Wednesday, 24 August 2016

Realiti Minggu Orientasi

PengakuanKu

thanks admin kalau approve confession ni.

bila sebut orientasi semua mesti macam nightmare..sebab imagine kena ragging,bangun awal dan kena suruh macam-macam..lepas tu asyik kena nyanyi lagu gemuruh nyanyian faizal tahir(yg ni tak tahu kenapa mesti lagu gemuruh)..asyik dengar talk..kena formal-formal..semua yang boring la senang cerita bila sebut je perkataan orientasi

tapi persepsi aku berubah bila aku involve Minggu Induksi Siswa(MINDS) dekat salah satu universiti di pantai timur..masa tu batch tahun 2013..oh ya,aku bukan dari UIA tapi sibuk nak confess kat sini..

antara sebab persepsi aku berubah sebab walaupun fasi ni student tapi ada kesungguhan dan bebarapa faktor lain:

1) fasi yang mesra dan murah dengan senyuman
– dari mula berdaftar fasi2 ni sangat ambil berat..ramah melayan parent dan tak jemu nak jawab soalan(tak buat muka)..sepanjang tunggu turn tu aku suka tengok2 sekeliling..macam2 kerenah dia nak layan tapi boleh cool lagi..dengan ada yang sakit la,komen macam2..kena lari sana lari sini

2) refreshment yang tidak melampau
– selalu dengar org kata minggu orientasi ni ikhtilat tak terjaga..tapi dekat kampus aku alhamdulillah,refreshment sangat menarik dan boleh hilang mengantuk..yang buat kat atas pentas pun hanya fasi lelaki..tak ada yang over2..masa2 senggang antara slot diisi dgn video yg berfaedah..memang happening n enjoy(sebab tu kami asyik minta nak refreshment)..lagu2 pun best bukan tipikal ok

3) slot disiplin
– OMG!!..slot ni yang scary..untuk perempuan ada warta yang kena ikut..salah satu nya kena pakai stokin..mula2 aku merungut juga tapi bila ada seorang fasi ni dia bagi justifikasi pakai stokin ni boleh elak kaki melecet..time orientasi banyak bergerak,tak nak kaki luka..haha..betul juga apa yang fasi tu cakap..dan alhamdulillah sampai sekarang aku kekal pakai stokin walaupun dulu waktu orientasi kena paksa..bagi aku benda ni nampak remeh tapi kebanyakan warta yang fasi sebut bagi aku ada justifikasi bernas
oh ya slot disiplin ni tiap2 hari sebelum subuh dan bagi aku benda2 macam ni la didik kita nak adapt dengan suasana U

4) bukan fasi cap ayam
– haha..kenapa aku cakap macam tu..sebab bila time solat jemaah deorang ni berjemaah sekali..bukan kejut,lepas tu deorang tidur..waktu makan fasi2 ni datang sembang sekali dengan kami..waktu masa senggang dalam dewan deorang jalan2 tanya khabar kat kami

5) Jadual tersusun
– yang ni memang ohsem dekat team fasi sebab susun slot sangat efektif..slot yang berat dan santai dekat waktu yang tepat

6) ketua fasi & pen ketua fasi
– pandai main peranan bila kami kena marah dengan fasi disiplin..hahaha..dua2 pandai control suasana tak nak bagi kami stress..kena provok pun still boleh layan lagi deorang dua org ni..relax layan call n msg kami tanya macam2 sebab contact no deorang ada dekat kad pelajar kami..sampai ada kes budak histeria wktu orientasi,dia dtg cepat wlaupun tengah pagi(mesti letak handset sebelah telinga aku rasa..haha)..kalau aku dah letih memang susah nak bangun..

ok macam panjang pula..pada adik2 kena ubah mindset..jangan fikir negatif bila sebut “orientasi”…aku enjoy dan banyak ilmu yang membantu semasa orientasi..dan alhamdulillah fasi-fasi ni tak sombong..bila tanya pasal nota atau kelas sentiasa bantu walaupun waktu tu dah habis orientasi..

bagi aku..fasi2 yang memimpin orientasi kena ikhlas bukan sekadar hanya mahukan nama..barulah adik2 yang baru masuk dapat terima..sekarang dah bukan zaman ragging dan kekerasan

– -fafa-

#NotaWawa: Boleh improve letak huruf besar di awal setiap perkataan selepas noktah. Noktah tu 1 pun dah cukup. :)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.