Wednesday, 31 August 2016

Insan-insan Hebat Di Hospital

PengakuanKu

Assalam and good day everyone,

Thank you admin, sudi post my writting :)

Sekarang ni kan banyak post2 yang bangkitkan isu servis hospital kerajaan kat wall fb ni, cakap docs guna bahasa kesat la, nurse kaki sembang buat kerja malas laa, tak dapat servis yg sepatutnya laa. Haa, ni aku nak cerita kisah aku yang pernah jadi pesakit kat sebuah hospital government ni (ni pengalaman aku je ok, orang lain punya kisah duka lara aku tak tau laa)

Kisah nya bermula masa aku final year kat sebuah uni. Masa tu dalam proses nak siapkan labwork thesis aku tiba2 sakit perut teramat, pastu aku balik kolej ingat lepas baring2 ok la sikit tapi langsung tak hilang oo, makin sakit ada lah. Then aku mintak tolong kawan aku hantar pi klinik yang ada link dengan uni aku tapi kawan aku suggest terus ke hospital kerajaan tu sebab dekat je. Aku redha jela, malas nak fikir2 lagi sebab tengah sakit kan.

Dorang bawak aku pi emergency terus, so doc dan nurse yang assist aku sangat la baik (bukan baik lemah lembut gelamai tu tapi they really know how to show their empathy kat aku yang tengah sedu sedan menangis tahan sakit ni). Cara dorang dah buat aku rasa tenang sikit walaupun tengah sakit. Then dorang inject pain killer, ambik urine sample bla2 dan hantar aku pi kat bilik emergency. Masa ni kawan aku laa jadi macam parent aku, duk tunggu aku kat luar yelah family duk jauh harapkan kengkawan jela, thank you my friends, berlinang jgk air mata aku bila ingat kawan2 ni.huhu. *ps* tolong hargai kawan2 disekeliling anda ;)

Ok, back to my main point, masa kat bilik emergency tu adalah beberapa ho dengan jururawat yang handle. Dorang nampak letih tapi layanan dorang sangat ok, dengan jururawat minta maaf banyak kali dengan aku sebab banyak darah aku meleleh time dia insert branula kat tangan aku (mungkin baru posting) and aku ok je sebab kat perut ni haa lagi sakit yang amat.hehe

Lepas tu ada la sorang lagi doktor yang superior dari ho datang bed by bed, check sambil mengajar ho2 tadi tu. This lovely doctor very nice, tanya soalan2 pon dengan senyuman, aku nak cakap aku still rasa sakit pon tak mampu.kikiki. Tapi memang sesetengah orang tak suka bila kita dijadikan tempat pembelajaran dorang, dorang scan perut aku, semua pakat tengok tapi aku berlapang dada jela sebab kalau dorang tak buat macam ni kat aku, maybe next patient dorang still terkial kial nak diagnose case macam aku ni. So jangan la rasa selfish sangat tak nak kena kerumun dengan ho2 yang nak belajar ni, dorang buat semua ni untuk society kita jugak kan.

Next sebab result dari scan tadi macam ada sesuatu yang bertenggek kat rahim aku, so dorang hantar aku kat specialist untuk further checking. Aku suruh kawan2 aku balik, sebab macam makin rumit je case aku ni. Aku kena masuk ward sebab nak tunggu specialist yang bertugas free, tengah malam kot. Nurse kat situ, walaupun nampak tak la mesra sangat tapi once again sangat baik bagi aku, tengok aku takde bantal ‘jap ye dik, akak pegi ambik bantal’, ‘adik nak ke tandas, tu tandas kat sana’..haa, baik kan dorang :)

Pastu dalam pukul 2 pagi, aku kena naik kat ward o&g sebab doktor pakar duk tunggu sana. Nurse tolak aku guna kerusi roda walaupun aku aku insist boleh jalan, 1st time jadi penumpang kerusi roda, biasa aku jadi driver je.hehe. Pastu aku di diagnosed dengan penyakit twisted ovarian cyst, aku apa lagi, nangis kat situ jugak depan doktor. Yela, tengah pagi sorang diri terkontang kanting dapat berita yang langsung tak terduga dan kemungkinan besar kena operate klau cyst tu tak untwist, sayuu beb ;(. Pastu boleh pulak doktor tu cakap dengan nada yang memujuk ‘takpe laa, ward kita ni tak ramai orang sangat, bed banyak kosong lagi, boleh belajar ubat2 kat sini ‘..ishh doktor ni melawak pulak aku tengah sedih2 mengenangkan nasib, tau la handsome.ehh sorry2 lari topik pulak.hahaha

Next day aku nangis lagi sebab mcm tak boleh terima lagi, yela aku sihat wal’afiat kot sebelum tu, pastu ada ho mai nak check aku dan dia pulak pujuk aku bagi kata2 semangat, then aku ok laa sikit, mental pon dah tenang. Sepanjang aku stay dekat ward tu, aku takde rasa sikit pon yang medical staff ni over, cakap kasar ke hape. Dorang sangat friendly especially akak3 nurse kat situ. Dorang still senyum kat setiap patient even dorang handle puluhan patients dari pagi sampai petang, aku memang kagum tambahan ada yang tengah mengandung but still boleh jaga kami semua dengan baik dah teratur. Rush sana sini tengok mana2 patient yang perlukan..hebat kan dorang, aku rasa aku tak mampu jadi macam dorang.

Sebab aku ni kira emergency operation, so aku kena qeuee la bagi laluan case yang lagi berat dari aku, jadi doktor suruh je puasa dulu. Tunggu punya tunggu still tak panggil2 aku masuk sampai aku loya2 dan muntah, so doktor suruh je aku minun je dulu and ward tu cuma ada milo panas. So aku minum jela alas perut tapi lepas tu aku lagi teruk muntah, nurse yang kesian tengok aku muntah dia pergi beli air anggur yang ada rasa masam2 kat vending machine tu. Dan semestinya dia guna duit sendiri kann, aku terharu sangat2. Nak ganti duit dia, purse aku pon tah kemana. See, amat lah baik insan2 ini.

Ok, ni last. Bila aku dah dipanggil masuk ke operation theater, team yang akan operate aku very nice, dorang nak lekat benda yang trace aku punya heartbeat pon berpuluh kali mintak maaf ‘sorry ye dik, akak bukak sikit, sorry ye dik, sorry’. Dalam hati aku ‘it’s ok kak, akak nak selamatkan nyawa saya, saya yang patut berterima kasih’. Then ramai laa duk kerumun aku, ready untuk operate pastu aku terdengar bacaan doa dari doktor yang lead the procedure. Ya rabbi, terima kasih ya Allah, sekurang-kurangnya perutku dibelah oleh orang yang berserah dan mengharapkan pertolonganMu. They are amazing peole ya Allah, bless their journey, ease their way and please grant them the precious syurga hereafter. Amin :)

ps: dengan zero ringgit dapat layanan macam ni, hats off medical team.

– Pesakit mengejut :)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

‘Please, Tolong Kami Para Guard Sekalian’.

PengakuanKu

pertama-tamanya, saya memohon maaf sekiranya penulisan saya mengguris perasaan sesetengah pihak. sejujurnya, saya menulis bukan untuk mengaibkan sesiapa dan bukan nak cari pasal. tetapi saya rasa terpanggil nak meluahkan sedikit rasa tak puas hati kepada para guard sekalian.

pernah beberapa kali, saya dan kawan-kawan disergah oleh pak-mak guard masa tengah buat discussion dekat kelas bawah asrama pada waktu malam. tapi, masa waktu kitaorang diskus tu, tak adalah lewat sangat. masa tu baru je pukul 11.20 lebih macam tu. selama ni, pernah je study dekat bawah sampai pukul satu. dah hampir dua sem dah study dekat kelas bawah. tak pernah pulak kena halau. btw, malam tu, bukan hanya student yang tengah buat discussion dekat dalam kelas je kena halau. tapi, yang ada dekat surau pun kena halau.bagi aku, kalau kena halau tu, tahan lagi. rasa tak kisah sangat. sebab maybe ada reason kenapa diorang halau kitaorang malam tu. tapi, satu je minta, kami bukan penjenayah, tak boleh ke kalau cakap dengan penuh tatasusila. masa kitaorang kena halau tu, dialognya lebih kurang macam ni:

“kau buat apa kat sini? ada tempah tak kelas ni dekat sdd? kalau tak ada, balik! tutup lampu, tutup aircond sekarang!”

ditambah lagi dengan muka bengis. haih.. sedih.. tak sempat nak kemas barang, tiba-tiba lampu dah ditutup. sebab suis lampu untuk kelas tu bersambung dengan kelas sebelah..

mak cik.. kami bukannya buat benda pelik-pelik pun dalam kelas tu.. kami belajar.. salah ke kami belajar? perlu ke mak cik sergah kami macam tu? kami tak melawan mak cik pun. malah, kami tak berkata apa-apa pun dekat mak cik. dekat kelas tu tak ada pun student lelaki.. sorang pun tak ada. mungkin ada segelintir daripada student lain yang kurang ajar dengan makcik at the first place, tapi, apa salah kami sehingga kami pun kena marah sebegitu rupa?

mula-mula tu tak kisah sangat pasal tu. tapi, ada kawan pernah balik dari perak dan sampai ke cfs pukul 11.20 malam. curfew sampai pukul 10. kawan saya tu dah beli tiket dari perak pukul 5 lagi pak cik. dah driver tu bawak lambat tambah pulak dengan jam, at last, sampai pukul 11 lebih. kalau nak kata dia menipu, dengan kawan saya tu, ada a few lagi students. kalau tak percaya tu, tak kisah. tapi, please jangan layan kami macam penjenayah. kalian manusia, kami pun manusia. kalau kalian hanya jalankan tugas, tak boleh ke jalankan tugas dengan akal logik dan be rational. kadang, apa yang kita rancang tu, tak akan menjadi ikut apa yang dirancang. sebab Dia Maha Kuasa. jangan disebabkan terlalu taksub nak saman student sampai abaikan hablum mina nnas?

satu lagi kisah, pernah sekali saya balik ke kampung halaman. atas hal emergency. saya dah dapat kebenaran fellow utk balik awal ke kampung dan pulang lewat ke kampus sebab dah beli tiket flight. masa dari kampus nak ke klia tu, mak guard tu tak kasi pak cik grab car masuk. tu tak kisah lah. yang kisahnya, masa nak balik ke kampus, tiket flight tersalah beli. depart dari kampung pukul 12 tengah malam. so, sampai klia pukul 1 pagi. lepas tu sampai kampus pukul 2 pagi. dah siap pegang surat kebenaran dari fellow dah ni. fellow bagi je balik lambat. bila sampai je depan pintu gate, aku kena jerkah dengan pak guard. ” kau pehal balik masa ni? tak reti tengok jam?” masa tu dah nak naik berderau dh darah sebab dah dapat kebenaran fellow, tapi, still kena marah. sekali aku tunjuk surat kebenaran tu, pak guard tu senyap. tapi, dia jerkah balik. dia cakap, “kereta tak boleh masuk. kau nak balik hostel, kau jalan kaki”

masa tu aku dah macam “what the??” pukul 2 pagi, sorang-sorang jalan dalam kampus, perempuan plk tu. pak cik bukan nak teman. meleleh aku jalan sorang-sorang malam tu. pukul 2 pagi weh.. dia jerkah aku. dia cakap kereta dah tak boleh masuk kampus lebih pukul 12. bila aku nego and cakap, nak suruh pak cik saudara aku hantarkan kejap je, pak guard tu cakap “kau tak paham bahasa ke?”

bukan tak faham, tapi, tak logik. susah ke nak tarik gate tu bagi kereta masuk hantar aku kejap? bukannya jem teruk pun dalam kawasan kampus tu. tak ada kereta pun. pukul 2 pagi kut. kadang, bukan mintak pak cik jadi baik, tapi, be rational. tolong fikir keadaan orang jugak fikir dengan hati dan akal. bukan fikir dengan perasaan. tau, dah lebih waktu kereta masuk kampus. tapi, kalau anak pak cik yang dilakukan macam ni, apa pak cik dengan makcik rasa? makcik dan pakcik guard cakap kami kurang ajar, tak tegur pun pakcik dengan makcik setiap kali terserempak. masalahnya pak cik, setiap kali saya bagi salam. pakcik jeling kat saya. macam mana saya tak takut? macam mana saya nak bagi salam lagi lepas ni? hadduyy.. please pakcik, jangan layan kami macam penjenayah.

– anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Ibuku Seorang ‘Cleaner’

PengakuanKu

Assalammualaikum para pembaca sekalian. Di sini saya ingin berkongsi cerita mengenai ibu saya iaitu seorang pekerja cleaner. Saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat dijadikan tauladan.

Aku selaku anak bongsu selalu menjadi tempat luahan mak aku menceritakan masalah. Bukan apa sebab semua adik-beradik aku yang lain dah berkahwin. Kalau diikutkan , mak aku boleh je berhenti kerja duduk rumah tapi mak aku ni jenis yang tak boleh duduk diam dan ada je perkara yang dia nak buat. Oleh sebab itu dia bertekad nak bekerja juga walaupun sudah dimamah usia. Mak aku ni buta huruf tak pandai membaca mahupun menulis jadi mak aku pun apply kerja sebagai seorang cleaner sebab mak aku ni memang suka kerja membersih.

Pada suatu hari itu mak aku cerita kat aku, sedang dia membersihkan tandas, datang seorang pemuda ni sepak baldi mop mak aku sampai air dalam baldi tu tumpah. Mak aku tegur la kenapa dia sepak baldi tu, lepastu boleh pulak lelaki tu cakap ‘ kenapa kau letak baldi mop dekat sini bodoh, aku sepak la biar aku boleh lalu’. Dia cakap tu dengan nada marah. Mak aku masa itu tak tau nak buat apa lalu mak aku nangis la. Bayangkanlah, kau pikir kerja cleaner ni senang. Kalau takde cleaner, siapa nak bersihkan tandas yang berbau hancing dan bermacam bau tu. Dahla kerja cleaner ni pergi kerja tak nampak matahari balik kerja pun tak nampak matahari. Mesti la penat kan. Macam tu la apa yang dirasai mak aku waktu tu sampai hanya boleh menangis sambil buat kerja. Balik rumah je mak aku cerita la kat aku pasal kejadian tu. Mana tak geramnya aku bila dengar. Dah la mak aku ni umur 50-an, cuba bayangkan orang tua ditengking, kau sanggup tengok?

Lepas itu, aku suruh mak aku berhenti la takpun kerja tempat lain tapi mak aku taknak sebab duduk rumah bukan buat apa pun. Itu baru kejadian pertama. Kejadian kedua pula, mak aku bersihkan pejabat, lepas tu ada la seorang kakak ni hilang telefon bimbit dia. Jadi dia tuduh la mak aku yang ambil padahal mak aku tak ambil pun. Punya la mak aku ulang ayat yang dia tak ambil tapi perempuan tu tak percaya sampai jadi kes polis. Mak aku disoal siasat and guess what handphone perempuan tu tertinggal kat kereta dia. Aku sumpah geram dengan orang macam ini. Ingat kerja cleaner ni rendah sangat sampai dituduh mencuri disebabkan status cleaner. Ingat cleaner ni apa tak ada perasaan ke. Bajet kerja ofis gaji beribu-ribu lepastu menuduh orang lain yang dikatakan pekerja cleaner ni miskin takde duit sebagai motif curi handphone. Ya Allah, tolonglah la jangan ada mentaliti macam ini guys. Mak aku cerita kat aku dengan nada kesal pasal kejadian tu.

Tetapi, mak aku pun ada juga cerita perkara baik jadi cleaner ni. kadang ada orang belanja mak aku nasi, kadang ada orang bagi mak aku sedikit duit sebab mak aku kata orang yang bagi tu anggap mak aku ni sebagai mak dia. Mak aku paling suka bila sedang dia mop lantai or bersihkan ofis, ada orang senyum kat mak pastu cakap terima kasih. A simple thank you is enough to make my mother happy. Jadi, mak aku sangat berterima kasih dekat orang yang selalu tolong mak aku bagi makan, bagi duit, bagi benda dan sebagainya. Terima kasih sangat. Kadang duit yang mak aku dapat tu bukan mak aku guna pun, tapi mak aku sedekahkan kat masjid.

Kita ini sebagai manusia perlulah hormat sesama kita. Jangan lah nak membezakan status kekayaan dan kemiskinan sebagai penanda aras untuk tidak menghormati orang lain. Setiap pekerjaan ada kepentingannya. Sekian

– anak emak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Geram Dengan Jiran

PengakuanKu

Assalamualaikum dan hai.

Bila baca kisah tentang ‘Jiran Macam Firaun’, aku tergelak dengan mak aku sebab kami pun jadi mangsa jiran yang berperangai pelik jugak. Maaf pada pembaca, sebab cerita aku ni panjang.

Kami duduk di tanah lot dan tanah kami terletak bersebelahan antara satu sama lain. Dorang duduk satu family. Ada suami, isteri, dan 6 orang anak lelaki. Yang selalu cari pasal, si suami tu la.

Dulu sebelum jiran aku duduk kat sini, kat sempadan tanah kami, mak aku ada tanam pokok limau nipis, pisang , asam belimbing dengan serai. Mak aku jenis tak kedekut. Kalau nak hasil pokok tu, ambik la. Janji, jangan la kau ambik semua sampai bila kitorang nak makan pun dah tak ada.

Tapi jiran aku ni kedekut tanah. Kalau daun pokok tu kering, gugur dan masuk tanah dia, dia akan sapu dan buang balik kat tanah kitorang. Kalau ada dahan atau pelepah yang menceroboh tanah dia walau 1 mm, dia akan potong dan campak ke kaki lima rumah kami. Dia seolah-oleh mengisytiharkan sebarang objek milik kami, haram masuk ke kawasan tanah dia. Tapi yang aku musykil, dia selalu ambik buah limau, belimbing, pisang dengan serai kami. Mak tak kisah pun. Mungkin tanaman kami yang masuk sempadan tanah dia mengganggu agaknya.

Dekat sempadan, ada ditanam jugak pokok rambutan kat tanah dia. Tapi kami tak pernah potong dahan atau campak balik daun-daun kering kat kawasan rumah dia.

Sekarang, semua pokok tu mak aku dah tebang. Sebab isteri dia mengadu, pokok pisang tu halang cahaya matahari kat tempat dia letak penyidai baju. Pokok limau dengan asam pulak, suami dia makin galak potong dahan pokok. Dahan kat kawasan tanah kami pun dia potong. Nak tegur pun tak boleh sebab dia buat kerja-kerja amal tu waktu kami tak ada kat rumah.

Ok, itu satu hal. Sekarang, bila pokok dah tak ada suami dia buat hal lain pulak.

Dia suka menyelinap kat kawasan rumah kami. Dah berapa kali aku nampak dia curi bunga kantan, daun pandan, daun limau purut, daun kucai, daun kunyit dan banyak lagi tanaman kat belakang rumah aku. Memang la mak aku tak kisah kalau orang nak guna buat masak. Tapi sopan la sikit. Mintak izin. Pokok tu bertuan. Ada orang tanam. Bukan magic tumbuh sendiri. Orang siram, orang baja. Oh ya, aku lupa nak bagitahu yang dia tak bertegur dengan family aku. Sebab masa raya beberapa tahun lepas, dorang satu family hantar baju untuk raya (mak aku tu tukang jahit) seminggu sebelum raya. Mak aku tolak sebab tak sempat nak buat. Tapi dorang tinggalkan jugak kain tu kat rumah aku. Malam raya, datang nak ambik baju. Mak aku kata tak buat pun lagi. Dan dorang marah-marah. Sejak dari hari tu, dorang tak tegur kami. Siap canang satu kampung, hasut jangn hantar baju kat mak aku. Sebab nanti tak siap.

Ada sekali ni, masa nak raya harga bunga kantan naik. Kalau tak salah nak dekat RM 10 sekuntum. Kat belakang rumah aku ada 5 kuntum. Masa tu, dia ingat tak ada orang kat rumah. Dia curi semua bunga kantan tu. SEMUA. Aku nampak masa dia tengah ambik bunga yang terakhir. Aku bukak pintu dapur dan tegur dia “Buat apa tu?dia cepat-cepat berjalan balik rumah dia. Mak aku nak buat laksa, terpaksa beli pulak bunga kantan kat kedai. Aku pergi rumah dia, bagi salam. Tapi dorang tak jawab. Memang menyakitkan hati.

Mak aku meniaga kelapa parut. Kat belakang rumah ada la stok kelapa dalam bakul. Aku dah dua kali nampak dia curi kelapa tu. Masa dia nak curi kali ketiga, aku sergah dia. Dia terjatuhkan kelapa dan lari balik. Aku ingat dah taubat. Rupanya, petang tu dia buat percubaan lagi. Aku terus keluar rumah, cekak pinggang dan tengok dia. Dia buat muka tak bersalah dan jalan balik. Aku terus angkat bakul kelapa tu, simpan dalam rumah. Biarlah dapur sempit pun. Daripada nak sedekah kelapa kat orang kaya. Kalau dengar dia bersembang, duit dalam bank ada berkepuk-kepuk.

Dia ni dah pencen. Dulu kerja kat ladang. Selalu jumpa kucing terbiar yang orang buang. Jadi dia selalu bawak kucing-kucing tu balik. Beberapa ekor daripada kucing dia, datang dan duduk bersemayam kat rumah aku. Mak aku bagi makan. Sebab kebajikan dia kat rumah jiran aku, tak terjaga. Suami bawak balik kucing, isteri pulak benci kucing. Sebab makan minum dah tak terjaga, lama-lama kucing dia pupus. Yang tinggal cuma kucing dia yang sekarang ni dah membiak kat rumah aku. Jiran keliling rumah dia pun, ramai yang bela kucing. Kucing liar pun banyak kat kawasan ni. Selalu ada berlonggok-longgok tahi kucing kat laman rumah dia.

Selalu aku perhati dari dalam rumah, dia suka kutip tahi kucing tu dan buang kat pasu bunga mak aku. Tak cukup dengan pasu bunga, serai tepi rumah tu pun jadi mangsa. Korang bayangkan, masa nak ambik serai nak masak tu ada berlonggok-longgok tahi kucing atas rumpun serai. Kadang-kadang, dia campak atas simen tepi rumah. Konon-konon kucing yang mmbuang kat situ. Yang kelakarnya, kalau kucing membuang kat atas simen, mana datang pasir selonggok dengan tahi. Aku bukan la nak menuduh. Tapi aku nampak dengan mata kepala aku sendiri macam mana dia sauk dan campak tahi kucing tu kat kawasan rumah aku. Belum campur kisah dia kencingkan pokok serai tepi rumah tu. Berapa puluh kali dah aku nampak. Itu yang aku nampak je. Yang aku tak nampak. Rumah tak ada jamban ke sampai kencing merata. Parit ada kot. Perlu ke serai jiran yang jadi mangsa. Pandai pulak tu, serai yang dia kencingkan tu dia tak pernah curi. Kalau nak curi, ambik yang suci. Yang tak kena kencing dengan tahi kucing.

Haritu mak aku baru tanam pokok limau kat belakang rumah. Tak kacau tanah dia dan bukan kat sempadan, masa nak basuh pinggan aku ternampak dia terbongkok-bongkok kat pokok limau tu. Bila aku pergi jenguk pokok tu lepas dia blah, aku tengok ada tahi kucing keliling pokok dengan atas cabang dahan pokok. Aku memang panas hati. Tak boleh ke buang tahi tu dalam parit je. Masa tu aku sorang je kat rumah. Bila aku nampak dia keluar naik motor, aku sodok balik tahi tu dan aku campak kat pokok peria dia. Biar dia rasa. Selama ni, apa dia buat kami diam je. Kali ni, aku dah tak boleh sabar.

Kucing aku semua membuang kat dalam rumah. Dalam toilet. Memang semua dah diajar membuang kat situ dari kecik dan alhamdulillah, semuanya taat. Kalau ye pun kucing aku membuang kat laman dia, kena pulangkan atas pokok jugak ke? Letak kat laman tu tak boleh?paling teruk pun kami terpijak atau terlenyek dengan tayar je.

Kalau aku nak ungkit, kucing ni asalnya dari rumah dia. Anak-anak kucing ni, asal keturunan dari kucing dia. Kucing-kucing ni langsung tak boleh pijak tanah dia. Habis dibaling kayu dengan batu. Pernah sekali ada anak kucing duduk tumpang ambik angin kat tangga rumah dia, disepaknya budak kecik tu sampai melambung. Demam seminggu anak kucing tu.

Aku harap sangat dia berubah. Umur dah lanjut. Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung pun ada. Jangan la buat perangai macam budak sekolah rendah.

– Yang sakit hati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Lebih Islam Daripada Islam

PengakuanKu

Aku tertarik untuk berkongsi pengalaman sepanjang duduk di luar negara iaitu salah satu bahagian dalam England. Aku merasakan pengalaman ni boleh dijadikan pengajaran untuk jadikan rakyat Malaysia yang lebih harmoni.

Mesti pelik kan kenapa tajuk aku macam tu? Mula-mula sampai di bumi tanah ratu, aku pernah menyertai satu ceramah anjuran persatuan pelajar Malaysia di sana. Penceramah itu ada mengatakan yang dia nampak lebih banyak Islam di bumi ratu ini dari negara Islam itu sendiri (atau lebih senang negara kita sendiri la kan). Aku terfikir dan memikirkan apa yang dimaksudkan lebih islam dari islam.

Beberapa pengalaman yang aku ingin kongsikan. Pertama, sangat menepati masa. Pengalaman ini aku dapat melalui pengajaran dalam kuliah. Setiap pensyarah takkan pernah lewat walau seminit atau lambat walau seminit proses kuliah. Masih segar dalam ingatan aku, mana-mana pensyarah yang sampai awal di tempat kuliah (aku boleh katakan awal dalam 5 minit) akan menunggu sehingga tepat waktu kuliah bermula. Kadang-kadang nampak tindak-tinduk pensyarah yang tak sabar ingin mulakan proses pengajaran tapi mereka pasti akan menunggu sehingga tepat masa kuliah. Itu cerita di awal masa kuliah. Pernah sekali, ada pensyarah yang ingin habiskan sikit lagi syllabus namun disebabkan masa telah habis, beliau terus tamatkan proses pembelajaran walaupun boleh je kalau pensyarah tersebut menghabiskan sikit lagi syllabus tersebut. Sepanjang aku belajar di sana, pernah sekali je serang pensyarah terlambat masuk kuliah. Bila je pensyarah tersebut masuk, berkali-kali beliau minta maaf sbb lambat masuk atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Kedua, bersih. Apa yang dapat aku katakan kawasan perumahan yang didiami majoriti mat salleh sangat bersih dan kemas. Walaupun mereka suka berjemur di mana-mana padang kalau ada matahari muncul, takkan ada sampah yang ditinggalkan merata-rata.

Ketiga, sangat peramah dan berbudi bahasa. Di sekitar kawasan perumahan dan kawasan universiti aku terdapat banyak kedai-kedai runcit. Aku boleh katakan semua cashier yang aku jumpa adalah peramah. Mereka akan sapa dengan “Hi”, “Hi love” dan diakhiri dengan “Thank you”, “Cheers”. Semua dengan senyuman. Sekali lagi aku tulis, dengan senyuman. Maniskan macam tu? Dan juga pengalaman aku ketika mendaki. Jika sepanjang mendaki ada terserempak dengan mereka, pasti mereka akan senyum dan cakap “Hi”.

Keempat, jujur. Ada beberapa pengalaman kehilangan barang aku dan rakan aku alami sewaktu di sana. Tapi aku kongsikan satu je la. Aku pernah tercicir wallet dalam kawasan fakulti yang mana aku sendiri pon tak sedari. Waktu tu tengah ramai orang keluar masuk fakulti sebab pertukaran waktu kuliah. Aku pergi makan dengan rakan-rakan, lepas makan terus aku balik faulti. Seperti biasa, aku akan buka email dahulu. Aku terkejut ada email dari fakulti yang mengatakan wallet aku tercicir dan kena ambil di pejabat fakulti. Aku terus check beg aku, betul la wallet aku tak ada dalam beg. Aku dapat katakan kalau benda kita hilang di sana, inshaaAllah peratus untuk jumpa kembali sangat tinggi kerana mereka di sana sangat jujur.

Aku hanya berkongsi pengalaman aku sepanjang disana. Kadang-kadang aku sendiri nampak Islam di sana dari negara aku sendiri. Banyak yang aku pelajari dari mereka yang bukan Islam. Semoga kita sama-sama ambil pengajaran dan sama-sama jadikan diri lebih baik. Assalamualaikum.

– Gadis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Bayang-bayang Mak Ayah

PengakuanKu

Assalamualaikum and hai semua. Aku pasti yang students degree time ni mesti tengah hilang semangat sikit kan sebab cuti tinggal berapa kerat je lagi. Aku pun sama (walaupun dalam hati ada jugak excited sebab nak masuk sem baru, konon2nya azam baru taknak study last minute, puihh sangat). Tapi ceritanya sekarang, bukan azam sem baru ke ape, tapi aku tertarik bila baca satu confession 2/3 hari lepas pasal bahagiakan ibubapa(tak ingat tajuk asal dia).

Well sebagai anak, aku happy sangat bila dapat cuti panjang macam ni(3bulan). Kebetulan pulak aku takyah internship, makin melompat2 lah mak aku happy sebab aku 24/7 ada rumah. Jujur aku cakap yang bila aku duk rumah, aku seolah2 bayang2 mak ayah aku, especially mak aku lah sebab ayah aku kerja dari pagi sampai petang.

Dan bila aku dirumah, aku set kan beberapa peraturan untuk diri aku sendiri bila spend time dengan mak ayah aku. Sebab 3 bulan ni, aku sorang je cuti panjang sebab adik beradik aku yang lain duk jauh belajar and kerja. Peraturan yang aku apply kan kat diri aku ni, senang je. aku yakin mesti ada antara korang yang buat bende sama macam aku.

1) no phone.
Maksud aku no phone kat sini, bukan bererti bila cuti je kau terus buang phone kau kelaut. Tak, sama sekali tak. Bila aku kat rumah, aku akan lepak dengan mak aku (tak kesah la dia buat ape pun). So tiap kali aku lepak dengan mak aku, aku takkan bawak phone bersama kecuali bila keluar rumah lah. Contohnya, mak aku ni tukang jahit, so aku akan sentiasa ada dengan dia sebab nak buat teman bercakap, bila aku ada dengan dia, aku akan tinggalkan phone aku dalam bilik. Bila orang call ke msg ke WS ke, memang aku taktau la. Aku akan pegang phone bila mak aku masuk bila dia nak rehat, solat ke. So masa tu baru aku bersocial dengan phone. Bila makan pulak, aku takkan bawak phone bersama. Ape nak jadi dengan phone aku, aku tak ambik tahu. Even bila keluar makan kat kedai pun kdg2 aku tak bawak. So baru la mak aku rasa dihargai sebab dia tengok anak dia mmg betul2 spend time dengan dia.

2) ekor mak
Kerja aku memang jadi ekor mak aku. Mana mak aku pergi, semua aku ikut. Sebab aku tahu mak aku perlu kan someone untuk temankan dia walaupun dia tak cakap. Mak aku pergi hospital kedai rumah kawan ape semua aku ikut. Sebab aku fikir, aku ada limited time untuk spend time dengan dia.

3) penasihat sejati
Bila aku duk rumah, akulah penasihat mak yg terulung di abad ini. Walaupun dia tahu kadang2 apa pilihan dia, tapi dia still mintak pendapat. Biasalah, mak kan. So aku utarakan je lah pendapat aku walapun sesetengah tu aku kurang minat contohnya bila mak aku tanya pasal bunga pokok ni semua, aku setujukan je dan tambah idea yg aku ada walaupun aku mmg tak minat bunga. Kdg2 bila kat rumah, aku boleh jadi both anak lelaki dan perempuan utk mak ayah aku. sebab nya aku buat byk benda sebab aku taknak mak aku cepat letih. So bila mak aku nak alihkan kayu besar ke, pokok yang dah tebang ke batu bata bertimbun ke semak samun ke, aku cuba buat semampu aku walaupun aku tahu kudrat aku sebagai seorang anak perempuan tak sama mcm anak lelaki.

4) chef peribadi
Kat rumah bila aku balik, mmg aku yg masak sebab mak aku tak larat (60+ tahun dah). Aku happy sangat bila aku dapat jalankan misi 30 ramadan aku masa bulan puasa which is aku akan masak makanan favorite mak ayah aku. Aku rasa puas sangat. Hahah. Kerja aku kat rumah asyik tanya mak ayah aku nak makan apa je. Selagi aku boleh masak, aku buat. Yang tak boleh aku Google je. Lagipun mak aku takleh terlalu lapar nanti tak larat. Tapi bagi yang belum kurang mahir masak, boleh la tolong2 mak kat dapur, beli barang2 dapur ke ape, janji kite tolong ringankan beban diorg.

Apa yang aku cerita kat atas ni, bukan nak tunjuk aku anak yang baik sangat. Aku pada hakikatnya masih belum sempurna sebagai anak. Tapi bila aku fikir, masa yang aku ada, why not aku buat something utk diorg. Aku belum kerja, tak berduit, so aku sumbangkan tenaga masa aku untuk diorg. Yess tak di nafikan ada hari aku malas, malas yang amat sangat, tapi aku cuba lawan untuk diorg. And yess memang kadang2 ada pendapat aku bercanggah dengan diorg, tapi at least aku try to be there for them. And yess kdg2 ada time aku berselisih faham dengan diorg sebab aku nak lain, diorg nak lain, tapi lepas tu aku make up la balik dengan diorg (masak ke, buat lawak hambar ke, tolong apa yang patut). Sebab aku tahu, hidup ni kita taktau sape dulu akan pergi. Aku taknak bila salah sorang dah takde, masa tu baru nak nyesal atas masa yang terbuang. K lah, panjang pulak aku bebel kat sini.

All the best lah untuk semua yang nak balik u nanti. Yang dah grad, semoga cepat dapat kerja. Apa position pun kite, ingat, kite tetap seorang insan bernama anak.

– bedah anak mak ayah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Manusia Ni Memang Tak Ada Empati Ke?

PengakuanKu

Aku bukan student UIA pon, tapi selalu aku baca je confession orang lain supaya bole rasa empathy tapi hari ni rasa nak share jugak story aku.Tak sure aku ke yang terlebih sensitif atau orang yang aku pilih jadi kawan yang tak pernah nak jaga perasaan orang lain. Aku dah graduate, so sekarang aku dalam fasa kerja. Kerja makan gaji je. Nak kata result aku teruk masa study dulu tak la jugak, ada gak dekan beberapa sem. Just, rezeki aku dalam bidang pekerjaan ni kurang sikit berbanding kawan yang tak dekan dulu.

Gaji aku sebulan below 2k je, kalau nak 2k tu boleh la kalau OT sampai ke malam, eventhough keja aku tarf gila. So far dengan banyak tu aku dapat aku ok je sebab aku percaya insyaallah later aku akan bersinar and it’s just gonna take sometime. Mukadimah yang lebih kepada membebel aku sampai sini je.

main point aku nak confess kat sini pasal kawan aku yang gaji memang 2k and above. Kadang-kadang kita plan la nak pegi mana-mana kan, tak pon ada kenduri kawan ke nak attend pastu tempat tu jauh and transportation/accomodation dia memang la costly. Dah kalau gaji bersih aku dalam RM500 je sebulan dan yang tu je ada nak buat belanja sebulan kau rasa kalau kau tetiba ajak takkan aku terus nak cakap “yes! boleh je, aku on weh”. sah sah la aku kena fikir mendalam nak pegi ke tak, even kalau boleh tak nak la menghampakan kawan yang nak kahwin tu. Kahwin bukan setiap tahun, kahwin sekali je and sah la aku nak attend and meraikan perkahwinan dia.

Tapi yang aku pelik kawan yang tak considerate bila nak mengajak ni, dia kira dia punya selesa je. Tak beragak ajak naik flight macam tambang flight tu RM1.20 macam naik rapid. Padahal kan ke ada option lain untuk reduce cost tu. Aku pon kalau gaji banyak macam kau nak juga selesa selesa tak payah susah. Sape nak susah, ye tak? Tapi kalau aku carik option nak murah sikit tu kau kena la faham, bukan la aku saja-saja kedekut tapi perbelanjaan tu je sah sah effect dia dengan sebulan perbelanjaan aku. Pastu mesti la aku noob bab bab transportation yang mahal tu, bole pulak kau acah acah macam ok kau pegi seniri okay, then kita jumpa kat sekian tempat. means macam lantak la kau nak jimat, kau survive la weh, i just dont care because I afford those expenses.

Yang jenis kalau kita nak carpool dengan dia, dia terus tukar plan nak ke tempat lain pon ada gak. terus dia nak buat pit stop kat rumah sedara dia padahal dia salu je pegi situ, so bole je kan time lain kau nak pegi visit dorang. Maybe korang ingat sebab aku naik free kan? tak tong-tong minyak dia buat aku macam ni. Aku takde la sampai takde sivik kalau naik kereta kau tu nak free je, before ni aku naik pon berbayar lebih 50% sebab aku kira tu upah kau letih memandu, kereta tu kan kau punya. tapi yela gaji kau dah besar sekarang, tak ingat masa dulu zaman belajar susah, jumpa aku je mintak belanja, tapi bukan la aku nak mengungkit tapi mana hilangnya nilai kau sebagai kawan tu.

Basically aku tak nak blame sesape sebab maybe aku pon memilih kawan sampai kawan yang berguna semua yang aku tak kawan baik sangat, so yang tinggal dengan aku yang hampas je. Tapi point kat sini, pada readers yang baca confession aku ni, korang kalau ada kawan gaji sedih macam aku, cukup cukup makan je tak payah la nak mengajak ke mana mana tanpa kira kewangan orang tu. Sekarang maybe kau tengah shine and bright, gaji best, segak tak sangka tapi sape tau nasib kau akan datang. Kalau tak, takde la orang buat pepatah hidup macam roda, hari ni kau kat atas, esok mana tau kat bawah. Thanks le sesape yang sudi baca sampai habis tu.

A little consideration, a little thought for others, makes all the difference.

– Kawan Kau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kenapa Mesti Nak ‘Insecure’ Sangat?

PengakuanKu

Assalamualaikum,

Ni sekadar perkongsian dari aku untuk korang yang rasa tak flawless, yang 24 jam insecure dan seangkatan dengannya.

Aku pun macam perempuan lain, tak la gebu putih melepak sebab aku atlet hoki kerja kejar bola sana sini tengah panas. Tak reti pakai tudung, tudung aku sentiasa senget, kedut dan tak menjadi macam perempuan lain. Banyaklah kalau nak cerita, tapi tu bukan pointnya. Masa masuk degree dulu, aku ada satu azam. Azam yang aku nak achieve semua benda yang aku tak pernah buat dan takut nak buat sebab aku insecure selalu rasa tak cantik hodoh gitu.

Masa orientasi aku buat perangai gila, aku join semua benda yang ada. Allhamdulilah, aku jumpa ramai orang yang bersikap positif, aku ingat dengan aku yang serabai ni mesti ramai tak nak kawan, sekarangkan zaman hipster. Ada rupa paras yang kacak atau cantik tak menjamin yang kita boleh bekerja dengan baik atau kita boleh menindas orang yang kekurangan. Ramai kawan kawan program aku yang menekankan inner beauty, brain with beauty. etc.

Tahun kedua degree, Allah bagi aku jumpa dengan orang yang insecure lagi teruk dari aku. Ada kes yang diet melampau makan kurma dengan air sampai masuk hospital. Ada juga diet melampau sampai menyusahkan kawan dan mak bapak sampai kena ward 3 minggu. Ada juga nak putih gebu tapi sampai muntah darah sebab keracunan ubat. Alasan mereka sama macam aku, insecure melampau, ada juga sebab kengkawan ejek.

Cuba korang bayangkan nak putih, nak kurus sampai masuk hospital, berbaloi ke? Dari situ aku belajar, apa pun warna kulit, gemuk atau kurus kena bersyukur tapi bukan terima bulat-bulat. Mungkin untuk bagi orang yang berbadan besar boleh start bersenam dan untuk yang nak wajah cerah sikit boleh pakai produk yang memang ada kelulusan bukan produk malaysia timbang kilo.

Insecure ni semua orang ada, kita kena control. Jangan burukkan orang, jangan ejek orang. Setiap orang tahap emosi dan penerimaannya berbeza maka dengan itu jika tiada benda yang baik utk diucap baik diam, baca buku lagi bagus hahahhahaha !

lecturer aku pernah cakap ” kenapa perlu insecure? Allah cipta manusia berbeza ada sebab”

– Cik Gula

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Local People & Foreigners

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM confession.

Aeronok pulak rasanya baca confession dari cik Putih tadi pasal pengalaman beliau di luar negara. Macam kita-kita ni yang masih tak berkesempatan untuk ke luar negara mungkin hanya dapat membaca dan mendengar dari orang lain. Eh, tapi tak juga. Sekarang ramai juga foreigner yang datang ke sini dengan pelbagai tujuan sama ada bercuti, bekerja dan lain-lain. Mempunyai pengalaman bekerja di industri perhotelan buat aku banyak deal dengan foreigner-foreigner ni. Kepada sesiapa yang dah baca cerita dari cik putih tu mesti rasa macam ‘baiknye keluarga dorang’. Sangat respect and polite even they do not have the same religion. kan? Yes, itu jugak yang aku rasa. Kalau di bandingkan dengan local people kita memang jauh beza lah.

1. Foreigner people sangat respect dekat kita-kita ni. Even diorang kaya, kerja besar sekalipon bila kami2 ni sebagai pekerja tanya, dorang akan jawab dengan baik dan fahamkan kalau kita tak faham. Even dorang tak pernah gelakkan english kita orang yang broken ni. Pernah sekali tu, one of the customer mintak dekat aku ‘ketchup’ yang mana diorang maksudkan sos. Tapi aku tak tahu apa jadi dengan aku hari tu, berlari lari aku masuk kitchen minta kicap. Haha. Mujur bila aku datang kat dia, dia cakap dah dapat sambil wave dia punye sos dalam peket mcm dekat kfc tu. Pheww,lega aku.

Tapi, kalau orang local kita, memang tak dapatlah. Lambat sikit, even pihak kita dah bagitahu masalah apa yang berlaku pon, still kena maki hamun. Siap ada yang keluar ayat ‘ kalau kiteorg tak makan sini, sape nak bayar gaji korang’. sampai macam tu. Kadang2 kecewa jugak. Yeah, customer always right. tapi, sebagai manusia..takkanlah tak boleh consider. Kalau tak bagitahu tu mungkinlah. tapi, ni dah explain apa semua..

2. Orang foreigner lagi polite and penuh budi bahasa dari orang local kita. Kalau siapa2 yang pernah makan dekat hotel mesti tahu kan macam mana waktu breakfast. Time tu akan ada stall omelette, stall roti canai, stall buah, and macam2 lagi depends hotel. Bila hotel yang ramai foreigner ni, paham2 lah..stall omelette akan jadi stall yang paling busy. Panjang beratur tu jangan cakaplah. Tapi, yang ni aku memang impress dengan foreigner. Diorang sangat sabar. Even dia dah beratur yang paling belakang, dia still boleh senyum bila time giliran dia tiba. And dia macam seolah olah faham kepenatan kita meng ‘flip’ sunny side up bagai tu. Siap, say hi. kadang-kadang ada yang tanya khabar, tanya penat ke apa semua. Jadi tak pernah penat nak layan diorang.

Tapi, kalau local people.. Tak boleh berdiri lama sikit..terus pesan dekat kita yang sebok dok buat scramble egg bagai ni untuk hantar kat meja dia. Dah lah sebelum hantar tu sempat sound dulu. ‘Lama lagi ke?’ ‘ cepat sikit eh, saya ada meeting kejap lagi’. Kecewa rasa. Dengan yang sama bangsa ,negara pulak yang tak reti nak berbudi bahasa. Kita bukan tak boleh tolong hantarkan ke meja. kalau orang yang order time tu satu dua takpe. ni belambak order camne nak menang tangan nak pegi hantar, pastu sambung buat. kalau hangit omelette tu camne lah pulak.

3. Yang ni part paling aku suka. Apa yang aku dapat perhatikan sepanjang pengalaman aku kerja dalam industri ni, foreigner people memang yang paling terbaik tentang family. Maksud aku ialah, untuk pengetahuan korang, susah aku nak nampak mak/isteri yang dukung budak atau pimpin anak2 dia. selalunya tu mesti kerja ayahnya atau nama tepat dia suami. Kalau waktu makan buffet tu, ayah yang pimpin anak tanya nak makan apa. Bukakkan balang kaca, capaikan mana yang dorang tak sampai, beratur tunggu turn dekat stall pasta teman anak. Isteri relax, makan. Pastu, suami suapkan pulak isteri and anak dia makan.

Tapi, kalau local people kita, lagi2 melayu. sorrylah ea bukan nak cakaplah..tapi tulah kebenarannya. Si ayah berlenggang, si isterilah yang dok kelek anak yang still baby, pimpin pulak yang orang, yang sorang lagi hilang dah berlari dulu. Si mak jugak yang menjerit halang anak dari bukak itu ini. Si ayah sempoi, nyalakan rokok..fuu fuuu asap dilepaskan. Pastu order je kat isteri nak pasta, nak rojak, nak abc. Isterilah yang beratur sambil dukung anak. Maybe tak semua tapi kebanyakannya.

4. Kebersihan. foreigner tak yah cakaplah. Memang pembersih. Tengok makan dekat fast food pon dah tahu. Dorang akan bersihkan sendri, buang sampah sebab itu yang mereka belajar di negara mereka.

Tapi, nak cite kalau local people kita makan. Dekat fast food tu tak yah citerlah. Kalau makan buffet. Fuuuhhh.. macam tak pernah tengok makanan. Kadang2 aku heran betul. yang datang makan orang besar2, pegawai, dato’, and so on lah tapi bab makan hancur. Berebut tu satu hal. Tak beratur and tunggu giliran satu hal. Yang amik siap menjelejeh atas lantai and bersepat dekat tepi2 insert tu satu hal. Aku sumpah tak faham. Aku senang je. Nak tengok someone tu, memang aku tengok time dia amik buffet je. Malu rasa. Lagi2 yang bawa title islam tu. haihh..

5. Adab. Adab aku maksudkan ni ialah adab waktu makan. Lagi2 kalau ada group yang buat event sambut bithday ke, reunion family ke. Kalau foreigner senang. Diorang memang bercakap, tapi diorang sedar diri yang dekat tempat makan bukan ada dorang sorang. Lagi2 kalau kat tempat mahal, orang lain nakkan private and nak nikmati ambience.

Tapi, kalau local people kita. Cakap kuat satu hal. Belum lagi keluar gelak puntianak, gelak berjemaah, gelak berirama dan sebagainya. Kadang2, aku yang ada kat situ yang rasa awkward. sebab customer lain dah pandang2. Aku nak tegur takot jugak. Kang kena sound pulak kan. Maklumlah customer always right. Tapi tulah. hadoi. Lagi rasa macam nak sorok muka bila cakap kuat macam cakap ngan kedai sebelah pastu cakap ada pulak selit2 dengan zikir2 baru. ‘doe’ lah, ‘ sia’ lah, ‘ lahanat’ lah. Macam2 orang kita ni.

Banyak sangat lagi, tapi kalau nak cite satu-satu memang tak larat. So aku cuma bagi contoh satu dua mana yang terdaya,

So kesimpulannya, to our local people yang terkenal dengan budi bahasa, sopan santun, baik budi pekerti, Please lah ubah sikap tu. Kadang2 malu rasa tengok ayah yang tengking anak sebab menangis tengah orang ramai, Isteri yang tudung dah senget sebab anak2 tarik and laki lenggang mak kangkung, and lain2. And, saya minta sangat korang hormatlah juga orang lain macam kami ni. Mungkin, kami ni memang tak mampu nak bercuti dekat hotel mewah2 macam anda semua tapi hormatlah. Tuhan bagi korang lebih dari orang lain bukan untuk naikkan perasaan bangga dan riak tapi, itu hanyalah ujian yang Tuhan nak tengok korang pergi sejauh mana selepas diberi kesenangan. Lagi satu, tolonglah jangan pegang sangat dengan phrase’ customer always right ‘ tu. Sebab korang (customer) kadang2 tak right pon. Kalau nak melenting sebab makanan lambat sampai ke, order termiss ke, order terdouble ke, tolonglah fikir dulu. Cuba bayangkan kalau orang yang buat silap tu salah seorang ahli keluarga korang ke, camne? so, jalan yang terbaik..tanya dulu. macam mana nak selesaikan, find the solution.

Yang beragama islam tu terutamanya, kita tahu kan sabar itu separuh dari iman. Habis kenapa suka marah melulu?, tahu kan time makan kurangkan bercakap. Habis tu kenapa time makanlah nak gelak2, melawak sampai ada yang tersembur nasi, keluar air sirap ikut hidung. adehh.. Pening kepala.

Itu sajalah dari saya. Saya tak tahu korang setuju atau tak, tapi, so far inilah yang saya dapat dari pemerhatian saya sepanjang saya bekerja. Saya cakap ni bukan lah saya maksudkan semua. Semua foreigner baik apa semua.Tak. Tapi kebanyakannya begitu. The majority. So majority ni penting. Korang jangan fikir, ‘lega aku tak buat’ .Ingatlah, apa2 pon orang akan nilai dari yang majority. Kan?

So, walaupon kita tergolong dalam kelompok minority, tapi ingatlah, yang majority lah yang akan orang ingat and guna untuk label kita semua. Ayuh, merdeka dari segala perkara negatif sebagai tanda kemerdekaan kita hari ni. :) Sekian.

– Si tukang flip telur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Toyol Ke Kawan?

PengakuanKu

Assalammualaikum para pembaca confession IIUM ni. Harap confession aku ni jadi iktibar buat yang lain.

Aku student di ipta (bukan uia). Aku ada masalah dengan housemate yang jenis panjang tangan ni. Aku namakan dia Lynn. Lynn ni mcm aku jugak dapat pinjaman PTPTN. Oh ya, aku dan member lain dok menyewa di luar kampus dalam satu rumah ada 8 orang. Satu bilik 4 orang.

Kira lama juga kami duduk serumah, hingga semester ke 6, tak lama lagi tamat pengajian. Lynn ni, bukan lah dari keluarga susah sangat pun. Mak ayah dia bekerja. Adik beradik pun 3 orang je. Tapi sebab sikap boros dia bak kata mak dia pakai duit macam ayaq. Mak dia orang utara kot.

Bila duit pinjaman keluar, korang tau apa perkara pertama dia akan buat dengan duit tu?.. pagi-pagi lagi dia akan keluar ke Sg Wang beli komik. Alam perwira la, detective conan la dan tah apa lagi komik yang aku tak reti judul apa. Pendek kata meja study dia atas bawah penuh dengan komik je. Bayangkan ketagihan dia dah kronik macam tu. Kita tegur dia buat pekak je.

Baru seminggu ke dua minggu dapat duit pinjaman tu, dah habis. Kalau dia ada baki duit lagi, dia bawak family jalan jalan makan angin. Aku jadi tau dia guna duit pinjaman tu sebab dia sendiri yang cerita.

Then lepas duit pinjaman habis, duit yang sepatutnya kita guna untuk biaya pelajaran dan beli buku buku rujukan dan duit saku, lynn mula lah mengendeng makanan orang .. dia tak ada duit nak buat makan pun. Nak mintak kat mak, mak dia sure marah.. dapat duit dia beli komik lagi. Selain bab mengendeng or pow makanan orang, sampai housemate aku bengang, yelah orang lain keluar duit kot nak makan, dia tumpang sekaki tanpa segan silu. Beli 2 ketul ayam kfc, seketul dia amik. Bab tu ok lagi.

Bab yang kami tak tahan, housemate aku 3 orang asyik merungut duit mereka dalam purse hilang. Hilang RM10, 20, 50 pun ada. Mulakan sangkakan toyol kepala hijau la. Sebab tak ada yang mengaku. Nak kata ada orang pecah masuk, tak ada pula. Tapi yang peliknya roomate aku tak pernah kena. Aku pun tak pernah hilang duit. Sampai kan aku jadi tension sebab tak boleh nk fokus kat study. Roomate aku siap tabur kacang hijau la kat tingkap, kat pintu. Tapi duit hilang juga.

Sampailah aku syak ni kerja si Lynn. Kami tanya baik baik dia tak mengaku. Sebab apa kami syak dia sebab dia kata dia tak ada duit, tiba tiba balik dari mana taktau dia bawak balik komik baru beli..oh ya, waktu-waktu kejadian kehilangan tu, aku memang takde kat rumah so aku dah terkecuali kan..

Start dari situ, aku dan housemate aku yang lain pakat nk perangkap si lynn ni. Kebetulan aku balik rumah parents aku, bila balik rumah sewa aku bawa air jampi. Konon- konon je air jampi padahal air masak biasa je aku isi dalam botol. Malam tu malam jumaat, semua housemate aku 8 org ada di rumah. Aku ajak semua solat maghrib dan isyak berjamaah. Sambil tunggu isyak kami solat hajat. Aku konon jadi ketua dan imam aku bagitau solat hajat nak mohon petunjuk siapa yang mencuri tu. Si lynn ni tak join solat dia kata dia uzur. So ok lah. Lepas solat hajat, aku letak air dalam botol tadi kat depan kami. Aku panggil lynn sekali. Aku bagitau tu air jampi, sapa mencuri tak mengaku kalau perut buncit aku tak dapat nak tolong. Aku suruh semua mengaku, kalau rasa tak buat minum la air tu. Semua minum segelas. Lynn pun minum. Then, aku suruh sorang2 junjung Quran. Semua pun buat lynn pun buat.. aik aku pelik bukan ke tadi dia kata dia uzur. So lepas solat isyak masing- masing buat hal sendiri.

Sampai la dah nak tengah malam tiba-tiba si lynn menangis teresak-esak. Kami semua pelik la apahal pulak dia ni. Dia jadi tak keruan lepas minum air dan junjung Quran tu tadi. Mungkin diburu rasa bersalah. Dia mengaku la dia yang curi duit tu selama ni. Dia takut perut dia buncit..hahaha..

Lepas kejadian tu, semua orang pulaukan dia. Aku tak tau jadi apa dah kat si lynn tu, housemate aku ramai dah grad, aku ada setahun lagi sebab course aku 4 tahun. Aku pun pindah dari situ aku mintak kolej dalam kampus. Sebab dah final year aku nak fokus kat study malas nak pikir hal lain dah.

Kepada lynn, atau yang lain, aku mintak maaf terpaksa guna cara tu. Air tu tak ada sapa sapa jampi pun. Aku tipu je. Hahaha. Kalau dia betul ada masalah duit bukan itu caranya, orang lain pun duit belanja parents bagi. Ikat perut nak survive kt Universiti. Tapi lynn pilih jalan salah. Aku harap dia sedar dan berubah demi kebaikan diri dia juga.

Terima kasih admin.

– Intan Payung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Budaya Pengguna Media Sosial Sekarang

PengakuanKu

Semenjak penggunaan media sosial semakin meluas dalam kalangan generasi baru, saya dapat melihat pelbagai ragam manusia dengan lebih terperinci dan menyedari bahawa generasi ini semakin terpengaruh dengan pelbagai perkara negatif yang tidak kita sedari. Saya bukan bercerita tentang budaya raver, hipster atau trend2 fesyen anak muda zaman sekarang, tetapi lebih banyak penyakit yang dihidapi oleh pelbagai lingkungan umur yang mempunyai akses kepada media sosial.

Contoh 1: Komplen publik (public complain)
A memaparkan di media sosialnya tentang servis restoran B dan tidak berpuas hati tentangnya. Dan dalam situasi ini, A tidak menyampaikan komplen berikut kepada orang berkenaan di restoran B, namun terus sahaja mengecam mereka di media sosial. Dan A mungkin akan menokok tambah dalam paparannya untuk mendapatkan sokongan dari pengguna media sosial yang lain.

Saya sedar bahawa banyak lagi pengguna yang memaparkan komplen mereka di media sosial, setelah berunding dengan pihak tertentu namun tidak mendapat respon yang memuaskan. Namun, ramai dalam kalangan mereka yang mudah melatah dan tidak melaporkan perkara ini terus kepada pegawai syarikat atau servis berkenaan atau tribunal tuntutan pengguna untuk penyiasatan lebih lanjut. Mungkin mereka merasakan bahawa tribunal tidak akan melayan komplen mereka dan tiada tindakan akan diambil. Dan ini menggalakkan mentaliti yang lebih suka ‘membuat kecoh’ untuk mendapatkan tuntutan dan sokongan yang lebih cepat, daripada mentaliti yang lebih mudah membuat komplen di tribunal pengguna untuk menyumbangkan statistik, laporan dan tindakan lanjutan dari badan berkaitan untuk masa hadapan.

Saya minta agar golongan ‘mudah melatah’ ini untuk memerdekakan minda mereka agar mereka dapat berbincang dahulu dengan syarikat atau servis berikut sebelum memaparkan perkara2 negatif berikut di media sosial. Saya juga minta agar mereka tidak mudah melenting dan mengamuk apabila tidak mendapat servis yang diingini, kerana pada pandangan saya, semua perkara boleh dibawa berbincang terlebih dahulu. Saya pasti syarikat atau servis berkenaan tidak ingin menjejaskan reputasi mereka, jadi jika anda berterus terang dengan mereka terlebih dahulu, saya pasti kebanyakan dari mereka akan bertoleransi dengan anda. Sila ingat, bahawa yang bekerja disitu juga ialah manusia, dan manusia tidak lepas dari membuat kesilapan. Jika anda pernah diberi peluang untuk membaiki kesilapan dalam hidup anda, berilah peluang kepada orang lain untuk menebus kesalahan mereka sebelum menghukum mereka dan memalukan mereka.

Contoh 2 : Kecaman umum (public shaming)
Juga berkaitan dengan perkara diatas, tetapi ini lebih ditujukan kepada individu tertentu secara khusus. A tidak berpuas hati dengan B tentang sesuatu, maka A akan menyatakannya di media sosial tanpa menulis nama B, tapi memberi komen secara sinis tanpa bercakap terus dengan B.

Jika anda selalu berbuat begini, saya pasti ada dalam kalangan rakan media sosial anda akan berfikiran yang anda ini seorang perungut yang penuh dengan rasa tidak puas hati dan kebencian. Ini kerana ada saja yang anda tidak suka dengan seseorang itu, tetapi anda tidak langsung bersemuka dengan mereka untuk menyelesaikan hal itu. Anda mungkin berkata, tidak guna bercakap dengan orang itu kerana mereka tidak akan dengar, tidak mahu membuat kecoh dengan B, ataupun anda sendiri takut untuk menyatakan perasaan anda kepada B. Namun rungutan yang anda siarkan di media sosial itu pastinya akan menarik perhatian orang2 lain yang akan memberi komen negatif, dan mungkin kita tidak tahu yang B tidak sedar akan apa yang diperlakukannya itu. Jika B terbaca paparan anda dan membalasnya dengan komen yang sama sinis dan berbaur negatif, ribuan orang akan membaca komen itu dan seterusnya sengketa antara A dan B akan menjadi buah mulut orang lain, dan kamu berdua akan dilabel sebagai gambaran negatif, mencetuskan drama yang entah apa-apa.

Saya minta agar golongan perungut ini untuk merdekakan minda mereka dan berdepanlah dengan masalah secara halus dan telus. Tidak salah berlaku jujur dan menegur kesilapan orang lain secara baik, daripada anda merungut di khalayak ramai. Jika anda betul2 penuh dengan rasa kebencian dan harus melepaskannya, tulislah di dalam diari atau blog peribadi tanpa bacaan umum, kerana sebaik sahaja perkara buruk itu dibaca oleh mata yang lain, anda akan membesarkan lagi masalah itu, dan bukan menyelesaikannya.

Maaf kerana tulisan panjang ini. Saya harap anda membaca dengan minda yang terbuka dan dapat menerima perspektif yang lain. Saya bukanlah merungut, tapi ingin menegur dan membuka mata pembaca lain agar berhati2 sebelum membuat sesuatu di media sosial. Apa yang anda lakukan di media sosial itu adalah kekal, dan sedikit sebanyak akan mencerminkan siapa diri anda. Terima kasih.

– Anak Malaysia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tuesday, 30 August 2016

Pengalaman Menetap Bersama Keluarga Barat

PengakuanKu

Assalamualaikum,
Saya pernah share beberapa post di sini. Dan saya rasa ingin berkongsi pengalaman saya lagi. Post saya dulu tak lah ‘viral’ macam post2 kahwin tapi ada juga beberapa orang komen mengharapkan sambungan. Post kali ni bukan lah sambungan dari kisah sebelum ni, tapi lebih kurang lah. (Tajuk post saya yang dulu ‘cubaan berdakwah di oversea’)

Saya ni pelajar perempuan melayu yang tengah sambung belajar di sebuah negara di Eropah. Sebelum ni saya share pengalaman saya menjawab soalan dari kawan2 non-muslim saya yang bertanyakan mengenai Islam. Sehingga sekarang pelbagai soalan yang di tuju, tapi fokus cerita saya di sini ialah lebih kepada pengalaman saya ketika tinggal bersama keluarga angkat saya di sana.

Ketika cuti musim panas memang free, cuti 3 bulan lebih memang pelajar malaysia waktu ni sama ada travel Eropah atau balik Malaysia. Saya stay lama sikit di sini sampai lah seorang kawan saya orang local mengajak ikut program homestay. Senang cerita kami kena daftar dan akan ditempatkan di rumah orang local untuk seminggu atau dua minggu. Saya awal2 malas sebab waktu bulan puasa, nak kena explain dekat keluarga tu pasal puasa rasa malas pula, maklum lah baru habis exam. Tapi sebab kawan saya, nama dia Anne pujuk2 saya pun ikut lah.

Kami kena pergi suatu perkampungan berdekatan bandar Inverness terletak di Scotland. MasyaAllah cantik sekali tempat tu. Kalau korang nak tahu bertapa cantiknya bole lah google ye. Perjalanan ke rumah keluarga angkat kami tu memang antara pengalaman yang saya tak dapat lupakan, memang cantik permandangan sepanjang perjalanan. Bukit bakau, kambing biri biri merata rata. Kawasan yang luas dan tiada orang yang merosakkan alam sekitar di situ.

Saya memang dah bersedia mental dan fizikal untuk menjawab soalan2 mereka nanti. Sebab saya ni bertudung, maka agak jelas lah saya ni beragama apa. Alhamdulillah bila tiba, keluarga tu sambut kami dengan meriah. Mereka pasangan yang berumur 40an bernama George dan Lizzie, dan mempunyai dua orang anak berumur 10 tahun dan 12 tahun. Yang sulung tu ialah lelaki Jason yang bongsu perempuan Lilly, ya Allah banyak cakap nya mereka ni. Saya ni kurang pandai handle budak2, kena pula layan mereka ni. Tanya macam2, asal mana lah, berlajar apa lah.

George dan Lizzie memang polite, hidang teh dengan scone (tipikal british huhu). Awal2 tu kawan saya Anne yang banyak cakap. Sampailah aunty Lizzie tanya saya kenapa tak minum teh tak suka ke. Aku pun cakap tengah puasa sekarang, berbuka pukul 9pm lebih nanti (ketika tu baru pukul 5pm lebih). Ya Allah kelakarnya raut wajah aunty Lizzie time tu. Ternganga mulut dia terkejut. Bayangkan dengan accent British dia cakap ‘Oh dear, is it possible? How long have you been fasting? Do you have a particular food that you could and could not eat? Do you want my special desert? Oh wait you can’t drink wine right?’ Yep dia tanya semua benda tu serentak. Bila saya cakap saya puasa sejak pukul 2am something, lagi lah pucat muka dia.

Pasal makanan time daftar awal2 tu saya maklumkan je yang saya ni vegetarian, senang hidup saya. Sebab takut kawasan tu susah nak dapat daging halal. Kebetulan Anne tu pula vegan, search la sendiri perbezaan vegan dan vegetarian ni ye. Tuan rumah ni yang hebatnya untuk hormat lifestyle vegetarian ni dia pun masak masakan vegetarian dan vegan sahaja untuk satu keluarga dia. Sebab mereka kata kekok nak makan daging depan kami. Bagus betul prihatin juga mereka ni, saya pun tak expect mereka akan buat begitu.

Keesokan hari mereka bawak jalan2, ya Allah dalam kereta lagi seksa melayan si Jason dengan Lily ni. Nasib baik comel2 belaka dengan accent british mereka yang pelat tu. Sambil jalan2 mereka ada bertanya2 pasal culture saya. Saya dapat rasakan uncle George dan Aunty Lizzie ni macam nak tanya banyak pasal Islam tapi takut2 ter offend saya. Oh ya, Kalau korang perasan budaya Asia ni contoh kat Malaysia kita akan panggil parents kawan kita or orang lagi tua dari kita dengan gelaran pakcik, makcik, abang,kakak etc. Tapi budaya barat mereka panggil nama first name terus. Saya yang kekok ya amat nak panggil mereka ni dengan nama terus. Jadi saya panggil nama family/surname meraka ie. Mr.Smith/Mrs.Smith. Jadi saya pun cerita hal ni, memang mereka pun nampak teruja bila dengar. Dan saya panggil mereka dengan gelaran Unclce, aunty. Di sini istilah tu lebih kepada family member tak silap, tapi mereka tidak kisah saya panggil mereka begitu.

Mereka bawa kami melawat Ellien Donan castle, macam mana entah nak eja tapi lebih kurang macam tu lah. Time tu kebetulan dah nak solat zohor, nak tak nak saya bagi tahu mereka lah sebab lepas ni kena bertolak ke tempat lain pula yang perjalanan jauh. Sebab saya kebetulan ada wuduk kalau boleh nak solat terus. Saya explain sikit2 condition untuk solat, kemudian uncle George mencarikan area yang tertutup sikit dan Aunty Lizzie dengan semangatnya bentang selendang dia supaya saya boleh sujud. Terharunya lah, saya pun solat sambil mereka berdiri jadi macam penghadang takut ada orang kacau saya. Anak anak mereka yang nakal2 tu tiba pandai senyap. Mak mereka just ‘shhh’ gitu mereka senyap sambil perhatikan saya. Ketika tu saya terharu sangat dan lepas solat buat sujud syukur terus.

Ketika mereka makan tengah hari tiba2 uncle George tanya mengenai babi, sebab dia pernah dengar kita muslim ni tak boleh makan babi. Saya pun explain serba sedikit apa yang saya faham. Saya siap bawak buku mengenai persoalan2 islam in English. Saya bagi mereka berdua untuk baca. Hari tu berakhir dengan mereka bawak jalan2 bandar Inverness.

Keesokannya, mereka bawa saya ke Loch Ness, impian saya dari dulu nak ke sini. Pernah tengok documentari pasal tempat ni dengan monster Nessie. Sambil menikmati permandangan tiba2 uncle George approach saya, kebetulan saya sorang berdiri menghadap tasik Loch Ness tu,orang lain jauh sikit dari kami.

Uncle George tanya saya selesa tak, okay tak tidur malam tadi. Then tiba2 dia bagi suatu ucapan yang buat saya macam nak nangis. Dia cakap in English of course tapi saya translate kan bahasa melayu lah setakat apa yang saya ingat:

‘Saya sangat hormat dengan perempuan macam awak, kerana awak berani menunjukkan diri awak yang sebenar. Terutama di negara barat ni, macam2 fitnah dan berita saya dengar menganai agama awak. Tapi saya jenis tak percaya media sangat, lagi2 dalam hal memburukkan orang lain. Walaupun agama saya dan awak lain, tapi kita sama sama percaya kewujudan tuhan. Ramai orang zaman sekarang dah tak percaya akan tuhan dan mengutuk agama agama yang wujud sekarang. Tunjukkan mereka agama awak tu yang terbaik. Jujur saya cakap sekarang saya lebih percaya bahawa Islam is a religion of peace. Bersabarlah dengan dugaan dunia ni…’

Lebih kurang macam tu lah ayat dia saya tak ingat sangat, sebab dia cakap banyak lagi. Saya ingat main points tu je. Esok harinya perkara kelakar lagi berlaku, uncle George dan Aunty Lizzie cuba nak berpuasa dengan saya. Oh ya saya juga ada cerita antara sebab kita di suruh puasa. Mereka pun excited nak ikut sekali. Tapi gagal, sebab pukul 3pm mereka dah lapar sangat dan putus asa. Lepas tu paling geram dalam setengah jam pukul 8pm lebih macam tu sebelum berbuka puasa, bulan datang menziarahi saya. Dah berbelas jam puasa tiba2 tak boleh pula. Perempuan2 mesti faham kan perasaan tu. Di sini lagi lah puasa hampir 20 jam, sedihnya tuhan je lah yang tahu. Tapi yang bestnya esok dapatlah saya makan puas2 masakan Aunty Lizzie ni. Mereka pun terkejut tengok saya boleh makan esoknya, saya cerita lah perempuan period tak boleh puasa dan kenapa.

Maaf panjang post ni, saya dah penat menaip. Banyak juga perkara terjadi selama seminggu saya di situ. Saya berlajar masak masakan Scottish, pergi farm main dengan kambing2, dan banyak lagi. Tapi setakat ni sahajalah, sesiapa yang baca sampai sini terima kasih banyak2. Sama sama lah kita berdakwah walau sekecil mana pun usaha kita, terutama kepada non-muslim.

– Cik Putih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Rumah Sewa Pelik

PengakuanKu

Hi Assalamualaikum. Aku merupakan alumni sebuah universiti di tanah air. Aku nak kongsi cerita masa aku duduk menyewa dengan kawan-kawan masa belajar dulu. Yang ni memang cerita benar.

Kami menyewa luar masa tahun ke 2 sebab tak dapat kolej kediaman. Sebab tak aktif sangat dengan aktiviti universiti. Sayang sangat kat lemak yang dah kumpul bertahun. Haha. So cari punya cari, dapat la satu rumah ni. Kami semua 7 orang. Semua budak engineering. Jadi kuliah sama2. Aku namakan bibah,peah,timah,kiah,minah,aku dan jenab (bukan nama sebenar). Timah ngan jenab ni duduk bilik utama berdua je. Peah,minah ngan bibah duduk bilik ke 2, depan bilik utama. Aku ngan kiah duduk bilik belakang sekali.

Mula2 duduk rumah ni ok je, harmoni je rasa. Lepas 3 bulan macam tu, mula la ada gaduh sikit2. Aku ngan kiah tak ambil tahu sangat sebab bilik belakang kat dapur pulak tu. Orang gaduh, kami buat tak tahu je. Lepas lama2, aku ngan kiah jadi serabut sebabnya selalu sangat gaduh. Jadi kami bersemuka, bahasa mudahnye open table. Gaduh sebab si timah ngan jenab bawa balik jantan dalam rumah. Kantoi dengan si bibah. Aku dengan kiah terkejut sangat sebabnya aku ngan kiah ni jenis malas nak keluar rumah. Balik kuliah lepak dalam bilik tengok runningman tak pun tengok movie. Jadi lepas pada tu, kami ambil keputusan suruh si timah dengan jenab ni keluar dari rumah.

Lepas pada tu, rumah sewa kami mula kena ganggu. Kiah jumpa jarum patah dalam bubur. Nasib tak tertelan. Bilik peah jumpa daging mentah busuk padahal kami ni sepanjang duduk rumah tu tak pernah beli daging. Kemuncaknya, bila kami balik dari kuliah. Ceiling bilik peah berlubang, dari lubang tu ada tapak kaki kecil turun dari lubang lepas tu panjat tiang seri rumah membawa ke dapur. Tapak kaki berakhir dkt tingkap dapur. Yang peliknya tingkap dapur tu tak terbuka langsung. Cuma ada kesan tapak kaki je. Kami ingat mungkin monyet. Lupa nak bagitau lepas si timah ngan jenab keluar, ada orang baru ganti masuk (lala & pipah).

Lepas kejadian tu, kami bagitahu tuan rumah, tuan rumah kami ni tok imam masjid. Dia syak kami ni buat benda bukan-bukan. Siap marah sebab duduk rumah pakai baju tak cukup kain. Lala tu anak dia. Jadi lala ni jenis menjawab sikit. Dia cakaplah semua perempuan kot bukannya ada nafsu sama sendiri. Terus si ayah lala ni (tok imam) tu cakap kalau jadi apa2 lepas ni aku tak nak tolong.

Selang dua hari lepas tu, kami kena ganggu lagi. Masa tu nak final exam. Esoknya kami ada 2 paper yang agak susah hidraulik dengan apa entah lagi satu tak ingat. Malam tu, kami tidur lewat sebab belajar sama2. Dalam pukul 2 lebih semua masuk tidur. Tak lama lepas tu dengar bunyi loceng. Macam orang pakai gelang kaki lepas tu jalan hentak-hentak kaki. Depan pintu bilik nampak orang berdiri. Dah la bilik aku paling belakang. Aku cuba mesej lala tapi tak lepas. Call pun tak dapat. Seram sejuk masa tu. Dengan nampak bayang orang dekat tingkat. Masa tu Allah je tahu macam mana rasa seram tu. Nasib baik kiah ni jenis kuat semangat. Dia baca ayat kursi sekuat yang mungkin. Lepas pada tu, aku jerit panggil yang lain keluar masuk kereta aku. Pecut pergi rumah ustaz dekat pekan ( ustaz ni lecturer mengajar kitaorang masa tahun 1). Berhimpit la 7 orang dalam kereta wira. Nasib baik, aku ngan kiah je gemuk. Yang lain kurus melidi. Sampai je terus ustaz suruh masuk rumah dia cepat2.

Kami tunggu subuh, baru balik rumah dengan ustaz. Ustaz ni call ayah lala (tok imam). Sampai je rumah terus ustaz azan kuat2. Lepas tu ustaz ambil cuka terus curah kat penjuru dalam rumah. Bau terbakar dekat tempat kena curah cuka tu. Dia ambil garam kasar dengan lada hitam ditabur untuk pagar rumah. Lepas pada semua tu, ustaz ajak pergi kumpul dekat rumah lala yakni rumah tok imam tu la. Ustaz pun bagitau ada orang terasa hati dengan kami semua. Jadi dia balas dengan cara halus.

Satu je nasihat aku, bila berkawan kena pandai. Aku akui kami semua ni jenis cakap lepas, gurau kasar dan jenis cakap depan2. Tapi kami silap, kami lupa tak semua orang macam kami. Tak semua orang boleh terima bila kita hukum dia sebab salah yang dia lakukan.

Akhir kata, kalau ada yang duduk satu rumah tu, andai kata ada yang buat salah tegurlah baik2. Jangan jadi macam kami.

– Fida

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Change Your Attitude

PengakuanKu

Salam semua. Sebenarnya ni sesi lepas geram? Haha, semoga pembaca dapat manfaat. Ceritanya pasal attitude orang zaman sekarang yang terlalu taksub dengan kelulusan universiti sampai pandang rendah orang yang kerja di bidang customer service. Spesifiknya retail la. Sebab aku kerja retail.

Ok, umum memang tahu kan, sekarang ni ramai yang belajar tinggi. Tp ramai juga yang masih tanam anggur sebab terlalu memilih pekerjaan. Aku pun pernah berada disitu, belajar diploma sains, degree sains… dengar pun macam wow hebatnya… tak juga, sebab lepas tu nak cari kerja punya lah seksa. Bayangkan yang grad setiap semester lebih kurang 60 org. Tu kat uni aku sahaja, campur dengan uni lain? Pastu lak pergilah mana-mana pun, syarat-syarat diambil bekerja, mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun. Beb, mana nak cari experience kalau nak kerja pun susah. Lagi-lagi fresh grad. Mak pernah cakap, jadi la cikgu. Aku ni garang bak Super Saiyan kot, mahu ak Kamehameha kan budak- budak tu!

So, nak senang, ak cari kerja retail. Sebab nak experience. Yang sengalnya aku dah 5 tahun kot. Da tak cari experience, terlebih experience kot! Tapi aku suka. Jumpa-jumpa orang. Kerja ikut suka (cuti boleh pilih). Lagipun hutang PTPTN dengan kereta setel berkat kerja retail ni. Tak payahlah nak cerita pasal bab-bab customer banyak songeh. Aku gaduh dengan customer pukul 1, pukul 3 aku dah lupa dah. Tak significant pun pada aku bab-bab customer tak puas hati ni, nanti dengan muka-muka dia aku lupa.

Marilah aku cerita yer, yang ada degree kerja retail, bukan aku sorang ajer ok! Ramai, alasan macam-macam, tapi yang paling popular, saya cari-cari kerja lain tak dapat, jadi saya kerja la yg mana saya dapat. Rezeki. Masa mula-mula kerja, ada kawan ak cakap, ko bodoh belajar bertahun-tahun tapi kerja retail. Aku buat tolol ajer. Selepas setahun, aku dah ada kereta sebiji dan dia masih naik bas nak pergi tempat kerja. Pernah gak sembang-sembang dengan customer, dia tanya latar belakang (sebab dia kata tak pernah tengok orang kerja retail nampak seronok macam aku), lepas aku bagitahu aku ada degree terus dia offer aku jadi tutor, tapi aku tolak sebab ak suka kerja aku dan aku tak yakin jadi cikgu (ingat, aku garang macam super saiyan).

Tapi yang aku sedih pandangan umum. Macam ni lah, kerja retail, macam jugak kerja kat KFC, McD, tak glamer pun. Tak bergaya pun pakai uniform, lagi ko kena jumpa customer. Weekend memang tak cuti, pernah aku pergi wedding member aku pakai uniform. Pernah jugak aku kena maki dekat Guardian sebab customer tu panggil-panggil aku buat tak tahu, padahal aku bukan kerja situ. Mak aku pun mula-mula menentang gak, sebab aku belajar sains kot, tapi kerja retail. Lastnya, hari-hari call, suh belikan itu, belikan ini. Senang katanya aku kerja kedai ni… Jiran aku pun pernah cuba racun mak aku, katanya aku kerja shift nanti aku lambat kahwin… mak ak cakap, yang penting dia tak menyusahkan. Ada duit, bagi family, bayar hutang, cukup. Jodoh tu bukan dia yang tentukan.

Kadang-kadang customer pandang hina. Maki-maki tu perkara biasa… pernah aku layan customer yang berlagak, cakap english pada aku padahal terang-terang melayu. Anak beranak tergelak-gelak sebab ingat aku tak boleh reply. Jadi, aku pun balaslah balik dalam english. Oh lupa aku nak cakap, abah aku ni mix jadi bahasa Melayu dia ke laut, jadi dari kecil aku cakap english. Adalah slang sikit. MUET aku pun band 5 (sebab masa ujian perbualan aku sorang jer yang cakap yang lain-lain langsung tak cakap jadi tak seronok sungguh masa test tu). Lepas tu tergagap-gagap nak balas balik apa yang ak cakap, langsung dia switch BM. Tapi aku still cakap english sampai kesudah. Sebenarnya, orang kerja retail, terus terang aku cakap, english dia jauh lebih baik dari kebanyakkan kawan-kawan aku kat uni. Maklumlah, hari-hari jumpa customer asing. Diorang ni pun tak tahu malu bercakap. Salah pun salah la… unlike some people.

Ada juga jenis-jenis customer, ko layanlah 5 star sekalipun, dia akan pandang rendah kat ko. Pernah kawan aku kena maki sebab mempertahankan staff dia yang OKU dari sorang customer ni… habis dijeritnya kawan aku dengan panggilan bodoh, belajar pun setakat SPM… kawan aku dengan tenangnya jawab, dia ada degree dalam matematik, dan staff tu bisu jadi tanya la seribu soalan pun memang dia takkan jawab. Customer ni terus berlalu, sebelum cakap bodoh kompeni ni amik orang cacat kerja. Oh, customer ni pakai purdah. Ko rasa? Kadang-kadang aku rasa kalo salah ajaran mak bapak, memang anak tu akan jadi kurang ajar tak reti hormat orang kot… Depan-depan aku anak dia sepahkan barang yang staff susun, maknya cuma cakap ‘adik jangan la begitu…’, anak dia reply ‘biarlah, auntie tu punya kerja. Siapa suruh sekolah tak habis sebab tu kerja sini’. Aku jeling je customer tu. Langsung ditariknya anak dia cancel nak shopping. Nasib baik budak ko umur 4 tahun camtu kalo tak aku memang ceramah mak dia biar ajar anak cakap tu berlapik sikit…

Lagi satu budak-budak baru kerja. Ni aku rasa memang masalah universal kot, kena marah sekali, berenti. Kena tegur sikit, post kat FB. Baru sehari kerja, merungut penat, pn berenti. Ada juga lepas statement, sebab dia ada degree, jadi dia patut ada meja sendiri kat ofis, patut buat kerja ofis ajer. Pelik jugak sebab dia apply kerja retail kot. Sorry to say, most of them are degree holder. Kalau aku yang jumpa, aku akan speaking dengan dia. Sebab aku tahu, berlagak dia hanya berpandukan kertas yang sekeping tu. Tapi yelah, tak ada adab langsung. Datang nak minta sign, terus je panggil nama aku. Aku kenal dia pun tak. Bukan kawan aku terus panggil nama aku? Takde cik ke apa.. Bagi salam jauh sekali. Entah berapa ramai yang berenti sal aku sound direct haha. Pernah gak aku jumpa yang balas balik dalam perfect english. Syok la masa tu berlawan cakap macam masa aku debate dulu. Lastnya dia cakap dia nak kerja temporary ajer sebab dia tak layak pun kerja situ sebab dia tengah belajar diploma. Aku sound balik, aku ada degree so tak payah belagak dengan aku. Esoknya dia berenti.

So adik-adik jangan taksub sangat dengan degree ko. Bukan senang cari kerja sekarang ni, so tak payahlah memilih kerja sangat, lagi-lagi dalam degree ko. Degree tu pun tak kemana. Setakat sekeping kertas. Kalo ko tak dapat kerja lagi, apa kata ko kerja retail. As experience pun takper. Sebab ko pergi la mana-mana dia akan tanya experience. Trust me, there is a lot of experience that can be gained just by working in retail. Dah la zaman sekarang ni ramai yang kena retrenchment. Kesian kena buang kerja. Ko anggap kerja retail ni rezeki. Mana tahu kan, ko nanti dapat kerja lebih baik, leh la ko guna experience masa kerja retail tu.

Mana-mana customer yang maki-maki kami dengan pangillan bodoh, bengap, slow… aku anggap dia tak tahu yang kami ni pun berpelajaran juga, cuma tak tertulis kat dahi ni jer. So pasni harap-harap tak payah lah pandang hina yer orang-orang yang kerja kat retail/fast food/stesen minyak. Ko tak tahu kot-kot dia ada degree. Aku pernah jumpa satu manager ni lagi ada master ok. Mana-mana yang suka pandang rendah kami tu, hentikan lah. Tolong ubah persepsi anda ok. FYI macam kompeni aku bagi peluang untuk siapa-siapa yang nak lanjutkan pelajaran leh amik Open U. Macam member aku, bangga gila dia bila da dapat diploma. Walapun diploma retail, tapi dia bangga sebab akhirnya dia ada diploma. Mak dia pun bangga sebab anaknya tak pandai masa sekolah tapi ada diploma. So ingatlah kami bukan bodoh. Tak payah ko pandang rendah kami, hanya kerana kami kerja retail. Change your attitude, people!

– Kucing Miaw

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Hormat Roomate Lain

PengakuanKu

Salam. Aku minta maaf kalau luahan aku takdelah berat sangat. Tapi aku just nak bagi nasihat je.

Hormat Bilik Orang Lain.

Ok. Aku student UIA. Benda biasa kan kalau kawan korang tidur bilik korang? Tp, kalau roomate korang balik, mesti korang akan bg kawan korang tidur di comparment roommate korang right agr lg selesa? Yes. Mmg korang akn mntk izin roommate korang utk org tumpang tdr, tp korang ajr atau tidak si penumpang tu adab menumpang? Kalau x ajar, meh aku tolong bgtau agar korang lepas ni boleh bgtau kpd penumpang tersebut.

1- Before and After

Ad org, sebelum dia balik rumah atau tgglkan bilik utk beberapa hari, die akan kemas n bersihkan bilik die betul2. Susun atur atus meja, katil tegang kan sapu bilik, buang sampah etc. Itu maksudnya orang tersebut die mengharapkan bila die balik ke UIA semula, die dpt rehat tnpa nk kms bilik lg. Tp, bile org menumpang, TOLONG PERHATIKAN KEADAAN SEBELUM MASUK BILIK/COMPARTMENT tersebut. Kalau kemas sebelum masuk, tolong la kemaskan jgk sebelum keluar. Kau menumpang bilik org, bkn kau tdr kt hotel dah guna extension bia bersepah atas meja katil x tegang. Sakit tau hati bila balik penat2 tgk bilik yg ditinggalkan bersih jd huru hara.

2- Tolong Jangan Tinggalkan ‘Harta’

Ni lagi satu, lps guna barang trus la simpan dlm beg. Ni sepah2 lps tu tggl n semak kan bilik org. Kalau bnd kecik xpe. Ni besar gabak lps tu menyusahkan org nk simpan nk jmpe nk pulangkan.

3- Tolong Sapu/Buang Sampah

Kau perempuan, kau tau rambut kau gugur. Salah ke alang2 kau menyikat rambut kau tu, kau menyapu atau pling malas kau kutip j rambut kau tu. Geli tau x rambut bersepah kat blik.

4- Buang Sampah di Tong Sampah

Aku xtau korang cmne, tp aku jenis x suka tengok sampah banyak di bilik aku. N aku akn buang sampah tertentu je di tong sampah bilik. Bekas makanan, air dlm plastik sume aku akn buang di tong sampah bsr dpn toilet tu. Sbb ap aku xbuang dlm blik sbb aku geli berbau n semut nnt. So, yg menumpang pun jgn la buang. Kalau nk buang sgt boleh, tp lps tu terus buang smpah tu ke tong sampah besar.

Ok tu je nasihat aku. Aku minta maaf kalau benda xpenting atau mungkin orang akan cakap tetamu kot dtg bawa berkat. Aku bukan xsuka tetamu dtg tp aku xsuka tetamu yg dtg xbertamadun xd adab. Sebab aku penat, sebelum balik aku kan pastikan bilik aku bersih tersusun tp bila balik semula ke UIA, aku ase sangat penat kena kemas balik.

Hormat bilik orang lain.

-FRESH-

– -Fresh-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Aku Yang Penakut

PengakuanKu

Assalamualaikum semua .. Thank you admin jika sudi posts

Aku nak minta pandangan sikit daripada korang memandang kan dah nak masok kolej.
Aku seorang penakut, tak tahu lah memang dari kecik ke sebab aku memang suka sangat tengok cerita hantu (waktu kecik).. Tapi lama kelamaan perangai takut aku ni menjadi-jadi. Sampai nak masuk kolej pon aku masih memikirkan.

Aku tak tahu la aku ni jenis ber Imaginasi je ka ape. Tapi penakut aku tahap melampaui batas, Sampai duduk rumah sorang-sorang pon aku tak boleh, bukan waktu malam, tapi waktu pagi. kalau waktu malam apatah lagi kan.

kalau aku nak masuk tidur, aku akan tunggu adik bradik yg laen masok tidur, baru aku tidur. Kalau tak, aku akan tunggu diorang smpai pkol 12 malam pon aku sanggup tunggu. Malam² akak aku bangun nak pergi tandas, automatik aku akan bangun sekali dan tunggu dia smpai keluar tandas. and kalau aku segan nnti akak aku tahu yg aku penakut, lepas dia keluar tandas aku akan buat² tidur.

Aku solat dalam bilik Wajib ada yang teman aku, kalau tidak aku tak boleh nak fokus solat, sebab rasa belakang aku ada someting Sedang kan tak ade ape pon . kalau tak de yang Teman aku, aku solat dekat luar. ada jugak aku dah angkat takbir, diorang tinggal kan aku dalam bilik, aku ape lagi cabut lah, solat dekat ruang tamu.

Yang paling melampau penakut aku ni melampaui batas, waktu malam dlm 10, 11 semua orang ada dalam rumah pon, aku takkan berani ambil ape2 barang dalam bilik jika takde yang Teman aku masuk bilik. Macam tertinggal buku ke. Tapi kalau tertinggal bende penting dan aku terdesak sangat nak ambil, mcm phone. Aku akan ambil dan cepat2 lari keluar mcm orang kena kejar. Sedang kan Rumah aku flat je kott.

Seumur hidup aku memang tak pernah kena kacau pon, tapi tak tahu kenapa takot aku semakin hari semakin melampau.

jangan cakap pasal ayat kursi semua bagai, sebab memang aku amalkan ayat kursi, 3 kul, & zikir sebelum tidur. orang yang kenal aku takkan percaya yang aku TERLALU PENAKUT, sebab aku boleh dikatakan nampak macam budak yang mcm alim.. huhu

kadang aku rasa aku terlalu banyak layan ketakutan aku, buat takut menjadi, aku dah cuba nak buang takut tu sebab dah nak msok kolej, tapi aku tak tahu mcm mana .. Adakah aku kuat ber Imaginasi ??

ada apa2 cadangan untuk buangkan perasaan takot ini ??

– sis penakut

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Status Toilet IIUM

PengakuanKu

Assalamualaikum warga IIUM confession..
Saya ada satu isu yang dah lama saya pendamkan iaitu toilet dia uia…

Sejak dari saya jadi student undergraduate 2002 sehingga lah sekarang sebagai post graduate student saya dapati toilet di university tercinta kite ni macam tidak berapa nak sempurna.. ni toilet-toilet dia kuliyyah lah… belum cerita toilet kat mahallah lagi….

Sempurna? Apa kriteria sempurna yang sy maksudkan? Takde lah nk macam bilik air hotel yang sy maksudkan… tapi sekurang-kurangnya setiap bilik air tu boleh la kite menunaikan hajat dengan selesa…

Pertama sekali apa yang saya dapati yang paling menyusahkan tiada tempat untuk sangkut beg… dah mcm mana nk tunaikan hajat dengan tenang kalau beg kene tinggal kat luar.. nak pulak tengah tunaikan hajat dengar orang masuk toilet mula risau selamatkah beg aku… ade wallet handphone etc2… susah sangat ke nk provide tempat untuk sangkut beg? Ade setengah toilet tu provide penyangkut tapi takat sangkut tudung or benda ringan2 bley la… dah student-student terpaksa jugak guna sangkut beg habis patah jugak penyangkut tu… ingat beg student ringan-ringan ke? Kalau sangkut handbag pon boleh patah kot…

Kedua masalah paip, dah memang majoriti student and orang-orang kat uia ni pakai paip nak bersuci… dah ler paip tinggi melangit, kadang-kadang tak sampai pon ke tempat yang nak disucikan… maka messy lah habis terpercik air sana sini… ade setengah toilet paip pulak bocor… habis lah basah semua baju kene air… macam ni ke standard bilik air university antarabangsa katanya?

Dah masalah dengan paip, makanya bilik air pon basah la macam bilik mandi… nanti ade pulak yang komen kat pintu toilet bilik air basah, then ade plak yang reply dah bilik air mesti ade air and the conversation goes on… hahahahah

Belum cerita pasal toilet seat yang penuh dengan tapak kasut. Kalau dah suke toilet cangkung pegi masuk toilet ade seat buat ape? Dah pegi mencangkung atas tu habis kotor and bercalar-calar toilet seat tu.. kotor habis jadinya… belajar dah tinggi dah masuk uia… tapi sivik minded ke laut..

Kalau ade tiga toilet kadang-kadang satu je dapat guna.. rosak lah kunci takde lah macam-macam hal..

Bagi pendapat saya sebagai university yang dikatakan antarabangsa sepatutnya bilik air tu biar lah molek sikit… biasa nya orang kata nak tengok peribadi orang tu tengok bilik air dia macam mana…. so maksudnya?

Ade lagi sebenarnye nak citer pasal masalah bilik air di uia ni tapi rasanya biar lah settle isu yang utama ni dulu… itu yang penting… itu sahaja kot…. maybe bagi orang yang tidak kerap ke toilet ini tak menjadi isu bagi mereka.. tapi sekurang-kurangnya tidak kah kite mahu university kite mempunyai toilet-toilet yang sempurna tidak seperti sekarang?

Harapnya nanti ada la improvement… malu nanti kat tetamu kalau derang nak tumpang toilet kat uia ni…. untuk budak-budak uia jaga lah kebersihan tandas anda ok!
Sekian.

– Senior

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Cara Membahagiakan Ibubapa

PengakuanKu

Hari ini saya nak cerita sikit, bagaimana caranya untuk kita membahagiakan ibubapa kita. Sekiranya kita ingin disayangi, maka kita juga perlulah menyayangi mereka sepenuh hati kita. Ibubapa merupakan insan yang paling banyak berkorban untuk anak-anak. Mereka menyayangi kita dari kita kecil hinggalah dewasa tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun. Betapa Allah juga mengangkat darjat ibubapa dengan meletakkan kewajipan untuk kita mentaati ibubapa selagi mana mereka tidak menyuruh kita melakukan maksiat.

Sebagai anak, adalah satu tanggungjawab kita untuk sentiasa membahagiakan mereka. Semoga 7 cara ini dapat dimanfaatkan oleh semua yang membacanya. Nanti dah habis baca, boleh share dengan kawan-kawan, adik-beradik dan jiran sebelah rumah.

1. Menjaga komunikasi

Ada anak-anak yang jarang bertemu ibubapa mereka, bermaksud mereka tinggal jauh daripada ibubapa, dan ada juga anak-anak yang masih tinggal bersama ibubapa mereka. Jadi tidak kiralah kita tinggal di mana sekalipun, kita tetap perlu sentiasa menghubungi ibubapa kita. Tanyalah samaada mereka sihat atau tidak, mesti sering melawat mereka, mesti selalu berkomunikasi. Kuncinya di sini ialah komunikasi. Komunikasi yang berjaya ialah komunikasi dua hala. Jangan sampai ibubapa sahaja yang selalu menelefon anak-anak sampai anak-anak lupa mahu bertanya khabar kepada ibubapa. Satu yang selalu kita kena ingat ialah, ibubapa kita tiada penggantinya, sekali mereka tiada, selamanya kita kehilangan. Jadi pastikan kehilangan mereka dalam hidup kita itu masih dalam keredhoaan mereka, dalam erti kata lain, kita dah buat yang terbaik sepanjang hayat mereka bersama kita sehingga mereka benar-benar redho terhadap kita.

2. Jadilah pendengar yang baik

Kadang-kadang, kita akan dapat ibubapa yang memang jenis suka bercerita, semua perkara yang mereka lalui pada hari itu semuanya mereka nak ceritakan kepada anak mereka, sama macam saya, ibu saya seorang yang begitu. Kadang-kadang ada cerita itu sudah pernah diceritakan pun masih ingin diceritakan kepada saya. Hal ini sebenarnya sangat membahagiakan, bukan sahaja bahagia kepada ibubapa itu sahaja kerana dapat bercerita tetapi juga bahagia kepada anak kerana ibubapa memilih mereka untuk mendengarkan semua perihal yang terjadi dalam kehidupan seharian mereka. Lebih menggembirakan hati ibubapa apabila anak-anak turut memberi maklum balas dan pandangan tentang apa yang diperkatakan ibubapa mereka. Sebab itulah saya meletakkan cara yang pertama adalah menjaga komunikasi, sebab dengan terjaganya komunikasi, maka kita akan menjadi lebih akrab dengan ibubapa dan dapat menjadi pendengar yang setia kepada mereka. Kalau tak percaya, cubalah dulu.

Saya sambung lagi cara yang ketiga untuk membahagiakan ibubapa kita.

3. Luangkan masa bersama mereka

Kita tahu bahawa masa itu sangat berharga. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang mempunyai kerjaya dan keluarga. Mereka perlu sangat-sangat bijak untuk menyusun masa agar masa yang mereka luangkan bersama ibubapa betul-betul berkualiti walaupun hanya sebentar. Saya bagi satu contoh, kebanyakan anak-anak muda kurang gemar mengikuti ibubapa mereka ke majlis-majlis kenduri, atau majlis-majlis tahlil dan sebagainya, hal ini boleh terjadi lantaran kerana mereka tidak akrab dengan ibubapa atau tidak minat menyertai majlis tersebut, tetapi cuba kita bayangkan, dalam perjalanan ke majlis kenduri tersebut kita sebenarnya dapat meluangkan masa berbual-bual dan bergurau senda dengan ibubapa kita, tetapi peluang sebegini tidak dapat dilihat oleh segelintir anak-anak. Oleh itu, kalau kita dapat ambil semula formula atau cara yang pertama untuk membahagiakan ibubapa, baru kita sedar sebenarnya meluangkan masa bersama ibubapa kita amat berkait rapat dengan cara kita berkomunikasi dengan mereka. Jadi, jom kita semak semula cara kita berkomunikasi dengan ibubapa kita. Kalau kurang baik, jom perbaiki lagi.

4. Ingat hari-hari istimewa ibubapa

Ini cara yang paling senang. Siapa di sini yang tak ingat tarikh lahir ibu dan ayah dia? Angkat tangan sikit, saya nak rotan! Hehe. Gurau sahaja. Jangan begitu ya anak-anak. Ibubapa tak pernah lupa tarikh dan detik kelahiran kita, apatah lagi hari yang kadang-kadang kita merasakan remeh seperti hari kita bersunat, hari kita jatuh sakit, hari pertama kita mendapat parut di lutut kerana bermain terlalu lasak di luar rumah. Semuanya ibu dan ayah kita ingat, bukan sekadar ingat, malah boleh bercerita secara lengkap segala peristiwa berkaitan diri anak mereka. Lalu kita sebagai anak takkan tak boleh ingat tarikh lahir dan ulangtahun perkahwinan ibubapa kita? Mudah sahaja bukan.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca tulisan ini. Semoga bermanfaat. Terima kasih.

– Syuhada

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Terlampau Kurus Pun Susah Juga

PengakuanKu

Assalamualaikum. Tujuan aku post confession dengan harapan ada sesiapa yang boleh membantu aku dengan masalah aku yang terlampau kurus.

Umur aku sekarang 23 tahun, berketinggian 155cm, dengan berat 38kg. Kalau mengikut BMI memang obviously aku ni underweight! Hahaha orang selalu kata aku comel sebab macam budak kecik, macam budak sekolah padahal aku tak suka orang pandang aku sebagai budak. Aku dah tua kot nak panggil aku budak sekolah. Huhu. Aku pernah kena tahan dengan polis masa jalan jalan kat bandar sebab diorang syak aku ponteng sekolah, bila tengok IC baru nak percaya aku ni dah 23 tahun (sedihnya life aku)

Ada yang kata beruntungnya makan banyak tak gemuk. Padahal aku punyalah berusaha nak tambahkan berat supaya menjadi nornal. Aku juga ada gastric yang teruk, kalau time puasa, tipulah puasa penuhkan hahaha mestilah ada hari yang memang aku cuti, tapi selain dari hari yang ‘special’ tu, aku juga mempunyai masalah, aku akan gastric samada 2 ke 3 hari, memang biasa sangat dah. Punya banyak kan aku nak kena ganti puasa? hahahaha

Aku jugak cepat lapar, korang bayangkan, aku baru lepas makan, tak sampai 10 minit macamtu, perut aku akan berbunyi dengan kuatnya dan rasa lapar macam perut kosong. Aku tak faham perut aku ni lagi complicated daripada perempuan. Sampai ada certain kawan-kawan yang kata aku ni ada saka sebab makan banyak sangat. Wehhhh aku makan baca doa kot hahahaha.

Aku jugak perasan, berat aku dah lah susah nak naik, dia punya cepat nak turun tu amboiiiiiii katakanlah kalau aku stress especially masa minggu-minggu kritikal nak dekat final exam, fuh bila timbang, tak sampai masa 2 hari, terus turun 2 kilo! Punya mendadak. Dahlah senang turun, susah nak naik balik. Untuk pengetahuan korang jugak, berat aku memang maximum 38kg paling tinggi aku pernah capai. Tak pernah lebih dari 38kg sedangkan berat ideal untuk ketinggian aku sepatutnya sekurang-kurangnya 40kg.

Disebabkan badan yang terlampau kurus, aku ada banyak sangat masalah, nak cari baju susah, seluar susah, kasut pun susah (sebab kaki pun kurus kasut selalu kosong kat bahagian atas kaki). Menjadikan aku tak mampu nak bergaya atau mencantikkan diri aku pakai blouse comel2 ke, tak boleh sebab faktor size, jubah pun aku takde tau tak sebab nak beli je mesti takde size yang sesuai. Nak tempah kadang2 takde masa nak cari kain semua. Disebabkan masalah ni, aku selalu pakai t-shirt, jeans, sebab tu orang ingat aku budak sekolah. Sebab orang lain yang sebaya aku semua bergaya kena pada umur diorang, gaya orang dewasa gitu.

Ayat menyedapkan hati macam “Takpe weh orang kecik awet muda” dah biasa aku dengar. Tapi korang kena tahu jugak, bila aku terlampau kurus ni, pipi aku pun takde isi. Bila pipi kurus, muka nampak tua. Tang mananya nak awet muda? Macam orang sakit dah aku tengok diri aku. Pernah tau orang yang takde insurans mulut dia, directly kata kat aku “Weh muka kau nampak tua la. Kitakan muda lagi.” Ceh aku punya geram kat dia rasa nak jawab je at least aku punya muka nampak tua ada jugak la orang yang masuk meminang aku daripada kau *uish riak takburnya aku padahal muka takde la lawa mana* tapi aku tak cakap camtu pun, hahaha. Gurau je, takyah la kerut muka tu tenyeh hidung tu kang. Aku sedarlah diri aku macam mana hm.

Antara usaha-usaha aku untuk tambahkan berat,
1. aku makan ikut time (ni jugak atas faktor gastric yang teruk)
2. aku makan kerap jugak
3. aku makan buah dengan sayur sekali setiap kali aku makan
4. aku pernah cuba consume susu gain weight whatever la mahal gila bapak (sebab aku study lagi takdo duit wuuu wuuu so bagi aku mahal sebab setin je beratus) tapi tak berkesan pun pada aku setelah bertin tin aku minum
5. pernah jumpa doktor, dia kata sebab rangka aku kecik. habistu kalau rangka kecik takkan tak boleh nak tambah berat at least tak sekurus sekarang….

Korang jugak perlu tahu, dalam family aku, badan semua size ada, ada je yang kurus, tapi kurus diorang pun diorang kurus yang sedang-sedang, maksudnya lawa lagilah nak pandang tak nampak macam orang sakit. Aku paling kurus dalam family aku. Kadang-kadang hilang rasa confident dalam diri sebab terlampau kurus, nak bergaya tak boleh, kena komen muka tua la, pipi kempis la, papan la, semua benda nak gelar kat aku, sedihla aku woi, aku manusia bukan kayu.

Sesiapa yang tahu cara untuk bantu aku, please comment. Aku perlu ubah berat badan aku. Aku takut kalau aku semakin kurus. Seriously seksa tau tak bila terlampau kurus, hampir tak berdaya nak buat banyak benda sebab secara fizikalnya aku tak kuat. Kalau aku gastric, sampai tak boleh jalan. Bayangkan……thanks kalau ada yang sudi bantu aku.

– kurus

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Halal Bukan Bermaksud Tayang Semua

PengakuanKu

Assalamualaikum semua.

Dah lama aku pendam benda ni. Tapi makin aku berdiam, makin menjadi-jadi pula aku tengok. Aku tak pasti kalau ada orang yang pernah confess pasal benda ni ke tak sebab aku jarang sangat baca benda-benda dekat sini. Tapi sebab dah tak tahan sangat, aku terpaksa burst. Sekarang makin ramai yang kahwin muda dalam kalangan kenalan aku. Kawan sekelas aku, seniors aku, malah juniors aku. Siap ada yang dapat anak dah pun. Benda ini tak jadi pelik pun, iyelah sebab uia kan? Kira benda biasalah. Aku pun takdelah nak anti pasal kahwin muda ni. Sebab benda bagus.

Yang jadi tak bagusnya bila jenis kahwin awal ni sibuk nak upload gambar bahagia dengan pasangan dekat media sosial. Tolonglah. Tak perlu kot nak update atau upload 24 jam setiap detik dengan pasangan halal anda tu dekat medial sosial. Aku tahu korang tengah bahagia dapat peluk pegang cium pasangan korang sebab dah halal. Iye pergilah peluk cium sana tu. Tapi benda gini tolonglah jangan duk tayang sangat dekat umum. Kau rangkul lengan husband kau dan bubuh caption sweet-sweet untuk apa? Apa niat sebenar ni? Orang daripada suka tengok jadi meluat. Tapi ada yang berani nak tegur ke? Takde pun aku rasa. Sebab satu, orang masih rasa itu sweet. Atau dua, orang dah tak ambil port. Atau tiga, orang dah unfollow kau. Haha.

Bayangkan, senior aku upload gambar dengan pasangan dia dengan caption anniversary setiap minggu. Memang perlu eh mention sekarang dah masuk minggu anniversary yang ke berapa? Senior aku ni kahwin masa belajar sebab perkahwinan atur. Jadi, kiranya dia ni bercinta selepas nikahlah. Aku pikir mungkin dia terasa sangat bahagia pasal bercinta tu lalu dia fikir ‘Eh aku nak sharelah kebahagiaan aku ni dekat insta, nak kena update apa perasaan aku ni’. Duh.

Kita bandingkan dengan ibu ayah kita sajalah. Pada zaman sekarang dimana golongan ibu ayah lebih gunakan facebook berbanding zaman dulu, ada ke kita tengok diaorang upload pasal kebahagiaan diaorang 24 jam? Ibu ayah aku tak reti guna facebook semua ini tapi takpe tak jadi masalah pun. Aku kawan juga dengan ibu ayah kawan-kawan aku dekat facebook. Dalam ramai-ramai ibu ayah itu, takde satu pasangan pun pernah aku tengok diaorang upload gambar peluk bini/laki masing-masing dan letak caption sweet. Jauhnya beza dengan zaman sekarang hmm.

Lagi seorang junior aku ini. Aku tak pernah pun cakap dengan dia. Follow dia pun sebab banyak cerita pasal kehidupan dia share, kira seronoklah bila baca. Tapi lepas dia kahwin, cerita pasal kehidupan takde dah dia share. Balik-balik cerita pasal pasangan dia yang tersangat perfect dimata dia. Puji pasangan dia rajinlah pemalulah apalah. Come on orang taknak tahu pun lah. Simpan sendiri-sendiri sudahlah. Aku kesian dengan partner dia tu. Sebab junior aku ni tak sedar yang dia dah hampir mengaibkan partner dia dalam diam, tanpa dia sedar. Kalau sampai gambar partner tidur pun nak upload dekat medial sosial, apa sebab sebenarnya ni? Salah seorang kawan aku dari universiti lain follow junior aku ni juga sebab junior aku terkenal. Tak sangka hari itu masa keluar dengan dia, dia cakap “Budak uia kalau kahwin awal memang perangai macam gitu ke? Macam menayang kebahagiaan?” Malu wei sumpah aku malu waktu itu.

Kawan aku. Dia baru kahwin beberapa bulan yang lalu dan dia baru pergi honeymoon sama tempat dengan lecturer aku pergi honeymoon. Aku taktaulah dia ikut trend ke apa sekarang ini tapi semua tempat dia pergi dia mesti upload gambar sambil peluk laki dia. Jenis suka cerita semua benda secara terbuka. Iya niat dia mungkinlah sebab nak share dekat followers dia yang dia pergi tempat indah dan sedang berbahagia sangat sekarang. Pasal lecturer aku tu pulak, beliau muda macam aku dan kawan aku, lebih kurang je usia kami. Tapi takde sekeping gambar pun dia upload pasal dia pergi honeymoon ini. Aku haritu message mdm aku ni, aku saja usik beliau sebab kami rapat “Mdm, mana gambar honeymoon mdm haha takde upload pun?” Simple je mdm aku balas. “Hehe takpela. Bahagia ini takyah tayang pun takpe. Kita simpan sendiri-sendiri je cukuplah”. Nampak tak beza antara orang matang dengan budak-budak yang berkahwin?

Kalau aku nak tegur pun, mesti akan ada manusia yang rajin komen ‘eleh tak suka tak payahlah follow’. Mereka kawan aku. Aku follow sebab nak tahu apa perkembangan mereka, tapi kalau inilah yang ditayangkan, hmm tak mustahil kalau aku terpaksa unfollow terus manusia macam gini. Sebab itu aku ambil langkah untuk bagitau sini dengan harapan tolonglah baca wahai kawan aku, senior aku, dan junior aku!

Jujur aku cakap, disebabkan golongan ginilah aku dah mula ada perasaan buruk pasal kahwin awal semasa belajar. Merepek tahu merepek? Belajar tak habis lagi dah sibuk nak kahwin. Kalau jenis reti tutup rahsia tak menayang takpela juga. Kahwin awal itu tidak salah, yang salahnya bila orang yang berkahwin itu buat perangai macam gini. Aku tanya kawan aku haritu kenapa dia nak kahwin awal,iyalah lagi 2 tahun kot nak habiskan study. Dia cakap kalau aku berada ditempat dia yang dah couple lebih 4 tahun dengan partner dia, akan timbul rasa kosong dekat relationship ni sebab korang takboleh nak pegang-pegang. Huh? Kalau rasa kahwin awal tu semata-mata nak jadi halal dalam bab pegang-memegang, tolonglah betulkan balik niat tu. Aku tak reti juga bab agama begini, tapi sekurang-kurangnya aku tahu ini tak sepatutnya jadi niat utama kenapa nak berkahwin awal.

Yang kecewa.

#NotaWawa: kecewa ke jeles? Haha *burn*.

– Cik F

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Monday, 29 August 2016

‘Confession’ Bekas Peniaga Produk MLM

PengakuanKu

Terima kasih admin sebab publish kan kisah ini, moga memberi manfaat kepada semua.

Ramai yang berkongsi kisah mereka akibat di tipu oleh MLM, dan saya pun rasa perlu untuk saya berkongsi kisah saya, mungkin juga saya tertipu dengan MLM ni tapi saya mengaku selama saya menceburkan diri dalam MLM (Saya rahsiakan company apa).

Saya mendapat lebih banyak pengalaman dan mengubah diri saya ke arah yang lebih positif, benda yang mendatangkan keburukan tu saya ambil jadikan pengajaran jer..

MLM ni saya bahasakan bisnes je lah senang cerita dan nak faham. ok.. cerita saya dan bisnes ni bermula bila saya start consume product dia, tak di nafikan product bisnes ni sangat berkualiti dan berkesan, saya sendiri mendapat result yang saya inginkan. Pada mulanya saya tak berniat pun nak buat bisnes ni, selepas graduate pun saya dah siap siap set kat kepala JANGAN BUAT MLM, DIRECT SELLING ATAU PYRAMID SCHEME! tapi.. betul lah apa orang kata, kalau benci jangan tunjuk kita benci nanti kena dengan batang hidung sendiri. huhu

Sambung cerita, di pendek kan cerita, saya join bisnes ni under kakak saya, kakak saya ni berduit dan saya masa tu kerja pun tak stabil sangat sebab dengan bidang saya ni susah nak cari kerja yang bersesuaian dan mendapat gaji bersesuaian. macam biasalah.. kerana faktor nak kaya cepat dan tak nak kerja under pressure boss saya pun decide berhenti kerja dan buat bisnes ni sepenuh masa. Sebelum saya decide tu, kami (saya dan kakak) selalu datang event dan training, dalam event dan training tu beberapa orang yang sudah berjaya dalam bisnes ni berkongsi cerita/pengalaman mereka sebelum mencapai kejayaan sedemikian rupa. kata kata semangat segala yang positif semua kena bagi sampai lah saya rasa dah di brainwash jadi positif sepositif positif nya.. semua benda susah jadi senang.. Kakak saya yang sudah excited ni pun tak fikir panjang dia keluarkan 10K dari simpanan dia dan pakat dgn saya untuk buat bisnes ni, masa tu lah saya decide berhenti kerja dan berfikir yang saya mampu melakukan bisnes ni sehingga berjaya. Kakak saya ni lebih kepada pelabur dalam bisnes ni, dia ada duit so dia bagi saya modal dan saya yang akan buat semua.

Berbekalkan cerita cerita positif yang selalu saya dengar dalam event dan training, yang mengatakan bahawa bisnes ni senang je nak naik level, yang penting kena cari orang (target) dalam sebulan dan nak cari orang pun bukannya susah, just bercakap dengan orang … saya pun mulakan lah bisnes ni.. selama 4 tahun ni saya dah bertungkus lumus buat bisnes ni, ya.. sangat fun, saya sangat suka lifestyle dalam bisnes ni tapi….

Di sebalik cerita kemewahan yang di kongsi oleh mereka ni rasanya tak ada pun yang betulnya.. mungkin ada tapi bukan tepat 100%. Siapa yang pernah kena approach MLM tu memang tau la skrip mereka.. kata dah pergi keliling dunia, dah ada banyak aset, tiap bulan income ber K K K.. ya, masa tu itu lah juga yang membuatkan saya sangup melakukan bisnes ni.

Tapi.. di sebalik keseronokan tu, saya mula mengalami masalah kewangan, sejak saya berhenti kerja, yang tolong saya bayarkan kereta ialah kakak saya, yelah dia yang excited so dia sangup la bayarkan dan bagi modal segala, dan segala perbelanjaan pun kakak saya juga yang bagi tapi… setelah setahun dalam bisnes ni.. tak nampak sangat hasilnya.. mungkin juga cara kami buat bisnes ni salah so tak ada lah income sampai ber K K K … di tahun yang kedua, kakak saya mula menyuruh saya mencari kerja semula sebab dia pun sudah tak sangup nak bayarkan bil bil saya..

Saya masa tu dah bersemangat sangat nak buat bisnes ni, dah tak peduli apa orang kata, pada tahun ketiga.. betul betul menguji saya, kakak saya dah putuskan bantuang kewangan hahaha so, saya cuma harap duit dari hasil bisnes tapi serius, bisnes ni tak pun buat saya kaya kaya seperti yang di gembar gemburkan.. masa ni lah saya merasa langsung tak ada duit nak makan, bayangkan setiap hari saya save duit untuk isi minyak kereta jer.. bila nak makan cuma ada dua tiga ringgit jer.. huhu, tapi yang bagusnya masa tu saya tak pernah putus asa, saya jadi lebih kuat bila saya di beri ujian macam tu, cuma..

family saya mula nasihatkan saya untuk berhenti buat bisnes tu, mak saya selalu cakap “awak tu belajar tinggi tapi buat kerja ni kenapa? cari la kerja…” kakak saya yang dulu beriya iya bawa saya buat bisnes ni dah buat tak peduli dengan saya, setiap bulan dalam tahun tu mesti saya akan mesej dia minta pinjam duit, dia bagi.. tapi mesti kena marah dulu, kena marah yang boleh buat saya murung beberapa hari, masalah kewangan saya masa tu betul betul mengubah saya dari seorang yang amanah ke orang yang tak amanah, benda yang saya paling kesal yang telah saya buat ialah, saya pakai duit kakak saya yang sorang ni lagi tanpa kebenaran dia, dia percaya dengan saya bagi kad bank tolong dia bayarkan kereta dia, tapi bila saya nampak duit banyak dalam tu… dan saya kebetulan nak bayar tunggakan kereta masa tu… saya pun pakai duit dia bayar kan kereta saya… sumpah.. saya kesal sangat buat begitu masa tu.. dan selepas kejadian tu kakak kakak saya semua marah dekat saya.. semua bagi mesej panjang panjang nak sedarkan saya supaya cari kerja dan bayar semua hutang hutang saya.. huhu

selama setahun juga saya berfikir baik buruk bisnes ni dan akhirnya selepas tahun ke 4 tu saya decide berhenti buat bisnes tu. sekarang saya dah kerja, kerja makan gaji tapi serius saya boleh sara hidup saya dengan duit gaji saya, dah tak minta minta dengan orang. so… ini pengalaman saya, some people memang berjaya buat bisnes ni, tapi sometimes saya terfikir cerita success yang mereka kongsi tu betul betul ke atau sekadar menarik perhatian orang, saya tak pandai sangat menulis ni kalau ikutkan hati ada banyak part lagi patut saya dedah so pembaca boleh nampak lebih jelas tapi rasanya ni pun dah panjang berjela, kut kut ada yang dah skip ke comment nak comment boring baca cerita ni hahaha. sorryyy

Benda baik yang saya dapat hasih dari bisnes ni, saya jadi seorang yang berfikiran positif, lebih pandai bergaul dengan orang dan saya pun tahu orang yang jual MLM ni, orang tu just tengok saya dah boleh agak dia nak jual MLM so, saya dah tahu macam mana nak turn down dorang ni hahhaha.

Benda yang saya menyesal ialah, 4 tahun yang saya sia-siakan untuk career saya tapi dalam 4 tahun ni juga banyak bagi pengajaran kepada saya. Sekarang ni.. kalau ada yang nak bawa buat MLM lagi.. i say NO. dah tak nak buat MLM, bila tengok kawan kawan yang post dekat fb tentang lifestyle dorang i still wonder.. betul ke sesenang tu? Kalau dah senang macam tu, kenapa masih nak cari orang bawah dan tayang kemewahan? Oh, nak berkongsi kesenangan ya. Yeah right.

Sekian dan terima kaseh :)

– yang dah tak nak buat MLM

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.