Thursday, 22 September 2016

Jangan Sesekali Pandang Rendah II

PengakuanKu

First of all, aku nak mintak maaf lah pasal confession aku yang sebelum ni (klik sini untuk baca). Littered with a lot of grammatical errors. Aku taip confession tu laju laju time tengah transit tunggu kapal masuk for next sector, so i apologize. Salah aku jugak menaip macam bercakap dalam whatsapp chat.

So ada yang comment, hukum dunia aku nak sgt ikut, hukum Allah aku buat tatau je. Kita masing masing ada bahagiannya. Ada dugaan sendiri. Betul mak aku ckp, berubah ni senang, nak istiqamah ni susah.

Yang doakan aku dapat kerja lagi bagus, terima kasih (aku pun aminkan jugak doa korang). Aku berusaha kumpul duit nak masuk flying school sekarang. 5 tahun bekerja jadi anak kapal, memang boleh patah pinggang. Aku salute senior senior aku yang dah masuk umur 40 masih kerja sebagai anak kapal. Kerja ni kerja berat kot. Tarik tolak cart every single sectors.

Dalam 5 tahun ni, aku dah tengok mcm mcm gelagat manusia dari serata dunia. Kau bgtau passport mana yang aku belum pernah tengok, rupa orang apa yang aku tak jumpa lagi. 70% aku dah tengok and i can now say, nothing seems to faze me anymore. Time aku tak senyum cuma kalau ada passengers yang menggatal tak faham bahasa je muka aku boleh jadi muka mak tiri kau yang paling celaka.

Yang tengok rendah martabat, hina darjat di mata, biasanya kami pun pandang korang sebelah mata. Tak kuasa kami nak layan. Kau bayar flight ticket tu bukan sekali dtg pakej layan org lain mcm third class citizens, ok? Masuk kapal pakai polished head to toe, handbag kau haruslah Coach, high heels kau oh my Primavera jalan atas aerobridge, luggage kau brand Samsonite, tapi syg, attitude kau beli dekat daiso.

Kau perasan tak semua brand yang aku sebut kat atas tu setakat brand middle class pun boleh beli? Orang orang mcm ni lah yang selalu “berangan” naik kapal. Aku dah pandai bezakan orang yang kaya amat biasanya dia low key je naik kapal. Even if they’re pulling on their LV cabin luggage while carrying their Bikini, they don’t make too much of a fuss about themselves. They prefer their own privacy, often turning down our meals offer if they’re traveling business/first class (diorang biasa dah kenyang siap siap makan dekat Airlines lounge), and requested to be DND (do not disturbed). Biasanya kalau aku bertugas di business class, dapat passengers mcm ni lah yang buat kerja aku jadi mudah. If you’ve money please do have class as well.

Suffice to say, becoming a cabin crew makes me push my limit. Dulu aku seorang yang panas baran, tapi sekarang aku jadi manusia penyabar. Bertahun belajar terima makian depan muka (dalam kapal tengah cruising mana kau nak lari, kau hadap je lah). Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah menangis. Banyak kali. Passenger simbah aku dengan jus oren sebab tak dapat meals yang dia nak, passenger maki aku sebab tak dapat duduk sebelah suami dia, anak orang berak atas lantai toilet, tarik keluar pad berdarah dari seat pocket (jgn tanya, aku tatau mcm mana dia boleh tergamak simpan sanitary pad dekat situ) time cabin cleaning, dan etc. But you became stronger.

Kadang kadang orang mcm ni buat aku terfikir, dia tak tau ke aku ni manusia jugak macam dia, cari duit nak sara keluarga. I wonder of how they treat waiters at restaurants. Or, kalau kau duduk apartment mahal sikit, the Nepalese security guards in their neighborhood.

Aku byk belajar dari senior senior yang lain jugak. Ada yang ok, ada yang k.o. Tengok nasib kau lah. Yang jadi anak kapal sebab nak the so-called glamorous life pun ada jugak. Jet travels all over the world, the ability to buy high end items at discounted price dekat airport or, negara lain yang tax tak mahal melampau macam negaraku tanah tumpah darahku, berjalan pakai winter coat ambil gambar post dlm ig and so on. Tapi ramai jugak yang mcm aku je, out of work scope, cuma manusia biasa. Ada keluarga, ada tanggungjawab, ada yang berhijab di luar. Pilihan masing masing kenapa masih jadi anak kapal. Aku tak pernah tanya kenapa. Aku rasa soalan tu sensitif. Aku bukan Tuhan (applicable to you, as well).

Sisi gelap jadi anak kapal yang orang tak tau, depression and slip disc is prevalent amongst us. I was once claimed by depression. Aku kena removed flight for 2 weeks. Tetiba aku gila meroyan menangis tak tentu pasal. Terjaga tengah tengah malam tatau lokasi aku kat mana during night stop/ lay over. Moody kena pergi kerja. I had slight suicidal thought, questioning my existence. End up doctor diagnose aku depression. Badan terlalu penat, imbalance hormone, bekerja di tempat yang Time zone difference is too much, biological clock aku jadi cuckoo. I was found crying in airport toilet. Sungguh sungguh aku menangis. Nila org tanya kenapa? aku tade reason. Aku cuma cakap, penat sangat otak aku tak berfungsi.

I’m not a unique case. Benda ni sebenarnya quite a norm for cabin crews. Yelah kau selalu kerja jauh dengan orang tersayang, selalu missed important occasions (birthdays, anniversaries, etc). When MH370 and MH17 happened, not one Airlines affected by it. Time ni lah kau akan nampak Crew Airlines A dgn B yang selalu bercakar tu pun comfort each other. Satu peristiwa yang aku ingat ialah ketika kapal yang bawak bodies from MH17 touch down KLIA, aku pandang kapal sebelah yang bukan kapal MAS, aku nampak anak kapal mereka bukak pintu belakang kapal, stand at the door with hands on their heart as if to give last respect. At that moment, aku rasa kami semua, irregardless of which airlines we work for, unite because of that tragedy.

Apa yang kau tak tau ialah belakang cerita, ramai anak kapal resigned from duty. Ramai yang terkesan dengan peristiwa tu. Airlines sediakan free counselling for those affected with hope jgnlah ramai ramai berhenti. Habis operation nanti. Sayangnya, ramai jugak resigned 24 hours. Apa pun, i respect their decisions.

Slip disc ni sebab, maaf cakap lah eh, banyak passenger “berangan” bawak cabin bag berat gila lepas tu expect anak kapal yg simpankan dlm overhead compartment. Even though airlines dah terang terang tulis dlm policy that’s not part of cabin crew’s job, tapi korang degil insist crew angkat beg berat tu. Kalau tak korang viralkan gambar/nama kami. Lepas tu bila benda dah jadi famous, kau delete post. “yang baik dtg dari Allah, yang buruk dari saya”. Hek eleh.

The thing is, if you’re able to pack your luggage, bring it all the way from home to airport to terminal gates, you should also be able to lift it up into the overhead compartment yourself. Anak kapal bukan butler korang. Our main priority/concern is safety. Sebenarnya, kalau tengah cruising, kapal tu bergegar hebat, meal service tu is not mandatory tau. Kau jgn nak bising sgt tak dapat makan. As i said, safety first. Inilah pertama kali aku merasa passenger simbah jus oren dekat aku. End up aku report dekat captain, she was escorted out from the aircraft by enforcement officers. Kan sesia je macam tu.

Kalau kau rasa tak mampu nak angkat beg berat tu, you should have check it in. Kami bukan tak berhati perut. Kalau betul kau memang tak larat sangat, ask us nicely. “cik, boleh tlg saya angkat beg ni?” boleh. Kami tolong biasanya. Kalau berat sangat baru aku ckp tak boleh. Lepas tu aku biasa offload beg korang masuk cargo. Jangan risau, beg tu still akan sampai destinasi korang. Beg tu masuk kargo kapal yang sama korang naik. Ini tak, letak je beg tengah aisle lepas tu demand aku angkat beg berat tu sorang. Orang mcm ni biasanya aku anggap dia fikir dia naik private jet gamaknya. Berangan tak sudah.

Panjang sangat dah aku tulis ni. Aku rasa banyak benda aku dah cover. Aku tak pandai sgt nak olah semua. Tapi aku harap korang fahamlah, kami anak kapal ni manusia jugak macam korang. Hormatilah kami, walau sedikit pun. We have our dignity also. Seburuk buruk kami di mata korang, we are there for you guys. Kalau kapal bergegar sampai passenger jerit jerit takut, kami jugak dtg dekat korang. Tanya “you Ok?” “don’t worry, it’ll pass” “hold my hand, breathe in, breathe out, ok there you go. Calm down. Calm down.”. Satu lagi, pernah tak korang fikir kami ni sebenarnya hari hari perjudian nyawa pergi bekerja. Tak tau selamat ke tak sampai ke destinasi seterusnya. Tinggalkan anak, bini, suami, ibu, ayah, kucing/anjing kesayangan etc kat rumah.

Have a little bit of compassion for us as well please. Aku harap lepas ni aku dah tak perlu jumpa passenger teruk teruk dah perangai. Buanglah mentaliti lapuk anak kapal ni maid korang atas kapal. Ok? If we respect each other the world is going to be a better place, i believe.

Last, yang tanya pasal skin care tips tu, tak semua pakai sk2 pun. Ramai je pakai Pharmacy products. Tapi yelah. Ni kan kerja kau to look presentable, so rahsianya ialah, we spend a lot on dermatologist counseling also. Try and error sampai jadi. Tidur tu penting jugak. Kau jgn heran lah nampak anak kapal ni senang betul tertidur kat mana pun. And yes, airport discounts tu mcm, hahahaha, yelah betul lah korang ckp kitorang selalu beli skin care mahal dengan harga discount dekat Airport. Nak buat mcm mana nak, kalau kulit kau teruk diorang suspend service kau sampai kulit kau ok. Kalau kau tak fly, kau tade duit (crew’s salary is dependent on flying hours allowances). So you do whatever is necessary for you to do so.

Ok dah. Aku nak pergi kerja ni. Happy flying everyone!

– stewardess biasa biasa je

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.