Tuesday, 23 August 2016

Life As A Student

PengakuanKu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima akasih admin sudi kongsi luahan aku ni.

Aku baru menamatkan pengajian dalam tiga tahun ini. Aku pun dah kerja. Alhamdulillah. Aku nak kongsi sikit pengalaman yang aku ada sepanjang bergelar pelajar dan apa impaknya apabila kau bekerja nanti.

Masa zaman belajar dulu, aku selalu jadi tempat kawan-kawan atau junior yang tiba-tiba muncul nak tengok assignment. Aku tak pasti dia betul tengok atau tiru atau apa-apa sajalah. Kenapa aku kata tiba-tiba? ya.. memang tiba-tiba masa ada assignment mereka akan tiba-tiba munculkan diri, mesej, datang bilik, sapa kau. Masa tiada assignment atau projek apa-apa kau boleh lihat sendiri bagaimana reaksinya. Perkara ini memang dah biasa sangat. Masa susah barulah cari kawan ke senior ke nak minta tolong kan? Tapi tak pe. aku pun fikir positif mungkin tak sempat kot. mungkin dorang ni ingat aku pandai sangat kot. Wahaha

Kali pertama aku boleh tolong lagi. Tapi masuk sem baru, muka-muka sama je datang nak bodek assigment dengan aku. Dulu aku pula jenis takut-takut. Takut la nak tolak permintaan orang. Nanti dia cakap apa pula. Nanti rasa macam pelik pula bila jumpa. Kiranya takut sangat sebab nak jaga hubungan dengan orang. Kadang-kadang aku stress juga fikir macam mana nak tolak permintaan orang ini. Susah sangat aku nak beranikan diri cakap ‘TIDAK’. Itu aku yang dululah.

Mereka yang datang bodek assignment ini ada banyak jenis. Ada yang minta nak datang bilik nak tengok je dari screen laptop kita.. ada pula yang bila dah terlebih mesra minta softcopy untuk rujukan katanya.. ada yang lagi advance cakap siap-siap nak copy paste tukar sikit-sikit je sebab dah tak sempat sangat nak buat! Mostly budak-budak yang macam ini terlebih aktif programlah, usrahlah, jawatankuasa pung pang pung pang sampai assignment tak siap. Bukan tak boleh nak berprogram bagai, aktif sana sini tapi pandailah manage masa kan? Orang lain tengok kau hebat pandai itu ini, tapi bila bab assignment kau plagiat, tengah peperiksaan kau berbincang (meniru la tu).

Macam junior-junior aku pula, konon nak jadikan senior-senior ini sebagai rujukan. Boleh, tiada masalah dik non. Cuma yang jadi masalah tiap sem baru muka kaulah yang datang menagih rujukan daripada senior. Minta rujukan dari buku-buku terpakai senior tiada masalah dik. Masalahnya bila kau minta nak tengok assignment. Dari awal masuk belajar sampailah habis belajar aku tak pernah minta assignment senior dik. Aku rasa macam malu sangat.. Lagipun, aku fikir senior pun cari sendiri, tiada senior atas nak jadikan rujukan..kau adik-adik bila ada senior je segala perkara minta pada senior. Kelakarnya kadang terpaksa tak baca mesej, buat-buat tidur, kunci pintu sebab nak larikan diri dari orang-orang macam ini. Sampai satu tahap memang letih sebab perkara ini je. Kawan-kawan aku yang lain garang sikit, jadi junior ni pandai pilih bulu. Bila ramah baik sikit habislah kau kena aim sebagai senior mithali. Jadi tegas sikit ok!

Aku bukan kedekut ilmu atau tak ikhlas bab-bab berkongsi ini. Aku nak cakap perkara ini sebab dah terlampau sangat. Bila hidup di universiti ini kau kena belajar berdikari. Buat apa pun cuba dulu sendiri. Dapatkan maklumat daripada lecturer, minta tips, buat rujukan sana-sini, busuk-busuk pun kawan sekelas kau ada untuk buat perbincangan. Dah sampai satu tahap blur tu bolehlah kau cari assignment senior untuk jadikan rujukan. Kadang kita ini sengaja memanjakan diri. Tak usaha lebih, tak nak sakit sikit, tak nak pening sikit.. cuba dik, nanti kau tahu betapa manisnya bila memegang sekeping Ijazah tu.

Apa kaitannya dengan pekerjaan?

Pengalaman secoet aku dalam dunia pekerjaan ini membuatkan aku sedar apa-apa perkara kau memang kena buat sendiri. Jika dulu ada kawan boleh back up kerja kau, dah kerja ini jangan harap. Masing-masing ada komitmen sendiri. Tak payah la nak merengek cakap tak tahu, tak reti, sibuk, tak sempat.. Jadi, dari zaman belajarlah perlu adapt dengan rasa-rasa ini. Tambah bila bos kau bagi arahan, kau kena settle kan cepat dan tak ambil tahu langsung susah senang kau menyiapkan tugas yang diberi. Bagi bos, apa yang diminta pastikan siap. Sini tak boleh dah nak plagiat apa… Masa ini mungkin kau lagi stress sebab dah biasa ‘manja’.

Kisah junior ni tak habis takat itu, tiba-tiba setelah setahun menyepi datang balik untuk cari rujukan pasal kerja pula. alahai… dari zaman belajar sampai dah kerja dia mengekor aku. Wahaha. tapi kali ini aku dah matang sikit… aku berani bagi alasan. Bayangkan dah setahun tak cakap apa, tiba-tiba cari kita minta itu ini. Adik, kalau kau tahu beradab sikit sejuk juga hati ini. Paling-paling tanyalah sihat ke tidak. kerja macam mana. Ini tidak, muncul entah dari mana terus bagitahu nama kau, terus tanya pasal kerja yang kau kena buat tu. Sudah dik, belajarlah cari sendiri.

Perkongsian ini aku harap membuka minda adik-adik yang bakal memasuki pengajian tinggi. Macam aku cakap tadi, bukanlah kami senior ini kedekut, tidak. Kami cuma mahu adik-adik belajar berdikari untuk masa depan kau sendiri. Dah masuk zaman ini mak ayah pun kau kena kurangkan bergantung harap. Belajar setiap perkara itu sendiri. Cuba dahulu. Tiada manusia dalam dunia ini yang tiba-tiba pandai. Semua yang berjaya akan jatuh dan belajar dari kegagalan dia itu. Peace no war!

– Senior garang.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.