Saturday, 17 February 2018

Wujudkah Penganiayaan Disini

PengakuanKu

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Aku Zaza. Maaf, jika rasa gantinama aku ni kasar, tapi aku rasa selesa untuk bercerita. Aku seorang isteri, sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Aku kerja government, suami private. Kami taklah susah, dan tidak juga senang mana. Hidup sederhana sahaja, ada pasang surut dalam rumahtangga dan kewangan.

Baru-baru ini kami bergaduh besar. Dari side suami, dia kata aku mengaibkan dia pada status fb & whatsapp aku berkenaan lambat ambil anak sekolah. Aku kesal, kerana aib dia yang dia pentingkan. Keselamatan anak bagaimana? Jam 7.30 petang baru ambil anak, kawasan sekolah dah sunyi & gelap! Ye, memang ada kaitan dengan hutang. Sebab itu dia rasa malu, tapi dia lari daripada membincangkan masalah sebenar itu & attack aku dengan sikap aku yang lain. Dan untuk pengetahuan readers, aku tak mention pun nama siapa dalam status tu, general sahaja guna gantinama ‘si isteri’ dan ‘si suami’, tapi sebab orang dah buat salah kan, sentap la dia.

Untuk memudahkan readers faham, aku akan cerita dari awal mengapa aku bertindak macam tu, sebab aku memang dah cukup bersabar. Kami ada 2 kereta. 1st car dari sebelum kami kahwin lagi, memang nama suami. Aku ambil tahu jugak sikit-sikit, berapa bayaran bulanan & loan berapa tahun. Sehinggalah tahun 2014 or 2015 (tak ingat), ada bayaran sangkut. Memang masa tu company suami pun ada masalah, lewat bayar gaji dan terus tak bayar, jadi suami pun stucked. Aku faham keadaan tu, dan aku bantu sebab kereta hampir kena tarik. Susah la kan kami kalau takde kereta, nak pergi kerja, hantar anak taska tadika. Masa tu dalam payslip aku dah ada potongan personal loan, tapi belum mencecah 60%. Ok, part personal loan tu pun ada ceritanya, tapi aku habiskan dulu cerita kereta ni. So, aku submit loan. Lulus, terus buat full settlement kereta suami. Alhamdulillah, selesai. Ada balance sikit, aku buat belanja untuk rumah & beli emas untuk diri sendiri. Wait, jangan kecam lagi, baca dulu sampai habis.

Sepanjang company dia bermasalah, aku la yang banyak support family. Takpe la, soal ni memang sakit, tapi aku taknak ulas panjang. Tak lama lepas tu, ok balik. Syukur. Hidup kembali macam biasa. 2016, masa anniversary kami, dia hadiahkan kereta untuk aku. And wait again, tahan dulu kecaman tu. Haha. 2nd car memang perlu, sebab anak dah sekolah, tengahari nak kena ambil dan suami pula kerja agak jauh. Bukan kereta mewah pun, buatan Malaysia jugak dan ansuran bulanan paling murah berbanding kereta lain. Memang kami ada bincang sebelum tu, aku kalau nak kereta, takyah besar2, memadai untuk pergi kerja & hantar-ambil anak sekolah. Bukan untuk tunjuk mewah dan joli sana-sini. Oh ye, walaupun hadiah untuk aku, tapi nama atas nama dia. It’s ok, husband-wife kan considered as 1 unit.

Penghujung 2016, aku dapat tukar tempat kerja. Masa tu aku pindah dulu, suami & anak2 akan ikut kemudian. Jadi memang syukur ada 2nd car, kalau tidak takde arah la aku kat tempat baru nak pergi kerja camne. Awal 2017 suami diberhentikan kerja, tanpa gaji terakhir mahupun pampasan, pindah ikut aku bawa anak2. Part ni memang sangat sakit. Suruh pergi pejabat tenaga kerja untuk report, suami enggan. Masa tu memang almost everyday bergaduh, sebab aku dah mula rasa tekanan. Tapi mujur tak lama suami unemployed, bulan 4 dah dapat kerja. Jauh jugak la daripada rumah kami, so automatik tugas hantar ambil anak sekolah, jatuh pada aku. Gaji boleh tahan, taklah tinggi tapi lepas buat kira2, boleh la nak survive. Untuk pengetahuan juga, sewa rumah kami memang agak pitam la, 1.1k. Tapi takde pilihan, kuarters kena tunggu giliran. Hadap jelah.

