Aku tertarik untuk berkongsi pengalaman sepanjang duduk di luar negara iaitu salah satu bahagian dalam England. Aku merasakan pengalaman ni boleh dijadikan pengajaran untuk jadikan rakyat Malaysia yang lebih harmoni.
Mesti pelik kan kenapa tajuk aku macam tu? Mula-mula sampai di bumi tanah ratu, aku pernah menyertai satu ceramah anjuran persatuan pelajar Malaysia di sana. Penceramah itu ada mengatakan yang dia nampak lebih banyak Islam di bumi ratu ini dari negara Islam itu sendiri (atau lebih senang negara kita sendiri la kan). Aku terfikir dan memikirkan apa yang dimaksudkan lebih islam dari islam.
Beberapa pengalaman yang aku ingin kongsikan. Pertama, sangat menepati masa. Pengalaman ini aku dapat melalui pengajaran dalam kuliah. Setiap pensyarah takkan pernah lewat walau seminit atau lambat walau seminit proses kuliah. Masih segar dalam ingatan aku, mana-mana pensyarah yang sampai awal di tempat kuliah (aku boleh katakan awal dalam 5 minit) akan menunggu sehingga tepat waktu kuliah bermula. Kadang-kadang nampak tindak-tinduk pensyarah yang tak sabar ingin mulakan proses pengajaran tapi mereka pasti akan menunggu sehingga tepat masa kuliah. Itu cerita di awal masa kuliah. Pernah sekali, ada pensyarah yang ingin habiskan sikit lagi syllabus namun disebabkan masa telah habis, beliau terus tamatkan proses pembelajaran walaupun boleh je kalau pensyarah tersebut menghabiskan sikit lagi syllabus tersebut. Sepanjang aku belajar di sana, pernah sekali je serang pensyarah terlambat masuk kuliah. Bila je pensyarah tersebut masuk, berkali-kali beliau minta maaf sbb lambat masuk atas sebab yang tak dapat dielakkan.
Kedua, bersih. Apa yang dapat aku katakan kawasan perumahan yang didiami majoriti mat salleh sangat bersih dan kemas. Walaupun mereka suka berjemur di mana-mana padang kalau ada matahari muncul, takkan ada sampah yang ditinggalkan merata-rata.
Ketiga, sangat peramah dan berbudi bahasa. Di sekitar kawasan perumahan dan kawasan universiti aku terdapat banyak kedai-kedai runcit. Aku boleh katakan semua cashier yang aku jumpa adalah peramah. Mereka akan sapa dengan “Hi”, “Hi love” dan diakhiri dengan “Thank you”, “Cheers”. Semua dengan senyuman. Sekali lagi aku tulis, dengan senyuman. Maniskan macam tu? Dan juga pengalaman aku ketika mendaki. Jika sepanjang mendaki ada terserempak dengan mereka, pasti mereka akan senyum dan cakap “Hi”.
Keempat, jujur. Ada beberapa pengalaman kehilangan barang aku dan rakan aku alami sewaktu di sana. Tapi aku kongsikan satu je la. Aku pernah tercicir wallet dalam kawasan fakulti yang mana aku sendiri pon tak sedari. Waktu tu tengah ramai orang keluar masuk fakulti sebab pertukaran waktu kuliah. Aku pergi makan dengan rakan-rakan, lepas makan terus aku balik faulti. Seperti biasa, aku akan buka email dahulu. Aku terkejut ada email dari fakulti yang mengatakan wallet aku tercicir dan kena ambil di pejabat fakulti. Aku terus check beg aku, betul la wallet aku tak ada dalam beg. Aku dapat katakan kalau benda kita hilang di sana, inshaaAllah peratus untuk jumpa kembali sangat tinggi kerana mereka di sana sangat jujur.
Aku hanya berkongsi pengalaman aku sepanjang disana. Kadang-kadang aku sendiri nampak Islam di sana dari negara aku sendiri. Banyak yang aku pelajari dari mereka yang bukan Islam. Semoga kita sama-sama ambil pengajaran dan sama-sama jadikan diri lebih baik. Assalamualaikum.
– Gadis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment