Semasa aku baru habis STPM aku bekerja sebagai cashier di salah satu kedai di Kuala Lumpur. Cerita nya begini, Aku ni seorang yang peramah. Ada satu customer tetap yang selalu berbelanja di kedai tempat ku bekerja. Oleh kerana dah selalu nampak dia dan dia pun datang kedai tempat aku kerja. Aku tanya lah dia ” Assalamualaikum akak kerja apa ya”. Dia jawab “Akak berniaga sebelah KLCC”.
Aku terkejut dan bertanya lagi “Owh maksud akak berniaga dalam bangunan ke?”
“Ya saya berniaga didalam bangunan sebelah KLCC”
“Umur akak berapa ya dan bagaimana akak mulakan perniagaan”
“Akak berumur 24 tahun, akak mulakannya dengan kawan akak”
Korang bayangkan lah, jika fresh graduate berumur 24 tahun telah berjaya buka kedai di dalam bangunan sebelah KLCC mesti lah rasa kagum menguasai diri kan? Sepanjang hari aku berfikir bagaimana dia berjaya dalam usia semuda itu, dan keesokannya aku bertanya kepada dia.
Keesokan harinya aku mesej dia lagi
“Assalamualaikum akak boleh saya nak belajar dari akak mcm mana usia semuda akak boleh berjaya buka perniagaan sendiri dan boleh saya lawat di mana kedai akak”
“Ya dik datang lah KLCC nanti akak bawa kamu ke kedai akak”
“Betul ke ni kak? Lusa saya datang ya”
“Ok akak tunggu ya”
Hari yang dijanjikan tiba, Aku berjumpa dia di dalam KLCC. Dengan excitednya aku mengikut dia keluar dari KLCC dan ke bangunan yang dia katakan
Dalam perjalanan aku terjumpa kawan dia yang dia kata sama-sama menjalankan bisnes. Yang aneh nya kawan dia menggalakkan aku buat bisnes dengan dia. Dipendekkan cerita aku sampai ke tempat yang dikatakan.
“Akak betul ke ni tempatnya besar sangat ni”
“Ya dik, tingkat 1 hingga 3 sebulan kosnya rm500ribu untuk menyewa”
“wow”
Mula-mula aku tak syak yang tempat itu adalah MLM, tapi akhirnya dia bawa masuk tengok produk dan ketika itu baru aku sedar aku ditipu. Untuk meyakinkan aku dengan MLM nya dia bawa aku survey satu bangunan, lihat setiap jenis produk, bawa aku melihat salloon dan spa di dalam itu. Mungkin ramai pembaca yang tahu tempat yang saya maksudkan. Tempatnya betul-betul di segitiga emas KLCC, mungkin orang yang kuat bershopping je tahu tempat ni dimana. By the way tempat puaka ni memang disitu.
Dia bawa aku ke satu tempat yang menunjukkan lesen dan anugerah yang company tu telah dapat. Di antaranya choice award dan lesen Jualan Langsung yang diberikan kepada Company itu. Selesai membawa aku survey satu bangunan dia membawa aku berjumpa leader dia atau kawan baik dia. Kawan baik dia bertanya aku ada simpanan tak dan kerja dimana, kenapa datang sini dan sebagainya.
Aku mendengar satu-satu penjelasan dia tapi babak yang tak boleh dilupai sehingga buat aku tawar hati dengan bisnes tu adalah
“Bisnes ni bukannya MLM yang ni adalah affiliate” (Sorry sikit yang lesen MLM terpampang di sudut tepi tu apa? Tapi aku diam kerana mereka lebih tua dari pada aku )
Ada juga kata2 mereka ”
“Bisnes kami tak perlu cari orang, saya pun tak minat nak cari orang. Kami memilih orang dan adik sebenarnya telah dipilih bukan dicari” (Dalam hati, amboi pandainya putar belit ayat)
Selepas itu pukul 8 Malam selepas solat maghrib mereka mengajak saya ke atas rupa2nya untuk mendengar ceramah dari seorang yang berpangkat tinggi atau digelar DUKE bukannya highway duke tau, hahahaha. Lebih kurang 2 jam ceramah si Duke tu, mereka mengajak aku turun ke bawah semula dan kali ni mereka membawa aku berjumpa lebih ramai leader dan menceritakan kereta yang si Duke pakai lah dan kekayaan leader2 yang aku x kenal pun.
Akhirnya sampai lah peringkat bertanya adakah kamu minat dengan bisnes ni? Mereka beri aku sebatang pencil dan sehelai kertas, catatkan berapa percent saya faham dan berapa percent saya minat. Saya tulis 100% saya faham dan 0% saya minat. Si leader dia tu buat muka terkejut, dia berkata “ini mustahil mesti awak tak faham sebab tu awak tak minat, sebab orang kalau dah faham mesti dia minat join bisnes ni!!”
Saya menjawab “Pertama sekali saya ni bukannya Anti MLM, semenjak umur saya 15 tahun saya telah di perkenalkan oleh ejen AMWAY dan semenjak itu saya minat berbisnes. Tapi ada reason saya tak join AMWAY sebab saya tak pandai nak jual produk Amway” aku menyambung lagi “Lagi pun saya dah masuk MLM lain yang menjual simkad dan saya rasa bersyukur sangat dengan pekerjaan saya sekarang”
Mereka telah memanggil leader yang berpangkat lebih tinggi dan lebih kaya berjumpa saya
“Assalamualaikum boleh saya tahu berapa awak dapat dari sebuah simkad”
“Waalaikumussalam saya mendapat lebih kurang rm 50 dan dapat passive income”
“Bisnes kami menjanjikan keuntungan lebih tinggi awak boleh dapat rm 2500 untuk setiap orang yang masuk bisnes ni” dia menyambung lagi ” ini adalah bisnes yang paling terbaik dan suka saya cerita kan dah bnyak MLM saya join tapi bisnes ni baru saya berjaya”
Saya pula menangkis kata dia ” Ya bagi awak tapi tidak bagi saya!! Pertama sekali saya berani kata, setiap orang yang join MLM atau apa2 bisnes yang ada ala2 MLM mereka tak kan dapat cari walaupun sorang. Bagaimana saya tahu? Even simkad yang murah pun mereka tak dapat cari orang ini kan pula bisnes awak yang nak register perlukan rm 2500″ saya menyambung lagi ” saya jual simkad sebab berpatutan tidak mahal dan banyak kelebihan”
Leader dia buat muka 1.20 sen dan saya menyambung lagi “saya perlu ada pendirian yang tetap dalam bisnes. Saya tak boleh jadi seperti lembu dicucuk hidung apa yang orang lain cakap saya buat je” saya ambil nafas kejap dan menyambung “kalau saya jadi seperti lembu dicucuk hidung saya tak kan berjaya walau bisnes juta2 pun yang saya handle. Maaf ya”
Malam tu semua leader dia buat muka monyok dan menghantar saya pulang. Fuhh letih penat dan geram sebab dari pukul 5 petang sampai pukul 1 pagi nak hadap mereka. Sehingga terpaksa skip dinner
Tapi ada sambungan nya 2 hari kemudian kakak tu mesej saya untuk pergi rumah leader dia kata nya ada majlis makan2 di rumah leader dia
Ok part ni paling best, satu2 member MLm dia dan leader atasan dia semua jumpa saya dan mengajak saya join bisnes DCHL
Tapi saya jenis mulut laser saya cakap saya tak suka bisnes ni “sebab modal rm 2500 tu tinggi dan bukan semua orang yang join boleh dapat downline”
mereka menjawab “belum cuba belum tahu”
saya membalas “saya tahu sebab saya dah join MLM jual simkad, saya tahu lah jadi tak perlu putar kan ayat”
Paling mereka sakit hati bila setiap dari mereka datang saya kata “saya tak boleh jadi seperti lembu dicucuk hidung, kalau nak join apa2 saya mesti buat kajian sendiri dan BigWhy kenapa saya join bisnes tu” saya sambung lagi ” Kalau tak orang tipu saya pun saya tak sedar saya ditipu”
Keesokannya akak tu block saya dalam wechat dan whatsapp, lepas tu saya hantar sms kepada dia
Dia balas “Bukan saya yang block tapi leader saya yang block”
Lepas tu baru aku sedar, rupa2nya leader dia takut aku menyedarkan kakak tu dari jalan yang sesat kepada jalan yang benar
Tamat
– Sulaiman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment