Monday, 22 August 2016

Kisah Drop Out Student

PengakuanKu

Salam admin,aku harap admin boleh siarkan perasaan dan luahan hati aku. Mungkin tulisan aku ini mewakili peratus kecil pelajar yg tidak dapat habiskan study @ drop out student. Hahaha sebenarnya lama da nak luah tapi asyik delay je.

Baiklah aku sebenarnye bekas pelajar Universiti kat lembah klang. Aku ni masuk dari STPM.Seronok dapat masuk sini.Segala2nya ada,xde yg kurang rasanya.Kau sebut apa je xde.Tapi kesoronokan itu kadgkala bole membuat kita leka mcm apa yang terjadi kat aku.Seronok dengan segala jenis aktiviti universiti sampai la mula leka dgn study.Ye maybe ada yg kata kos aku ni simple je beb.Tapi bila sekali kau gagal atau UB(Under Observation) memang kau dalam masalah.

Mulanya aku UB masa semester dua.Masa tu aku anggap takpela extend sikit je..Then kali kedua pon UB.Takguna betul aku rasa masa tu.Tapi tau x semua sebab apa? Sebab xpergi kelas..Kawan2 kau prihatin actually tp bila engkau”malas” banyak sangat kawan2 pon mlas nk amik tau,maka korang jaga2la.Pesan aku kalau korang ada kawan yg mula “malas”macam aku nk ke kelas tu tolonglah bantu.Pujuk,Ajak dan Paksa(PAP).Ni teknik yang korang kene buat kat kawan tu.seriusly..sebab kawan aku tinggalkan aku pon antara faktor kecil aku tawar hati nak ke kelas.

Die tinggalkan aku atas sebab politik.Padahal bagi aku tu benda kecik je.Masa die susah aku la tolong angkut kesana sini sebab aku je ada motor.Lagipon fahaman politik die lg pelik.Tapi aku terima sebab bg aku kawan xperlu ada jurang.Tapi takpela benda da jadi kan.Semoga kau berjaya sahabat ;)

Okay kita sambungla balik. Aku sedih sangat bila tengok kat FB,IG,Twitter masa dekat2 konvo yang kawan kau grade pakai jubah dgn mortar.Sepatutnya aku ada sekali bersama2.Tapi dah terbabas nak buat mcm mana.Memang salah diri sendiri.Rasa taknak skrol FB.Rasa sedih bertambah2 lagi bila saudara mara bertanya masa hari raya” Bila habis?” Kadangkala aku terpaksa berbohong aku cakap “dah habis” untuk mudahkan cerita.Kalau tak semakin panjang soalannya.Sedih doh aku masa kawan2 aku konvo aku ada dalam kampus tolong member aku jual bunga sekali.Tengok diorang berjubah n siap pegang bunga yg aku jual.Siap gf tolong pegang.Binawe betul aku rasa.Buat kau lagi berdebar yang dtg beli bunga tu pulak kawan2 sekelas.”Eh kau jual bunga pulak?Bila habis?”Soalan bagai ditikam2 bai masa tu.Aku dgn yakin ckp “tahun depan aku grad”.Tak taula diorg tau aku dah stop ke blum.Buat dek jela.Kah kah malu beb

Makin sedih bila kau masih duduk dlm kampus bersama kawan2 dah nk grade,sebab kau xtau mana nk duduk.Takkan nak sewa,mahal gila.Duit pon paw mak ayah aku.Padahal kau da gagal kedua kali,nk merayu pon da tak bole diterima.Aku malu sangat.Tapi aku bersyukur ada kawan2 yang masih sokong aku walau lain fakulti.Gua sayang lu brader.Ini yang buat aku bertahan sebenarnya.

Mungkin ada sesetengah yang kata “Tula suruh belajar sibuk sana sini”.Pada aku betul ni salah diri sendiri.Tapi tak perlu cakap mcm tu.Sakit sangat bila dengar.Perasaan tu susah nk cakap.Aku pon xmntak nk jadi mcm ni.Nak hadap orang ramai,saudara mara,jiran n pling penting mak ayah kau.

Ada segelintir yang GK@kena tendang ni merayu dan ulang semula.Ada yang berjaya grad walau 7 tahun kat Universiti.Tahniah bro.U worth it.Tapi ada yang masih gagal buat kali kedua.Ada ramai doh pelajar macam aku.Aku dah pergi kelas bila aku dpt rayuan kali kedua tu.Tapi aku xkuat tengok renungan orang.Aku rasa pandangan sinis bila tgok student repeat.Tambah2 kawan2 satu batch dengan kau da grade atau da habis.Kau sekelas dgn junior.Lain bahasa diorang.Aku pon gagal kali kedua dan kene gol penalti trus.Bye2 masa tu.Tujuan aku tulis bukan minta simpati.Tidak..tapi sekadar meluahkan rasa pada semua.Aku tak pandai nk menulis2 tapi aku nekad nak tulis jugak.Hahaha.Nampak gigih kan?

Bagi aku ini mungkin rezeki atau nasib.Aku gagal sekarang.Serius ad kawan aku da sambung master ada yang amek kursus2 lanjutan mcm PTD.Aku rasa kecil sangat.Lama aku duduk kampus buat mcm2.Tolonglah mana yang bole.Sampai satu tahap aku nak menangis.Sebab rasa diri ni bodoh beb.Tapi lama2 aku dapat 1 idea yg bernas lagi bijak

Okay ni da masuk cerita lain pulak tentang ap yang aku buat lepas aku kene tendang.Maybe orang lain akan balik ke kampung.Tapi aku taknak.Aku balik bererti aku giveup.Aku kene buat sesuatu.Lama jugak aku tersadai dan takde buat pape.Dekat 3-4 bulan duduk bilik.Nasib aku baik sebab masih dpt duduk kolej.Maybe ada faulty sistem.Ayah aku pulak masih bagi duit masa tu sebab die tak tau.

1 hari aku tekad,aku xle duduk diam mcm ni.No way man kata orang jawa.Aku akan jadi biawak hidup kalau terus tersadai mcm ni.Kebetulan aku ada motor.Aku cuba jadi create bisnes aku sndiri.Ni pon hasil ilham dari FB.Lama jugak dekat 3 bulan aku tertatih2 sorang2. Malu memang malu,tp aku xnak ramai lagi malu mcm aku.Okay smbung balik,aku pon tertatih2 dlm bisnes ni.Kecik je bisnes ni.Dari aku sorang smpai aku dpt gajikan 2 orang pekerja.

Alhamdulillah dkat 6-8bulan aku buat ni dan aku nampak satu sinar rahmatNya.Dari aku pakai duit ayah aku.Aku mampu beli kereta sendiri untuk disewakan untuk income.Tak berapa lama aku beli kereta 1 lgi untuk kegunaan sendiri.Aku buat inisiatif buka bisnes makanan untuk tambah pendapatan.Syukur walau takdela banyak mana tapi aku yakin aku akan dpt sesuatu dri semua ni.Aku buat mcm2.Keerta sewa,bisnes itu bisnes ini.Aku nampak jalan aku banyak lagi sebenarnye.Samada kau jumpa jalan mati dan kau terus diam atau kau teroka jalan baru untuk diri kau sendiri

Aku takkan berhenti setakat ni je.Aku akan smbung degree aku balik.Tapi bukan kat Unvrsiti ni la.Aku perlukan suasana baru utk sambung semula pelajaran.Aku akan bantu orang2 yang mcam aku.Maybe bukan sekarang.Tapi impian tu aku semat kemas2.Aku akan lebih berjaya dari semua org.Tu janji aku

Pesan aku pada kawan2 yang senasib,jangan putus asa.Memang kau bodo kat situ tapi teruskan berjalan.Kau akan dipandang bodoh tapi bila kau berjaya mereka yang akan jilat dan julang kau semula.Dan pada kawan2 yang mula malas tu korang betulkan nawaitu.First fikirkan mak ayah kau.Pasti dan pasti mereka sedih.Nasib aku baik mak aku paham dan die sedia taja aku sambung study.Yahoooo kat situ.Tu alhamdulillah mak ayah aku msih mampu.Tapi yg mak ayah die orang susah,fikirlah berkali2.Jangan sia2kan mereka.Mereka da banyak susah sebab kita.

Menulis dari sebuah negara yang bersuhu 38°C dan dikunjungi jutaan manusia setiap tahun.Adios

– G

#NotaWawa: Mungkin boleh perbaiki ‘spacebar’ selepas setiap noktah. :)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.