Assalamualaikum. Thank you admin kalau post confession aku ni. Aku just nak share/meluahkan perasaan sikit bila dah masuk alam pekerjaan.
By the way, aku seorang perempuan yang sedang bekerja di syarikat swasta. Alhamdulillah. Lepas aku berhenti kerja di satu syarikat swasta yang lain, aku diberi rezeki bekerja di syarikat yang sekarang. Walaupun aku bekerja dikelilingi orang bukan muslim, tapi aku rasa enjoy sebab aku sukakan kerja aku. Diorang pun faham juga tentang halal haram dalam memilih makanan untuk orang Islam. Waktu solat pun diorang tak kacau. Pendek kata kebanyakan rakan sekerja kat syarikat ni baik-baik je.
Cuma satu benda yang aku cukup tak berkenan. Diorang punya gossiping progression sangat efficient. Bayangkan lah aku cuma bawa biskut bangkit cheese je pun. Heboh satu pejabat. Annoying pulak rasa. Lepas tu sorang-sorang datang kat aku mengendeng biskut. Bagi jelah kan since orang dah hebohkan. Aku tak lah kedekut pun. Cuma annoying dengan perangai makhluk macam tu. Kang aku marah kang sentap berpuluh tahun. Hahaha!
Yang aku rasa paling kelakar bila ada sorang kawan pejabat aku ni pregnant. Punya lah bisik-bisik cakap kat aku jangan bagi tahu orang lain sebab kandungan baru lagi. Kiranya aku sorang jelah yang tahu. Tup tup esoknya kawan sebelah aku tanya tahu tak si polan tu pregnant? Aku berpura-pura tak tahu je sambil cakap “Oh yeke, tak tahu pulak” Hahaha hadoi.. Ketahian apakah ini?
Tahun lepas aku pernah kena sekali dengan sorang ni. Dia punya hal, lepas tu bila kawan aku tanya dia, kenapa buat macam tu? Dia sebabkan aku lah dia buat macam tu. Yang paling menyakitkan hatinya, kejadian tu berlaku kat dalam pantry masa kitorang tengah lunch sama-sama dan diorang berborak dalam bahasa Mandarin. Kau rasa?? So lepas lunch tu kawan aku translate semula perbualan diorang. Ha mentang-mentang aku tak pandai berbahasa Mandarin, bodoh bodoh dia mengata aku depan-depan kan. Aku ada juga belajar Mandarin masa study dulu cuma yang aku belajar tu bukanlah bahasa Mandarin untuk pertuturan. Just basic Mandarin je. Siapa yang ambil course Business tahu lah.
Dapat boss baru pula yang jenis bossy nak meninggal. Office aku ni time busy, kau nak berak pun tak sempat. Time free, sampai kematu bontot kau duduk tak tahu nak buat apa. Dah tak ada kerja kan, kitorang gi lah department sebelah (yang sentiasa free) borak lah makan lah. Boss aku ni aku perasan jenis tak campur orang. Duduk je dalam pejabat dia (depan meja aku). So, dia akan Nampak lah setiap gerak geri staff dia.
Ada sekali tu dia panggil kawan aku masuk office dia. Sebelum tu aku terdengar kawan aku ni cakap kat handphone dia pasal customer nak order barang (dia buat part-time job kat luar) Ingatkan kenapa. Rupanya kena marah. Boss aku kata tak suka kitorang sembang-sembang dengan department lain. Dia suruh duduk je tempat masing-masing. Nasib baiklah aku ni jenis kalau nak menyembang pun, kejap je. Lepas tu balik ke meja aku. Dan lagi satu dia kata dia tak suka kawan aku tu buat business luar kat office. Kawan aku cakap lah dah orang tu call, takkan dia nak reject kan? Boss aku ni tetap cakap dia tak suka. Aku pun tak faham kenapa boss aku tu macam tu. Aku syak dia nak staff dia ‘forever alone’ macam dia juga kot.
Lagi satu, orang kata kalau Melayu kerja kat syarikat non-muslim ni, diorang akan kerah tenaga kita betul-betul. Aku sendiri melaluinya. Aku dipaksa buat kerja yang bukan dalam job description. Bila aku refuse dan cadangkan supaya orang yang professional yang buat, boss aku refuse sebab kena bayar. Kalau guna staff sendiri tak kena bayar. Tahi betul. Ya memang aku suka kerja aku, tapi bukan begini caranya. Sobs~
Kesimpulannya, adakah aku je yang berperasaan dan berfikiran begini? Ataupun memang alam pekerjaan begini? Rindu pula zaman balajar dulu. Stress time nak exam je. Setiap kali nak exam mesti aku akan nangis untuk salah satu paper sebab stress study. Hahaha! Lepas tu merdeka.
Ok, aku berhenti setakat ni je. Nanti korang muntah hijau baca panjang-panjang. By the way, seronok baca confessions korang. Heuheuheu.
– Pekerja yang tersakiti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment