Wednesday, 21 September 2016

Ni Pesanan Akak Untuk Adik-Adik Yang Dah Grad Tapi Menganggur

PengakuanKu

assalamualaikum dan salam sejahtera…

lately banyak akak baca confession adik adik yang baru grad beberapa bulan tp dah mengeluh tak dapat kerja….meh sini akak nak share pengalaman akak. and i’m sure ramai lagi kat luar sana pengalaman lepas grad yang lebih tragis dari hakak ni…tapi xpe..kite just sharing..supaya adik adik jgn cepat sangat demotivated.

1st of all, akak ni bukan lah seorang best student pon. kategori average je but sejak dari sekolah boleh cakap apa akak nak mesti akak dapat. contohnya lps SPM akak target nak masuk matrik. alhamdulillah dpt…lps matrik, target nak sambung degree, alhamdulilillah, dpt juga and dpt grad on time. lps grad degree, target nak kerja, tp kat sini la mula segalanya.blum konvo, akak dpt kerja kat kota metropolitan KL. opis plak dekat je dgn KLCC. happy x terkata la sebab org kampung la katakan. dapat keja kat bandar besar, kat KL plak tu, memang dah jadi cita2 sejak di bangku sekolah. tp, kerja yg dapat tu tidak la seperti yang di impikan. rupanya akak dibagi kerja dlm telemarketing, which is kena jual insuran dengan call client2 bank. OMG…sungguh tak sangka sebab masa interview tu xtau pun kena kerja di bidang tu. patut ler senang beno dapat kerja.arini interview, esok dah boleh mula keje. basic gaji dalam RM1.3k mcm tu. lps tu kalau dapat jual insuran, dapat ler komisyen nya. balik keje ari2 tepon mak nangis2 sebab stress kena maki dengan client, kena pressure dgn team leader. hakak dah ler x minat dgn insuran bagai nie, kena suruh plak jual insuran. memang hati tisu ler kena maki ari2…balik rumah kenyang dgn makian je…huhuhuhu…lama2 rasa x boleh go on dengan kerja tu bila kemuncaknya arwah atok meninggal. masa tu family kat kg berjela2 call hp. tp akak x jawab sebabnya kitaorg ni sebelum masuk kerja, segala hp, segala handbag semua kena simpan kat loker luar call center x blh bawa masuk.atok meninggal, lps lunch hour gitu. akak check hp dah pukul 6 lbh sbb abes keje pukul 6 lbh.ended up, akak resign, tukar keje jadi volunteer kat 1 tempat nie. tp volunteer berbayar, cuma gaji byr per hour. sebulan blh le dpt rm500-600 cenggitu. sebab ko nak keje x blh nak conquer sensorg.byk lg volunteer lain nak keje. so kena la sharing2 dgn volunteer lain gak. masa tu memang ikat perut la..dgn gaji ko dpt tu nak makan minum, nak buat tambang g keje, nak byr duit sewa bilik..ko rasa cukup ke duk KL dgn income mcm tue? oh, tak lupa, dlm masa yang sama memang akak duk apply la keja lain juga.

finally, x boleh bertahan. parent suruh blk kampung. mak abah ckp, balik la kampung.takat kerja kt KL gaji cenggitu, ko blk la…mak abah boleh tanggung lagi ko. ko kerja, ikat perut, and last2 saving ape pun x de, keje mende tu kata dorg. so akak pun blk la kampung. apply lg kerja lain. dpt la jd cikgu kontrak jap utk 6 bulan dgn gaji rm2k++..syukur sgt la masa tu.dah rasa tinggi sgt dah tu gaji.duduk plak dgn parent, pg keje plak pakai kereta abah. so sewa rumah, duit kreta xyah fikir. dapat gaji, bg mak abah sikit, guna untuk isi minyak kreta, bli brg dapo, selebihnya masuk ASB dan byr hutang ptptn. tapi ku sangka cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. lepas 6 bulan, kontrak sbg cikgu ditamatkan. maka, berhuhu la akak lg sekali jd penganggur. pegi interview SPA bgai, dah lulus interview, tp jd calon simpanan, last2 x kena panggil, expired cenggitu je. maka, frust menonggeng lg hakak.kena igt tau, semua benda jadi bukan sehari dua. makan masa brtahun. maka umur juga makin meningkat dgn jayanya.

kena ingat, planning asal akak, lepas degree akak nak keje, nak beli kete sendiri, nak beli itu ini bagai, lepas tu baru nak kawen, dan baru nak ada anak dan seterusnya. tapi, kita manusia hanya merancang. Allah dah twisted kan planning akak tu menjadi cenggini. Allah cepat kan jodoh akak, maka akak berkahwin di kala akak xde sebarang kerja sedangkan kakak2 ipar, abang2 ipar family husband keje hebat2 belaka. dengan cikgunya, engineer nya, auditor nya, akauntannya…tetiba akak ni masuk dalam family dorg dgn x keje pape. ko rasa akak x down ke? ada degree je la..tp keje nya xde. down weh…rasa kecik sgt2 diri nie… lps kawen, ikut husband pindah ke borneo, dgn harapan nnt kat sana senang kot dapat keje. rupanya, lagi susah nak dpat keje kat sini. xtau la apa masalahnya…so, bersuri rumah la akak sepanjang 3 tahun lebih perkahwinan tu. mulut2 puaka ko xyah cakap la dik. sampai akak dari menangis meratap duk kena kutuk sebab x keje, sampai la akak jd dah xde perasaan dah orang nak cakap apa. kesian kat parent la…tp nak buat cmne…akak pekakkan je la telinga. sementara akak jadi suri rumah tu, akak buat jg dropship online bussines. penah la 1 produk tu meletop2 di pasaran online, akak dpt income as a dropship cecah rm3k++ sebulan. ok la tu kan dari xde pape.masa tu mmg tiap2 bulan kirim duit dkt mak abah. tp business online ni mcm tu la pasang surut. masa brg tgh hot, ko kejar la time tu sbb customer akan blumba2 nak beli. dah lama, brg akan jd suam2 taik ayam. masa tu customer x rancak sgt dah order.so kena la beralih ke produk lain plak. pastu penah juga buat biskut raya, jual kat sini. hantar sampel kuih bagai. tp dengan oven kecik, kdg2 kerah tenaga husband tlg buat biskut raya sepanjang ramadhan tu, dpt la untung bersih dlm rm2k++.bear in mind, dlm masa yang sama akak x putus asa apply kerja. mungkin rezeki belum berpihak, duk g interview byk kali dah, tp 1 keje pon x mlekat.pity me….smpai kdg2 rasa dah give up nak apply keja.sbb asyik x dpt je.korg baca cite akak mesti assume dlm setahun dua je kan benda ni berlaku…nope adik adik…it took almost 9 years since akak grad tau! lame ke tidak??? so korg kalau setakat sebulan dua menganggur jgn nak mengeluh dulu. this is the real world! bkn mcm dlm drama tv3, lps grad je ko trus dpt keje, pakai smart2, pakai cantik2, keje dlm aircond bgai….no!

lps 2 tahun kawen, akak dapat baby. masa tu kekosongan hidup sbb hari2 husband g keje akak duk rumah sensorg tu terubat la jg bila ada anak. but still akak duk fikir nak jg jd mak2 yg bkerjaya. bkn apa…zaman skrng ni, living cost meningkat, ko nak fikir lg nak jugak balas jasa mak bapak, ko fikir lg nk juga merasa ada duit sdri, nak beli itu ini dgn duit sdri, takkan seumur hiup nak bgntung hrp dgn suami dan paling kuatkan hati akak utk kerja is bila pandang muka anak, kot2 umur si suami x panjang, cmne akak nak besarkan anak? xkan masa tu baru nak terkedek2 cari keje? keje bukan nak dtg tergolek senang2 masa ko tgh susah.akak x snggup nak biar anak akak hidup tbiar, merempat. ini akak punye fikiran la..kalau ko x setuju xyah la nak kecam akak. masing2 ada buah fikiran sdri kan? so tpulang la..sebab akak dah fikir cenggini la akak duk sebok nak keje,pg interview sana sini. sebab akak jg penah rasa hidup susah, even mgkin x sesusah korg la.akak dah puas biar kan diri dikutuk di hina di maki sebab akak seorg degree holder yg xde kerja.dlm masa yang sama, deep inside my heart, akak nak je jaga anak sdri. jd full time housewife, jg anak, urus family. rasa rugi tau x tgk anak mbesar depan mata 24/7. sbb moment tu xkan dpt berulang kembali bila anak2 dah besar. tp tu la..terpaksa sacrifice.

so dr planning akak abes degree nak keje, nak beli keta bagai tu x menjadi, Allah dah tukarkan lps abes degree, Allah kurniakan rezeki akak kawen dulu, lps tu rezeki dpt anak…and finally akak dpt keje…alhamdulillah….syukur sgt.di kala Allah dah kurniakan akak husband dan anak, allah tunaikan cita2 akak nak bkerja, nak berbakti pd keluarga, mak abah , tolong husband dll…and skrng akak dah jadi seorg mak yg ada degree, yg bekerjaya, yg ada family, yang dpt tlg mak abah, yg dah beli kreta sdri dgn duit gaji sdri, yg tgh duk kumpul duit utk beli aset lain sdri, yg dpt beli itu ini dgn hasil titik peluh sdri. dpt bawa mak abah bcuti, happy kan drg dan banyak lg…see….ko nampak x pakej yg Allah dah aturkan? dan akak juga rasa hidup akak skrng almost complete. cuma nak tambah anak ke tambah kreta ke tu kira bonus2 lain la…yg main point semua dah dpt dlm hidup akak nie….dan degree akak dpt bukan la sia2..susah payah akak bljar, terbalas jg skrng nie.walau akak hanya seorang penjawat awam, tp akak bsyukur sgt.segalanya cukup utk akak.posting pon dpt duduk dkt dgn husband dan anak.xde la meratap menangis sbb kena bpisah dgn anak ke dgn husband ke…allah mudahkan segalanya…

so adik adik yg baru grad, jgn la cepat mengeluh, jgn cepat mengalah. dunia pekerjaan skrng x mcm dulu. dpt pointer rendah, x masuk list dekan, x dpt 4 flat, bkn penentu segalanya. terus kan berusaha, abaikan mulut2 org, kalau nak dilaykitan mmg a yang sakit hati….setaakt grad bru setahun dua, jgn la nak frust menonggeng sgt. rezeki Allah tu kita xtau bila nak dtg. so bykkan bersabar. usaha semampu anda. dan berserah la…jgn lupa berdoa, niatkan yang baik…oh ya..kalau dah dpt kerja, niatkan dlm hati utamakan mak bapak.apa yg akak amalkan, setiap bulan masuk gaji, perkara pertama akak buat, akak bg dulu kt parent, lps tu bru nak nak byr kreta ke, byr hutang ke nak shopping ke…kalau ada lbh, bg lebih.parent happy, hidup pon berkat..percaya la…bila utamakan parent, rezeki xkan jd sempit :)

sekian bebelan panjang dari akak degree yang dah bekerjaya :D

– Kakak Senior

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.