Life ada ups & downs. Duit memang selalu tak cukup, maka pergaduhan pun selalu terjadi. Tapi gaduh2 manja, tak la sampai bercerai-berai. Aku anggap, 2nd car bayar cantik, aku pun tak pernah tanya. Until recently, 2nd car kena tarik. Masa nak kena tarik tu, nyawa aku & anak2 memang dalam bahaya. Sebab yang datang 2 orang lelaki India badan besar, seakan mengugut. Aku masa tu nak hantar anak sekolah KAFA. Aku hampir menangis masa tu, sebab orang keliling takde, aku takut. Cut to the chase, kereta pun kena tarik, anak2 tak pergi KAFA. Aku frust gila2, aku rasa marah sangat kat suami sebab perkara yang sama berulang kembali. Cuma kali ni, company takde masalah, jadi apa masalah dia tak bayar kereta? Aku marah tapi aku pendam. Paling habis, aku diam & tak bercakap bila jumpa dia. Aku pun risau, sebab tuntutan kerja suami selalu outstation, camne aku dan anak2 nak survive? Takkan hari2 nak naik Grab, banyak duit? Tapi aku tak pasti suami fikir ke tak semua ni sebelum amik tindakan lari daripada hutang. But knowing him, aku tau dia tak fikir pun. Jenis amik mudah.

Kemuncak kerisauan aku berlaku baru2 ni la, minggu sebelum cuti CNY. Dia lewat. Aku pulak biasa kalau dia lewat, balik sendiri dengan anak2, guna Grab. Cuma nak jadi cerita, masa tu aku tak cukup cash in hand, ATM out of order. Aku taktau nak minta tolong sape, kawan2 semua dah balik, so aku just tunggu kat ofis, doa sungguh2 agar dia cepat, sebab anak2 masih kat sekolah. 6.45 petang, aku dah tak keruan, aku menangis ingatkan anak2 sebab hari dah hampir gelap. Aku usaha contact guru kelas anak, minta no hp guard sebab aku nak call, minta tolong jagakan anak2 sehingga suami amik. Bila tau anak dah selamat kat pondok guard, baru aku stop nangis, tapi hati sungguh…sedih & kecewa. Benda ni takkan jadi kalau suami lebih bertanggungjawab. Status fb up, sebab aku nak family dia tahu, sebab selama ni aku banyak cover dia bab kewangan. TERLALU BANYAK!!

So sebab status tu, kami gaduh besar. Aku minta dia sedar, jangan fikir aib je, fikir root of the problem, sikap dia. Eh, dia twist, terus attack aku pasal sikap aku. Susahnya nak berbincang dengan dia, memang dari dulu lagi camni. Kenapa aku cakap aku terlalu banyak cover dia dari segi kewangan? Meh aku nak bongkar satu persatu. Kali ni baru betul aku buka aib. 2011, hutang kad kredit dia sebanyak 4k plus, aku setelkan. Bukti ada lagi, slip bayaran tu aku simpan. Followed by full settlement 1st car. Dah dua2 kes dapat surat lawyer, mesti la aku takut. Lagipun aku ada kelebihan, boleh buat loan, jadi aku tak kisah untuk tolong dia. Bila 1st car problem, aku tolong. So aku expect, he learnt his lesson, 2nd car bayar la molek, jangan sampai kena tarik. Tuntutan kerja dia pun sibuk, dia sendiri tau, jadi 2nd car tu memang penting. Tapi dia buat jugak, tak bayar. Bila aku confront, dia kata aku taktau dia struggle. Aku memang tau, tapi struggle aku, dia tau tak? Ke buat2 taktau? Bila jadi kes ni, aku minta la dia ubah sikap. Lama dah, tak nampak pun perubahan. Defense mechanism dia, perubahan mana boleh sekelip mata. Allah…memang aku tau, tapi aku tak nampak usaha dia. Yang aku rasa, saban hari sama je, selalu tak cukup.

Ok, tu cerita kredit kad dan kereta. Oh ye, kredit kad tu memang ada supplementary, tapi aku tak guna 1 sen pun. Bodoh kan aku, dia guna semua, aku yang bayar? Tu pun dia ada hati suruh aku apply kredit kad baru ni, senang nak isi minyak bila dia outstation. Memang tak la aku apply. Kang nama aku jugak yang naik, dia sedap la. Aku memang tak setuju langsung dengan sikap dia ambil mudah bab kewangan. Dulu efek kat aku sorang, sekarang dah libatkan anak2, wajiblah aku mengamuk. Ok, ada orang tanya aku, kenapa aku tak beli je kereta guna nama aku? Haa..ni lagi 1 cerita cover dia bab kewangan. Bukan aku taknak, in fact masa 1st car dah problem, aku dah try apply untuk beli kereta, tapi tak lepas. Sebab personal loan aku dah banyak. Kat atas tu aku ada kata nak cerita kan? Meh aku cerita. Personal loan tu, almost half of the amount, adalah untuk suami aku. Aku tak ingat dah camne cerita dia nak pakai duit, tapi memang aku ingat janji mulut dia, nanti nak bayar sama2. Ada bahagian dalam personal loan tu, aku nak setelkan terus PTPTN aku, tapi dia tahan. Dia kata, bayar dulu banyak ni, yang balance tu nanti dia akan setelkan. Sebab dia nak pakai duit masa tu, untuk apa aku tak ingat. Aku ni kan isteri yang baik (plus bodoh), aku ikutkan aje. Tapi until confession ni di buat, janji tinggal janji. Personal loan yang 1st, personal loan yang 2nd (yang buat untuk bayar 1st car dia), dan potongan PTPTN dalam payslip aku, semua ada bahagian dia. Janji nak bagi lebih bulan2 untuk cover hutang dia, HARAM. Yang dia bagi bulan2 memang cukup2 untuk cover belanja anak2 (taska, sekolah) dan belanja rumah. Aku nak buat saving pun tak lepas. Yang lebih menyakitkan hati, bila time aku dah dapat gaji, masa tu dia dah takde duit, hari2 la minta duit kat aku. Aku ni dalam marah2 pun, kesian. So hulur la 50. Habis sehari. Kadang2 hulur 100. Eh sehari pun habis? Kalau aku, 100 tu boleh seminggu. Ada masanya kami memang dah broke, aku terpaksa pinjam sana-sini untuk cover sampai hari gaji. Pinjam tu untuk dia ok, dia nak guna pergi outstation bagai, dengan janji manis, nanti dia bayar balik. Tapi bila sampai masanya, aku jugak yang bayar semua, aku jugak yang tanggung makan minum minyak kereta dia akhirnya. Ni semua aku pendam, tak cerita kat family dia. Termasuklah kisah payslip aku yang potongan lebih dari gaji bersih, pun aku tak cerita. Aku simpan sebab aku tau, susah senang dia, susah senang aku jugak. Selagi aku boleh tolong, aku tolong. Tapi dia tak ingat semua tu kot. Yang dia ingat, sikap aku yang suka memberontak, yang kasar, dan paling aku takleh terima, dia kata aku pentingkan diri sendiri.

Aku taktau tang mana yang dia kata penting diri sendiri tu. Mungkin bila aku marah, aku tak masak. Bila aku tension, aku berkurung dalam bilik. Tapi selama ni pun, hal2 rumah aku yang uruskan. Pernah je aku masak bila penat2 balik dari kerja, dia sedap2 tidur, tak peduli nak tolong kerja rumah yang lain. Alasan, penat. Aku pun penat, tapi boleh je aku ikat plastik sampah elok2, tunggu dia untuk buang je. Makan 2 3 hari jugak dia nak buang tu. Bila aku dah tarik muka dan dah start membebel, baru dia buang. Still defense mechanism dia bila aku bising2, mana boleh expect kerja tu nak buat immediate? Aku rungsing. Kalau sampah dah berbau, memang la kena immediate. Eh banyak lagi la kalau nak cerita. Itu belum aku bongkar lagi, hutang bil telefon dia yang around 400, tapi sebab main bill tu nama aku, so dia buat donno je. Aku la yang stucked, nak tukar service provider tak dapat. Dia? Buat bodoh & maintain rasa diri innocent. Lagi, hutang dengan kawan aku 1k. Ye, dia yang berhutang ok, aku jadi orang tengah je. Aku tengok dia takde inisiatif pun untuk bayar. Sebab malu, aku bayar dulu 500. Tu aku nak jaga nama baik dia la tu, tapi dia tak ingat. Still, sikap aku jugak yang salah.

Sekarang aku rasa teraniaya oleh perbuatan suami sendiri. Aku nak rayu kuarters, tapi bila buat kira2, potongan dalam slip gaji aku akan lebih 60%. Aku juga rasa teraniaya, sebab baru ni dia cuti, aku kerja, tapi dia tak hantar-amik aku dari ofis. Dia buat tak tau aje, sedangkan tu tanggungjawab dia. Ni weekend, dia bawa anak2 bermalam di Melaka, sepatah tak ajak aku. Aku patah kaki sebelah, sebab kereta takde. Kalau tak boleh juga aku balik kampung. Dia memang sengaja menganiaya aku. Korang rasa? Aku tau dia sengaja, sebab dia nak aku rasa, yang kononnya aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku nak try apply loan kereta, tapi aku tau harapan tipis sebab potongan dah banyak.

Aku alu2kan sebarang pendapat atau kecaman. Tapi aku mohon, baca dulu dengan hati terbuka. Fahami dulu ceritanya. Untuk family suami aku, bukan aku sengaja buka aib, tapi cukuplah apa yang aku cover selama ni. Aku boleh bentang semua bukti yang suami aku ni banyak makan duit aku. Aku tau, suami aku akan twist part whatsapp aku dengan kawan2 laki, tapi demi Allah dan demi keberkatan hidup anak2 aku, aku takde skandal dengan mana2 jantan, lebih lagi nak bawa ke tempat tidur. Jangan sampai aku buka kes tempat tidur ni balik, tolonglah. Jangan mengata kalau tak tahu cerita, tanya aku direct. Sebab suami aku ni, benda yang wajib dia tak endahkan, tanggungjawab dia yang sepatutnya dia amik ringan, tapi sibuk nak hacked & baca whatsapp aku, lepas tu attack aku. Ye, aku pun ada kekurangan, tapi tolong jangan nafikan core masalah ini berpunca dari sikap kau yang tak bertanggungjawab. Mujurlah dengan anak2 kau baik, tu je pengubat aku untuk tengok muka kau hari2.

Thanks admin sebab siarkan cerita aku.

– Isteri kecewa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.