Assalamualaikum admin. Dulu aku ada post pasal “My Sweet Revenge”. And aku ade dengar feedback seperti “Dia ni luck je. Malas pun boleh senang dapat kerja”…”Alah baru bagi duit raya 10 ringgit nak belagak”…”Post ni seolah olah encourage student untuk malas belajar”…So aku baca balik post aku dulu. Yes memang orang akan anggap macam tu sebab orang tak tahu.
So here is the untold part. Memang aku ni seorang yang malas. Sebab tu aku pernah dapat sekali je pointer 3.00 ke atas sepanjang aku belajar kat uia. Aku ni kadang2 assignment tak hantar, kadang2 kuiz tak datang.That’s why carry mark aku rendah.Tapi aku tak kisah. Sebab sepanjang aku belajar aku suka study last minute. Aku nak score time final exam. carry mark aku biasanya 20/40, 25/50, 30/60. Main dekat half je. Bila sembang ngan member2 nanti diorang cakap “Serius ah?. ko boleh lepas ke ni?”…Aku cakap “tak tau la. cuak gak”. but in the end aku pass. Kenapa aku pass?. Sebab 2 or 3 hari sebelum exam aku study. Sebab itu yang aku nak. Aku nak score time final exam. Bagi member2 aku yang lain diorang nak cgpa diorang cun. So diorang rajin la buat assignment semua. Bila keluar result diorang pun happy dapat pointer mantap and lantak diorang la kan nak kecoh ke apa. Because they deserve it. Kira fair la. Aku yang malas belajar ni dapat la c+, b- or b untuk yang rajin dapat A. Aku takde la rasa annoying ke apa bila orang yang pointer tinggi ni sbb yang last minute aku belajar tu pun mostly aku belajar ngan diorang. So aku tau struggle orang yang dapat pointer tinggi ni. Cuma aku tak suka kalau pandang rendah kat orang lain. Aku ni walaupun malas tapi ilmu yang aku belajar last minute tu melekat ke otak. Maybe aku study dengan penuh keikhlasan kot. Haha takde lah. Aku memang pass exam every sem but akan ade some yang tak lepas and diorang kena repeat subject tu next sem. So next sem tu sometimes diorang tanya aku macam mana aku jawab time final and aku tolong diorang. Ajar diorang mana yang kena study camne nak score semua. Sebab itu yang aku pegang dari dulu. Bila kau tolong orang nanti mesti ada orang yang tolong kau. Bukannya tolong orang je even kalau bagi makan kucing pun aku yakin nanti akan ada balasan. Ok stop cerita pasal belajar kat uia.
Tiba masa aku nak cari tempat intern. Agak susak sebab pointer rendah. Mmbr2 yang pointer sedap semua intern tempat best. Saat ni baru aku rasa yang pointer tinggi tu penting. Tapi aku yakin je nanti akan ada peluang. Then satu company ni call interview. Aku pun pegi la interview dekat Shah Alam. Time interview tu dia tanya aku “You minat programming?”…Dia tanya dalam Melayu tapi dia Cina. Dia tak tanya aku boleh buat ke tak tapi dia tanya minat ke tak. Aku cakap “minat tapi saya tak tau buat”…Dia ckp “Aiyoo. minat tapi tak tau buat ka?. Haha. Buat skit pun tak boleh?. Basic punya saja”….aku cakap “Ok. saya try dulu”…Dia bagi satu kertas. Soalan suruh create array and loop. Terus adrenaline aku meningkat naik. Sebab mindset aku sebelum interview kalau dia tanya soalan programming memang aku lost. Habis berpeluh jari aku. Aku jawab soalan tu dalam java sebab tu je aku ingat. Pastu dia check. Dia cakap syntax salah tapi idea tu ada. Habis interview aku balik rumah. Aku cakap kat mak aku macam takda harapan je. Mak aku cakap takpe kalau tak dapat nanti ada la yang lain.
Pagi esok company tu call dia cakap nak accept aku sebagai intern. Aku happy bercampur cuak. Happy sebab ade company nak amik aku cuak sebab role as a programmer. Aku kosong kot bab programming ni. Aku call balik company tu cakap yang aku tak tau buat programming. Dia cakap takpe, first month tu dia akan guide aku dulu. Aku pun ok la kan. First day tu aku di masukkan ke dalam team project and dah ada task nak kena settle. First day aku dah kena buat benda yang aku tak tau. Nasib baik ade teammate aku ni. Dia cina. Dia yang banyak tolong aku daripada team member yang melayu. First day tu aku compile coding aku and tak menjadi. Esok aku try lagi tak jadi. Hari ke 3 aku try baru jadi. Perasaan dia bila coding kau berjaya setelah 3 hari keluar error hanya Tuhan je yang tahu. Start dari situ aku sentiasa motivate diri aku to go further. Aku sentiasa fikir kalau dapat buat benda yang lagi complex mesti best. Aku belajar coding sampai malam. Pukul 9 malam baru aku klua office. Sometimes aku gerak rumah teammate cina aku tu pegi study semua. Sejak itu aku tak toleh belakang. Kalau aku nak jadi power usaha aku kena power. Apa orang nak cakap lantak ko. Kadang2 ade gak bos aku sound cakap buat kerja slow aku telan je. Aku memang slow sebab aku tak tau pape dulu. Itu semua aku dah biasa. Dulu pun makcik makcik aku mengata aku rileks je. Setakat cakap aku buat keje slow aku tak koyak . Lama2 aku buat coding makin ok Alhamdulillah. 6 bulan aku intern aku involve dalam 3 project. Habis intern aku setup resume kasi cun cakap time intern apa yang aku buat. Alhamdulillah sebulan lepas tu aku dapat kerja. Gaji aku taknak bagi tau la. Itu rezeki masing masing.
So point aku untuk post ni first selalu tolong orang. Mungkin luck aku ada company nak amik aku intern dulu. Tapi mungkin jugak sebab aku tolong ajar mmbr2 aku dulu, Allah nak tolong ajar aku balik. Mungkin aku beli ikan goreng bagi kucing mahallah aku makan, Allah nak tolong aku balik. Second kalau ade spesis yang malas belajar macam aku ni baik korang belajar dari awal. No shortcut to success. Nanti future korang senang. and last, part aku bagi anak2 makcik aku RM10 sorg tu bukan nak bangga ke apa. but that’s how people measure success nowadays. Sebab right after aku bagi duit raya tu, makcik makcik aku cakap “Uuuuuuu…. dah berjaya skang. Duit raya pun 10 ringgit sorang”….Aku pun cakap “Heh. takdelah biasa biasa je”. Aku ambik cawan, tuang teh dan berlalu pergi.
– X
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment