Assalammualaikum para pembaca confession IIUM ni. Harap confession aku ni jadi iktibar buat yang lain.
Aku student di ipta (bukan uia). Aku ada masalah dengan housemate yang jenis panjang tangan ni. Aku namakan dia Lynn. Lynn ni mcm aku jugak dapat pinjaman PTPTN. Oh ya, aku dan member lain dok menyewa di luar kampus dalam satu rumah ada 8 orang. Satu bilik 4 orang.
Kira lama juga kami duduk serumah, hingga semester ke 6, tak lama lagi tamat pengajian. Lynn ni, bukan lah dari keluarga susah sangat pun. Mak ayah dia bekerja. Adik beradik pun 3 orang je. Tapi sebab sikap boros dia bak kata mak dia pakai duit macam ayaq. Mak dia orang utara kot.
Bila duit pinjaman keluar, korang tau apa perkara pertama dia akan buat dengan duit tu?.. pagi-pagi lagi dia akan keluar ke Sg Wang beli komik. Alam perwira la, detective conan la dan tah apa lagi komik yang aku tak reti judul apa. Pendek kata meja study dia atas bawah penuh dengan komik je. Bayangkan ketagihan dia dah kronik macam tu. Kita tegur dia buat pekak je.
Baru seminggu ke dua minggu dapat duit pinjaman tu, dah habis. Kalau dia ada baki duit lagi, dia bawak family jalan jalan makan angin. Aku jadi tau dia guna duit pinjaman tu sebab dia sendiri yang cerita.
Then lepas duit pinjaman habis, duit yang sepatutnya kita guna untuk biaya pelajaran dan beli buku buku rujukan dan duit saku, lynn mula lah mengendeng makanan orang .. dia tak ada duit nak buat makan pun. Nak mintak kat mak, mak dia sure marah.. dapat duit dia beli komik lagi. Selain bab mengendeng or pow makanan orang, sampai housemate aku bengang, yelah orang lain keluar duit kot nak makan, dia tumpang sekaki tanpa segan silu. Beli 2 ketul ayam kfc, seketul dia amik. Bab tu ok lagi.
Bab yang kami tak tahan, housemate aku 3 orang asyik merungut duit mereka dalam purse hilang. Hilang RM10, 20, 50 pun ada. Mulakan sangkakan toyol kepala hijau la. Sebab tak ada yang mengaku. Nak kata ada orang pecah masuk, tak ada pula. Tapi yang peliknya roomate aku tak pernah kena. Aku pun tak pernah hilang duit. Sampai kan aku jadi tension sebab tak boleh nk fokus kat study. Roomate aku siap tabur kacang hijau la kat tingkap, kat pintu. Tapi duit hilang juga.
Sampailah aku syak ni kerja si Lynn. Kami tanya baik baik dia tak mengaku. Sebab apa kami syak dia sebab dia kata dia tak ada duit, tiba tiba balik dari mana taktau dia bawak balik komik baru beli..oh ya, waktu-waktu kejadian kehilangan tu, aku memang takde kat rumah so aku dah terkecuali kan..
Start dari situ, aku dan housemate aku yang lain pakat nk perangkap si lynn ni. Kebetulan aku balik rumah parents aku, bila balik rumah sewa aku bawa air jampi. Konon- konon je air jampi padahal air masak biasa je aku isi dalam botol. Malam tu malam jumaat, semua housemate aku 8 org ada di rumah. Aku ajak semua solat maghrib dan isyak berjamaah. Sambil tunggu isyak kami solat hajat. Aku konon jadi ketua dan imam aku bagitau solat hajat nak mohon petunjuk siapa yang mencuri tu. Si lynn ni tak join solat dia kata dia uzur. So ok lah. Lepas solat hajat, aku letak air dalam botol tadi kat depan kami. Aku panggil lynn sekali. Aku bagitau tu air jampi, sapa mencuri tak mengaku kalau perut buncit aku tak dapat nak tolong. Aku suruh semua mengaku, kalau rasa tak buat minum la air tu. Semua minum segelas. Lynn pun minum. Then, aku suruh sorang2 junjung Quran. Semua pun buat lynn pun buat.. aik aku pelik bukan ke tadi dia kata dia uzur. So lepas solat isyak masing- masing buat hal sendiri.
Sampai la dah nak tengah malam tiba-tiba si lynn menangis teresak-esak. Kami semua pelik la apahal pulak dia ni. Dia jadi tak keruan lepas minum air dan junjung Quran tu tadi. Mungkin diburu rasa bersalah. Dia mengaku la dia yang curi duit tu selama ni. Dia takut perut dia buncit..hahaha..
Lepas kejadian tu, semua orang pulaukan dia. Aku tak tau jadi apa dah kat si lynn tu, housemate aku ramai dah grad, aku ada setahun lagi sebab course aku 4 tahun. Aku pun pindah dari situ aku mintak kolej dalam kampus. Sebab dah final year aku nak fokus kat study malas nak pikir hal lain dah.
Kepada lynn, atau yang lain, aku mintak maaf terpaksa guna cara tu. Air tu tak ada sapa sapa jampi pun. Aku tipu je. Hahaha. Kalau dia betul ada masalah duit bukan itu caranya, orang lain pun duit belanja parents bagi. Ikat perut nak survive kt Universiti. Tapi lynn pilih jalan salah. Aku harap dia sedar dan berubah demi kebaikan diri dia juga.
Terima kasih admin.
– Intan Payung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment