Assalamualaikum semua, pertama sekali aku mintak maaf kalau post ni menyinggung mana mana pihak, aku tak berniat pun tapi kita kena sama sama bertimbang rasa. Aku seorang pelajar universiti tanpa biaya, aku ada bisnes kecil kecilan utk cari duit tambahan. Ceritanya, utk kali kedua, aku jadi agent dropship satu instashop ni. Instashop ni kalau tengok followers dia memang puluh ribu riban. Aku yg baru berjinak dgn DROPSHIP ni pun apply la utk join dropship dgn dia sebab dia pun baru post DROPSHIP NEEDED!!, kiranya dia memang perlukan lah. Bila aku join tu, kena bayar fee certain price. Aku pun akur sebab nak cari duit kenala melabur dulu. Dia ada buat terms kalau nak jadi agent dia kena ada 1000 followers dulu tapi dia baik benda ni boleh nego. Semua hal tu takde masalah bagi aku.
Aku pun apply, bila dah apply dia masukkan aku dlm group whtsapp semua dropshipper dia, ramai jugak dropshipper dia hampir 80 org, aku rasa brg dia begitu banyak sampai dia asyik perlukan dropshipper lagi. Kemudian bila dia dah masukkan aku, aku semangat la tunggu nak post barang, tp aku tunggu punya tunggu kemain lama dia tak bagitau aku apa apa, yg dropshipper dalam tu semua sembang sembang aku tak paham apa apa. Sedih okay! dorg tanya tanya stock tapi aku nganga je taktau nak buat apa. Apa solusi aku? Aku msg one of the dropshipper tanya tanya, dia explain pun aku tak berapa paham, aku msg owner dia kemain macam macam aku tanya, tapi sikit sikit dia reply. Dalam seminggu lebih kemudian, baru dia buat group lain utk dropshipper baru utk brief details barang gambar and semua.
Okay settle satu phase, sebenarnya banyak lagi benda yang aku tak berkenan dgn dropship org ni tapi aku rasa semua yg buat dropship ni mungkin pernah mengalaminya. Ada satu benda yg aku paling tak berkenan, CLEARANCE SALE. Owner ni dia buat clearance sale utk barang barang dia, aku bg contoh. Dia buat sale RM 2, dia tolak kepada dropshipper dia RM 10. Korang boleh bayang tak mcm mana kitorg nak cari duit? Lebih baik aku jadi customer dia je. Tapi bila kitorang jual barang dia kemudian katakan customer tu search insta dia ( sebab kitorg tak boleh buang watermark )nampak barang lagi murah, teruslah customer tu beli dgn dia. Kitorg ni acah jadi dropshipper dia la, padahal kitorg ni dah macam promoter barang dia pulak, tak bergaji pulak tu. Bos aku ni jugak buat term tak boleh jual barang murah dari harga dia jual, tu suka hati dia la. tapi jangan la buat clearance sale sampai kitorg tak boleh berniaga!
Aku taktahu la kalau dia je atau ramai yg macam ni, siapa yg tengah mencari dropshipper ni harap korg considerate, kalau tak pandai jangan buat. Kalau tk cukup tangan jangan asyik ‘dropshipper needed’ tapi bila orang messsage korang tak bereply. Jaga agent korang betul betul. Ketua dropship aku yg pertama awesome alhamdulillah dahla tak mintak apa apa fee, kalau dia buat sale memang dia cakap buat la kalau nak, tp komisen dia bg sama. tapi dia punya sale still lebih dari harga yg dia tolak kat kitorg, kitorg still boleh cari makan.
Itu je aku nak cerita, kita semua ambil lah iktibar, post la kat boss boss korg. Kita yg kuli pun jadilah the best kuli.
– Dropshipper kau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment