Wednesday, 24 August 2016

Mulianya Hati Sahabat Ku

PengakuanKu

Sebagai permulaan, aku sekarang tengah enjoy cuti semester dekat rumah. Tapi ada kawan aku tengah struggle baca nota sebab kena repeat paper. Sebenarnya kawan aku ini tak ada inform aku yang dia kena repeat tapi aku dapat tahu dari kawan aku yang lain. Serious terkejut aku masa itu. Walaupun aku lulus exam, aku sepatutnya happy dan lonjak lompat kegembiraan, tapi bila aku dapat tahu pasal kawan aku itu langsung tak ada semangat aku nak celebrate.

Sampai ke hari ini aku masih duduk fikir macam mana la perasaan kawan aku seorang ini. Aku mohon kau tabah. Ini semua dugaan dari ALLAH. Aku nak kau kuat dan jangan pernah give up. Exam supplementary makin dekat, perbanyakkan study! Aku tahu kau boleh ! Kalau kau perlukan bantuan dari segi mental mahupun emosional, tolong lah contact aku. Aku akan sentiasa ada untuk kau. Aku ini duduk menunggu kau untuk contact aku je. Nak suruh aku contact kau dulu, memang tak berani la aku ini. Sebabnya aku tahu kau jenis yang tak suka orang tahu pasal hidup kau lagi-lagi bab result exam. Selama ini punya result exam bulanan pun kau tak pernah share, passed atau failed lantak kau la dan kau juga pernah kata ‘MIND YOUR OWN BUSINESS’. Ya betul, aku faham dan sangat respect hak kau itu.

Tapi kalau ini punya exam sikit pun aku tak boleh diam. Siang malam aku duduk fikir pasal kau. Kalau kau perlukan bantuan tolong la contact aku. Aku sedia menolong. Jujur aku cakap, aku malu dengan status FRIENDSHIP aku dengan kau, kalau aku hanya diperlukan saat kau happy sahaja. Contohnya waktu celebrate birthday, atau outing sama-sama (makan, tengok wayang, shopping barang).

Habis sekarang ini, waktu kau tengah susah aku langsung tak ada nak contribute apa-apa. Kawan jenis apa aku ini. Aku tak tahu la kau ini anggap aku kawan rapat kau ke tak. Tapi aku nak kau tahu kau memang kawan aku. Aku sekarang tengah susah hati sebab aku pernah cakap walau apa pun jadi aku nak kita sama-sama graduate, pakai jubah sambil dekat tangan ada scroll certificate dan dalam gambar semua ada, tak ada satu pun yang tinggal.

Okay la, aku tak tahu nak tulis apa lagi ini, yang penting aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. GOOD LUCK EXAM! Kau boleh buat punya, percayalah.

– KAWAN KAU

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.