Thursday, 22 September 2016

Angan-angan Mat Jenin

PengakuanKu

Assalamualaikum… saya rasa macam nak share macam mana angan-angan boleh buatkan saya dapat apa yang saya nak.

Saya ni dibesarkan dalam keluarga yang besar. Adik beradik saya terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya. Tak ada seorang pun antara kami yang ambil ijazah yang sama or kerja dalam bidang yang sama.

Sepanjang saya membesar, saya lihat mcm mana kakak dan abang saya membina kerjaya. Ada yang grad dengan jayanya tapi memilih kerjaya yang biasa kerana minat, ada yang grad dgn CGPA rendah tapi sekarang dia paling berjaya dan banyak income.

Saya sendiri, bukanlah bijak tapi saya suka berangan-angan.. Masa sekolah dulu asal kayuh basikal nak pergi or balik sekolah mesti saya duk berangan jadi kaya, ada kilang kereta sendiri, pakai ferrari etc.. lebih kurang macam mat jenin… bezanya saya duk angan-angan jadi kaya jual kereta.

Kalau dilihat dari segi pelajaran, pencapaian UPSR saya cuma 2A, PMR 3A dan SPM 1A sahaja.

Dengan angan-angan, cita-cita dan minat saya dalam bidang automotif sejak kecil dan impian untuk buka kilang kereta sendiri, abah saya tunjuk jalan.

Dia masukkan saya ke sekolah Teknik yang terbaik di Perak ketika tu (rayu and masuk bawah kuota Pengetua sebab PMR tak berapa mantap). Dan itu menjadi permulaan saya menuju kerjaya dalam bidang automotif.

Bila kita berangan-angan, mesti kita cari jalan nak capai. Oleh sebab saya tak bijak, saya tak kejar A, tapi saya belajar supaya result saya cukup untuk sambung belajar supaya leh capai angan-angan.

Dan dari angan-angan, ianya terpupuk menjadi cita-cita.

Walaupun result SPM 1A tapi alhamdulillah saya diterima masuk ke kolej matrikulasi terbaik di Malaysia ketika tu (bukan guna kabel tau).

Yang kelakarnya, masa nak dptkn pengesahan bagi borang kemasukan, orang yang nak sahkan tu tgk saya pelik sebab saya dapat 1-A1 (Math Mod) je tapi boleh masuk Matrik tu. Masa zaman tu, mmg orang cuma akan tanya berapa A ko dpt je dan tak nak tahu result keseluruhan. Dan memang ada kawan-kawan yang dapat 6A SPM tapi tak dapat masuk matrik sebab Add Math D, Fizik C6, Kimia E.

Saya berjaya tamatkan matrik dalam tempoh setahun dan pointer 3.0keatas. Saya memang usaha gila-gila supaya dapat 3.0and above sebab takut tak dapat sambung course yang saya minat.

Sebab saya bercita-cita dalam bidang automotif dan sentiasa sedar diri, saya apply degree automotive je. Universiti jadi pilihan kedua. Dan sebab result tak gempak, saya letak pilihan pertama degree automotif kat Kolej Universiti (sekarang dah jadi Universiti) je.

Masa sem 1, result saya cuma 2.67. Saya tahu dan sedar dengan CGPA banyak tu, saya susah nak capai cita-cita saya. Oleh sebab tu saya letak sasaran utk grad pointer 3.0and above. Disebabkan masa tu ada kekangan kewangan, saya ambil keputusan untuk tak repeat paper. Sebab tu saya belajar lebih tekun sem seterusnya untuk dapat GPA tinggi. Alhamdulillah cukup 4 tahun saya grad dgn degree 2nd class.

Selepas tamat exam final sem sementara tunggu konvo, saya duk cari kerja.. macam-macam tempat saya apply. Kilang tin, kilang rumah kedai etc etc bagi saya kerja pertama bukan kita pilih, tapi kerja tu yang pilih kita.

Berbulan berusaha, Satu haprak pun tadak. Kawan-kawan lain ada yang dah kerja tapi saya belum. 3 bulan menganggur dan duk pergi interview merata, saya jadi stress.

Then saya ambil keputusan join program graduan menganggur. Program tu janji, kalo lulus cemerlang, dapat buat internship tempat yang kita nak. So saya usaha untuk lulus cemerlang.

Selepas 3 bulan, saya dihantar buat internship di Syarikat Pembuatan Kapal which is pilihan pertama saya. Ini menjadi permulaan kerjaya dalam bidang automotif. Angan-angan mula jadi kenyataan.

Sebulan internship, saya dapat tawaran kerja dari syarikat pembuat komponen automotif plastik dan small steel parts sebagai Management Trainee gaji RM1.8k kat Shah Alam (gaji tu mmg cukup-cukup makan je).

Mula-mula syarikat tu janji saya kerja di Bhgn R&D, tapi lepas sebulan dia htr saya ke Bhgn Purchasing. Dan sebab banyak sangat kerenah pengurusan atasan dan demi mencapai cita-cita, saya cuba nasib apply kerja di syarikat automotif no.1 malaysia masa tu.

Lepas 6 bulan kerja di syarikat pembuat komponen tu, saya masih tidak dpt taraf permanent atas alasan badan tak kurus. . What the heck!

Bila kena bagi alasan macam tu, saya call HR syarikat buat kereta no. 1 tu dan tanya status interview dan permohonan saya, alhamdulillah saya diterima dan perlu lapor diri dlm tempoh tak cukup sebulan dari tarikh surat.

Perancangan Allah tu memang tak kita sangka, mujur saya belum permanent, so boleh resign 24 hours.

Tapi saya bagi notis 2 minggu dan of course pihak pengurusan terkejut, harini ditangguhkan confirmation, lusa dah bg notis berenti kerja. Immediately depa counter offer dan terus saya dapat surat permanent. Tapi tetap xmemuaskan hati saya dan saya tolak tawaran permanent tu demi mengejar cita-cita.

Lepas 2 minggu, saya pun lapor diri di syarikat baru dengan jawatan sebagai Jurutera. Pada saat dan ketika tu, saya rasakan bahawa cita-cita saya dah tercapai.

Adik beradik dan parents saya cakap, walaupun saya tak pandai sangat dalam akademi, tapi sebab saya mempunyai cita-cita yang jelas membuatkan saya berjaya. Dan of course cita-cita tu bermula dengan angan-angan.

Selepas hampir 4 tahun, sekarang saya dah berhenti dari sektor swasta dan menjadi penjawat awam sbg Jurutera Mekanikal. Masih kekal dalam bidang automotif. Dan sehingga kini, masih sedang berusaha mencari jalan untuk mencapai impian mempunyai kilang kereta sendiri.

Saya sentiasa percaya, jika mat jenin jatuh pokok tapi hidup, pasti dia menjadi kaya raya dan berjaya. Begitu juga saya, dalam duk berangan banyak juga saya tersungkur. Tapi selagi tak mati, saya akan berusaha realisasikan angan-angan tu.

– Enjinyok Mat Jenin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.