Wednesday, 24 August 2016

Wahai Klinik Kesayangan

PengakuanKu

Aku jarang sakit. Tapi bila sekali aku sakit, memang kena pergi jumpa doktor sebab sakit sangat. Itu adalah perkara yang aku paling tak suka, pergi klinik. Klinik bukanlah sesuatu yang menakutkan. Injectlah aku, aku tak kisah. Ubat semua aku makan. Beratur panjang, aku kisah apa. Dah nama pun sakitkan..

Tapi perkhidmatan klinik (adalah klinik tu) sangat mengecewakan aku. Bukan sekali benda ni terjadi. Banyak kali. Aku diperiksa terlebih dahulu di luar oleh nurse. Yang basic macam ambil suhu, check darah tinggi dan sebagainya. Aku perempuan. Nurse tu juga perempuan. Tapi ianya sangat tidak memelihara aurat aku sebagai seorang wanita muslim. Di klinik itu, untuk check suhu pun dia suruh selak tudung( yg masuk dalam telinga tu). Aku tak nak. tapi nurse tu macam tak puas hati. Gila aku nak, dah depan orang semua dia suruh selak. Lelaki semua pon ada. Last sekali , aku ikhtiar juga. aku pusing lubang tudung sampai nampak telinga. tu pun mak aku tolong cover. Yalah, nak check telinga sampai leher terdedah. aku tak nak.

okey, turn aku dah lepas, tunggu giliran nak masuk bilik doktor pulak. Nampak ada dua orang budak sekolah agama baru masuk, dan sampai turn dia pula nak check dgn nurse tu. Nurse tu suruh selak tudung. Dia terkejut kut. mahunya dia tak nak, penat dia pakai tudung labuh, senang senang nurse tu suruh selak. Aku tengok budak tu macam nak nangis.

Aku yang tunggu nak masuk bilik doktor pula berdoa bukan main harap dia bagi doktor perempuan. Yang ini pun satu, Aku cuma harap pihak klinik ni asingkan pesakit perempuan dengan doktor perempuan sahaja. bukan bercampur. Aku susah hati nak pergi klinik sebab benda macam ni. pesakit perempuan diberi doktor lelaki dan sebaliknya. Susah kalau kena check perut, check dada dan sebagainya.

Dan alhamdulillah aku dapat doktor perempuan. Sekianlah cerita aku. cuma harapan aku, pihak klinik dan hospital (mana-mana pun) yang ada di Malaysia ini menitikberatkan aurat wanita muslim. sediakanlah bilik rawatan yang tertutup, bukan di khalayak ramai, dan asingkan lah pesakit dengan doktor mengikut jantina.

Sekian,
Mrs. shadow

– Mrs Shadow

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.