Thursday, 25 August 2016

Bridesmaids vs Servants

PengakuanKu

Salam admin. Thanks siarkan my confession. Issue macam simple, tapi kalau terkena kat kita, memang sakit hati.

Kepada bakal pengantin (perempuan especially, yg pengantin lelaki tu tak kisah pun kewujudan bridesmaids ni), tolong ambil masa baca luahan ni kejap supaya tak berulang pada majlis bahagia korang.

1)Issue Tema Warna.

Kalau berniat nak ada theme colour, tolong jangan usulkan warna pelik2 yakni dengar nama warna pun dah berkerut muka. Peach salmon, purple brinjal, dark turquoise dan apa2 jadah warna lagi tah. Bridesmaids u duduk 1 Malaysia, ada Perlis, KL, Terengganu, even Borneo. Bukan duduk 1 kampung boleh adakan mesyurat tingkap sambil tunjuk contoh skim warna yg tepat shade nya. Paling koman pun discuss through whatssap. Dah le kami (bridesmaids) ni kuar duit sendiri ikut warna tema, silap shade sket terus pengantin bajet2 merajuk tak sama warna. Phhuii.

Cadangan 1: Pengantin keluar modal beli kain (takda issue salah shade warna, x cukup duit beli kain, sponsor shawl. Sapa suh gedik nak tema2 warna tapi tak tak cukup budget).

Cadangan 2: Boleh nak ada tema warna, tapi jangan sampai susahkan bridesmaids. Bridesmaids ni bukan servant. Sebut je “orange”. Lantak la orange sunquick ke, orange matahari ke, atau orange Unifi. Kalau nak jugak orange sunshine ke apa benda yg susah2, sila rujuk Cadangan 1.

2) Issue Homestay

Alangkah beruntungnya kami bila pengantin ada budi bicara sediakan 1 homestay untuk kami bridesmaids ni. Sediakan di sini bermakna kami tidak keluar modal ye, tong-tong duit bayar homestay. Nak sediakan, sediakan betul2. Kalu xde, kami boleh plan balik hari atau google kat agoda n tripadvisor.

Dan seharusnya mereka2 yg dijemput jd bridesmaids ni adalah dr golongan anak dara. Pasaipa?? pasai kami ni lah yg akan duduk 1 rumah bermalam, buat keje rewang mana patut, tak tido semalaman bersembang sebab rindu lama tak jumpa. Bermakna kami bebas berjalan bergaul mesra dengan kawan2 kami tanpa hijab di atas kepala. Jadah mende bila ada bridesmaids yang dah kahwin bawa suami masuk serumah dengan bridesmaids lain??

Cadangan 1 (to bride) : Nak sediakan hoemstay, biar seikhlas hati. Again, xde budget x payah nak ada bridesmaids. Kami bukan servant.

Cadangan 2: (to bridesmaids yg dah berlaki) : Pernah dengar budget hotel? Jangan risau korang selamat dr serbuan JAIS. Ye u sorang je yg selesa dgan husband, kami x selesa.

Lastly, kena ingat balik apa sebab utama nak adakan kenduri walimatulurus ni. Bukan untuk bermegah2, (tapi budget takde dan kami pulak jadi servant). Yang penting keberkatan dan doakan kebahgiaan pasangan pengantin. Bila tetamu datang dr jauh, pengantin sambut dengan sebaik yang boleh. Kami usaha datang dari jauh, jangan bebankan kami dengan hal remeh temeh.

Bakal pengantin, anda diraikan pada hari tu. Doa hadirin yang datang jauh lagi penting. Bukan dalam kepala fikir dalam gambar nanti warna bridesmaids semua kena sama tone.

– Ex-Bridesmaids

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.