Assalamualaikum semua.
Saat aku menulis semua ini kerana aku ingin meluah apa yang terbuku di hati. Secara ringkasnya, aku adalah seorang gadis berusia 26 tahun. Sudah 3 tahun aku grad dari universiti tempatan. Ceritanya bermula, pada tahun 2013 , apabila aku kehilangan orang yang paling aku sayang iaitu ibuku. Tahun 2013 adalah tahun yang paling mencabar bagi aku kerana aku akan grad pada hujung oktober dan 2 bulan selapas ibu aku meninggal, ayah aku menyatakan dia mahu berkhawin lagi. Aku tidak kisah sangat perihal ayah aku ingin kahwin lagi tapi apa yang aku kisah adalah dia mengabaikan tanggungjawabnya. Aku mempunyai adik 4 orang di bawah aku, yang paling bongsu waktu itu baru berusia 3 tahun. Lupa aku nak beritahu, bakal mak tiri adalah bekas kekasih ayah aku . Banyak la cerita yang aku dengar dari arwah ibu aku sebelum ini perihal bekas kekasih ayah aku. Berbalik kepada cerita asal, pada hari konvokesyen aku, tiada siapa yang hadir termasuk la ayah aku.
Bahkan dia memang tak bertanya langsung mengenai perkara ini. Memang agak menyedihkan hari itu, tetapi nasib baik aku masih memiliki kawan-kawan yang perihatin. Merekalah yang banyak memberi sokongan kepada aku. Selepas je grad aku terus angkat kaki, malas nak tunggu lama. Aku terus balik dan pujuk hati. Selesai bab konvokeseyen. Bala baru pula datang, dalam bulan 12 , ayah aku pun selamat bernikah dengan isteri barunya. Memang sayang sungguh sampai tak dibaginya buat sebarang kerja. Yang teruknya aku la. Sejak berkhawin baru ini, ayah aku lagi banyak mengabaikan tanggungjawabnya. Makan minum kami memang tak terjaga. Apa yang ada di rumah, yang itulah rezeki kami. Aku pula tak bekerja kerana ingin menjaga adik-adik aku. Tetapi kemuncaknya semua masalah bermula pada awal tahun 2014, apabila mak tiri aku ini menangis kononnya aku tak suka dekat dia. Kesnya sebab kasut je pun. Aku ada beli sandal tu pun pasar malam punya, tak mampu nak beli yang mahal. Kebetulan masa mak tiri aku nak pakai sandal aku tu, aku pun nak pakai sebab nak keluar . Tapi dia pergi panjangkan cerita kononnya aku sembunyi sandal tak bagi dia pakai. selepas itu, terus ayah aku marah dan herdik aku sebab menyusahkan dia. Kononnya aku ini menyusahkan dia sebab tak kerja. Malam itu , aku terus kemas beg dan berangkat ke KL membawa hati. Aku pun masuk satu program untuk graduate employablity .
Program adalah selama 6 bulan, 3 bulan classroom 3 bulan on job training. Nak dijadikan cerita , selepas tamat sesi classroom, dalam bulan 4 2014, aku pun pilih on job training dekat satu syarikat ini nun jauh di sebuah pulau pelancongan. Sebenarnya pulau ini adalah kampung aku la. Kiranya aku balik kampung halaman lah. Aku pun menumpang tinggal di rumah nenek aku. Selepas tamatnya on job training, baru aku tahu program aku sertai itu sebenarnya menipu je. Orang yang organised program sebenarnya menyalah guna grant yang diberikan kerajaan. Elaun kami yang akhir pun tidak dibayar. Lepas OJT, aku menganggur lagi selama 7 bulan. Akhirnya aku dapat mengajar dekat sebuah sekolah swasta. Gaji tak banyak tapi boleh la untuk hidup. Sepanjang kerja ini, hidup aku ok lah cuma ada lah mak 2 sedara yang suka menyindir. Kononnya belajar sampai degree tapi kerja tak dapat pun, siap cakap tak nak bagi anak diorang masuk universiti sebab bukan ada kerja pun. Aku mampu senyum je walaupun hati terguris. Hubungan dengan ayah aku pula ada pasang surutnya, sekejap ok sekejap tak. Tapi sePanjang aku bekerja , hubungan kami ok lah cuma tak serapat dulu.
Di sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di pertengahan. Aku sekali lagi diuji , apabila tanah milik arwah ibu aku ada syarikat hartanah nak beli. Bermulanya episod hitam, apabila syarikat tersebut mula membayar deposit, sepatutnya aku dan adik -adikku dapat bahagian kami tetapi ayah aku berkeras ingin semua duit itu. Kami pun beralah, hari raya tahun 2015 memang tidak menyeronokkan. Selepas , aku bertanya perihal duit deposit tanah itu, ayah aku terus membenci aku. Masih segar dalam ingatan aku, pada pagi raya kami semua berkumpul di rumah mak sedara sebelah ayah . Ayah aku tak punya banyak adik beradik, yang ada dia dan kakaknya sahaja. Pagi raya itu, saat aku ingin bersalam dengan ayah aku, dia terus mengherdik dan menghina aku. Malah dia juga membuang aku sebagai anaknya. Ayah aku terus balik ke rumah isterinya sebaik sahaja dia habis memaki hamun aku. Memang dia tak pandang aku langsung sebab duit deposit yang tak seberapa itu. Maruah aku tercalar kerana ingin mempertahankan hak aku dan adik0-adikku. Aku hanya mampu menangis di dalam hati. Selepas peristiwa itu, aku banyak membawa hati. Sehingga awal bulan 9 , ayah aku menelefon aku suruh balik ke rumah untuk menjaga adik-adik aku kerana dia ditimpa penyakit yang tak diketahui. Walaupun diherdik dan diperli aku gagahkan juga diri ini untuk pulang ke rumah demi adik-adik aku. Lupa nak beritahu mak tiri aku ini bekerja dan tidak ada effort pun nak jaga adik-adik aku.
Penyakit ayah aku tidak sembuh sehingga lah hujung bulan 12, aku terpaksa membawa pulang adik-adik aku ke kampung kerana aku ingin bekerja. Aku bawa adik-adikku tinggal sekejap dengan nenek sebelah ibu aku. Tetapi konflik baru muncul sebab nenek aku tak mahu jaga adik-adikku. Memang aku terasa dengan nenek aku. Selepas itu aku, bawa adik-adikku tinggal dengan ibu sedara sebelah ayah aku sehinggalah sekarang. Oh ya, aku pula tinggal dengan nenek aku sebab rumah nenek aku dekat dengan tempat kerja aku. Alhamdulillah, penyakit ayah aku semakin pulih yang tidak pulihnya sikapnya. Dia makin tak bertanggungjawab siap berkata dekat kami adik beradik yang dia tak nak ambil tahu perihal kami. Aku terpaksa bekerja dengan lebih keras seperti buat tuisyen dan kuih untuk menyara adik-adikku. Aku bernasib baik kerana punya ibu sedara yang sanggup memberi tempat tinggal dan makanan dan aku cuma menyara persekolahan mereka. Aku sekali lagi diuji apabila diberhentikan kerja sebagai guru kerana hasad dengki . Tidak sangka orang yang selalu aku tolong itu menikam aku.
Saat ini aku rasa seperti ingin berputus asa dan setiap malam tidurku tidak lena memikirkan bagaimana ingin menyara adik-adikku. Memandangkan ekonomi negara yang tidak berapa stabil agak susah untuk mendapat kerja. Aku sangat buntu dan rasa seperti kakak yang tak berguna sehingga aku terfikir alangkah baiknya aku mati sahaja. Punyai nenek tetapi dia langsung tak pernah mengambil tahu hal kami. Mungkin kami orang susah tiada apa untuk dia banggakan seperti pak cik- pak cik aku yang lain. Aku agak terasa dengan nenek aku kerana setiap saat, dia hanya menyebut nama anak-anak pak cik aku sahaja. Kami ini macam tak pernah wujud. Tetapi aku pendam sahaja setiap kali aku ajak nenek aku pergi melawat adik aku ada sahaja alasan dia. Aku faham mungkin kami ini menysahkan dia sahaja.Setiap saat aku berdoa agar Allah kuatkan hati aku tetapi kadang-kadang aku tewas dengan gelodak jiwaku. Aku memang patah hati dan berfikir untuk keluar dari pulau ini untuk mencari rezeki di tempat lain. Tetapi aku dilema sama ada nak keluar ataupun tidak sebab aku takut akan gagal untuk mendapat kerja. Aku mohon pandangan kalian, apa yang patut aku lakukan.
Sekian sahaja cerita aku.
– Cik Lara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment