Assalamualaikum. Aku just nak story about life aku yang a bit differ from adik beradik lain. Dan aku nak cerita yang pengalaman membezakan aku dari mereka.
Sejujurnya aku bukan dari keluarga yang susah. Nak cakap kaya melangit pun tak. And aku tak dimanjakan. Dari form 1 parent aku hantar pegi sekolah yang jauh dengan family. Mula2 aku tak nak pergi sebab sekolah tu nak kata buruk takda la tapi berbeza dengan sekolah member2 aku yang lain. Facilities macam tak cun semua. Tapi kena paksa jugak. Nak tak nak kena masuk la. 5 tahun aku jauh dengan family. Aku ingat dulu ayah aku ada cakap nanti dah habis sekolah kat sini banyak benda yang kau belajar. And yes memang banyak. Tentang kehidupan. Sepanjang aku sekolah kat situ satu benda paling penting yang aku belajar. Tak semua orang senasib dengan aku. Sebab tu bila dah habis sekolah kat situ, aku dah biasa dengan kehidupan orang yang kurang bernasib baik. Itu yang parent aku nak. Jangan lupa orang yang dibawah. Habis sekolah aku kena plkn. Baru ingat nak lepak2 kat rumah dah kena plkn pula.
Dekat plkn walaupun aku pergi tanpa kerelaan banyak pengalaman yang aku dapat dari situ. Aku independent dan boleh sesuaikan diri kat mana aku pergi. Tapi dalam family aku ni, aku je yang parent aku buat macam tu. Mungkin sebab aku lelaki and anak first. Adik adik aku yang lain semua tak macam aku. Cara hidup diorang lain. Parent aku pernah try hantar adik perempuan aku pegi sekolah asrama. Sebulan je dia kat situ. Lepastu dia keluar sebab makanan kat dewan makan sekolah dia tak sedap. Dia tak suka. Adik perempuan aku ni memang macam tu. Kalau family aku datang visit dekat sekolah dulu bawa pegi outing kalau nak lunch dekat mamak pun dia tak nak. Aku ingat lagi dulu time sekolah kalau mama bawa kfc kena tunggu orang dekat dewan makan takde baru boleh. Kalau tak kesian kawan kawan yang mengidam kfc tengok.
Adik adik aku agak kuat membeli belah ni. First time dulu aku follow mama dengan adik perempuan aku pegi shopping kat klcc. Diorang beli handbag dekat butik Fendi. Harga handbag mama aku RM 13,000 yang aku ingat. Adik aku punya dalam RM 8000 camtu sebab kecil sikit. Tergamam aku dan tak percaya aku google range harga handbag brand ni. Memang betul harga macam tu. Kulit naga ke apa aku tak tau la sampai macam tu harga dia. Patutla pekerja dia siap serve dengan air semua kat dalam butik tu. Betul dia layan macam agong. Aku punya wallet pun fossil je RM 250 tu pun aku segan nak minta dengan parent aku. Adik lelaki aku jenis suka mengikut ayah aku. Ayah aku pakai jam Tag Heuer dia pun nak ikut.
Pakai Oris pun dia nak gak. Kadang aku cakap gak jangan diikut sangat kehendak diorang ni. Ayah aku senang je alasan dia. Malas nak dengar diorang merengek. Adik lelaki aku masuk u mintak kereta parent aku bagi kereta. Nak pegi vacation dengan member semua parent aku support. Dalam hati aku cakap senangnya hidup mereka ni. Sebab mereka tak sekolah asrama. Mereka sekolah harian dekat area rumah aku. Apa yang dorang nak parent aku bagi. Kadang2 aku geram sangat dalam kereta aku basuh diorang cakap banyak lagi orang yang tak makan. Tengok Bersamamu tu haa. Macam2 la aku cakap. Mama dengan papa takpe la sebab mereka pun dulu orang susah. Biar la diorang nak rasa senang sekarang. Ya betul. parent aku orang susah dulu. Aku perasan kalau ada family or sedara yang nak datang rumah, mama aku akan simpan handbag2 dia dalam kotak balik. Lepastu dia suruh aku angkat kotak2 tu letak dalam store dulu. Aku tanya kenapa nak simpan. Dia cakap malu la nanti orang tanya harga segan nak cakap. Aku faham. Dulu waktu sekolah pun kadang2 aku segan kalau parent aku datang melawat. Sebab diorang bawak kereta yang agak berbeza sikit dari orang lain.
kalau balik kampung aku selalu lepak dengan pakcik pakcik aku pegi memancing semua. Aku suka pegi tangkap burung tangkap landak tolong bersih kebun nenek aku. Adik2 aku memang tak la. Baik layan ps4 ke xbox. Siap bawa tv lagi dari rumah balik kampung sebab nak on ps4. Nak main phone coverage takde. Memang buntu la diorang kalau balik kampung. Tu yang sanggup bawak tv dari rumah. Entertainment diorang totally lain dengan aku. Ada sekali aku bawa pergi memancing kawasan memancing tu ada tanah dia yang lembut. So bila pijak dia akan tenggelam sampai lutut. Dia buat gaya geli. Buat muka tak selesa semua aku fed up aku suruh dia balik. Setakat datang nak spoil mood aku buat muka baik balik.
Aku dulu study uia bawak viva. tu pun parent aku belikan sebab tak nak aku asyik tumpang member aku naik motor pegi class. Skang dah kerja aku sambung bayar viva tu. Adik perempuan aku bawak Golf. Sakit je hati aku tengok. Tapi takpa dia tak pernah rasa susah. Susah sikit dia tak nak. Nak itu nak ini semua dapat. Dulu aku sekolah pernah member aku ayah dia hantar naik motor. Then motor dia rosak. Later mak dia datang amik ayah dia pakai motor jiran. Waktu tu aku dah sedar bukan semua orang hidup senang. Susah hidup orang semua aku dah tengok.
Aku ingat lagi dulu before parent aku bagi kereta viva tu, dorang selalu hantar aku dekat uia. And before sampai uia kami selalu singgah di Starbucks dekat Petronas nak masuk Karak tu. Dekat situ kan banyak makcik or pakcik yang jual keropok. Then datang sorang pakcik ni pakai kopiah dekat table kami tanya nak beli keropok tak. Mama aku bagi duit tapi tak ambil pun keropok means sebagai sedekah la. Sekali adik perempuan aku cakap ‘Ma. diorang ni boleh percaya ke. entah2 scam. belakon pakai kopiah tapi nanti makan McD jugak’. Terus aku geram. Aku cakap ” Woi ko diam boleh tak?. ko tau ke kalau hidup dia memang susah. Dia ade anak nak tanggung ko tau ke. ko main cakap je sebab ko tak rasa apa yang dia rasa. Lantak dia la nak makan mcd ke apa ko ingat ko sorang je nak makan mcd “. Aku terus bagi je kat dia. Bagi aku tak boleh nak cakap macam tu. Memang mungkin scam ke apa tapi mana tau kalau dia memang hidup susah ade anak bini nak tanggung. Itu beza dia. Cara pemikiran aku dengan mereka. Mereka fikir macam tu sebab maybe diorang tak tau ada orang yang hidup sempit dan kurang bernasib baik. Aku bersyukur. Pengalaman mengajar aku. Kalau ade masa aku write lagi.
Peace guys
– Fred
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment