Friday, 16 February 2018

When The Table Is Turned

PengakuanKu

Hi. Aku kiren. Suami kepada seorang isteri dan bapa kepada sepasang anak yang sihat, bijak, comel.

My wife tak kerja. Duduk rumah, buat bisness online katanya. Aku, berpendapatan tetap, alhamdulilah. So here’s the thing, biasa kalau wife tak kerja automatically akan jadi housewife kan. Doing everything a housewife is expected to do. Betul? Let me tell you about me. Starting with my routine. Then you be the judge.

Setiap pagi aku bangun pukul 5 pg. Mandi, wuduk, masuk dapur, masak. Masak halfway, subuh jap, sambung lagi masak. Aku akan buat bekal lunch untuk aku dan anak aku tadika termasuk lauk isteri aku di rumah, breakfast sekeluarga dan paling penting, bubur untuk baby 10bulan aku.

Pukul 6.50pagi anak aku bangun, mandikan dia, then bini aku pakaikan baju, tukarkan pampers baby kemudian isteri aku akan hantar ke office, 25km away from home. Kereta kami satu, so isteri aku akan hantar dan ambil aku ke office. Otw ke ofis, drop baby di rumah pengasuh then aku punch in. Selalunya akan sampai office pukul 7.59. Dalam sebulan akan 3,4 kali lambat. Sebab bini aku siap lambat sangat. Aku dan warning letter kelewatan ke kerja berpisah tiada. Nasib kualiti kerja aku cemerlang so boss butakan mata dengan kelewatan aku. Lepas punch in, aku akan berjalan kaki hantar anak ke tadika dalam 4 blok dari ofis aku. Bini aku akan bawak kereta to wherever the hell she likes.

Tepat pukul 5, aku punch out, berjalan ambil anak aku dan tunggu bini aku fetch. Dia sampai, ambik baby dan balik ke rumah. Sampai rumah terus ke rumah jiran, teman anak aku nak main beskal dengan kawan2. Tak berani nak biarkan sesorang sebab zaman sekarang ramai sangat penculik dan rapist bertempiaran. Bahaya. Pukul 6.30, balik. Balik, bagi baby susu terus selinsing baju, ke dapur.

Kalau bini aku tak habiskan lauk lunch, lega, tak payah masak lagi. Cuma goreng teloq, papedom, keropok ikan, rebus teloq masin or apa2 saja yang simple bagi ada kelainan dari makanan lunch, baru tak hambar nak makan. Kalau bini aku habiskan makanan (which she usually does), terpaksa aku masak new lauk balik.

Siap makanan, letak dalam pingan, hidang untuk anak dan isteri yang terpacak depan tv. Habis makan, tauk pingan dalam singki, mandi, solat dan tungu isyak. Sambil2 tungu mula la anak aku sorang demi sorang memberak. Berak ni tugas bini aku. Tak kuasa aku nak hadap. Pingan dalam sinki pun, bini aku yang setelkan, aku malas. Sambil aku masak selalunya aku akan basuh segala utensils aku guna terus sebab nanti susah aku nk guna sinki, sinki kecik. So yang bini aku basuh tu selalunya pingan 2, 3 keping dan periuk. Lepas membasuh dia akan buang sampah2 dalam rumah.

Pukul 8 malam, aku dah layu dah. Berjaga dari pukul 5 pagi. Memang la. Masukan anak2 dalam bilik, tutup lampu, pukul 9 semua dah lena. Sempat aku belek2 soc med dalam setengah jam sebelum aku pengsan sekali dengan anak2. Bini aku, dalam “ofis” dia, layan soc med. Ofis dia ni satu bilik dalam rumah aku aku modify khas untuk dia buat bisness online dia. Pukul 2,3 pagi jap gi pandai2 la dia tido atas katil dia. Aku tido toto, tido katil kang baby aku bergolek turun tak pepasal benjol. Bangun pagi then the cycle will start again.

Weekend pulak, aku bangun lambat sikit. Pukul 6. Mandi, solat, buat cucur dan terus ke pasar borong. Dalam pukul 9 pagi aku akan sampai rumah balik. Manakala bini aku dah siap mesinkan 4 bakul baju busuk yang terhimpun seminggu. Elok aku sampai rumah, bini aku grab kunci kereta, pegi dobi keringkan baju walaupun hari tu panas terik. Terus dia maju ke dompet aku, keluarkan rm50 masuk dalam dompet dia. Jeling dari bucu mata je aku tengok. Fuh. Nasib anak2 aku bini aku dan mandi dan siapkan dah sebelum dia mendobi. Kurang sikit kerja aku. Aku pulak, terus gi basuh pam susu bini dan disinfect botol susu anak2, then mulakan memproses hasil tangkapan aku di pasar. Besiang segala ikan, ayam, daging, seafood, sayur, bawang semualah. Bahagi2 dalam tupperware kecik supaya mudah nak masak pagi2. Bawang semua aku kupas letak dalam bekas. Sayur pun aku dah siap potong. Dalam pada aku dok sort my shopping out, sambil2 aku tengokkan anak2 aku dan sediakan lunch. Bini aku, lepas balik dobi, duduk dalam “ofis” buat kerja katanya. Kerja apa aku x sure. Malas nak ambik tau. Bila lunch dah sedia, aku yang kena hidangkan untuk bini aku sebab katanya kalau aku letak dalam pingan untuk dia makanan akan lebih sedap. Ok. Fine.

Setel lunch aku tarik napas jap. Layan hindustan then solat. Tapi kerja tak setel lagi. Kalau stok cili blend dah habis aku kena basuh, rendam, rebus, blend apa semua, then masuk dalam freezer. Dah blend cili, blend pulak buah2an baby (pakai blender lain la kau gila ka nak kongsi blender cabai dengan makanan budak). Habis kerja2 memblender, strika baju ofis pulak untuk seminggu. Siap yang ni, maju ke ruang depan untuk lipat 4 bakul baju yang bini aku dah keringkan. Setel lipat dalam sejam lebih, siapkan beg anak2 untuk ke pengasuh n tadika hari isnin nanti.

Bila dah setel beg anak2 baru la setel kerja2 aku kat rumah. Selalunya setel la by saturday. Kadang2 tu tak terbuat jugak dek kerana ada je halangan menimpa. Penat la jugak.

Nampak kan baik gila ja aku sebagai suami buat semua benda. Solehnya aku. Calon menantu pilihan gitu. Bekerja cari nafkah, balik rumah setel kerja rumah pulak, siap jaga anak2 dan bagi anak susu lagi. Tido pun dengan anak2, masak, bekal, segalanya lah aku buat. Nampak macam apa la dapat bini macam bini aku. Spesis bini layak dibuat janda. Kan, kan??

Now, imagine if the table were turned. Imagine, if the suami is actually the isteri. Read this again. Picture that.

Most of us akan rasa, biasa la isteri buat kerja rumah semua. Kan? Biasa la isteri masak, buat bekal, balik rumah masak lagi, lipat baju, blend cabai, susukan anak, hidangkan makanan untuk suami, BIASA lah tu. Bila suami tolong buang sampah, basuh pingan, mesin baju tu pun dah sebesar2 rahmat weh. Patut bersyukur suami menolong. Perempuan lain lagi teruk ada yang kena dera dengan laki bla bla bla yada yada as if any of your problem is not as important as other people’s problem. Typical pemikiran orang kita.

Well.

Hi. Aku kira. Ingat lagi tak? Confessor this is life. Well, i’m just the same. Nothing much have change except for this one event that made me wrote this. Well, i just went to my mentua’s kampung. My mentua is well aware that i’m supporting their son and my kids as well. I told my mak mentua to just nasihat her anak about responsibility. Just because i let him get away with it without any complaints, it doesn’t mean that i agree with him. Guess what i get after just 5minutes of talking to her (i didnt even go to details just the tip of the iceberg)?? Mak mentua aku cakap aku sebagai isteri perlu support usaha suami. Aku tak memahami suami aku tengah berusaha mengembangkan business untuk kesenangan aku dan anak2. Walau apa pun aku sebagai isteri kena korbankan diri demi suami. Tak salah tolong suami sebab suami tiket ke syurga. Sebagai isteri syurga aku ada pada suami so i must take good care of my man.

Tarik nafas dalam2. Redha. Allah itu wujud. Timbangan Allah pun wujud.

Ps: I know these things lagi layak masuk KRT (like i told before). But i hate mulut2 bawang there and decided to share my thoughts here.

– Kiren

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.