Assalamualaikum. Hai. Terima kasih kepada admin sbb siarkan luahan rasa hati aku ni. Aku nak confess pasal “customer is not always right”.
Aku cerita sikit laa psal diri aku, kalau terlebih cerita tu maaf laa. Hahaha
Aku lepasan IPTA. Dah setahun grad. Sudah bekerja. Tapi bukan dlm bidang aku. Skrg aku berada dlm retail industry. Sbb aku lari dari bidang adalah kerana bidang aku semuanya nak pengalaman kerja 2 – 3 tahun. So aku pun try jer mana2 peluang yg ada supaya aku dpt pengalaman bekerja dan dgn harapan akan ada peluang kerja yg lebih baik lepas ni. Lagi pun skrg ni keadaan ekonomi yg terhimpit mmg kena jd xmemilih kerja. Mula2 fikir kerja sbb nk bayar ptptn. Tapi lepas dh kerja, aku rasa aku kena balas jasa mak bapak aku dulu kot. Ptptn pun berjasa dgn aku, tapi ptptn bleh hold dulu kot. Kalau nk blacklist pn blacklist jelah. Duit belanja mak bapak aku xboleh hold sbb depa bkn selamanya dgn aku. So sebulan tu paling maksimum aku pernah bagi depa RM300 and paling kurang RM250. Bukan nak habaq kata aku ni baguih sbb bagi duit kt mak pak aku, cuma aku percaya dgn keberkatan rezeki. Gaji aku bukannya byk sgt pun. Sebulan ada lahh dlm RM1500. And aku bkn duduk dgn mak pak aku, aku duduk menyewa. Semuanya atas kaki sendiri. Makan minum sendiri, belanja mmg teruk jugak laa tapi alhamdulillah aku bertahan smpai hujung bulan. Sbb rezeki lain pulak yg sampai. Dah xdak mintak kt mak pak. Malu aihhh mintak duit mak pak.
So disebabkan gaji aku dihantar kpd mak pak aku tiap bulan, aku ni nk laa gaji yg berkat, aku buat kerja dgn sgt ikhlas. Aku mainperson dekat retail outlet yg aku kena jaga tu, mula kerja mmg aku semangat gila, serve customer tip top. Layan ja apa yg depa nak. Tapi lama2 aku jadi fed up dgn depa. Majority customer aku adalah Chi****. Golongan ni kalau ada yg baik, mmg sgt baik. Polite. Boleh slow talk and xbanyak ragam. Depa akan rasa serba salah kalau ada susahkan kita. Yg ramah, tu pun aku suka. Tapi… Bila staff aku xdapat nak handle customer yg byk ragam, aku as mainperson kena tebalkan muka pegi mintak maaf dan sebagainya utk bagi ‘kepuasan’ dekat customer. Kadang2 walaupun tu bukan salah kami, kami tpaksa mintak maaf jugak. Contohnya, customer ni ada satu jenis penyakit malas nk cek harga. Padahal price checker ada seketui depan lubang hidung tu. Yg pemalaih, Duk dekat price checker, tapi gagah duk btanya harga berapa. Hang boleh scan sendiri kot rasanya. Aku selalu kena, bila nk keluaq rehat dah thumbprint semua so jalan laa nk pi keluaq rehat, customer nampak aku pegang beg duit or bekal, tapi still nak tanya harga berapa. Price checker depan hang kotttt. Aku pun tlg laa scan bgi kat dia. Customer jenih ni kami panggil customer jenih manja. Masa aku utk rehat, dah kurang beberapa minit disebabkan peristiwa mcm tu. Kalau laa korang faham betapa penatnya retail ni. Korang akan jdi customer paling beradab dlm dunia ni.
Bila customer bwak brg utk bayar dekat cashier, cashier pun scan brg. Keluar harga lain dari apa yg dia tgk dekat department, beza harga tu walaupun RM0.10, customer terus mintak cancel. MINTAK CANCEL!!!! So aku kena berlari dari belakang ke depan semata2 nk cancel brg yg harga beza RM0.10. Kalau aku baik hati, aku bayar kan je balance amount yg dia xnak bayar tu. Sedekah jer. Sbb outlet aku jenis yg kena control brg2 void. Kalau terlebih brg void utk satu bulan or minggu kena warning letter. Dah kena warning letter ni rekod hang dah xlawa dah. Pasai harga beza tu kebanyakan customer ni kalau pilih brg2 yg kita gantung dekat hook dia akan keluarkan satu2 and gantung dekat hook brg lain. Bila customer lain dtg beli brg tu, dia tgk brg tu dia nk beli tapi dia xcek harga, padahal dia tgk harga brg lain. Semua ni bpunca dri seorang customer jugak. Bila jadi cmni, cashier panggil aku, aku laa nk kena menjawab. Sampaikan kt staff cashier skali aku warning, kalau tgk customer tu mcm ada perwatakan hantu raya sikit, hang cek dulu habaq harga berapa. Jgn terus scan. Nnti dah scan nk kena void plak brg tu. Pasal harga brg xsama and kdg2 price label xdak bkn sbb apa, sbb customer ni jenih pilih brg mcm nk berperang, kasaq yakmatt, bawak keluaq brg dri hook satu2. Pastu agak2 susah nk keluarkan brg dri hook, terus cabut price holder lempaq bawah. Belom mai hat budak2 tu. Ambik price label main2. Tampal2 kt brg. Kadang2 aku usha ja baik mak pak depa skali dgn budak2 tu. Buaih nauzubillah. Perangai serupa syaithon.
Ada yg suka assume harga brg, yg hat lagu ni mmg aku rasa ringan tangan ja nk tampaq pala. Tapi bila pikiaq hang customer ja aku simpan tangan aku dlm poket. Menggigil taw x.
Seterusnya perangai customer yg suka test brg xhabaq kat staff. Bukak packaging sesuka hati. Koyak kotak brg. Dah letak memo, “do not open the packaging by yourself, please refer to our staff if u need assistance”. Tapi depa ni mcm xreti baca. Depa bukak smpai packaging rosak, pastu xbeli pun. Tinggal ja mcm tu. Bila ada customer nk beli brg tu, of kos laa customer demand new stock dgn alasan u punya packaging sudah koyak. So saya xnak beli. Habih tu nak buat lagu mana. Brg yg packaging koyak rabak tu bukan saya yg buat, sapa nak beli lagu tuh???
Yang memandai test barang pun dahsyat. Test sampai rosak. Pastu xbeli. Kt outlet aku ni ada satu barang tu yg semua customer suka test. Sehari boleh bayangkan x ada 100 org test brg tu. Brg tu kebanyakannya klau ada dlm outlet mmg akan rosak hampir separuh dri stok sbb customer. Aku dah bt mcm2. Yg terakhir aku mintak staff packing. Pun xjalan. Sehari 100 org test, 30 hari???? Memang jahanam laa barang tu bagero oiii!!! Pastu dtg customer complain kt aku, brg yg u jual ni xde kualiti, sudah rosak. Mcm mna xrosak kalau setiap hari hang hantam dia.
Aku mmg geram sgt2 kalau customer rosakkan brg ni. Sbb depa duk diam ja. Xnak bayaq. Aku ada satu kes. Sorg Amoi dtg bwak anak dua org. Dia selalu dtg, and aku xsuka dgn anak2 dia terutamanya yg perempuan tu, kurang ajaq nauzubillah. Pernah budak tu ludah aku sbb aku tegur dia jgn duduk atas brg. Hang bayangkan, dia nk duduk atas basikal dgn bakul kt belakang utk hiasan atas meja tu. Berderau darah aku weyhhh. Sbb aku nak kurangkan brg damage dlm outlet. Tuh jer. Yg sorg lagi anak amoi tu lelaki. Depa adik beradik mmg suka sepah brg. Ada satu hari anak yg lelaki tu cuba bukak botol air sabun utk bubble yg budak2 suka main tu. Sampai tercabut penutup botol bubble tu, tumpah laa segala air sabun tu. Benda tu jadi kt depan mata aku. Mak dia pun ada sekali. Tapi dia xde larang anak2 dia. Dia biar kan ja. Pastu aku cakap dekat dia ” miss, u punya anak sudah rosakkan brg”. Mula2 dia nak bayaq, lepas beberapa saat dia kata aku tipu dia. Anak dia xbuat pun benda yg aku ckp tu. Menggigil tgn aku sbb geram sgt. Aku pun ckp kt dia, xpelaa miss klau u xnak bayar biar saya bayar. Perempuan tu belah pegi mcm tu jer. Xmintak maaf or marah anak dia. Dlm hati aku dh sumpah seranah anak beranak tu. Aku review blik cctv kedai sbb nk pastikan aku xslah tgk, and memang betul budak tu pecahkan botol bubble tu. Lepas dri tu dua bulan jugaklaa anak beranak tu aku xnampak muka. Tapi dua tiga hari lepas aku nampak depa datang. Dtg xbeli apa pn, setakat bagi anak2 dia sepahkan kedai. Haishhhh.
Disebabkan nk kurang damage, aku sanggup beli brg2 yg rosak. Guna duit aku sendiri. SEBAB NAK KURANGKAN DAMAGE ITEMS!! Tu belum masuk bab shoplifter lgi. Aku penah tangkap budak umor 11 thun mencuri dlm outlet dgn kuantity yg byk. Bila aku jumpa mak pak budak tu, depa mcm xterkejut. Depa mcm dah taw kerja anak depa. Kalau kes ni pn aku gigil tangan jgak. Bkn sebab takut tpi sebab aku marah sgt. Aku kalau marah sgt mmg gigil2. Sbb aku jenis hot tempered. Tapi sbb pegang jawatan sbagai mainperson dlm outlet, aku brlajar control emotion sbb xnk staff cabut. Hahahaa
Point of my confession is, hangpa kalau shopping tu, jgn laa bwak ayat “customer is always right” tu selalu. Kdg2 bkn semua customer is always right. Ada customer mcm lahanat.
Aku tahu, mesti hang akan ckp… Bt apa masuk retail klaw xboleh handle customer kn. Kalau hang ada fikir mcm tu, aku mintak hang bukak fikiran hang dan letak diri hang kt tempat seorg staff retail. Sehari kena hadap beratus customer. Yg berbagai ragam. Staff retail adalah seorang manusia. Customer pun aku rasa seorg manusia, tapi kenapa perangai mcm hantu (xsemua okeyhhh, certain ja). Hahahaa
Kami yg berada dibahagian retail ni xmintak byk, cuma mintak dihormati. Kalau korg nak tawu, skrg ramai graduan keje sektor retail. Ada customer yg dtg perlekehkan staff mcm staff xde education sbb tu keje kt kt kedai mcm tu. Padahal hang xtaw dia bru lepas hbih spm (pelajar cemerlang lagiii). Kerja pn sbb nk kumpul duit utk sambung belajar. So, wahai customer yg disayangi sekalian, anda dtg untuk shopping kan, so shopping je laa. Jgn jdikan aktiviti shopping anda sebagai aktiviti vandelisma okeyhhh. Rosak sana rosak sini. Ingat hang shopping kt kedai grandma hang ka???
Sekian
– Kakak retail
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment