Bismillah…
Saya seorang graduan ipta dalam bidang sains kimia. Lps menamatkan pengajian, bermacam kerja saya cuba mohon tetapi tiada rezeki. Memandangkan saya ada hutang ptptn yang perlu dilunaskan, maka saya terus mencari kerja2 part time, asal dapat bayar ptptn.
Lepas belajar saya duduk dengan famili. Pekerjaan pertama saya ialah instructor di kumon center. Dengan byrn rm5 sejam, bulanan antara 500-700 (jam bekerja dlm sebulan tidak tetap), saya kumpul duit untuk bayar ptptn. Btw, walau saya tinggal dengan keluarga, setiap bulan tak pernah culas saya beri wang belanja pada ibu, paling sedikit pun rm150, sebab bagi saya berkat beri pada mak ayah walau gaji kita kecil.
Selain dari tu, saya juga ada membuat kelas tuisyen peribadi di kawasan kejiranan. Dapatlah rm10 ke rm15 sejam. Masa tu mmg saya tak tahu harga market untuk tuisyen peribadi. Mmg rendahlah bayaran yg saya kenekan. Dapatlah topup dalam 2,3 ratus sebulan.
7 bulan kemudian, saya dapat kerja sebagai guru di sekolah swasta dengan gaji rm1200 sebulan. Sambil2 buat tuisyen peribadi, dapatlah dalam rm1500 sebulan. Petua saya kalau nak rezeki murah, lagi besar gaji, lagi byk kena bagi mak ayah.
Alhamdulillah, slps 15bulan bekerja dari gaji 500 hingga 1500 sebulan, saya berjaya langsaikan separuh dari hutang ptptn saya masa tu. Lepas bayar lamsam separuh tu, langsung ptptn x berbunyik dah. Kalau tak, kejap2 sampai surat amaran suruh bayar segera. Hehe.
Lepas saya berkahwin, saya berhenti kerja kerana masalah dengan orang2 di tempat kerja. Saya memilih untuk buat part time tuisyen saja. Saya ttp kumpul duit sikit demi sikit untuk bayar baki ptptn sy. Duit pd mak tetap saya beri walau kadang2 saya hanya mampu bagi rm30 saja sebulan.
Alhamdulillah, skrg, selepas 3 tahun berdikit2 mengumpul duit, saya berjaya habiskan bayaran ptptn. Masa tu, sy masih seorg pekerja part time saja, dan sudah punya 2 org anak lelaki.
Kesimpulannya, walau gaji kita kecil, jangan kedekut dengan mak ayah. Dan sentiasa memberatkan hutang. Insyaallah bila kita bersungguh2 berusaha utk melunaskn hutang, allah akan bantu, walau gaji kita kecil.
Selamat membayar ptptn ye adik2. Hehe.
– Puan M
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment