Tuesday, 27 September 2016

Rezeki Di Tangan Allah

PengakuanKu

Assalamualaikum WBT semua pembaca IIUM Confessions. Terima kasih Admin yang disayangi.
Saya menulis confession ini dengan tujuan berkongsi pengalaman hidup supaya menjadi iktibar semua pihak. InshaAllah.

Part 1 (the saga begins…)
Saya mula belajar di sebuah universiti di Malaysia pada tahun 200*. Alhamdulillah sudah tamat pada tahun 200* (BA) dan 201* (MA) dalam bidang bekaitan agama dan shariah. Waktu jadi pelajar dulu saya mempunyai rakan rakan lain yang tidak sama program. Terus terang saya rasa amat rendah diri (inferiority complex) dan takut kerana selalu dihujani hujah-hujah (yang tidak bersifat akademik) bahawa pelajar-pelajar bidang agama memang susah hendak dapat kerja bila habis belajar nanti. Mereka selalu persoalkan saya kenapa pilih program agama sedangkan prospek dan peluang kerja yang amat tipis. Bila dengar, saya jadi amat bimbang tentang masa depan. Ini menyebabkan saya pernah terfikir untuk tukar program, tapi tidak mendapat kebenaran ibu dan ayah sebab mereka kata “rezeki itu ditangan Allah”.

Part 2 (getting help..)
Being bombarded and assaulted with all those statements, I began to lose interest in study (well, just wanna prove to those people that “pelajar agama” can write in English too). Saya mula ponteng kelas, bila buat assignment pun jadi tak serius dan main-main. Sehinggalah satu hari saya sudah tidak tahan lagi dan mengambil keputusan untuk berjumpa seorang pensyarah yang saya amat hormati untuk sesi kaunseling. Bila saya berjumpa beliau, saya ceritakan kisah ini sambil menangis dan beliau pun akhirnya menangis juga. Saya terangkan yang saya amat risau kalau tidak dapat kerja sebab keluarga saya orang susah dan saya hendak membantu mereka. Saya ingat lagi pesan beliau pada akhir sesi itu. Beliau kata “kalau matlamat awak baik, InshaAllah akan ada rezki yang Allah sediakan untuk awak pada masa hadapan.

Part 3(redha..)
Bila balik dari sesi kaunseling, saya banyak habiskan masa duduk dan berfikir. Alhamdulillah, Allah berikan keyakinan dalam hati untuk teruskan belajar dan yakin bahawa Allah yang maha memberi rezki. Saya pun kembali bersemangat seperti biasa. Dalam masa yang sama saya kurangkan berjumpa dengan orang-orang negatif yang tadi tu. Pelajaran kembali seperti biasa dan saya lebih bersemangat berbanding dahulu. Saya tanamkan tekad dalam hati yang saya akan berjaya nanti dan selalu berdoa minta hidayah Allah untuk tetapkan kekuatan hati.Akhirnya semester akhir pun tiba….

Part 4 (Living in the “future”)
Bila habis final exam untuk semester akhir, maka bermula waktu “masa depan” yang saya risaukan tu. Tapi saya tenang dan redha dengan apa apa ketentuan Allah. Alhamdulillah berjaya habiskan Degree dengan keputusan first class with honors. Seminggu selepas habis exam, maka bermulalah sesi mencari kerja. Dipendekkan cerita saya mendapat tawaran bekerja dengan sebuah institusi pendidikan tinggi seminggu selepas exam. Alhamdulillah.. Selepas setahun saya menceburkan diri dalam pelbagai bidang bidang kerja lain untuk menimba pengalaman. Kini saya merupakan seorang ketua jabatan di sebuah organisasi, penulis buku-buku akademik, pensyarah, penasihat syariah dan penceramah sambilan di pelbagai institusi. Bila teringat semula tentang apa yang berlaku dulu-dulu, saya hanya tersenyum dan bersyukur kepada Allah. Kini saya mampu membantu keluarga. Alhamdulillah..Syukur kepada yang Maha memberi Rezki,

Part 5 (Conclusion)
Yakinlah bahawa hanya Allah yang memberi rezki kepada hamba-hambaNya. Janganlah sekali kali memperkecilkan dan memandang lekeh kepada sesiapa di sekeliling kita. Saya doakan semua pelajar-pelajar menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin

Sekian. Semoga memberi manfaat. (Menulis sambil menunggu sesi meeting dipagi hari). Wassalam..:)

– Mr. Truth

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.