Thursday, 25 August 2016

My Sweet Revenge

PengakuanKu

Assalamualaikum admin. Cerita ni best baik admin post

Disebabkan aku tengah takde kerja bosan kat office ni, rasa nak share something. Bukan senang aku nak dapat waktu free kat office ni. Ceritanya begini….

Aku ni student UIA. budak IT. Tapi dah habis belajar la bulan December tahun lepas . Tunggu konvo bln 11 ni. Sejak 6 tahun aku belajar kat uia sekali je aku pernah dapat 3.00 ke atas. Itu pun short sem time CFS kat pj. kahkah. Orang patutnya short sem 4 flat la kan dah amik dua subjek je. Sebab apa?. sebab aku memang jenis malas belajar. Kalau nak exam last minute baru study. Seingat aku time yang betul betul aku rasa nak menimba ilmu time sekolah rendah. dapat 5A. then masuk sekolah menengah. Start masuk sekolah menegah ni aku malas belajar. Sebab takde orang nak kawal aku. Dulu sekolah rendah mak aku ada. Dah masuk sekolah menengah aku banyak enjoy dengan kawan kawan. Parent aku selalu kena panggil sebab result aku teruk. Haha.Tiap tiap kali bila aku balik kampung then mak aku open story pasal aku habis makcik2 aku semua basuh aku skali..Fuhhh memang hangin aku..dari sekolah ni bermula dendam aku ni. haha.. Sampai la SPM aku dapat 3A. Aku frust sikit la tapi memang patut pun sebab dah aku tak belajar kan. Parent aku start la compare kan aku dengan cousin2 lain yang berjaya untuk menaikkan semangat aku. Aku jadi lagi sakit hati ade la. Haha. Ok done part sekolah menengah.

So lepas sekolah aku nak cari tempat sambung belajar. Mak aku suruh isi website yang pilih universiti tu aku dah lupa apa nama website dia. Aku letak first choice UTM kot. Course engineering lagi. Padahal result 3A je. Haha. Tup tap tup tap dapat UIA course engineering. UIA pilihan aku ke 6. So, aku jadi berbelah bagi nak masuk ke tak. sebab aku ni nakal tau. kat MRSM dulu memang cikgu harap je aku tukar sekolah. Aku fikir kalau masuk UIA jadi tak best la. Takut dikongkong. Aku pun roger budak budak sekolah menengah dulu ada tak yang dapat sekali kat UIA. Takde!. Geng aku semua ntah mana diorang pegi. Mak aku cakap “Masuk je UIA tu. Tu kira peluang la dengan result kau 3A tu ade uni yang amik”. Aku pun decide ok masuk. And time tu aku macam berazam la sikit nak belajar elok elok. Sebab sometimes kalau ade gather family makcik2 aku suka acah2 bagi nasihat berbunyi “Tengok kak ngah tu ha…belajar oversea…Tengok abang ni ha…belajar oversea”. Wei aku hangin betul. Tiap kali lepas diorang cakap camtu aku macam semangat nak belajar betul2 nak buktikan aku pun boleh berjaya walaupun main main. Tapi tak berjaya. Haha. So aku masuk la ke UIA

First sem kat CFS dapat result 2.06 camtu kot. time tu UIA buat law bawah 2.3 ke berapa ntah aku dah tak ingat kena tendang dari engineering. masuk ICT. Haha. menjawab aku dengan mak aku. Sebab aku dah cakap kat mak aku yang kali ni aku nak belajar. Hmm belajar la sangat. Lagi kuat aku enjoy dari kat sekolah dulu. Sebab dia agak bebas sikit kan dari sekolah. Nasib tak kena dismiss je. 2 tahun kat CFS tak tau la apa yang aku buat. Study gitu gitu je.Banyak enjoy. Takde benda pun yang boleh di’proudkan’. Pointer pun sekali tu je la time short sem dapat 3 lebih. Last last lepas gak masuk gombak.

Masuk gombak sekali lagi mak aku ingatkan aku dah dah la main main tu. Fokus kat belajar. Degree ni penting untuk ko kerja nanti. Mak aku cakap camtu. Aku pun ia kan je. Masuk gombak first sem tu aku tak berapa main sangat. Tapi takde la belajar sangat pointer aku first sem kat gombak 2.8 camtu. Tu pun kira dah bangga la. Sebab belajar tak macam student lain tapi kira ok la. Aku bagitau parent aku pointer first sem aku dapat 2.8. Mak aku cakap ok la dah nak cecah 3. Bapa aku cakap sebenarnya result aku tu teruk. Dulu time dia study dulu dean list berapa kali. Kalau bawah 3.0 tu cukup malu la bagi dia. Aku macam “hmm….Whatever”. Sebab pendirian aku waktu tu success bukan pada pointer. Bagi aku bapa aku seorang yang berjaya la…dengan cara dia yang kuat belajar. Pakcik and sepupu aku pulak banyak yang study luar negara. So korang paham paham je la kan. Time raya je mesti parent aku sembang ngan aku “Oh kak ngah tu study UK….Oh farid anak maklong tu study Ohio.. Pak cik ko tu baru je balik dari convo anak dia kat Prague.”…. Aku pun “Oh eh…Hmm…Pandai sangat”. Aku memang tak boleh sebab dari dulu asyik kena compare ngan diorang ni. Somehow aku rasa dihina pun ada. Tapi aku wat lek maintain je dengan cara aku yang malas belajar. haha. Dalam hati aku cakap nanti aku tunjuk jugak kat diorang ni yang aku boleh berjaya. Sampai la masa aku nak intern. Time aku nak intern tu agak susah nak cari company sebab pointer aku rendah. Tapi aku stay positive. Nanti ada la peluang tu.

Tup tap tup tap dapat satu company ni. Company ni programming punya company. Aku cuak la sebab aku tak tau apa. Aku amik jugak company tu. Sebab time interview aku cakap aku memang kosong tak tau apa pasal programming. Dia cakap takpe. Nanti dia bagi training. Aku pun ok. Mula dari saat itu baru aku ada rasa nak belajar. So selama 6 bulan aku intern tu aku belajar programming betul betul sebab aku tau this is the only chance aku ade nak belajar. Alhamdulillah selesai intern baru aku ada rasa macam insan berguna sikit. So aku pun rasa agak rugi tak belajar betul betul dulu. Kalau tak mesti ilmu aku dah makin bertambah. Sebulan lepas aku habis belajar aku dapat kerja software engineer. Alhamdulillah aku rasa ini la moment paling top dalam hidup aku. Sebab time belajar orang tak pernah bagi pujian ke apa2 and aku tak pernah rasa apa yang student2 power tu rasa. Aku tak pernah rasa apa yang cousin2 aku yang pandai tu rasa. So sekarang aku tengok parent aku pun macam dah proud bila sembang dengan adik beradik diorang yang aku sekarang dah kerja agak bagus.

And the best part is time raya baru baru ni aku bagi duit raya kat anak2 diorang RM10 sorg. Then diorang tanya siapa bagi ni?. Budak budak kecik tu cakap “Abang ***** yang bagi” sambil tunjuk ke arah aku….Aku senyum sambil angkat kening…Ahh my sweet revenge….

– X

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.