Assalamualaikum.
Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman tinggal bersama haiwan peliharaan.
Kita sering melihat kempen-kempen sayangi makhluk ini. Tetapi persoalannya, bersediakah anda tinggal bersama haiwan perliharaan.
Layak kiranya saya membangkitkan isu ini kerana di rumah keluarga saya terdapat lebih daripada 15 ekor kucing dan 5 ekor daripadanya bebas berkeliaran di dalam rumah.
Baiklah, mari kita bersama-sama menilai keupayaan diri sendiri sebelum membuat keputusan memelihara haiwan perliharaan.
1.Kewangan – memelihara haiwan ini perlukan kos yang agak tinggi. Sememangnya benar kerana kita perlu sediakan makan minum l, tempat yang bersesuaian, keperluan kesihatan dan permainan buat si manja.
2.Kebersihan. Isu kebersihan ini sangat perlu dititik beratkan. Kita perlu menyediakan tempat untuk si manja membuang air kecil dan besar. Sila pastikan tempat buang air tersebut (litter box) sentiasa bersih kerana si manja pun tak berminat membuang di dalam litter box yang penuh hasil kumuhannya sebelum ini. Tolong jangan biarkan tahi-tahi si manja anda terdedah berjam-jam lamanya. Saya yakin anda harap maklum dengan bakteria yan ada pada tahi seperti e-coli(mohon betulkan sekiranya saya tersalah).
Untuk kucing yang bebas berkeliaran di dalam rumah, adakah anda yakin dengan kesucian dapur, ruang tamu,bilik tidue dan segenap penjuru rumah anda? Seperti saya, pancutan kucing adalah perkara normal. Sebutkan sahaja barang-barang yang ada di dalam rumah. saya yakin 50% daripada rumah ini telah dipercikkan dengan air kencing kucing. Kadang-kadang perkara ini sukar dikawal kerana si manja akan membuang dimana-mana dan hasil buangan tersebut kering dengan sendiri.
Sesungguhnya sebagai manusia biasa, saya tidak mampu membiarkan bilik saya sentiasa tertutup untuk mengelakkan haiwan perliharaan masuk. Apabila gagal memastikan pintu tertutup, si manja akan segera menyelinap masuk dan melepaskan hajat.
Kawasan-kawasan yang berkemungkinan dipancutkan/di sirami dengan air kencing adalah seperti pintu almari, rak buku, bakul baju kotor, atas meja dan lantai.
Persoalannya, sucikah bilik sebegini dijadikan kawasan solat?
3.Bau- Manusia yang tak mandi pun busuk, inikan pulak haiwan perliharaan.
Sekiranya anda memelihara haiwan perliharaan, sila prihatin terhadap bau rumah anda yang mungkin akan menimbulkan perasaan kurang senang jiran disekitar. Anda mungkin akan berasa yakin dengan bau rumah anda, tetapi percayalah yang sebenarnya anda sudah sebati dengan baru yang kurang menyenangkan dan kebarangkalian baru rumah anda adalah busuk,hancing, tengik dan hamis adalah tinggi.
4.Perhiasan rumah. Pastikan anda menyimpan dengan baik perhiasan yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Si manja anda tidak dapat membezakan harta anda yang paling berharga dan sangat berminat untuk memecahkan dan merosakkan barangan anda.
5.Keselesaan isi rumah. Pastinya tidak semua ahli keluarga ataupun teman serumah anda yang sukakan haiwan. Antara masalah yang perlu mereka hadapi adalah:
-terpakai pakaian yang terkena kencing haiwan perliharaan.
-kurang keyakinan menerima tetamu untuk datang menziarah disebabkan rumah yang berbau.
-kemusnahan harta benda
Masih ada lagi point yang ingin dikongsikan tetapi saya sudah terlalu mengantuk untuk menaip.
Saya berharap anda dapat mempertimbangkan point-point ini sebelum membuat keputusan untuk memelihara haiwan.
Terima kasih.
– Amira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment