Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan mengikut setia iiumc. Thnks admin sudi approve confession aku ni.
Aku merupakan seorang pelajar tahun 2 jurusan undang-undang di sebuah ipta. Aku mintak maaf kalau korang rasa aku terlalu mentah untuk ubah persepsi masyarakat tentang form 6. Tapi aku just nak bagi pendapat aku. Aku dulu pon memang taknak masuk form 6. Malah form 6 ni memang tak pernah ada dalam kamus hidup aku. Dapat je result spm, aku mulalah fikir nak sambung mana apa semua. Result spm aku takdelah gempak mana. Biasa2 je. Aku dlu budak kelas sains. Jadi sebagai budak sains, aku rasa result aku memang cukup2 makan je. Result matrik dan form6 keluar pada hari yang masa. Kalau kau tak dpat matrik, automatik kau akan dapat form 6. Aku harap sangat dpat matrik sebab aku memang nak jadi doktor.Last2 aku kecewa dan tak dapat. Jadi aku ‘terpaksa’ daftar je dulu form 6 sementara tunggu result upu keluar. Tapi aku buat jugaklah rayuan matrik. Sepanjang minggu orientasi aku rasa macam terseksa jugaklah sebab aku memang taknak masuk form 6.
Dipendekkan cerita, result upu keluar time kitaorg masih dalam minggu orientasi. Check la kan ramai2 dalam dewan. Pap! Aku tak dapat jugak. Sadisnya hidup. Padahal aku memang yakin kot dapat U. Bongkaknya aku waktu tu. Form 6 aku langsung tak pandang. Malah time kawan aku cakap dia nak sambung form 6, aku buat muka blur je kat dia. Betapa teruknya mentaliti aku kat form 6 time tu. Malam tu,lepas dpt result upu, aku menangis depan mak aku. Beria okay. Merah hidung mata semua. Kecewa gila tak dapat U. Sebab taknak form6.
Okay seminggu kemudian keluar pulak result politeknik semua. Dan aku dapat! Kos civil engineering . Time tu aku happy terkata. Ramai jugak kawan2 aku dapat. Dan ramai decided nak tinggalkan form6. Tapi aku pulak berbelah bahagi! Sebabnya aku tak suka engineering. Fikir punya fikir, akhirnya aku decided untuk STAY. Dan kebetulan result rayuan matrik pon keluar. Aku dapat. Tapi aku tak tahu kenapa aku takde hati langsung dah nak g mana2. Padahal dulu aku beria gila nak gi matrik. Mungkin ni petunjuk Allah kat aku. Hati aku sikit pon tak ragu pilih form 6.
Aku pon lalui hidup macam biasa kat form 6. Takda masalah nak sesuaikan diri memandangkan form 6 macam sekolah biasa. Cuti, waktu belaja pon ikut waktu sekolah. Cuma kitaorg ikut sistem U, iaitu ikut sem. Ramai orang cakap belajar form 6 ni susah gila tahap pecah kepala lepastu kerja kursus dia mencabar. Aku dulu takut gila nak masuk sem 2 sebab takut nak buat kerja kursus yang pecah kepala tu. Last2, boleh je dik. Alhmdulilah kami semua boleh je lalui. Kita ada cikgu2 yang boleh bimbing kita dan banyak bantu kami. Kalau kau rasa form 6 ni susah gila, belajar kat tempat lain pon susah dik. Mana ada belajar senang. Antara nak belajar dengan taknak je. Semua di tangan kau.
Kalau time exam, form 6 yang agak mencabar sikit sebab exam dia secara berturut. Kekadang exam 3 days in a row. Tapi chill lah. Kau study laa awal n kau bahagikan laa jadual. Pastu kalau dari segi muet, form 6 ada banyak kelebihan. Kau ada subjek yang dipanggil muet di dalam kelas. So kau memang akan belajar khusus pasal muet. Macammana nak hadapi keempat- empat exam dia which is speaking, writing, reading and listening. Maka kau maanfaatkan masa muet dalam kelas kau dan belajar betul2 . Tak yah laa takut muet, kau belajar mana2 pon kau kena jugak ambik muet. Syarat wajib kalau kau nak ambik degree.
Last but not least, kau belajar form 6, kau dapat jimat dalam beberapa aspek iaitu masa dan duit. Kau hanya belajar selama setahun setengah iaitu 3 sem dan boleh terus sambung degree di ipta kelak. Kemudian, kau jugak jimat dari segi duit sebab kau tak payah meminjam ptptn dan sebagainya. Kau juga dapat baucer buku okay.Kepada adik2 yang masih ragu2 terhadap form 6 ni, bangunlah. Jangan jadikan form 6 sebagai pilihan terakhir. Aku bersyukur sangat masuk form 6. Agaknya kalau aku tak masuk form 6 dulu, aku buat apalah sekarang. Apa pon , semua tempat pon ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau orang anggap kau stok2 tak dapat U sebab masuk form 6 janganlah kau sedih. Buktikan pada mereka yang boleh berjaya sehingga ke menara gading.
– Akak f6
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment