Aku tak tahu tajuk utama aku fokus pada apa. Nak cerita je. Kongsi2. Aku daa hampir setahun kerja di satu company bukan melayu. Aku ada degree. Kerja kerani bawahan. Gaji rm1600. Alhamdulillah. Kira banyak laa gaji tu sebagai kerani.
Aku kerja sebab memang aku nak kerja. Aku ada adik2 tengah belajar dan mak ayah yang nak kena jaga. Masa mula2 masuk kerja sini, 2 minggu pertama rasa nak berhenti. Sebab situasi yang menakutkan bagi aku. Haha. Dekat sini kena tengking dan maki perkara biasa. Perkataan celaka, bodoh, pukimak benda biasa kena dengar. Tapi takdelaa selalu macam tu. Tapi kebiasaannya macam tu. Haha.
Dekat sini kena cepat belajar. Kau lambat, siaplaa kau. Kau ada degree, master semua tu orang tak tengok. Kau cepat belajar, orang suka. Kau pandai ikut apa orang atasan nak, kau hebat. Walaupun aku kerani tapi kerja aku dah macam executive. Buat je kerja semua benda. Mula2 memang aku tak boleh terima sebab aku rasa gaji aku tak besar mana tapi buat kerja bagai nak rak. Kerja orang lain aku kena belajar buat. Lama2 aku mula menerima situasi nie. Dan aku tahu bila aku buat semua nie secara tak langsung aku dapat kembangkan lagi potensi aku.
Salah satu kerja aku juga, handle orang yang datang interview. Aku tengok ramai yang datang interview macam takde persediaan langsung. Pakaian yang tak formal, sijil segala bagai tak bawa, lewat datang tanpa maklumkan apa2. Bila minta gaji, terlalu tinggi. Pengalaman tak seberapa, dengan alasan kau ada degree dan master. Ya. Tahu kau minta kerja dengan swasta tapi boleh fikir dengan logik akal juga berkenaan gaji tu. Sampai aku pernah buang resume setebal2 alam yang minta kerja dekat company aku. Depan tu aku boleh tengok sebab calon tak diterima. Antaranya calon tak berkeyakinan, gaji terlampau tinggi dan xboleh nego ( ini calon yg baru habis belajar), pakaian tak formal dan macam2 lagi. Datang iv pun sehekai sepinggang takde bawa apa2 tapi minta jawatan executive.
Dan bila ada staff baru, kebanyakkannya tak kekal lama sebab terpaksa buat kerja diluar bidang. Ya. Kau dah tahu itu bukan bidang kau tapi kau pergi mohon. Sebab nak dapatkan pengalaman? Kalau nak dapatkan pengalaman, tolonglah bertahan sikit. Jangan demand. Baru habis belajar, dah dapat kerja kau kena bersyukur. Nie kau dok sebut sokmo org master patut gaji rm4k lebih n bla bla bla. Kau nak bandingkan dengan kawan yang kerja dapat gaji rm3k. Dia lepas diploma terus kerja. Ada pengalaman banyak. Tak sama. Dia nak dapatkan gaji sebanyak tu pun bermula dengan gaji yang tak seberapa. Tolonglaa faham situasi.
Aku pun ada degree. Biarpun lari bidang, gaji tak seberapa tapi bertahan sebab ekonomi sekarang teruk. Jangan cakap aku senang je cakap sebab dah duduk office. Aku dulu belajar, buat part time dekat kedai 24jam, habis belajar kerja di kedai baju. Sebab nak pengalaman dan nak duit. Walaupun dah 3 tahun habis belajar dan aku masih lagi ditahap nie, orang cakap tahap cukai2 lagi tapi aku bersyukur sebab ada kerja lagi. Aku pun sedih bila tengok ada kawan2 yang berusaha cari kerja tapi masih tak dapat. Ada yang dapat tapi tak pergi sebab gaji xsepadan dengan status degree semua tu. Hmm. Sabar. Aku doakn korang murah rezeki selalu. Dan doakan aku juga. Nak beli kereta pun tengah tahan2 lagi sebab tak mampu.
Sekian.
– H
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment