Tuesday, 23 August 2016

Keberkatan Doa

PengakuanKu

Assalamualaikum, thanks admin kalau confession aku diterima .
Aku bukanlah seorang pelajar yang hebat . Akan tetapi aku rasa betul-betul terkesan dengan doa dan berkat orang sekeliling yang sangat memainkan peranan untuk aku jadi apa yang aku tengah tempuhi sekarang.

Kalau kat sekolah rendah dulu, aku memang style gila-gila atau gangster jugak la . Means pergaulan dengan boys memang tak tahu apa lagi la . Bergaduh , bertampar tu macam standard , tapi 1 ja kelebihan aku, dengan kawan ja aku ni kasar dan ganas, tapi kalau depan cikgu dulu, memang pijak semut pun tak mati . Tapi tu cerita sekolah rendah la . Haha . Disebabkan aku ni terlalu baik dengan cikgu plus pelajar cemerlang upsr, so aku pun dapat la gelaran , ‘tokoh pekerti terpuji’ . Kawan-kawan aku yang lelaki ni memang pelik sebab dengan diorang jangan harap la , aku nak berlemah lembut . Sebab dulu, aku panggil diorang pun, panggil nama ayah diorang ja . Haha

Then , bila dah dapat result upsr yang cemerlang, aku pun sambung la sekolah menengah ke sekolah agama yang popular juga la. Nama pun sekolah agama, mestilah perwatakan yang sangat berbeza dengan diri aku, aku diajar pakai tudung labuh, jaga ikhtilat dengan lelaki, tutup aurat . Kelas pula asing dengan lelaki . Jadi, memang masa tu, aku hidup dalam suasana yang islamik . Tentang pelajaran pula, dalam kelas aku tu mostly pelajar yang dapat 5A dan 4A ja masa upsr . Ramai nya datang dari sekolah rendah islam, aku pulak memang takda langsung basic arab . Last belajar bahasa arab masa darjah 2. Memang masa tu aku menangis juga la bila ustaz masuk terang pasal اسم dan فعل , satu pun aku tak faham. Sekolah aku ni pula , kena belajar 21 subjek, subjek diniah dan subjek akademik . Hmpir 8 subjek ja yang diajar dalam bm/bi , yang lain semua ba . Aku fikir, aku kena semangat, aku tak boleh mengalah, sebab ni sekolah pilihan aku kalau x dapat sbp. slow-slow aku belajar ba dari kitab-kitab subjek diniah tu . Lama-lama banyak vocab arab yang aku dapat kuasai . Sampaikan ustazah percaya dekat aku untuk ajar student lain bahasa arab . Di samping tu, aku tak lupa pesan parents aku, supaya jaga akhlak dengan orang sekeliling kita . Kat sekolah tu, aku memang diajar untuk jaga keberkatan dengan guru-guru . Sepanjang 3 tahun aku di sekolah tu, sekali pun aku tak pernah duduk atas kerusi guru yang ada dalam kelas . Sebab takut keberkatan kita dengan guru tu hilang . Aku antara pelajar yang sekolah target juga dalam pmr . 9A. Tapi masa dapat result trial, cikgu matematik aku sampai nangis sebab math aku C, dan aku berjaya dapat 3A ja . Masa form 1 dn form 2, aku dapat top 3 pun sebab ada subjek diniah, subjek akademik memang aku agak slow . Tapi bila masuk form 3, subjek akademik, yang pihak sekolah lagi tumpu, sebab tu result aku jatuh. Dalam masa yang sama, keberkatan dengan parents dan guru , memang aku jaga , sebab takut , disebabkan hilang keberkatan , effect kat result aku . Alhamdulillah, masa dapat result pmr , aku sendiri pun tak sangka aku dapat straight A.

Aku ambil keputusan untuk pindah sekolah yang lebih hebat after discuss dgn parents, tapi sekolah ni tak da la subjek diniah, cuma ada bahasa arab ja , aku fikir, ok la jugak, sebab aku dah mula sayang dan minat bahasa arab . Disebabkan aku ni pelajar cemerlang kat sekolah lama, masuk sekolah baru , aku antara pelajar yang kurang menonjol . Tapi aku cuba untuk menonjol dan ada la jugak jasa aku kat sekolah tu yang boleh dikenang . Hehe. Zaman spm ni, lagi banyak cabarannya, tambah-tambah aku student aliran sains , memang air mata masa study tu, mencurah-curah ja keluar . Aku actually target nak further study bidang sains walaupun aku minat bahasa arab, bagi aku biarlah kita jadi seorang profesional agama . Itu lah yang umat islam perlukan sekarang . Tapi dengan result exam aku masa spm, orang2 sekeliling tak percaya kebolehan aku, kecuali family aku . Memang lepas spm tu, aku agak stress nak pilih bidang apa . Tapi , dengan sokongan dari parents aku , aku tetapkan niat aku untuk jadi seorang profesional agama.

Tapi sekarang, actually aku tak further bidang sains pun, aku pilih bidang agama . Kenapa? Sebab dulu aku akui masa pilih upu, aku tak ambil langsung bidang agama, semua sains. Aku pun terkejut, dengan result aku tak seberapa, aku dapat further study dengan biasiswa. Betullah, kita merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cintaNya . Bila aku muhasabah balik, aku ni bila spm, bukan pelajar harapan, result pun biasa-biasa ja , tapi banyak rezeki yang aku dapat , sampaikan sebelum aku nak sambung study dulu, ada orang bagi sumbangan hampir rm 10,000 . Parents aku pun terkejut . Tapi aku tak guna pun duit tu, aku suruh parents aku bagi dekat adik beradik aku yang lain, sebab aku dah ada biasiswa. Aku fikir, mungkin ni berkat doa guru-guru dan parents aku dan ni juga mungkin bayaran Allah sebab aku jaga hubungan dengan orang sekeliling dulu, guru dan kawan2 terutamanya. Sampai harini, bila aku balik ja rumah, tempat pertama yang aku akan pergi sekolah-sekolah lama aku . Sebab dekat sekolah la tempat aku belajar semuanya.

Ok, pasal akhlak aku pula, bila dah masuk sekolah menengah , baru aku sedar, semua yang aku buat masa sekolah rendah dulu silap, jadi, aku nak minta maaf la kat budak2 laki yang aku pernah ejek, smackdown dulu . Haha . Smpaikan kalau ada reunion sekolah rendah pun sekarang, diorang takut nak cakap benda merapu dengan aku . Setakat tanya khabar ja . Actually, aku cakap/mesej ja dengan lelaki, tapi aku tahu la batas2 . Selalunya pm pasal kerja and so on . Nak cakap benda merapu dengan lelaki, aku berat skit . Tapi , aku bersyukur sebab semua lelaki yang aku kenal hormat la aku . Means diorang tahu aku ni macam mana orangnya . Aku tak jumud, dengan kawan-kawan perempuan , memang aku gila-gila , dan selalu aku yang jadi pakar rujuk dengan kawan-kawan aku kalau diorang ada masalah. Cuma aku automatik jadi segan bila dengan lelaki . Tapi dalam hal kerja , memang aku strict . Takda nak tersipu-sipu malu. Jadi, sesiapa yang kerja/partner dengan aku tahu aku macam mana.
Aku fikir tu mungkin salah 1 cara aku nak elak zina/maksiat . Latih diri untuk ada rasa malu/segan pada ajnabi tetapi bertempat la. Feel free kalau korang ada cara lain. Masing2 ada cara tersendiri.

Ok, aku nak sentuh sikit bab couple . Aku memang tak pernah ada pasangan cintan cintun ni . Jadi aku tak pernah rasa la nikmat/pedih bercinta tu macam mana. Admire orang tu biasa la , cuma aku tahu orang yang aku admire ni tak nampak pun aku, so aku pun pendam je la dalam hati sampai sekarang .haha. Aku agak terkilan sebenarnya, bila aku pergi lawat sekolah2 aku, cikgu2 disiplin cerita macam2 masalah kat aku, paling teruk masalah akhlak dan budaya couple lah . Series, masa aku masuk sekolah aku tu, aku nak nangis, bumi yang aku pijak dulu dah tak macam sekarang . Aku dengar suara perempuan gelak mengilai, lawan menjerit dengan budak lelaki. Pakaian pulak? Dah tak ikut peraturan sekolah . Aku sedih sebenarnya , sebab aku rasa aku tak mampu nak sumbangkan sesuatu untuk sekolah2 aku .

Ada cikgu yang menangis , apabila pelajar sekarang dah sangat berbeza berbanding zaman kami . Bukan salah cikgu, sebab cikgu masih memberi didikan yang sama . Tapi aku merasa salah aku, sebab aku sebagai senior masih tak mampu bagi contoh yang terbaik . Kepada adik2 yang masih sekolah, jaga la keberkatan adik2 dengan ibu bapa, guru-guru dan kawan2 adik2. Akak tahu, akak bukanlah orang yang terbaik untuk bagi adik2 nasihat , cuma akak cuma nak tengok korang berjaya . Berjaya jadi khalifah dan manusia . Tak rugi pun, kalau adik2 jaga keberkatan tu, at least, cikgu2 takkan lupa adik2. Kepada adik2 sekolah yang sedang bercinta, berhenti la untuk seketika . Korang ada benda yang lagi penting untuk diselesaikan. Tak cukup ke kasih sayang yang parents , kawan2 , guru2 dan family korang bagi? Cuba korang fikir , pengorbanan orang yang akak sebut tu, tak terbilang , adik2 . Ingat, yang paling penting , jaga hubungan dengan Allah, wasilah/jalan untuk adik2 jaga hubungan dengan Allah, adalah dengan insan2 yang akak sebut tadi lah. Moga adik2 jadi orang yang lebih berguna .

Aku berazam 1 hari nanti, aku akan kembali ke sekolah-sekolah aku dan kembalikan semula zaman kegemilangan dulu . Doakan aku .

– Anak didik

– Anak didik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.