perangai sebenar your future husband. Hahahah.Dan orang kat luar sana, kalau nak tahu perangai sebenar bakal suami atau isteri korang, tanya pada keluarga mereka sendiri, lagi-lagi adik beradik yang sudah hidup bertahun-tahun dibawah satu bumbung dengan bakal suami atau isteri korang tu. Tapi kena yang jenis mulut jujur la. Setakat nak mengampu, nak jual adik beradik tak payah la. Maklumlah dekat Malaysia ni peratusan penceraian dalam kalangan pasangan muda semakin meningkat akibat tidak sabar dan tiada ilmu rumahtangga itu sendiri. Faktor ekonomi keluarga satu hal. Tahu, ikut trend saja. Lepas kawin menangis tepi bucu katil lepas tahu perangai sebenar pasangan.
Akhir sekali untuk pesanan semua pembaca dan diri aku sendiri, berbuat baiklah kepada ahli keluarga masing-masing. Sebagaimana Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik di antara mu kepada keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik di antara kamu kepada keluarga ku.” (at-Tirmidhi dan Ibnu Majah, hadis sahih). Wallahu’alam.
-bakal adik ipar mu
– Bakal Adik Iparmu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.