Wednesday, 31 August 2016

Ibuku Seorang ‘Cleaner’

PengakuanKu

Assalammualaikum para pembaca sekalian. Di sini saya ingin berkongsi cerita mengenai ibu saya iaitu seorang pekerja cleaner. Saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat dijadikan tauladan.

Aku selaku anak bongsu selalu menjadi tempat luahan mak aku menceritakan masalah. Bukan apa sebab semua adik-beradik aku yang lain dah berkahwin. Kalau diikutkan , mak aku boleh je berhenti kerja duduk rumah tapi mak aku ni jenis yang tak boleh duduk diam dan ada je perkara yang dia nak buat. Oleh sebab itu dia bertekad nak bekerja juga walaupun sudah dimamah usia. Mak aku ni buta huruf tak pandai membaca mahupun menulis jadi mak aku pun apply kerja sebagai seorang cleaner sebab mak aku ni memang suka kerja membersih.

Pada suatu hari itu mak aku cerita kat aku, sedang dia membersihkan tandas, datang seorang pemuda ni sepak baldi mop mak aku sampai air dalam baldi tu tumpah. Mak aku tegur la kenapa dia sepak baldi tu, lepastu boleh pulak lelaki tu cakap ‘ kenapa kau letak baldi mop dekat sini bodoh, aku sepak la biar aku boleh lalu’. Dia cakap tu dengan nada marah. Mak aku masa itu tak tau nak buat apa lalu mak aku nangis la. Bayangkanlah, kau pikir kerja cleaner ni senang. Kalau takde cleaner, siapa nak bersihkan tandas yang berbau hancing dan bermacam bau tu. Dahla kerja cleaner ni pergi kerja tak nampak matahari balik kerja pun tak nampak matahari. Mesti la penat kan. Macam tu la apa yang dirasai mak aku waktu tu sampai hanya boleh menangis sambil buat kerja. Balik rumah je mak aku cerita la kat aku pasal kejadian tu. Mana tak geramnya aku bila dengar. Dah la mak aku ni umur 50-an, cuba bayangkan orang tua ditengking, kau sanggup tengok?

Lepas itu, aku suruh mak aku berhenti la takpun kerja tempat lain tapi mak aku taknak sebab duduk rumah bukan buat apa pun. Itu baru kejadian pertama. Kejadian kedua pula, mak aku bersihkan pejabat, lepas tu ada la seorang kakak ni hilang telefon bimbit dia. Jadi dia tuduh la mak aku yang ambil padahal mak aku tak ambil pun. Punya la mak aku ulang ayat yang dia tak ambil tapi perempuan tu tak percaya sampai jadi kes polis. Mak aku disoal siasat and guess what handphone perempuan tu tertinggal kat kereta dia. Aku sumpah geram dengan orang macam ini. Ingat kerja cleaner ni rendah sangat sampai dituduh mencuri disebabkan status cleaner. Ingat cleaner ni apa tak ada perasaan ke. Bajet kerja ofis gaji beribu-ribu lepastu menuduh orang lain yang dikatakan pekerja cleaner ni miskin takde duit sebagai motif curi handphone. Ya Allah, tolonglah la jangan ada mentaliti macam ini guys. Mak aku cerita kat aku dengan nada kesal pasal kejadian tu.

Tetapi, mak aku pun ada juga cerita perkara baik jadi cleaner ni. kadang ada orang belanja mak aku nasi, kadang ada orang bagi mak aku sedikit duit sebab mak aku kata orang yang bagi tu anggap mak aku ni sebagai mak dia. Mak aku paling suka bila sedang dia mop lantai or bersihkan ofis, ada orang senyum kat mak pastu cakap terima kasih. A simple thank you is enough to make my mother happy. Jadi, mak aku sangat berterima kasih dekat orang yang selalu tolong mak aku bagi makan, bagi duit, bagi benda dan sebagainya. Terima kasih sangat. Kadang duit yang mak aku dapat tu bukan mak aku guna pun, tapi mak aku sedekahkan kat masjid.

Kita ini sebagai manusia perlulah hormat sesama kita. Jangan lah nak membezakan status kekayaan dan kemiskinan sebagai penanda aras untuk tidak menghormati orang lain. Setiap pekerjaan ada kepentingannya. Sekian

– anak emak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.