Thursday, 25 August 2016

Jangan Kampung Sangat Please

PengakuanKu

Assalamualaikum… thanks kepada siapa yang berkenaan kerana approve post aku ni.

Aku nak tanya pada korang semua.. nanti bila dah masuk alam universiti ke kolej ke atau alam pekerjaan kan..ada lagi ke kawan yang jenis suka ajak teman? Teman pergi toilet lah, pergi perjabat lah, pergi jumpa cikgu lah.. seriusly aku tak suka.. lebih2 lagi mintak aku teman pergi tandas.. pleaseah. Kau ada kaki sendiri kot..aku sebagai peneman ni untuk jadi kaki kau ke supaya kau boleh berjalan?

Aku memang geram campur rimas. Kalau dalam satu hari tu satu/dua kali je pergi tandas aku ok lah boleh tahan lagi pergi teman kau. Tapi ni tak, dalam satu hari tu, lima/enam/lebih kot pergi tandas! Kau nak pergi, pergi lah..tapi jangan ajak aku. Kau yang nak membuang..Perlu ke ajak aku sekali? Bila aku cakap taknak teman, kau buat merajuk..pastu mula la mengumpat yang bukan2 pasal aku..pastu buat muka dekat aku.. hey..tandas sebelah kelas je pon..tak sampai 10 langkah.. aduiii.. dah la kena pergi teman banyak kali..aku yang duk dalam tandas tu menunggu kau rasa macam orang bodoh je.. yang paling aku geram..aku ingatkan kau nak pergi tandas tu dah tak tahan nak membuang ke apa..skali..pergi betulkan tudung je!

Banyak kali aku pikir.. nanti dekat u ada lagi ke tak yang perangai suka pergi tandas banyak kali..pastu mintak kawan temankan..aku takut aku jadi mangsa kena teman lagi.. kalau waktu malam tu logik la jugak. Ni waktu siang! Pastu pulak dalam kawasan sekolah. Kau ingat ada ke penjenayah yang berani nak masuk kawasan sekolah? Aku ingatkan bila masuk form 6 ni fikiran semuanya matang. Tapi hampeh betul..sama je macam zaman sekolah dulu. Pastu bila ajak pergi kantin ke pejabat ke mana2 ke, mintak teman jugak..yang paling aku geram sekali ajak tu tiga/empat orang kau bawak.. pastu penuh dalam pejabat..pastu kena marah dengan cikgu sebab cikgu pikir ni geng ponteng kelas..

Lepas tu tadi aku betul2 geram rasa nak marah sangat2.. guru kelas ada kat depan baru nak mula mengajar. Pastu tiba2 kawan aku ni mintak aku teman dia pergi dekat cikgu kat depan tu sebab nak bayar yuran. Hey!! Memang rasa eii geram je tau.. depan tu je pon..nak aku teman? Aduhh..aku tak tahu la otak orang yang jenis suka menyusahkan orang ni otak yang macam mana. Korang bayangkan la korang ada kawan pastu kawan korang tu mintak korang teman dia pergi tempat yang hanya dua tiga langkah je.. dalam kelas je pulak tu semata2 nak bayar yuran.. pastu bila dah selesai bayar, korang dengan dia pun kembali tempat duduk balik. Apa korang rasa? Rasa macam bongok tau tak. Orang yang teman ni rasa macam bongok..rasa stupid je pergi teman. Kau ingat cikgu tu harimau ke samoai nak kena teman kau.

Aku ni jenis tak suka buat orang menunggu aku.. aku pun tak suka menunggu orang.. aku tak suka menyusahkan sape2 walaupun dia takde kerja nak buat aku tetap takkan ajak dia teman. Aku lebih suka pergi mana2 pergi sendiri. Benda senang, tempat pun dekat je.. sepanjang aku bersekolah, aku tak pernah ajak sape2 pergi tandas. Aku pergi sendiri.. nak pergi bilik guru, aku pergi sendiri.. apa susah? Sebab aku pikir tu urusan aku, jadi biar aku yang uruskan. Aku tak suka teman kau bukan sebab aku tak anggap kau sebagai kawan, tapi masalahnya aku tak suka buang masa. Banyak benda lain aku nak buat.

Pandangan aku bagi orang yang macam ni ‘kampung sangat’ tau tak.. walaupun aku orang ********, tapi memang aku tak suka sikap dan pemikiran diorang. Diorang ni sifat perkauman sangat2. Kau berani sentuh geng diorang? Memang kau akan kena fitnah tujuh keturunan kau la..kena mengumpat, kena hina..yang paling sedih kena pulau. Lebih2 lagi yang bajet muslimah tu..kau memain la dengan dia, nanti dia ubah dan tokok tambah cerita tu jadi dia nampak sentiasa suci dan kau akan nampak sentiasa kotor..

Tolong la kepada sesiapa yang baca ni yang terkena batang hidung sendiri, lepas ni dah2 la ajak kawan korang tu pergi teman korang pergi mana2.. bukannya tak boleh langsung, tapi tengok situasi dan tempat tu la. Kalau setakat kau nak pergi tandas yang hanya beberapa kaki je dalam kolej pada waktu siang yang ramai dengan penghuni pergi hanya sekadar nak betulkan tudung, korang boleh la siapkan muka untuk disental di jalan tar.

Banyak lagi la pasal meneman ni.. tapi malas aku nak menaip panjang2.. nanti ada yang kata benda kecik je tu pun nak emo.. entah2 yang kata gitu sebenarnya ‘kawan’ aku tu.

– kawan kau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.