Assalamualaikum semua dan terima kasih admin sudi siarkan confession saya ni. Biarlah aku perkenalkan diri aku dahulu. Aku merupakan seorang gadis yg berasal dr utara tanah air, masih belajar di salah sebuah IPTA di selatan tanah air dan baru berusia lingkungan 20-an .
Peluang. Kadang2 kita tak tahu bila dan macam mana kita nak guna peluang tu. kadang peluang itu datang tanpa perlu dicari. kadang peluang itu perlu dicari sebab ia takkan datang tanpa dicari. kerana itu aku buntu mengenai peluang ini. perlukah aku mencari ? atau biarkan ia datang sendiri ? maka disebabkan itu aku memerlukan pendapat para pembaca mengenai kisah aku ini.
masa aku menengah dulu. aku ada suka sorg lelaki. lama aku suka dia. hampir 4 tahun. tp akhirnya hampa sebab dia bukan milik aku. aku hanya mampu suka senyap2 sebab pada aku biar nanti aku habis sekolah aku bgtahu dia yg aku suka dia. tp perancangan Allah lebih baik, dia ternyata bukan untuk aku. kecewa ? mestilah kecewa . tp mujur aku seorang yg tabah. maka aku terima je segala ketentuanNya. aku percaya pada janji Dia. aku percaya ada yang terbaik untuk aku. malah pada hari perkahwinan dia, ak berani melangkahkan kaki ke majlis walimah dia. aku tengok rombongan pengantin perempuan tu, tapi aku tak mampu tengok majlis persandingan dia. ni bukan cinta monyet ye. ni cinta betul tp cinta ni tak kesampaian sebab dia tak pernah tahu. to me , he completely resembles the personality of my father. so that is why aku tangkap cintan dgn dia, tp tu kisah lama, kisah 7 tahun yg lalu . sekarang pun dah ada anak satu dah. bahagia betul dia dengan bini dia . alhamdulillah.
masalah aku bermula sebab perkara ni terjadi balik. tp bukan pd dia la . pada seorg lelaki yg lebih senang aku namakan sebagai H .H ni merupakan kawan sekuliah aku. orangnya sangat hebat dalam kepimpinan since dia join macam2 persatuan and sangat bijak since dia merupakan dean list setiap sem. SETIAP SEM okay ! memiliki paras rupa yang boleh tahan. pandai berjenaka dan berasal dari bumi kenyalang. satu jarak yang sangat jauh antara kami. dan sebenarnya kami memang berbeza mcm langit dengan bumi.
pada mulanya aku hanya suka2 dengan dia. suka tengok dia senyum, dia ketawa, dia present kat depan. lama2 rasa suka tu bertukar menjadi satu rasa yg sangat dalam. tersangat dalam smpaikan aku betul2 berharap dia jadi milik aku. so far dah tiga sem aku memendam rasa kat dia dan dia tak pernah tahu siapa aku. cuma ada satu hujung sem tu, sebab aku taknak begitu kecewa kalau aku sukakan dia tp sia2, jadi aku mintak tolong sahabat baik aku tanyakan tentang status dia. aku cuma nak tahu status dia masa tu . kalau dia masih single, aku akan terus sukakan dia. tapi kalau dia dah berpunya, aku takkan pernah akan letak dia dalam hati aku. sebab aku dah train hati aku, aku taknak rampas sesiapa dari sesiapa.
lepas susah payah pujuk kawan aku ni supaya tolong aku, dia pun setuju untuk tolong aku. jd aku pun bagi dia nombor H ni supaya dia boleh wasap apa yang perlu. aku tahu perbuatan bg no ni salah, tp daripada aku terseksa tak tahu status dia. baik aku buat macam ni. haha. so then oneday, kawan aku terus terang kat dia , ada sorg perempuan ni minat kat dia dan hanya nak tahu status dia ja. cuma yang tak berapa cerdiknya kawan aku ni, dia boleh pulak bagitahu ciri2 aku , dia bagitahu aku ni kawan sekuliah dia dan berasal dari negeri P yg mana bilangan gadis yg berasal dr P dalam kuliah tu boleh dikira dgn jari. masa tu aku betul2 cuak, gilalah tak cuak. macam mana kalau H tu boleh teka siapa gadis dr negeri P ni . tp cuak aku tak taha n lama lepas aku dengar jawapan dari H ni.
“Alhamdulillah sekarang ni hati saya tiada sesiapa. tujuan sy sekarang cuma nak belajar betul2 dan berbakti kpd mak ayah sy dahulu. dan sejujurnya saya tak fikir tentang jodoh lagi. bagitahu pada dia, kalau ada jodoh antara kami in shaa Allah berjodohlah kami”
lebih kurang macam ni lah ayat dia. ayat yang membuatkan hari aku tu betul2 bahagia. aku dah dapat jawapan aku. dan aku dah tahu nak buat apa lepas aku dpt jawapan tu. since dia kata dia nak belajar dulu, jadi aku hold dlu confrontation antara aku dengan dia. aku nekad nak bagitahu dia lepas kami graduate nanti. jadi aku pun teruslah suka dia smpai saat confession ni dibuat.
sampailah hati aku mula goyah lepas terbaca satu confession dekat sini tentang akak confessor yg tak tercapai cinta dia sebab masing2 memendam perasaan dan akhirnya kecewa. aku betul2 takut kalau itu yg terjadi dekat aku, sampaikan aku betul2 rasa nak terus terang dekat H masa tu jugak. tp mujur iman aku kuat, jd aku masih boleh bertahan.
tambahan pulak dorongan slah sorang lecturer aku tentang cinta dalam diam ni. dia kata kalau yg perempuan2 ni ada minat dekat sesiapa , mohon terus terang dengan lelaki yg kami suka . sebab nanti masa dah nak habis, saham budak2 laki semakin meningkat dan takut terlepas peluang. lagi sekali hati aku goyah, dan masa lecturer tu cakap macam tu, aku hanya mampu pandang H dan berdoa moga H tu tak beralih hati kat org lain walaupun sekarang dia bukan milik aku.
jadi disinilah aku memerlukan khidmat nasihat dan idea dari para pembaca. apakah yg perlu aku lakukan ? istikharah ? aku dah buat, cuma tak nampak lagi jwpn nya. berputus asa ? yg ni 50-50 sebab aku dah jatuh cinta dekat dia. terus terang? aku taknak kacau hati dia. lagipun lelaki mudah jatuh cinta dengan aku sebab paras rupa aku(yg ni bukan bangga diri, tp apa yang kawan2 aku katakan). lastly, teruskan memendam? jujur aku katakan, ia nya sangat sakit. aku tak mampu lupakan dia dan aku tak mampu lepaskan dia. mohon para pembaca tolong saya ye . segala idea dan pertolongan sy dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. saya cuma tak mahu kisah lama berulang . :(
– Miss Hana
#NotaWawa: Since ada beberapa orang complain kenapa post cinta dia tak diapprove, ni wa saji 1 jenis. Kita tengok respon audiens yaw. :)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment