Salam semua dan terima kasih kepada admin jika approve confession ni.
Kebelakangan ni banyak yang aku tengok post semua orang nak bash lelaki. Bukan dekat confession ni je tapi major lah yang orang dok share kat fb semua pasal salahnye lelaki. Tapi, kat sini aku nak jugak cakap mungkin kebanyakan lelaki semua macam tu tapi tak semua tau. Oh btw, aku perempuan dan apa yang aku cerita ni semua kejadian yang berlaku di sekitar aku. Kadang-kadang aku agak kesian tengok lelaki yang dah usahakan segala macam tapi yang perempuan tak reti nak hargai. Bagi pendapat akulah lelaki ni kalau dah betul2 sayang, dia akan usaha sebaik mungkin untuk buat orang yang dia sayang bahagia. Tapi, rupanya still ada perempuan kat luar sana yang mungkin agak memilih atau sekadar nk ada teman (maknanya tak betul2 sayang) atau perempuan yang terlalu high maintenance atau perempuan yang tak cukup seorang atau yang cepat bosan dan sebagainya.
1. Aku ada seorang kawan yang perempuan tu agak anak orang senanglah and lelaki tu biasa2 je. disebabkan dua2 masih belajar so kita pahamlah yang lelaki tu tak berapa nak ada duit. So, setiap kali birthday or anniversary dorang yang kawan aku tu sedaya upaya buat album, or kad and macam2 lagilah yang mostly hand made. Tp guess what, mula2 perempuan tu macam terima je tapi dah sampai satu point terluah jugak .Dia mngungkit mengatakan yang kawan aku ni tak pernah bagi apa2 dekat dy masa birthday and sebagainya. Kepada perempuan yang macam ni, what do you expect? kalau betullah kau sayang dia, kau akan hargai every little things yang dia buat. Kalau akulah, aku lg perefer mende2 macam tu sebab can u imagine lelaki gunting kertas, tampal kertas warna, tengok youtube tengok tutorial macam mana nak buat. it is so touching. please appreciate usaha orang. jangan hanya nampak duit sahaja. Ke korang malu bila kawan2 tanya dapat apa hadia, ko just dapat kad je? huh
2. Aku ada seorang kawan perempuan ni yang mana aku tahu lelaki dia sangat sayangkan dia. Cakap jelah apa je yang laki tu tak buat untuk kawan aku tu semua dia buatkan. Tapi, tak tahu mana silapnya kawan aku tu curang. Even masa dia curang tu, laki tu still innocent tak tahu apa2 dan masih bersangka baik. Cuma disebabkan lelaki tu masih belajar dan orang yang baru tu dah kerja, ada kereta, bermulut manis, matang semua dia pilih untuk curang. Aku memang sedihlah sebab aku selalu fikir macam manalah kalau aku ditempat lelaki tu. Lagi sedih bila family dua belah pihak dah rapat semua. last2, bila laki tu tahu dia pilih untuk undur diri. Lame jugak aku tengok lelaki tu nak move on. Apalah kawan aku ni. Apakan sangat dengan harta yang ada. Even orang kata, dengan sayang je tak boleh nak beli beras and semuanya tapi bagi aku harta bukan semuanya. harta pon x boleh nak buat kita bahagia. Tengok apa jadi sekarang ni dengan kawan aku tu, lelaki yang dia pilih tu curang pulak dengan dia and ada orang lain. nahhhh, karmaa..
3. Yang ni pulak, dua2 kawan aku. Yang lelaki kawan aku, perempuan nya pon kawan aku. Dari aku tengok dorang ni, memang bahagia betullah. Yang lelakinya memang sweet habis dan jaga gila kawan aku yang permpuan ni. Tapi, nak dijadikan cerita, ada satu masa tu kawan perempuan aku ni dapat hidayah untuk berubah. Aku memang happy bila dia nak berubah ke arah yang lebih baik tapi part yang aku tak berapa suka ialah dia tinggalkan kawan lelaki aku ni. Kalau tinggalkan dengan cara baik takpe, ini dia bla macam tu je tanpa ada penjelasan dekat kawan laki aku ni. meroyan lah kawan aku ni dekat aku tanya kenapa perempuan tu dah tak contact dia. call tak angkat, mesej tak balas dan sebagainya. Pernah jugak aku nasihat kawan aku perempuan ni cakap explain baik2 dekat laki tu tapi dia tak nak. Kesian laki tu aku tengok. Makin kurus macam mayat hidup dah. Kadang2 aku pelik dengan orang macam ni, kalau betul2 sayang sepatutnya dah buat jahat sama2 (couple kan tak elok ), berubahlah sama2. ini tak, time nak berubah tinggalkan orang tu dengan alasan “mse usrah dia cakap kalau nak berubah tinggalkan orang yang tak boleh bawa untuk berubah”. fuuhhh, tak faham aku. Lainlah kalau dah bincang and laki tu btol2 tolak cakap aku x nak berubah. ini bincang pon tak, bla je tros. Hargai sikit orang yang pernah bahagiakan kau.
ok lah. Banyak lagi nak cerita, tapi penat pulak nak menaip.
so pesanan aku dekat perempuan2 luar sana, hargailah jugak lelaki ni. Kalau rasa2 tu bukan taste korang sbb dia tak kaya or sebagainya, xyah bagi harapan. cari je yang lain. And kepada lelaki2 kat luar sana pulak, agak2 kau nampak awek2 korang sekarang macam tak appreciate apa yang korang buat, tinggalkan aje. Cari yang lain. Sebab, kalau betul2 sayang dia akan terima kau seadanya. Kau tak perlu jadi orang lain just sebab dia. Lagi satu, cari someone yang bangga bila kau ada dekat sebelah. Bukan ada dekat sbelah je, maksudnya bangga dengan kehadiran kau as someone special. klo ko rase2 mcm dengan kwn2 dia pon dia nk ‘sorok’ kau, fikir2 lah balik.
oh btw, post ni jugak boleh jadi pesanan bagi kaum lelaki supaya menghargai kaum wanita. :)
– insan yang prihatin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment