Wednesday, 24 August 2016

Patutkah Saya Ambil SPM Persendirian?

PengakuanKu

Assalam.
Sy bukan pelajar UIA tapi hari2 baca page ni. Sy sangat berharap admin sudi approved sy punya confess nie sebab sy betul2 perlukan pendapat orang ramai. sy sangat buntu sekarang.
Okey cerita nya macam nie, sy nie pelajar kolej vokasional kursus elektrik dan sy seorang perempuan. kalau diikutkan berdasarkan umur sy 19 tahun, sekarang dah berada di tahun 4 iaitu tahun terakhir. tapi…. masa tahun 1 dulu, sy terpaksa tangguh pengajian. masa kawan2 dah naik tahun 2, sy masih lagi terpaksa berada di tahun 1 bersama adik2 junior. so, pada tahun nie, sy adalah pelajar tahun 3 sedangkan dengan umur sy 19, sepatunya sy pelajar tahun 4. sy rugi setahun. sebab apa? sebab sy sakit. masa sy form3, sy ada anemia tapi takde la teruk mana sebab baru peringkat awal. cuma kena jaga makan ubat jer. lepas tu masa form4 sy masuk kolej vokasional, doktor detect sy ada penyakit SLE ( systemic lupus erythemathosus ). penyakit nie kalau sape yg tak pernah dengar, ia adalah satu penyakit di mana antibody dlm badan kita akan serang organ dalaman kita. mula2 kena penyakit nie, ubat kena makan dlm sehari dr pagi sampai malam adalah dlm 37 biji sehari. yg jadi banyak jenis ubat tu ubat darah tinggi. ya umur 19 dah ada darah tinggi.

so memang hidup bergantung dgn ubat. sehari jer skip ubat, memang macam2 jadi. sy pernah fitting( sawan) , pengsan, dan macam2 lg. sejak dari tu, hospital dah jadi rumah nombor dua sy. jarum, amik darah, kena tebuk sana sini dah jd perkara biasa bagi sy. sy tak kuat, tp sy terpaksa kuat demi ibu sy. abah sy dah meninggal waktu sy umur 5 tahun lg. abang2 dan kakak sy duduk jauh2. sy anak bongsu. sy pun sejak sakit memang kolej pun selalu tak pergi, final exam pun tak dapat datang sebab selalu masuk wad. nak exam kat wad tak boleh sebab exam kolej vokasional nie ada amali. disebabkan tu la sy kena tangguh sem.

okey, dipendekkan cerita. penyakit SLE sy ni serang buah pinggang sy. dan daripada situ, doktor terpaksa buat keputusan supaya sy buat hemodialisis ( cuci darah ) 2x seminggu. mula2 kena tebuk kat paha. dalam 8hari gitu. lepas cabut yg kat paha, kena tebuk dekat leher pulak ( sekarang pun masih ada. dah 4 bulan ). kalau sape2 saudara dia kena hemodialisis tahu la macam mana rupa bentuk benda nie kat leher. masa nie la dugaan datang bertimpa2. dlm sebulan ada la 2 3x akan masuk wad sebab penyakit SLE nie serang tak kira waktu. kadang2 harini keluar wad, selang empat hari, masuk wad lagi. dan yg terbaru doktor nak buat CAPD pulak kat sy iaitu tanam wayar kat dalam perut. kiranya dialisis kat rumah jer. lagi lah sy makin tak boleh pergi mana2. sebab CAPD nie kena buat 4x dalam sehari. so pelajaran memang akan jauhhh ketinggalan.

disebabkan sy dah memang tak boleh nak pergi kolej dah, so sy buat keputusan utk berhenti kolej. sebab masa akhir tahun 2 haritu pun final exam sy tak ambik sebab masa tu sy tengah betul2 sakit berat. so pihak pengurusan kolej bagitahu kalau sy masih nak teruskan pengajian, SY KENA TANGGUH SEM SEKALI LAGI. bermakna sy kena ulang balik tahun 2 utk ambik final exam. so kalau sy bersetuju nak tangguh sem, bermakna sy dah rugi 2 tahun. kolej vokasional nie program diploma dia hanya 4 tahun je. takkan la sy sorang kena habiskan masa kat kolej vokasional selama 6 tahun?? so sy memang tekad utk berhenti kolej dan ambik SPM persendirian iaitu pada bulan 11 tahun depan. sebab bulan 3 tahun depan baru boleh start daftar. bila dah ambik SPM persendirian nie sy kena belajar sendiri ( tuisyen ) sebab kolej vokasional nie takde SPM tau. sistem dia diploma terus.

jadi…. tujuan sy bercerita tentang diri sy nie, sy nak tanya pendapat korang semua. patut kah sy ambik SPM persendirian? sebab bila sy ambik SPM nie, sy kena belajar dari awal utk cover semua bab tingkatan 4 dan 5 dalam masa yg singkat. tambah pulak, silibus kolej vokasional dgn sekolah menengah memang lain sangat2. sy memang takde langsung ilmu pasal SPM. sikit pun takde kecuali BM jer. kalau kira otak sy memang dah berkarat sebab masa kat kolej vokasional memang tak perah otak langsung sebab banyak kerja amali berbanding akademik. kadang2 sy terdetik di hati betapa menyesalnya sy masuk kolej vokasional tp kita tak baik menyesali takdir kan :( setiap yg berlaku mesti Allah dah tetapkan hikmah disebaliknya. so, nak ambik SPM nie memang sy kena belajar semua subjek tingkatan 4 dan 5 daripada bab 1 sampai habis. mampu kah sy? apa patut sy buat sekarang? sy pun nak hidup dengan ada sijil, sekurang2nya SPM… sedih sangat tengok kawan2 semua dah pergi belajar jauh2. dah nak masuk degree pun tp sy masih di sini. takde hala tuju. tak nampak masa depan.

terima kasih kerana sudi membaca dan maafkan sy kalau ada yg tak faham apa yg sy cerita. dan sy harap korang semua doakan sy sihat mcm org lain. serius sy memang dah tak kuat nak tanggung sakit nie :(

– ya –

– – ya –

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.