Semenjak penggunaan media sosial semakin meluas dalam kalangan generasi baru, saya dapat melihat pelbagai ragam manusia dengan lebih terperinci dan menyedari bahawa generasi ini semakin terpengaruh dengan pelbagai perkara negatif yang tidak kita sedari. Saya bukan bercerita tentang budaya raver, hipster atau trend2 fesyen anak muda zaman sekarang, tetapi lebih banyak penyakit yang dihidapi oleh pelbagai lingkungan umur yang mempunyai akses kepada media sosial.
Contoh 1: Komplen publik (public complain)
A memaparkan di media sosialnya tentang servis restoran B dan tidak berpuas hati tentangnya. Dan dalam situasi ini, A tidak menyampaikan komplen berikut kepada orang berkenaan di restoran B, namun terus sahaja mengecam mereka di media sosial. Dan A mungkin akan menokok tambah dalam paparannya untuk mendapatkan sokongan dari pengguna media sosial yang lain.
Saya sedar bahawa banyak lagi pengguna yang memaparkan komplen mereka di media sosial, setelah berunding dengan pihak tertentu namun tidak mendapat respon yang memuaskan. Namun, ramai dalam kalangan mereka yang mudah melatah dan tidak melaporkan perkara ini terus kepada pegawai syarikat atau servis berkenaan atau tribunal tuntutan pengguna untuk penyiasatan lebih lanjut. Mungkin mereka merasakan bahawa tribunal tidak akan melayan komplen mereka dan tiada tindakan akan diambil. Dan ini menggalakkan mentaliti yang lebih suka ‘membuat kecoh’ untuk mendapatkan tuntutan dan sokongan yang lebih cepat, daripada mentaliti yang lebih mudah membuat komplen di tribunal pengguna untuk menyumbangkan statistik, laporan dan tindakan lanjutan dari badan berkaitan untuk masa hadapan.
Saya minta agar golongan ‘mudah melatah’ ini untuk memerdekakan minda mereka agar mereka dapat berbincang dahulu dengan syarikat atau servis berikut sebelum memaparkan perkara2 negatif berikut di media sosial. Saya juga minta agar mereka tidak mudah melenting dan mengamuk apabila tidak mendapat servis yang diingini, kerana pada pandangan saya, semua perkara boleh dibawa berbincang terlebih dahulu. Saya pasti syarikat atau servis berkenaan tidak ingin menjejaskan reputasi mereka, jadi jika anda berterus terang dengan mereka terlebih dahulu, saya pasti kebanyakan dari mereka akan bertoleransi dengan anda. Sila ingat, bahawa yang bekerja disitu juga ialah manusia, dan manusia tidak lepas dari membuat kesilapan. Jika anda pernah diberi peluang untuk membaiki kesilapan dalam hidup anda, berilah peluang kepada orang lain untuk menebus kesalahan mereka sebelum menghukum mereka dan memalukan mereka.
Contoh 2 : Kecaman umum (public shaming)
Juga berkaitan dengan perkara diatas, tetapi ini lebih ditujukan kepada individu tertentu secara khusus. A tidak berpuas hati dengan B tentang sesuatu, maka A akan menyatakannya di media sosial tanpa menulis nama B, tapi memberi komen secara sinis tanpa bercakap terus dengan B.
Jika anda selalu berbuat begini, saya pasti ada dalam kalangan rakan media sosial anda akan berfikiran yang anda ini seorang perungut yang penuh dengan rasa tidak puas hati dan kebencian. Ini kerana ada saja yang anda tidak suka dengan seseorang itu, tetapi anda tidak langsung bersemuka dengan mereka untuk menyelesaikan hal itu. Anda mungkin berkata, tidak guna bercakap dengan orang itu kerana mereka tidak akan dengar, tidak mahu membuat kecoh dengan B, ataupun anda sendiri takut untuk menyatakan perasaan anda kepada B. Namun rungutan yang anda siarkan di media sosial itu pastinya akan menarik perhatian orang2 lain yang akan memberi komen negatif, dan mungkin kita tidak tahu yang B tidak sedar akan apa yang diperlakukannya itu. Jika B terbaca paparan anda dan membalasnya dengan komen yang sama sinis dan berbaur negatif, ribuan orang akan membaca komen itu dan seterusnya sengketa antara A dan B akan menjadi buah mulut orang lain, dan kamu berdua akan dilabel sebagai gambaran negatif, mencetuskan drama yang entah apa-apa.
Saya minta agar golongan perungut ini untuk merdekakan minda mereka dan berdepanlah dengan masalah secara halus dan telus. Tidak salah berlaku jujur dan menegur kesilapan orang lain secara baik, daripada anda merungut di khalayak ramai. Jika anda betul2 penuh dengan rasa kebencian dan harus melepaskannya, tulislah di dalam diari atau blog peribadi tanpa bacaan umum, kerana sebaik sahaja perkara buruk itu dibaca oleh mata yang lain, anda akan membesarkan lagi masalah itu, dan bukan menyelesaikannya.
Maaf kerana tulisan panjang ini. Saya harap anda membaca dengan minda yang terbuka dan dapat menerima perspektif yang lain. Saya bukanlah merungut, tapi ingin menegur dan membuka mata pembaca lain agar berhati2 sebelum membuat sesuatu di media sosial. Apa yang anda lakukan di media sosial itu adalah kekal, dan sedikit sebanyak akan mencerminkan siapa diri anda. Terima kasih.
– Anak Malaysia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment